Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

29/12/15

Mengapa peniaga 'menipu' tak ditangkap? keluh PPIM


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mempersoalkan mengapa tiada satu pun peniaga Kota Raya yang didakwa menipu pelanggan mereka telah ditangkap.

Sebaliknya, kata Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, aktivis NGO itu, Muhammad Yusuf Azmi pula ditangkap kerana cuba membantu mangsa-mangsa yang ‘ditipu’ itu.

"Saya ingin bertanya kepada polis, mengapa orang yang ditangkap itu adalah mereka yang cuba untuk membantu?

"Ini satu perkara sangat pelik yang tidak sepatutnya berlaku," keluhnya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Nadzim menegaskan bahawa peniaga Kota Raya seolah-olah mempunyai beberapa kekebalan kerana tiada seorang pun daripada mereka ditangkap berhubung dengan dakwaan mereka menipu dan mengurung pelanggan.

Kata, beliau percaya terdapat komplot di sebalik apa yang berlaku.

"Saya benar-benar percaya. Memang benar. Tetapi pada tahap mana, saya tidak tahu," katanya.
Yusuf yang adalah ketua Unit Tindakan Khas PPIM mendakwa semua mangsa telah memberikan kenyataan kepada pihak polis tetapi belum ada seorang pun peniaga di Kompleks Kota Raya iyu ditangkap.

"Saya ingin bertanya kepada Ketua Polis Negara, mengapa sehingga kini tidak ada seorang pun (peniaga Kota Raya) ditangkap?


"Kita semua telah memberikan kenyataan," katanya yang juga hadir pada sidang media itu. Ugutan jenayah
Yusuf pada mulanya dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 24 Disember untuk memberi keterangan mengenai pergaduhan di kompleks itu awal minggu lalu.

Selepas memberikan kenyataan, beliau ditangkap di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Polis memohon tahanan reman selama tujuh hari, kata Yusuf sambil menambah bahawa beliau juga diberitahu bahawa tahanan reman selama tujuh hari lazimnya dikhaskan untuk mereka yang dituduh dengan jenayah yang serius.

Hakim bagaimanapun menolak permohonan itu.
Yusuf mendakwa dia hadir di Kompleks Kota Raya untuk menemani pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perintah bayaran balik daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Katanya, dia tidak agresif ketika berurusan dengan peniaga-peniaga di Kota Raya dan berjaya membantu pelanggan yang tidak berpuas hati mendapatkan sejumlah bayaran balik RM11,900 dengan memulangkan 12 telefon bimbit.

Menurutnya, akaun YouTube PPIM juga mempunyai bukti video urusannya dengan para peniaga berkenaan yang juga telah ditonton oleh pihak polis.
"Anda boleh rujuk kepada video. Saya tidak bersikap agresif atau kasar.

"Tidak ada isu-isu perkauman sama sekali," katanya.
Menegaskan bahawa isu Kota Raya bukan berkaitan dengan perkauman tetapi bagi menegakkan hak pengguna, Yusuf berkata, rakyat pelbagai kaum ditipu oleh peniaga-peniaga di Kota Raya.

Satu perbalahan tercetus di Kompleks Kota Raya pada 20 Disember lalu, berikutan sekumpulan pelanggan yang tidak berpuas hati dan Yusuf yang menghampiri peniaga yang didakwa menipu mereka.
Pergaduhan itu menyaksikan dua peniaga dan pekerja cedera dan beberapa premis dilaporkan rosak.

Walau bagaimanapun, PPIM menegaskan bahawa pergaduhan itu dicetuskan oleh kumpulan yang berasingan yang tidak berkaitan dengan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat