Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

6/08/17

Peniaga online minta pelanggan 'PM untuk harga' boleh dihukum penjara dan denda


PUTRAJAYA - Bagi melindungi pengguna dari ditipu dan mengalami kerugian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menegaskan, para peniaga online wajib mempamerkan segala maklumat mengenai barangan atau perkhidmatan yang hendak dijual kepada pelanggan sebelum sesuatu transaksi dilakukan, lapor New Straits Times
Penguat kuasa KDPNKK akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga online, termasuk yang beroperasi di media sosial seperti Facebook dan Instagram, jika gagal mempamerkan harga barangan dan perkhidmatan. 
Ini termasuk tindakan akan diambil terhadap peniaga online yang meminta pengguna menghubungi mereka secara peribadi untuk makluman harga seperti, "PM me, sis!", dalam ruangan komen iklan barangan/perkhidmatan yang dijual. 
Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, mana-mana individu yang menjalankan perniagaan online didapati tidak mematuhi lapan perkara yang disenaraikan oleh KPDNKK boleh didenda RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya sekali. 

Akta Perlindungan Pengguna 1999 mewajibkan peniaga memaparkan maklumat (di laman sesawang) seperti berikut:

  1. Harga penuh barangan atau perkhidmatan, termasuk cukai dan pengangkutan atau kos-kos lain;
  2. Nama individu yang mengendalikan perniagaan atau syarikat dan nama perniagaan;
  3. Perniagaan atau nombor pendaftaran syarikat'
  4. Alamat e-mel, nombor telefon atau alamat orang yang menjalankan perniagaan;
  5. Huraian dan ciri-ciri utama barangan atau perkhidmatan 
  6. Kaedah pembayaran;
  7. Terma dan syarat' dan
  8. Tempoh masa penghantaran

"Kami mahu pengguna dilindungi dengan lebih baik. Hak-hak mereka perlu dilindungi dan mereka dapat membuat keputusan untuk membeli berdasarkan maklumat seperti harga produk atau perkhidmatan, dengan siapa mereka berurusan dan caj tersembunyi, di hujung jari mereka. 

"Sebagai contoh, jika seseorang itu menjual kucing, dia mesti mempamerkan harga yang dia mahukan untuk kucing tersebut. Dia tidak boleh mengatakan 'Sila PM jika berminat', tidak lagi (dibenarkan berbuat demikian)," katanya. 
Justeru, Roslan meminta orang ramai melaporkan kepada pihak KPDNKK jika terdapat peniaga online yang gagal mematuhi lapan perkara tersebut dengan menghubungi talian 1-800-886-800

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat