Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

30/05/15

Kisah Benar Di Myanmar - Didera Dan Dibunuh Jika Mengaku Allah Sebagai Tuhan


Kisah Benar Di Myanmar - Didera Dan Dibunuh Jika Mengaku Allah Sebagai Tuhan | Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya. Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).
Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.
Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.
Siapakah umat Islam Rohingya?

29/05/15

NGO ancam saman Dr Mahathir RM50 bilion



Ketika pertelagahan di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak terus tegang, sebuah pertubuhan bukan kerajaan baru - dan misteri - muncul membuat tuduhan ke atas bekas perdana menteri itu.

Dikenali sebagai Warga Untuk Tata Kelola Pemerintahan Bertanggungjawab (CAGM), pengerusinya Md Zainal Abdin berkata, berbilion ringgit wang pembayar cukai dibazirkan ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri antara 1981 hingga 2003.

"Sudah sampai masa untuk Dr Mahathir menjelaskan semua skandal kewangan dan menjawah pertanyaan rakyat Malaysia mengenai kesilapan pentadbirannya.

"Jika beliau gagal CAGM yang mewakili sekumpulan warga Malaysia yang prihatin tidak teragak-agak memfailkan saman sehingga RM50 bilion terhadap Dr Mahathir," katanya dalam kenyataan hari ini.

Di bawah pentadbiran Dr Mahathir, kata Md Zainal, ada banyak skandal kewangan yang dibiarkan berlalu dan menyebabkan kerugian kepada negara.

Najib pun tak terlepas

24/05/15

Scammer Ahmad Syahmi Jual Yes ID

Nama Scammer : Ahmad Syahmi
No Hp: +60194096727
Maybank 162526281545

Ini adalah salah seorang "scammer" yang menipu pengguna internet dengan menjual id YES 30GB dengan harga RM50. Mengikut maklumat yang saya terima dari rakan (mangsa) beliau akan mula Whatapps dengan mengatakan menjual ID YES 30GB dengan hanya bayaran RM50 sekali bayaran. Selepas bayaran dibuat beliau akan memberi ID yes berakhir dengan @moe.yes.my . ID tersebut tidak boleh digunakan beliau akan terus block no hp supaya mangsa tidak dapat menghubungi beliau.



May 10, 8:24 AM - +60 19-409 6727: Helo
May 10, 8:24 AM - +60 19-409 6727: Saya penjual id yes special 30gb
May 10, 9:11 AM - +You: Hi..
May 10, 9:11 AM - +You: 30gb berapa harga..
May 10, 9:12 AM - +You: Unlimited ada tak...?
May 10, 9:18 AM - +60 19-409 6727: Unlimited takde
May 10, 9:18 AM - +60 19-409 6727: 30gb pun dh cukup besar
May 10, 9:19 AM - +60 19-409 6727: 30gb sebulan,dan akan renew setiap bulan,cuma byr sekali sahaja
May 10, 9:26 AM - +60 19-409 6727: Update terkini id tggl 1 sahaja
May 10, 9:28 AM - +60 19-409 6727: Disebabkn ini id special undeground,restock utk id ini tak tahu bila
May 10, 9:28 AM - +You: Berapa harga?
May 10, 9:28 AM - +60 19-409 6727: Rm50 1 id
May 10, 9:28 AM - +You: Speed berapa?
May 10, 9:28 AM - +60 19-409 6727: Speed 4g bergantung pada kawasan
May 10, 9:29 AM - +60 19-409 6727: Sudah ada huddle?
May 10, 9:29 AM - +You: Nak renew mcm mana
May 10, 9:29 AM - +You: Memang pakai yes
May 10, 9:29 AM - +60 19-409 6727: Auto renew pada 15 atau 18hb setiap bulan
May 10, 9:29 AM - +60 19-409 6727: Tanpa charge monthly
May 10, 9:30 AM - +You: Sekali bayar saja ker?

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat