Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

Degoo Cloud Free 100GB

100 GB Free Backup

23/02/17

'Dulu pelupa, sekarang mungkin sudah nyanyuk'

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menyindir keras sikap seorang pemimpin, yang dipercayai merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tanpa menyebut nama, baginda menyindir mungkin “orang luar” ini telah lupa bahawa zamannya telah berlalu.
“Dahulu dia sering menyindir orang Melayu sebagai bangsa yang mudah lupa, namun hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya.
“Dulu dia kata pembangkang itu musuh ketat, tapi sekarang sudah boleh duduk semeja dan menjadi kawan rapat.
“Dulu dia kata media barat suka buat cerita, tapi sekarang, cerita media barat dikatanya fakta.
"Jika dia bukan pelupa mungkin ada sedikit nyanyuk akibat faktor usia,” titah baginda.
Bertitah ketika merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong di Muar pagi ini, Sultan Ibrahim menasihatkan “orang luar” itu supaya tidak masuk campur hal orang lain.
“Nasihat saya kepada dia, cukup-cukuplah. Dunia ini ada siang dan malam, bukan boleh siang berterusan.
“Jangan sibuk jaga tepi kain orang, lebih baik betulkan kain sendiri yang telah reput dan koyak. Atau orang kata the best business you can have today is mind you own business,” titah baginda.
Sementara itu, berkaitan diri baginda sendiri, Sultan Ibrahim berkata apabila sampai tahap usia meningkat dan tiada lagi kudrat untuk memerintah, baginda juga akan turun takhta.

“...dan saya tidak akan campur tangan atau kecam raja baru yang memerintah.
“Lepas itu awak terimalah raja baru dan ikut perintah dia. Jangan nanti saya dihantar ke rumah orang tua sudahlah,” titah baginda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat