Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

15/03/14

Lima didakwa mati ambil dadah di konsert

 
Lima individu meninggal dunia manakala empat lagi dalam keadaan kritikal kerana didakwa mengambil dadah berlebihan semasa menghadiri satu konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi, lapor Star Online.



Sembilan orang dilaporkan didakwa mengambil methamphetamine dan pengsan di tempat konsert Future Music Festival Asia 2014 berlangsung.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dipetik sebagai berkata hari terakhir konsert itu, yang dijadualkan pada malam ini, telah dibatalkan.

Konsert tiga hari itu dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis.

Laporan itu berkata seorang mati di tempat itu manakala seorang lagi mati ketika dikejarkan ke hospital.

Tiga yang lain mati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Semuanya adalah rakyat Malaysia yang berumur antara 21 dan 28 tahun.

Mohmad dipetik sebagai berkata, semuanya didapati positif dadah dan kematian itu telah diklasifikasikan sebagai sebagai mengambil dadah berlebihan.

Polis geledah rumah juruterbang MH370



Polis mula mengeledah rumah juruterbang pesawat Malaysia Airlines yang hilang Sabtu lau, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat itu disyaki sengaja menukar laluan penerbangan, kata seorang pegawai kanan polis kepada Reuters.

Anggota polis tiba di rumah kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, petang ini, sejurus selepas tamat sidang akhbar perdana menteri.

Penyiasat mengesahkan bahawa pesawat yang dikesan oleh radar tentera adalah pesawat MH370 selepas komunikasinya mungkin dimatikan sebelum sampai ke pantai timur Malaysia minggu lalu, kata Najib.

Sementara itu, kementerian luar China meminta Malaysia supaya menyediakan maklumat yang lebih menyeluruh dan tepat mengenai penerbangan Malaysia Airlines terbabit.

China juga meminta Malaysia mendapatkan lebih banyak negara menyertai operasi mencari dan China sendiri akan meminta negara-negara lain yang berkaitan untuk membantu mencari pesawat tersebut, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Penyiasat percaya seseorang di atas kapal pesawat itu sengaja menutup sistem komunikasi dan pengesanannya, membawa pesawat itu berpatah balik dan terbang selama hampir tujuh jam selepas ia hilang, kata perdana menteri hari ini.

[TERKINI] Data Radar Tunjukkan MH370 Sengaja Diterbangkan Ke Andaman

Isyarat radar-pengesan militari menunjukkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu sengaja diterbangkan merentasi Semenanjung Malaysia ke Kepulauan Andaman, menurut beberapa sumber yang terlibat dengan siasatan itu, kata Reuters pada Jumaat.

Dua sumber berkata, sebuah pesawat yang tidak dikenali yang dipercayai MH370 telah mengikuti arah antara laluan pelayaran - menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang dengan latihan penerbangan - apabila ia kali terakhir dikesan radar tentera di pantai barat laut Malaysia.

Titik akhir pada radar pengesan militari itu menunjukkan pesawat tersebut terbang menuju Kepulauan Andaman di India, kata mereka.

Titik laluan adalah lokasi geografi, dapat diketahui dengan mengira longitud dan latitud, yang membantu juruterbang mengemudi arah sepanjang laluan udara yang dihadkan.

Menurut sumber ketiga, siasatan kini fokus kepada teori bahawa seseorang yang tahu bagaimana untuk menerbangkan pesawat tersebut dengan sengaja mengalihkan pesawat yang membawa 239 penumpang itu, ratusan batu di luar laluan asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Apa yang boleh kami katakan adalah kemungkinan terdapat unsur sabotaj menerusi rampasan pesawat," kata seorang pegawai kanan polis Malaysia.

Kesemua sumber enggan nama mereka didedahkan kerana mereka tidak dibenarkan untuk bercakap kepada media kerana takut akan mengganggu siasatan.

Beberapa pegawai Kementerian Pengangkutan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen. -mstar




Adakah radar tunjuk MH370 ke Andaman?

Bukti daripada radar Tentera membayangkan kemungkinan pesawat MH370 yang hampir seminggu hilang, telah sengaja diterbangkan melintas Semenanjung Malaysia ke arah Kepulauan Andaman, lapor Reuters yang memetik sumber yang biasa dengan penyiasatan itu hari ini.

Dua sumber tu iberkata sebuah pesawat yang tidak dikenali yang penyiasat percaya ialah MH370, telah mengikuti laluan di antara titik laluan penerbangan - yang menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang yang terlatih dalam bidang penerbangan - ketika kali terakhir ia diplotkan pada radar tentera di luar pantai barat laut negara ini.

Plot terakhir pada radar tentera membayangkan kemungkinan pesawat itu terbang ke arah Kepulauan Andaman di India, yang terletak di antara Laut Andaman dan Teluk Bengal, kata mereka.

Titik laluan adalah lokasi geografi, berdasarkan kiraan longitud dan latitud, yang membantu juruterbang sepanjang koridor udara.

Sumber ketiga yang biasa dengan penyiasatan itu berkata persoalannya semakin tertumpu kepada teori bahawa seseorang yang tahu menerbangkan pesawat itu telah sengaja mengubah haluan penerbangan, yang membawa 239 orang, beratus-ratus kilometer melencong dari kursus destinasi asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Apa yang kita boleh katakan ialah kemungkinan perbuatan sabotaj, dan begitu juga kemungkinan berlaku rampasan," kata sumber itu yang merupakan seorang pegawai kanan polis Malaysia.

Ketiga-tiga sumber itu yang enggan dinamakan kerana mereka tidak dibenarkan bercakap kepada media dan kerana sensitiviti siasatan.

Pegawai-pegawai di Kementerian Pengangkutan Malaysia, yang menjadi kontak rasmi maklumat mengenai penyiasatan itu, tidak membalas panggilan untuk mendapatkan komen.

Polis Malaysia sebelum ini berkata, mereka sedang menyiasat sama ada penumpang atau kru yang mempunyai masalah peribadi atau psikologi yang mungkin dapat memberi petunjuk terhadap misteri itu, bersama-sama dengan kemungkinan berlaku rampasan, sabotaj atau kegagalan mekanikal.

Komen oleh tiga sumber merupakan petunjuk jelas yang pertama bahawa perbuatan jenayah disyaki berlaku dan menjadi fokus siasatan berkaitan kehilangan Boeing 777 itu.

Hasil daripada bukti terbaru itu, sumber-sumber berkata, usaha mencari telah dipergiatkan lagi di Laut Andaman dan juga Lautan Hindi.

Dianggap misteri yang paling membingungkan dalam sejarah penerbangan moden, tidak ada kesan pesawat atau mana-mana tanda bangkai kapal terbang itu yang ditemui walaupun usaha mencarinya membabitkan pasukan tentera laut dan pesawat tentera pelbagai negara.

Kali terakhir pesawat itu dilihat skrin radar awam ialah sebelum jam 1.30 pagi Sabtu waktu Malaysia, kurang satu jam selepas ia berlepas dari Kuala Lumpur, ketika ia terbang ke arah timur laut melintas muara Teluk Thailand.
– mk
Dari Blogger:http://greenboc.blogspot.com/2014/03/terkini-data-radar-tunjukkan-mh370.html

Laporan: Pesawat Malaysia Airlines MH370 telah dirampas




Pesawat Malaysia Airlines MH370 telah dirampas, demikian menurut satu aporan berita.

Menurut AP, seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata rampasan itu bukan hanya lagi satu teori tetapi ia adalah 'konklusif'.

Pegawai tersebut, yang terlibat dalam penyiasatan itu, berkata mereka telah menentukan bahawa salah seorang juruterbang atau orang lain yang mempunyai pengalaman terbang, telah merampas pesawat itu.

Bagaimanapun, motifnya belum diketahui dan juga tidak jelas ke mana pesawat itu berada.

Spekulasi bertiup kencang bahawa kerajaan Malaysia akan mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar yang dijadual pada 1 tengah hari  ini.

LANGSUNG

1.10pm: Wartawan memasuki dewan sidang media dan membuat persedian untuk persidangan.

Kira-kira 200 orang para petugas berkenaan memenuhi hampir setiap inci ruang lantai auditorium Sama-Sama Hotel.

12.33pm: PM Datuk Seri Najib Razak dijangka mengadakan sidang media pada jam 1.30pm di Hotel Sama-Sama, KLIA.

Pasukan keselamatan membuat pemeriksaaan ketat di bilik sidang media dan para petugas media diminta beredar sehingga operasi tersebut selesai.

Bagaimana nak 'lesapkan' pesawat jet




MH370 Ketika misteri kehilangan pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines masih belum terjawab, apa yang bermula sebagai satu kejadian pelik mula menjadi lebih pelik.

Ada pesawat komersial yang telah hilang sebelum ini, tetapi sehinggalah bangkainya ditemui. MH370 nampaknya seperti hilang begitu saja. Tetapi bagaimana itu boleh berlaku? Dan apakah maknanya bagi sesebuah kapal terbang hilang?

Kejutan ekoran misteri kehilangan Boeing 777 itu adalah sebahagian besarnya hasil daripada sikap kita yang mengambil mudah limpahan maklumat.

Kita menjangka dapat tahu apa sahaja dan pada bila-bila masa. Jika anda masuk ke lamanweb pengesanan penerbangan, anda boleh memasukkan nombor penerbangan mana-mana pesawat komersil dan dapat melihat lokasi dan arah semasanya.

Malah, dalam kebanyakan kes, kapal terbang sentiasa disambungkan ke dalam rangkaian maklumat global dengan pelbagai bentuk pengawasan dan komunikasi.

Biodata Ibrahim Mat Zin Raja Bomoh Pesawat MH370

Biodata Ibrahim Mat Zin Raja Bomoh Sedunia penjejak pesawat MH370 yang hilang. Nama Ibrahim Mat Zin kini semakin melonjak naik apabila individu tersebut mendakwa dirinya sebagai raja bomoh dan tiba di KLIA dalam usaha menjejaki pesawat MH370 menggunakan upacara ritual. Namun tindakannya mengadakan upacara seperti itu adalah bertentangan dengan ajaran agama islam dan menerima pelbagai pandangan negatif.
dukun-3
Biodata Raja Bomoh Pesawat MH370
Nama Penuh: Ibrahim Mat Zin
Umur: 80 Tahun
Warganegara: Malaysia
Gelaran: Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin/ Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP
Pengalaman Bomoh: 50 Tahun
Pekerjaan: Bomoh/ Dukun dan Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib (PSSGGM)
Kejayaan Kareer Bomoh:  Kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.
Fatwa JAKIM: Pihak JAKIM mengesahkan segala perbuatan ritual Ibrahim Mat Zin adalah syirik dan khurafat. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam
Kronologi Kareer Bomoh:
2004 – Rawatan beliau difatwakan haram oleh JAKIM kerana bercanggah dengan akidah Islam. Rawatan Ibrahim Mat Zin mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan.
2013 – Mendakwa dijemput pemimpin Pakatan Rakyat (PR) agar beliau mampu menilik kemenangan PR pada Pilihan Raya Umum ke tigabelas (PRU-13)
2014 – Muncul di balai ketibaan KLIA bersama beberapa peralatan untuk menjejaki pesawat MH370 yang hilang. Ibrahim Mat Zin mendakwa dirinya dijemput dalam usaha mencari MH370. Menurutnya MH370 hilang akibat tergantung antara tiga buah negara.

Saya rasa ragu-ragu terhadap bomoh ini. Apakah agenda sebenar dia hadir dan memberitahu kita semua yang dirinya mampu mencari MH370? Apakah benar dirinya orang ViP dalam pencarian ini? Apakah benar pemimpin tertinggi kita memanggil dirinya untuk membantu? Semuanya adalah persoalan yang kita sendiri yakin yang Raja Bomoh ini penipu.
Sedang seluruh dunia memerhatikan kita, muncul pula seorang Bomoh yang sedang memalukan negara dengan segala aksi tidak masuk akalnya. Terbaru beliau bersama beberapa anak buahnya telah menggunakan payung, bakul dan kelapa yang kononnya bertujuan untuk mencari mana hilangnya MH370.
Kenyataan Dari JAKIM Ibrahim Mat Zin Penipu
JAKIM MAHAGURU INRAHIM MAT ZIN
Yang paling saya tak faham, kenapa pihak sekuriti (keselamatan) KLIA membiarkan bomoh ini melakukan hal memalukan dipintu pelancong masuk ke negara kita? Apakah ini disengajakan? Apakah alasan pihak KLIA? Hentikanlah perkara ini. Sangat memalukan.

Video Upacara Ritual Raja Bomoh MH370

Gambar Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin

dukun
bomoh
Raja-Bomoh-Ibrahim-Mat-Zin-KLIA

14/03/14

Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu - Raja Bomoh

PETALING JAYA: Selain mencabar Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk meletak jawatan, Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin juga mengugut untuk menampar menteri itu seperti yang telah dilakukannya kepada seekor buaya.

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik oleh suara.tv, Ibrahim melahirkan rasa tidak puas hatinya setelah Khairy meminta agar bomoh itu diberkas polis atas perbuatannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa hari lepas.

Bertegas bahawa Khairy sepatutnya menghormati orang tua, Ibrahim berkata bahawa Khairy seharusnya berjumpa dengannya terlebih dahulu sebelum melabelkan perbuatannya sebagai syirik.

“Saya pun tak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya.

“Dia pun bukan senonoh sangat perangai. Saya cabar dia letak jawatan, kemudian kita try fight.

“Saya tampar dia macam buaya baru tahu. Dia cakap kurang asam, biadap,” katanya.

Dua hari lepas, Ibrahim serta beberapa pengikutnya sibuk menjalankan upacara memanggil semula pesawat MAS MH370. Upacara tersebut turut menyaksikan Ibrahim duduk di atas tikar serta penggunaan dua biji kelapa dan teropong.

Ibrahim juga bertegas mengatakan jika perkara ini melarat, maka memorandum akan dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah beliau, ini bukan kali pertama beliau menentang seorang menteri. Kali pertama, katanya, beliau telah menentang bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris.

“Dia (Khairy) budak baru. Dia ingat saya baru setahun jagung.

“Orang kampung dia (di Rembau) boleh gempar lah, Ibrahim Mat Zin jangan gempar. Kalau dia gempar saya akan ambil tindakan mahkamah,” katanya.

Bomoh itu yang sememangnya tidak berpuas hati dengan ahli parlimen Rembau itu menambah: “Apa dia ingat saya budak-budak untuk ditangkap, dia ingat saya adik dia ke.”

“Jangan ingat saya bomoh sengkek kampung. Saya pun ada peguam,” katanya.

Ibrahim kemudian memberi amaran kepada Khairy untuk tidak melakukannya sekali lagi, jika tidak, dia tidak akan teragak-agak untuk menyamannya sebanyak RM100 juta.

“Saya akan saman dia kerana menjatuhkan imej mahaguru datuk. Anak murid saya seramai berapa juta orang sanggup menghadap mahkamah,” katanya.

Menyifatkan Khairy sebagai sampah masyarakat, beliau turut mempersoalkan pelantikan Khairy sebagai seorang menteri.

“Saya ingat dia gila lah, semua orang (dia anggap) musuh. Macam mana Najib boleh ambil dia sebagai menteri.

“Kalau saya jadi Najib saya tendang dia macam bola, sampah masyarakat,” kata Ibrahim.

Beliau turut mempertahankan usahanya mencari pesawat MH370 yang telah hilang selama tujuh hari itu.

“Saya usaha cara tradisional, bawak bakul, buah kelapa, tikar. Yang buat tikar terbang bukan saya, itu pemberita yang buat, saya duduk saja,” katanya.

Khairy di akaun Twitternya pula tampak bersahaja dengan ugutan Raja Bomoh itu malah memaparkan pautan video itu.

“Raja Bomoh VIP nak tampar saya cam kokedai,” katanya. -FMT

greenboc

'Satelit kesan bunyi pantulan elektronik dari MH370'


Satelit komunikasi mengesan bunyi pantulan elektronik yang kabur dari pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) selepas ia hilang Sabtu lalu, tetapi isyarat itu tidak memberi sebarang maklumat tentang nasib pesawat itu dan haluannya,  demikian menurut dua sumber yang rapat dengan siasatan tersebut semalam.

Tetapi  bunyi "pantulan" elektronik itu menunjukkan bahawa sistem penyelesaian masalah penyelenggaraan pesawat itu dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit, dan ia menunjukkan pesawat itu yang membawa 239 orang, sekurang-kurangnya mampu berkomunikasi selepas ia hilang hubungan dengan pengawal trafik udara Malaysia.

Sistem itu menghantar bunyi pantulan elektronik itu kira-kira setiap
satu jam, demikian sumber-sumber itu, yang berkata lima atau enam daripadanya kedengaran. Bagaimanapun, pantulan elektronik itu sahaja bukan bukti bahawa pesawat itu berada di udara atau di darat.

Walaupun sistem penyelesaian itu berfungsi, tetapi tiada pautan data telah dibuka, kata sumber itu, kerana syarikat-syarikat yang terlibat tidak melanggan perkhidmatan dari operator satelit.

Boeing Co, pengeluar pesawat 777 yang hilang itu, dan Rolls-Royce, membekalkan enjin Trent itu, enggan mengulas.

Terdahulu, pegawai Malaysia menafikan laporan bahawa pesawat itu telah terus menghantar data teknikal dan berkata tidak ada bukti bahawa ia terbang selama beberapa jam selepas hilang hubungan dengan pengawal trafik udara pada awal pagi Sabtu selepas berlepas dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Beijing.

The Wall Street Journal melaporkan bahawa penyiasat penerbangan AS dan pejabat keselamatan negara itu percaya pesawat tersebut terus terbang selama lima, berdasarkan data yang dimuat turun secara automatik dan dihantar ke daratan dari enjinnya sebagai sebahagian daripada program pengawasan standard.

Cerita Panas Harian Brunei Baca kerana ini penting

Cerita Panas Harian Brunei
Baca kerana ini penting

Assalam, Inshaa Allah Start bulan 4 tahun dapan, isteri-isteri di negara Brunei di wajibkan pakai tudung menutup aurat. Bertudung labuh sikit, jgn nampak bentuk b/dada, pakaian jgn fit/hanging, klu pakai seluar jgn fit.Boleh kena dakwa tu. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.

LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN
ATAU SEBALIKNYA 198
(1) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.
(2) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236
(1)mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan
gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali.

KHALWAT 196.
(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan
orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(3) Dalam bab ini
KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,

TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.
Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar'ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak
melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.

TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.
(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.
(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.
(4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya
hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa
kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan
itu dilakukan.

HUKUMAN ZINA 69.
(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut -
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.
(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).
(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).

HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR
BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-
(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau
(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

Jawatan Kosong Pos Malaysia Berhad - Mac & April 2014

Jawatan Kosong Pos Malaysia Berhad - Mac & April 2014


Terdapat 309 kekosongan jawatan kosong terkini di Pos Malaysia Berhad Mac 2014. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia yng berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Pos Malaysia Berhad sebagai:

1. Kerani Mel Penghantaran - 99 kekosongan
2. Kerani Mel - 99 kekosongan
3. Operator Gudang - 99 kekosongan
4. Pemandu Lori - 2 kekosongan (baru)
5. Pekerja Am - 10 kekosongan (baru)


Gaji permulaan yang ditawarkan RM1,300 - RM1,400

Tarikh tutup permohonan : 01 Mac, 08 Mac 2014, 04 April & 26 April 2014
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Swasta

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman jobsmalaysia, sila ikuti arahan seperti dibawah.
1. Sila kelaman jobsmalaysia, Klik Sini
2. Sila ke Carian Segera dan Pilih Cari Majikan serta masukkan keyword : pos malaysia berhad (dan search)
3. Sila pilih atau klik pada:

Majikan: POS MALAYSIA BERHAD
POS MALAYSIA BERHAD, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, W.P. KUALA LUMPUR. SEKTOR: PENYEDIAAN PENYEWAAN PETI SURAT DAN PERKHIDMATAN MEL LAIN

13/03/14

Anwar: Siapa bayar bomoh '1Malaysia'?



Sidang Dewan Rakyat petang ini gamat seketika apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas kejadian bomoh melakukan upacara di KLIA untuk 'membantu' mencari pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangan ke Beijing.

Menurut Anwar (kiri), tindakan bomoh tersebut memalukan negara dan wajar disiasat untuk mengetahui siapa yang menjemput bomoh tersebut.

"Siapa yang bagi kebenaran buat kerja begitu? Sudahlah khurafat, syirik, dan dibayar, kemudian dipanggil pula media antarabangsa (membuat liputan).

"Saya hendak desak mesti ada siasatan penuh kerana ia kejadian yang memalukan negara.

"Siapa yang desak? Siapa yang luluskan? Siapa yang bayar? Ini memalukan negara.

"Nanti terpampang pula bomoh 1Malaysia," kata Anwar seraya menepuk dadanya, tempat pin 1Malaysia biasanya disematkan buat mereka yang memakai kot.

'Tak tuduh, tapi tanya PM, Rosmah'

Anwar juga sempat mengusik anggota Parlimen BN apabila menggesa kemunculan Ibrahim dirujuk kepada perdana menteri dan isterinya.

"Tanyalah pada perdana menteri dan isteri. Saya kata tanya, saya tak buat tuduhan," kata Anwar sambil tersenyum simpul.

Ibrahim Mat Zain bukan nama asing di kalangan sesetengah orang kerana iklan tentang khidmatnya yang diberi julukan “Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP” kerap terbit dalam akhbar tabloid berbahasa Melayu.

Beliau juga sering kelihatan memakai sut lengkap bertali leher dan bersongkok serta pin baju berlogo 1Malaysia apabila melakukan upacara perbomohan.

Pada 10 Mac lalu, beliau mencuri perhatian ramai apabila muncul di KLIA menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan penumpang MH370 agar dapat dijumpai secepat mungkin.

Tampar mati buaya tembaga

Beliau sebelum ini dilaporkan mendakwa kehadirannya di KLIA adalah atas jemputan seorang VVIP.

Semalam, beliau sekali lagi muncul di KLIA bersama pembantunya dan tiga orang daripada mereka duduk di atas sehelai tikar.

Seorang daripadanya memegang tongkat, sementara dua orang lagi memegang dua biji kelapa di atas kepala dan memegang bakul dalam upacara mereka.

Kemunculan kali kedua beliau semalam mengundang pelbagai reaksi daripada personaliti agama, NGO serta menteri.

Berpengalaman selama 50 tahun, Ibrahim menjadi popular melalui perkhidmatan kejadian Highland Tower runtuh, pencarian mayat semasa banjir Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.

Beliau juga didakwa pernah menampar seekor buaya tembaga sehingga mati.

Gambar Pesawat MAS MH370 Hilang Boeing 777-200 KL Beijing

Gambar pesawat MAS MH370 hilang Boeing 777-200 Kuala Lumpur (KL)-Beijing. Seperti yang sedia maklum, MH370 merupakan sebuah kapal terbang komersial milik penuh Malaysia Airlines System (MAS) yang kini dilanda malapetaka apabila pesawat itu dilaporkan hilang sejak Sabtu 8 Mac 2014. Pesawat jenis Boeing 777-200 merupakan antara pesawat komersial yang tercanggih di dunia dengan kelengkapan keselamatan dan kecekapan sistem yang moden. Namun kegagalan mengesan pesawat MH370 direkodkan sebagai kes paling misteri dalam sejarah penerbangan.
MH370

Spesifikasi Boeing 777-200 (MH370)
speck

Gambar Luaran Fizikal  MH360 Boeing 777-200

MAS 1





MAS 2
MAS 3
Gambar Dalaman Pesawat MH370
777 mh 1


Penjelasan PDRM Gambar Edit Penumpang MH370 Pasport Curi

Penjelasan PDRM isu gambar edit dua penumpang MH370 yang menggunakan pasport curi. Foto dua penumpang warga Iran dalam pesawat MH370 telah mencetuskan kontroversi dilaman sosial apabila gambar kaki suspek utama tidak selari dengan foto badannya. Kesimpulannya, foto kaki suspek kedua digunakan dan dicantum kepada foto suspek pertama supaya menghasilkan gambar satu anggota badan yang lengkap. Berikut adalah penjelasan rasmi PDRM mengenai isu atau persoalan yang ditimbulkan oleh pengguna laman sosial.
penumpang
Penjelasan PDRM Gambar Edit Penumpang MH370 Pasport Curi
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata gambar-gambar itu diambil menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Kami tidak mengubahsuai gambar tersebut. Apa yang berlaku adalah dua gambar itu dikepilkan bersama tetapi bahagian bawah gambar suspek kedua tercabut. Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan gambar suspek pertama,” katanya.
Asmawati mengulas mengenai dakwaan di media sosial bahawa polis telah mengubahsuai gambar dua individu misteri itu kerana kedua-dua suspek muncul dengan seluar dan kaki yang sama. Menurutnya lagi, kedua-dua foto tersebut adalah sah. Pertindihan tidak mengubah hakikat bahawa muka kedua-dua lelaki itu jelas kelihatan.

12/03/14

Penyebar khabar angin boleh kena hukum


Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

"Penyebaran dari sumber diragui dan tidak diiktiraf bukan sahaja boleh menjejaskan siasatan tetapi boleh menghiris perasaan keluarga dan kenalan mangsa,” katanya.

"Dalam kes-kes tertentu yang dikira melampaui batas sehingga menyebabkan satu pihak berasa jelik terancam dengan fitnah, pihak tersebut boleh buat aduan kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), maka tindakan undang-undang boleh diambil.”

Amaran terhadap penyebaran khabar angin menerusi media sosial itu dibangkitkan sewaktu sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pagi ini.

Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, dengan jumlah penumpang seramai 239 orang termasuk 12 anak kapal.

Tian Chua bidas Utusan

Sementara itu, MP Batu, Tian Chua (kiri) membidas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia di atas laporan yang disifatkan "tidak sensitif" kepada keluarga mereka yang menaiki pesawat itu.

Tian Chua berkata beliau kesal dengan laporan pada 10 Mac yang membuat andaian bahawa kehilangan pesawat itu mungkin berpunca daripada cubaan bunuh diri oleh juruterbang.

"Utusan tidak sepatutnya membuat tuduhan sebegitu yang memburukkan reputasi juruterbang dan pembantu juruterbang," katanya sambil menegaskan yang harian tersebut perlu menarik laporannya dan meminta maaf.

Beliau juga menggesa media agar tidak membuat andaian tentang insiden itu, dan mengambil kira perasaan ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

Jakim selar guna bomoh cari MH370



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak.

"Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my.

"Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita," kata Othman dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tatkala pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara ini dan dari negara luar yang menghulurkan bantuan," kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh tiga hari ini".

"Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt," katanya.

Menurutnya, dalam satu mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan.

"Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa raja bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam.

"Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat," katanya.

Sehubungan itu, Othman mengingatkan semua msyarakat khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam.

"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt.

"Umat Islam harus menyakini bahawa Allah swt adalah sebaik-baik tempat bergantung dan bertawakkal," tambahnya.

Menurutnya, setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan "maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa".

"Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua," tambah Othman.

Semalam, bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.

Sambil menyifatkannya "satu kerja bodoh", Asri berkata, amalan “khurafat dan tahyul” itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras.

“Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam.

Kos Rosmah ke Qatar lebih RM400,000



MP Seremban, Anthony Loke hari ini mempertikaikan perbelanjaan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongannya ke Qatar pada tahun lalu yang menelan belanja lebih RM400,00 seperti disahkan Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau merujuk kepada soalannya yang dijawab Shahidan (kanan), yang menjelaskan bahawa kos penerbangan Rosmah ke 4th Qatar International business Women Forum pada November lalu sebanyak RM426,489.46.

Shahidan menjelaskan kos itu terdiri daripada kos bahan api sebanyak RM196,614.31 dan RM229,875.15 untuk kos navigasi, terbang lintas dan agen pengendalian darat.

Menurut Loke, ia adalah satu pembaziran apabila dibandingkan dengan tiket pergi balik kelas bisnes menggunakan penerbangan Qatar Airways dan Malaysian Airlines.

"Di mana moral dia (Najib) cari ayam RM1 tetapi isteri dia menggunakan perbelanjaan kerajaan secara keterlaluan," katanya.

Beliau merujuk kepada tindakan Najib membeli ayam berharga RM1 seekor sewaktu menyampaikan anugerah kedai harga patut kepada pasar raya besar NSK, semalam.

11/03/14

PESAWAT MH370: 'RED FLAG' ATAU 'FALSE FLAG'?

Photo

Photo

1. MUQADDIMAH

Lihatlah insiden MH370 dengan pandangan matahati. Jangan terbuai dengan naratif huru-hara yang sedang disogokkan kepada anda supaya anda tidak melihat percaturan sebenarnya.

Anda sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang tersembunyi dan sangat pakar dalam operasi false flag. Saya sudah acapkali menekankan kepentingan Malaysia dan perairannya. Hari ini kita melihat mereka maju setapak lagi dan dengan mudahnya Malaysia diheret ke persada kacamata dunia atas sebab-sebab yang tidak diingini, bersama pihak-pihak yang berkepentingan.

Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Abi Sa'id ra dari Nabi saw bahwa baginda bersabda: “Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin, kerana ia memandang dengan cahaya Allah Azza wa Jalla.” (HR Tirmidzi)

Kemudian baginda membaca ayat: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi ‘mutawassimin’ (orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda)." (QS Al-Hijr: 75)


والله أعلمُ بالـصـواب

i. KEPADA SIAPAKAH SAYA TUJUKAN ARTIKEL INI

Seorang sahabat di alam maya yang baru saja saya kenali datang bertanya di inbox:

BWW: Salam .. bro .. ada klu tentang kehilangan MH370 ?
08/03/2014 17:16

Saya berharap ini kali terakhir saya melahirkan pandangan saya mengenai MH370. Sebagai menghormati permintaan beliau maka saya sampaikan sedikit pandangan saya. Saya tidak mahu terlibat dengan percaturan yang tiada kesudahan ini. Kalau ada yang beroleh manfaat dari artikel ini selain dari saudara BWW, maka fikir dan kembangkanlah.

Saya tidak ada keperluan mendekati sesuatu isu secara apa yang kononnya diistilahkan sebagai "pendekatan ilmiah". Saya tidak perlu pada justifikasi dan pembuktian yang terperinci, maupun perdebatan yang tiada kesudahan. Kami membaca pergerakan mereka pada kadar yang 'manasabah' dan samasekali tidak akan terlibat dalam permainan putar alam mereka. Sidang pembaca boleh membuat interpolasi selanjutnya. Saya sekadar menyampaikan bahawa kalian sedang disasarkan, itu saja.

Perkara pertama yang menarik perhatian saya sebaik sahaja menerima khabar mengenai MH370 ialah kesungguhan luarbiasa CNN dalam memberi liputan berita terhadap insiden ini dari detik-detik permulaannya.

Bagi kami apa saja yang timbul dari CNN adalah berita buruk, "CNN is bad news.". Inilah klu pertama saya sebenarnya. Saya membaca ramai yang terpengaruh dengan liputan berita CNN pada detik-detik awal tercetusnya berita tentang insiden MH370, lalu saya pun turut serta mengikuti liputan CNN dengan harapan bahawa Malaysia tidak dihadiahkan dengan 9/11 mereka.

Saya masih berdoa agar mereka itu yang di dalam pesawat MH370, mangsa-mangsa kelompok sang perosak mukabumi, agar segera muncul dengan selamatnya di hadapan kita semua supaya anda boleh mengabaikan peringatan dan pesanan ini.

ii. RICHARD QUEST & SILAPMATA KLASIK DAJJAL MELALUI CNN

Sistem dajjal meninggalkan templat acuan yang sering dikitar semula berulang-ulang kali sehingga anda tidak nampak, sedangkan ia sedang bermain-main di bawah batang hidung anda. Silapmatanya membawa anda ke alam fantasi yang diolah mereka dengan begitu realistik, sedangkan tanda-tanda mereka sedang beroperasi diabaikan. Sebaik sahaja anda melihat tanda-tanda ini, anda tahu suatu agenda sedang dilaksanakan.

Menurut Quest beliau bertemu dengan Fariq ketika penggambaran program CNN Business Traveller dan rakaman video penerbangan tersebut adalah pada 19 Februari 2014 membabit pesawat yang sama (MH370).

  • Fariq Ab Hamid, 27, had recently switched to the Boeing 777-200
  • He landed it in a flight captured on video last month by CNN
  • It was a textbook-perfect landing, the captain said of Hamid's work - (Sumber CNN)
Photo

(Gambar: Pembantu Juruterbang Pesawat MH370 Fariq Abdul Hamid bersama Richard Quest, 17 hari sebelum kejadian insiden! Jurnalis CNN atau Sepai?)

Anehnya CNN yang sudah dikenali sebagai lubuk perisikan Mossad dan CIA langsung tidak dipertikaikan kehadiran mereka. Tidakkah aneh bahawa beliau sudah berada dalam pesawat tersebut terlebih dahulu membuat penggambaran bagi CNN (+ -) 17 hari sebelum insiden MH370? Tidakkah aneh beliau bertemu dengan co-pilot pesawat yang terbabit pada 19 Februari? Kebetulan?

Richard Quest sendiri mempunyai latarbelakang yang kabur yang boleh dipertikaikan. Beliau mempunyai rekod tahanan pihak polis AS atas salahlaku seksual songsang dan pemilikan dadah 'meth'. Di CNN kononnya beliau adalah seorang pakar aviasi sedangkan beliau berkelulusan undang-undang!

Beliau membuat penggambaran CNN Business Traveller dan memandangkan fungsi beliau sebagai pakar aviasi, menjelang insiden MH370 beliau memainkan peranan sebagai 'PAKAR AVIASI' dan memberi liputan/analisis secara terperinci  mengenai MH370. Apakah mereka datang ke sini untuk membuat penggambaran Business Traveller atau membuat persiapan untuk OPERASI FALSE FLAG MH370 sebenarnya? Bangunlah anak-anak Melayu, jangan lena diulit mimpi lalu kamu bertelingkah sesama kamu sendiri. Hentikanlah permusuhan sesama kamu.

Pada tahun 2006 Richard Quest (lahir 9 Mac 1962) menolak tawaran untuk bertugas dengan saluran Inggeris Al Jazeera, di atas alasan ketidaksuaian berdasarkan homoseksualiti (gay) dan berketurunan Yahudi Eropah (Jewish). [1]

Photo

(Gambar: Richard Quest)
1. ^ Owen Gibson; Afshin Rattansi (November 12, 2006). "Look east: After long delays and a rumoured editorial split with its Arabic parent, English-language news channel al-Jazeera will go on air this week. Owen Gibson and Afshin Rattansi report". The Guardian. Retrieved 6 August 2012. "But there were delays from the start. It was hard to recruit big-name presenters: Richard Quest of CNN said he turned down an offer on the grounds that being gay and Jewish might not be suitable."
CNN reporter in sex, rope and drug scandal
April 21, 2008 - 8:40AM

A well-known CNN reporter has been arrested in New York's Central Park with drugs in his pocket, a rope around his neck that was tied to his genitals, and a sex toy inside his boot.Richard Quest - who is known for his boisterous and quirky style - was arrested at 3.40am on Friday, almost three hours after the park's 1am closing time.

He was initially arrested for loitering, the New York Post said. However, a search by police uncovered the oddly configured rope, a sex toy inside Quest's boot, and a small bag of methamphetamine in his left jacket pocket, the Post said. (http://www.smh.com.au)
Gay CNN presenter Richard Quest on his comeback after that embarrassing park incident
http://www.pinknews.co.uk/2009/06/22/gay-cnn-presenter-richard-quest-on-his-comeback-after-that-embarrassing-park-incident/

Kedua-dua Yahudi Zionis CNN yang homoseksual secara terbuka ini iaitu Richard Quest dan Anderson Cooper kelihatan tersasul beberapa kali semasa melaporkan tentang MH370. Tidak hairanlah isu membaca riak wajah dan "bahasa badan" ini saya kemukakan seketika, ibarat pepatah Melayu 'pulang paku buah keras'. Pentagon sendiri telah menggerakkan aparatus mereka baru-baru ini untuk 'membaca' Presiden Vladimir Putin berikutan sidang media beliau mengenai Ukraine lebih 1 jam.

"The Pentagon has spent hundreds of thousands of dollars in recent years so that researchers can study the body movements of foreign leaders, including Russian President Vladimir Putin, in hopes of predicting future behavior."
http://rt.com/usa/pentagon-connors-putin-language-510/

Video 1: Richard Quest - I flew with missing first officer of MH370.
http://youtu.be/phRyN9RO-Ek

(00:32) And now ships, air and sea rescue from both Vietnam and Malaysia and Singapore is also involved, China would also  get involved. The US forces who are in that area could be involved too. Everybody will be in a coordinated ATTACK (gugup dan membetulkan semula ayat kepada: ATTEMPT) to try and find exactly where this aircraft is in the water.."

Apakah yang sedang bermain dalam kepala Richard Quest sehingga tersasul dan berkata "coordinated attack?". Apakah ini prosedur 'Search & Rescue' atau 'Search & Destroy'?

(00:54) Pembaca berita kepada Richard Quest: "Now Richard let's talk a little bit more about that co-pilot Fariq Hamid. You actually sat in a cockpit of a similar aircraft just a few days ago.."

(1:18) We were (flying).. filming, (gugup membetulkan semula ayat: HAD AUTHORISED) had authorised filming for CNN Business Traveller, and we were on the cockpit.."

Richard Quest dan Anderson Cooper nampaknya bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa insiden-insiden ini diterima oleh penonton sebagai insiden 'kebetulan' dan penggambaran CNN Business Traveller tersebut mendapat pengesahan rasmi dari pihak berkuasa. Dengan lain perkataan ia bukannya suatu operasi 'covert' rahsia perisikan Amerika Syarikat.

  • Video #2: Richard Quest: Malaysia Airlines MH370 jet was 'at safest point' in flight.
http://youtu.be/yR1iArXcaPc

Pada saat pembuka kata (00:03) video #2, Anderson Cooper sudah tersasul.

Anderson Cooper: "We're now bringing in Richard Quest who has 'ACTUALLY' (gugup).. COINCIDENTALLY (Anderson mengubah ayat kepada "secara kebetulan..")  has been shooting a story on the "airline" (Penerbangan Malaysia) and has spent time with the airline's CEO..."

  • Video #3: Where is Malaysia Airlines Flight 370? Traces of oil seen in area of last contact .
http://youtu.be/y-RuoMDqRqQ

Pada video #3 kita melihat pelbagai aspek pencerobohan keselamatan pesawat MH370 diperbincangkan & Rene Marsh koresponden CNN memberi isyarat dan justifikasi tentang keperluan untuk badan penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (National Transportation Safety Board - NTSB).

Beliau membuat konotasi bahawa negara-negara di rantau ini tidak mempunyai kepakaran yang memadai untuk menangani krisis yang sebegini dan negara-negara yang lebih besar, maju dan berkemampuan (Amerika Syarikat) seharusnya mengetuai penyiasatan tersebut.

Menurut John Goglia, "pakar aviasi" dari NTSB, agensi induk AS yang menyiasat kemalangan kapal terbang, "Ketiadaan panggilan kecemasan mencadangkan bahawa kapal terbang sama ada mengalami penyahmampatan letupan atau telah dimusnahkan oleh bahan letupan."

” Ia harus berlaku cepat kerana tidak ada komunikasi, ” kata Goglia. Beliau berkata identiti palsu kedua-dua penumpang kuat mencadangkan kemungkinan bom. “Itu bendera merah (Red Flag) yang besar,” menurutnya.

Saya 'bertanya' kepada John Goglia di sini, "Red Flag" atau "False Flag"? Tak perlulah bermain istilah dengan anak Melayu.

Photo

2. ANTARA MASALAH YANG DICIPTA DENGAN REAKSI YANG MENDATANG

Photo Anda akan melihat bahawa sekiranya insiden ini berakhir sebagai nahas yang tragik, maka China akan mempunyai kasualti yang terbesar di mana lebih dari separuh mangsa dari insiden MH370 adalah warganegara China. Maka dari suatu sudut, siapakah sasaran sebenarnya dari segi kasualti nyawa?

Perkembangan semasa berkenaan konflik Barat-Rusia, akhir-akhir ini melihat China dengan lantang menempelak Amerika Syarikat. Apakah anda menyangka China tidak memahami isyarat Amerika Syarikat kepada mereka dari insiden MH370 ini?

Malaysia sudah terjebak di dalam insiden ini di mana di mata dunia, kelemahan pentadbiran dan keselamatan membabitkan penerbangan luar negara dilihat sebagai lemah. Maka apakah perasaan China terhadap Malaysia? Tragedi MH370 ini dibentuk supaya negara kita tersepit dicelah konflik yang mendatangkan kemarahan China dan rakyatnya terhadap Malaysia.

Pada peringkat awal ini sahaja, cuba anda perhatikan apakah sentimen rakyat mereka terhadap Malaysia mengenai pengendalian kes ini? Anda belum merasakan bahang kemarahan dan kekecewaan rakyat China? Kekeruhan hubungan dua hala sedang disemai secara sistematik. Bagi saya inilah cara instigasi yang sangat klasik, dengan menggunakan pihak ketiga (Malaysia) untuk mensasarkan kasualti keatas sasaran sebenarnya iaitu China.

3. ISYARAT TERTINGGI KEPADA CHINA

Seorang kenalan maya di RT melawak dan katanya "tiada siapa yang lebih arif tentang sistem pengendalian Boeing dari Amerika Syarikat. Kalau ada sesuatu pihak yang boleh menjatuhkan pesawat MH370 dari ruang udara dengan mudah adalah Amerika Syarikat."

Itulah hakikatnya. Rangkaian perhubungan data 'dalam penerbangan' Boeing 777 berhubung terus 24/7 kepada Pusat Komputer Boeing di Seattle, Washington.

Jika kesemua rangkaian ini dipadamkan serta merta melalui suatu insiden yang katastropik ini bermakna:

1. Sebuah bom dalam anggaran 100-200 lbs telah diseludup masuk ke pesawat dan diledakkan atau;
2. Sebuah serangan peluru berpandu anti-pesawat seperti yang dimiliki dari USS Navy Guided Missile Destroyers yang diketahui sedang beroperasi di Laut China Selatan ketika itu.
3. Senjata berteknologi tinggi yang tidak diketahui.

Radar USA 7th fleet di Laut China Selatan mampu menjejak pesawat tersebut, mengetahui ia meletup, dan jatuh ke perairan. Radar tersebut mampu menjejak secara tepat lokasi dan kordinat impak berlaku.

Satelit Reconnaisance Amerika Syarikat mampu melihat pesawat tersebut meletup di udara. Pusat kawalan recon AS juga mampu menjejak sekiranya sebuah peluru berpandu anti-pesawat dilancarkan sebelum ianya meletup di ruang udara. Dalam anggaran masa 7 jam segala keputusan boleh diproses dan disahkan.

"They will keep you running in circles where in fact they have you encircled." - Al Faedah
Namun tiada sebarang statemen yang relevan hingga kini diterima secara rasmi dari Whitehouse sedangkan mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku. Mereka akan terus meletakkan anda dalam pusingan-pusingan yang mengelirukan, namun pada masa yang sama mereka telah pun mengelilingi kamu.

Ini menimbulkan pra-sangka yang manasabah bahawa pihak-pihak perisikan tertinggi blok Barat terbabit sedang dalam prosedur melaksanakan agenda terorisma keatas negara membangun di Asia Tenggara seperti Malaysia.

Insiden MH370 adalah suatu signal & statemen tahap tertinggi kepada China. Anda akan melihat suatu siri reaksi dari China secara berperingkat samada secara langsung atau tidak.


والله أعلمُ بالـصـواب

4. ANTARA MASA & TIMING INSIDEN
Photo
(Gambar: Kapten Zaharie Shah)

Perhatikan dengan baik 'timing' insiden ini berlaku sebaik sahaja keputusan mahkamah terhadap ketua pembangkang diterima. Mereka sudah pun mempunyai masa yang memadai untuk menyusun insiden ini bertepatan dengan segala kemungkinan keputusan mahkamah? Anda percaya pada "kebetulan"? Tragedi Lahad Datu mula memuncak pada 1 Mac 2013. Insiden Pesawat MH370 berlaku di awal pagi 8 Mac 2014, genap setahun sahaja selepas huru-hara Lahad Datu. Benarlah, ini semua semata-mata "kebetulan".

Bagaimanakah sentimen blok pro kerajaan dan blok pakatan? Tidakkah anda menjangka bahawa situasi pertentangan antara kedua blok yang bertelingkah ini akan bertambah meruncing? Apakah segala masalah ancaman perpecahan sesama kita bakal selesai dengan terpenjaranya sekali lagi Anwar Ibrahim? Janganlah terlalu naif. Kerana kenaifan sebeginilah umat Islam diperdaya berkurun-kurun lamanya.

Perhatikan kedudukan Penerbangan Malaysia selepas ini. Apakah anda menyangka, reputasi dan kedudukan kewangan syarikat penerbangan negara yang sememangnya sudah pun terumbang ambing, tidak akan tergugat samasekali? Sebenarnya, entiti syarikat penerbangan negara kita juga sedang disasarkan.

Perhatikan elemen & komposisi penumpang-penumpang pesawat MH370. Tidakkah anda melihat kehadiran komposisi yang sesuai? Penumpang warga Ukraine, Rusia, Amerika Syarikat, dan China.. Sekiranya elemen terorisma Eropah diperkenalkan, maka bukankah komposisi ini menepati konflik semasa global di Ukraine? Bagaimana pula dengan elemen teroris dari China?

Apakah pecahan terperinci demografik setiap penumpang dalam pesawat MH370? Siapa-siapakah mereka? Apakah maklumat dan rahsia yang ada pada mereka? Apakah anda mampu merungkai "nilai" mereka dalam konteks perisikan?

Sama-samalah kita perhatikan elemen apakah yang akan mereka ketengahkan kelak.. Yang penting ialah alibi warganegara Amerika Syarikat sudah pun ditanam dalam insiden ini sebagai syarat bagi membuka ruang kepada campurtangan Amerika Syarikat.

Dengan 3 (+1 bayi) warganegara Amerika Syarikat, mereka sudah pun bergegas-gegas menyusun pasukan penyiasatan FBI mereka untuk turun. Insiden ini melibatkan 152 (+ 1 bayi) warga China! Apakah anda melihat kekalutan China untuk menghantar pasukan perisikan mereka?

Memang masih terlalu awal pada ketika ini untuk menjangka bagaimanakah perencanaan ini bakal diolah oleh mereka. Saya sekadar menasihatkan supaya jangan terbuai dengan sebarang polemik dan percaturan yang bakal disusun kehadapan. Akhirnya anda akan hanya semakin keliru.

والله أعلمُ بالـصـواب

Photo

5. MALAYSIA SEDANG DIPOSISIKAN SEBAGAI NEGARA YANG LEMAH & TIDAK MAMPU MENANGANI KRISIS

Pihak manakah yang paling tertekan dalam situasi masalah yang "dicipta" ini? Pastinya Malaysia berada dalam kedudukan yang paling tertekan, lemah dan terdedah. Perhatikan rentetan reaksi pada setiap spektrum. Tidakkah tragedi ini sudah pun mula menyemai bibit-bibit kecelaruan, kesedihan, dan kemarahan pada setiap peringkat?

Bayangkan sekiranya insiden ini berkesudahan dengan nahas yang mengorbankan kesemua penumpang dan krew pesawat, bayangkan reaksi dan impaknya keatas kita semua. Pihak manakah yang bakal meraih keuntungan dari episod MH370 ini? Bagaimanakah insiden MH370 ini melibatkan AS sebenarnya, sedangkan mereka 'menawarkan bantuan?"

Inilah mentaliti ummah hari ini, kerana mereka tidak memahami ideologi "Problem-Reaction-Solution" ini. Inilah ummah yang hanya mampu reaksioner dalam perlakuan mereka. Dicatur kesana sini oleh musuh-musuhnya sendiri, lalu bercakaran sesama sendiri dan memohon bantuan dari mereka yang mencipta masalah itu pada asalnya.

Saya membincangkan dengan ringkas penciptaan 'problem' (masalah) & implikasi reaksi yang timbul darinya. Sewajarnya anda boleh membuat interpolasi yang lebih lanjut dan terperinci. Jelasnya mereka mempunyai agenda dan kepentingan yang amat besar dari isu ini.

والله أعلمُ بالـصـواب

Photo

6. AS AKAN MENYAJIKAN PENYELESAIAN & SOLUSI

Anda akan melihat selepas ini siri-siri 'solution' (penyelesaian) akan disusun secara sistematik. Ada diantara penyelesaian-penyelesaian ini akan diwar-warkan secara "umum" dan "terbuka". Ada di antara "penyelesaian-penyelesaian" ini akan di'runding'kan dibelakang tabir bawah kelambu-kelambu kerahsiaan.

Mereka sudah pun memegang kunci-kuncinya. Segala kelemahan teknikal, keselamatan (security) dan pengawasan dalam diri kita (negara) sudah pun terdedah, terbuka dan akan dirobek secara berperingkat. Inilah masa yang paling sesuai sekiranya kuasa-kuasa luar yang berkepentingan ingin memastikan agenda dan kehendak mereka dituruti. Mereka akan tampil ke hadapan dan memimpini anda untuk 'keluar' dari krisis ini. Sudah tentulah mereka orang yang paling 'berpengalaman'.

Dalam kesibukan anda menangani pelbagai persoalan & permaslahan yang berbangkit, terorisma dan berfikir-fikir manakah terorisnya, apakah "ransom demand" mereka dan pelbagai kecelaruan teknikal yang disusun dari implikasi insiden 'false flag' pesawat MH370, sudah pasti anda akan terlalai dari "teroris" dan "tuntutan maupun ugutan" yang sebenarnya.

Ia mungkin sudah pun bermula.. Terorisma sebenarnya akan mengambil rupabentuk diplomasi, kepimpinan krisis, kepakaran penyiasatan, sekuriti dan keselamatan. Dengan lain perkataan bersedialah untuk tahap 'CAMPURTANGAN' yang lebih tinggi keatas urusan negara. Dengannya datanglah peras ugut dan tuntutan secara berperingkat. Apabila soal-soal keselamatan negara dalam sesuatu krisis sudah dibolosi, maka bersedialah apabila anda menjadikan pemimpin keatas kamu. Segala kelemahan kamu akan dieksploitasikan.

Bayangkan sekiranya insiden yang sama berlaku di Rusia. Apakah anda begitu naif dan menyangka bahawa Putin akan memberi sebesar-besar laluan kepada mereka untuk melakukan siasatan? Sudah tentu tidak. Sebaliknya, perhatikanlah nanti penguasaan mereka keatas kita, apabila 'pakar-pakar' perisikan dan penyiasatan mereka masuk.

Oleh yang demikian, akhirnya anda akan lihat lebih banyak konsesi, rekonsiliasi dan tolak-ansur dilaksanakan secara sistematik selepas ini sebagai "pampasan" untuk mengeluarkan diri kita dari perangkap yang sudah mengena. Ada antaranya akan diumumkan. Ada yang mungkin dilaksanakan secara terselindung. Segalanya bergantung sejauh manakah insiden ini akan diperbesar-besarkan, digembar-gemburkan. Kalau naratifnya menjadi semakin berputar-belit, maka semakin dalamlah agenda yang bakal disusun.

Badan-badan penyiasat yang pakar sudah pun mula disusun dan dicatur. Apabila CNN terlibat secara langsung dan pro-aktif anda akan melihat keseluruhan aparatus perisikan Amerika Syarikat adalah dibelakang mereka. Sambil saya menyediakan komentar saya ini, pasukan penyiasat FBI Amerika Syarikat sudah pun digerakkan untuk beroperasi di Malaysia secara rasmi.

Malangnya anak-anak generasi baru Melayu dan tidak kurang juga mereka yang sudah jauh berumur, bakal terkinja-kinja melihat operatif-operatif CIA, FBI dan apa sekalipun menjalankan operasi 'psy-op' mereka di sini. Mereka akan terlompat-lompat menanti CNN dan sekutunya memutar 'spin' terkini lagi tercanggih tentang MH370.

Inilah generasi yang telah diprogram dengan filem-filem Hollywood & fantasi. Orang kita tidak faham bahawa mereka ini sedang menjalankan gerak saraf destabilisasi keatas negara kita atas kepentingan serakah mereka.

Apabila diperingatkan, maka mereka segera pula berkata, "Oh tidak, ini teori konspirasi khayalan kamu!".

Sedangkan ALLAH SWT telah berfirman:


وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menturuti millah (tatacara hidup & agama) mereka (yang telah terpesong itu).

Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al Baqarah:120)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim. (Al Ma'idah: 51)

7. KESIMPULAN: LEBIH BANYAK PERSOALAN DARI JAWAPAN YANG AKAN DIHASILKAN KELAK

Photo Anda tidak akan 'nampak' naratif yang saya nyatakan ini, kecuali anda tinggalkan naratif yang disogok kepada anda secara sistematik.

Tragedi yang disusun ini sekiranya berkesudahan dengan pengesahan nahas, akan membabitkan bilangan nyawa yang sangat ramai dan naratif yang berlapis-lapis dan bertindanan. Jangan harapkan penyelesaian yang mudah dan simplistik. Malah sebarang 'penyelesaian' dan 'solusi' yang tercapai akan hanya memihak kepada agentur konspirasi jahat ini.

Pada akhir perjalanan setiap dari perancangan mereka ini, anda akan ditinggalkan dengan lebih banyak soalan dari jawapan. Ia bukanlah perancangan yang sebarangan. Sedarilah hakikat ini.

Ketahuilah tragedi dan insiden MH370 ini sememangnya sangat menyedihkan, terutama sekali sekiranya ia berkesudahan dengan nahas yang tragik. Namun di samping kita mendoakan keselamatan bagi "mangsa-mangsa" yang terlibat, jangan lupa untuk mendoakan diri kita sendiri. Sekiranya nyawa mereka terkorban, ketahuilah pengorbanan nyawa ini akan berterusan dan tetap akan disasarkan pada kita jua akhirnya. Ketahuilah nyawa manusia adalah sangat murah bagi mereka. Bangunlah anak Melayu, bangunlah. Masamu semakin suntuk.

Samada anda dalam blok pakatan maupun kerajaan, ketahuilah tiada siapa pun antara kita yang akan beroleh kebaikan dari persengketaan dan perbalahan sesama kita kerana agentur-agentur yang tersembunyi dan nyata ini sentiasa akan memainkan peranan untuk memecah belahkan negara kita.

Maka saya berharap setiap dari kita sedar segera akan kepentingan untuk kita bersatu dan kembali kepada jalan Iman dan Taqwa. Selagi kita bersengketa selagi itulah kita akan menjadi bahan sasaran musuh. Anda tidak akan mampu merungkai secara terperinci gerak-gerak saraf yang mereka jalankan keatas kedua-dua pihak yang bertelagah.

Kita tidak akan mampu menangani percaturan-percaturan ini kecuali kita kembali kepada ALLAH SWT dan RasulNYA sepertimana yang telah ditunjukkan oleh para Sahabah RA dengan bersatu hati dan berkasih sayang sesama kita. Saya mendoakan para pemimpin Melayu negara agar tiada lalai dari membela umat Melayu Islam dan terus mencari jalan perdamaian antara mereka yang menentang kamu di bumi sendiri. Saya mendoakan anak-anak dari umat Melayu & Islam yang bermusuhan supaya kembali bersatu dan saling maaf memaafkan. Sesungguhnya bantuan ALLAH SWT bersama mereka yang bersatu dan berkasih sayang sesama mereka. Dan apabila mereka tegur menegur sesama sendiri, mereka memelihara akhlaq dan budi pekerti mereka. 

والله أعلمُ بالـصـواب

Photo 

INFO DARI: https://m.facebook.com/notes/al-faedah/pesawat-mh370-red-flag-atau-false-flag/482901128498552

9/03/14

Misteri Punca Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 Hilang Terhempas? Pakar Penerbangan Dedah Analisa & Pendapat!

Misteri Punca Kapal Terbang MAS Malaysia Airlines MH370 Hilang Terhempas : Sehingga setakat saat ini, selepas tentera Vietnam mengesahkan yang mereka telah menemui tompakan minyak di perairan Laut China Selatan malam tadi. Hari ini pemangku Menteri pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien telah pun mengesahkannya…

Misteri punca kapal terbang MAS Malaysia Airlines MH370 hilang terhempas (DI SINI) semakin memeningkan para penyiasat dan pakar bidang penerbangan apabila tiada sebarang tanda kecemasan dilaporkan oleh kapal terbnag MAS Malaysia Airlines MH370 yang hilang. Bertambah pelik….

Tragedi Kapal terbang MAS Hilang MH370 ini cukup unik, apabila hilang (terhempas) tanpa sebarang petunjuk & diketahui punca kehilangannya.

Dan sehingga kini, masih tiada lagi perkembangan & berita terkini Kapal Terbang MAS Malaysia Airlines MH370 Hilang Terhempas. Dan dalam pada masa yang sama, beberapa pakar penerbangan telah tampil ke hadapan memberikan pendapat & juga analisa mereka berdasarkan pengalaman mereka selama ini. Antaranya ialah : Tragedi Kapal Terbang MAS Hilang & Terhempas? Pendapat Pakar?

1) David Learmount (Pendapat Pakar Penerbangan)

Berpendapat spekulasi “bom” sebagai punca kapal terbang Malaysia Airlines MAS hilang terhempas MH370 David Learmount merasa pelik apabila juruterbang MAS (Malaysia Airlines MH370) gagal membuat panggilan kerana mereka mempunyai banyak masa untuk itu, kecuali terdapat bom di dalam kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370 tetapi bukti itu tiada

David Learmount turut memberikan persamaan kejadian yang berlaku kepada kapal terbang Airbus A330-203 milik Air France AF477 yang terhempas di perairan atlantik pada tahun 2009, dimana telah mengorbankan 216 penumpang dan anak kapal 12, termasuk lima rakyat Britain.

Kapal terbang itu terhempas apabila juruterbang hilang kawalan selepas kristal ais menjejaskan sensor yang digunakan untuk mengukur kelajuan pesawat

Kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370 adalah moden dibina dengan cantik dan sangat selamat. Jika enjin gagal berfungsi disebabkan gangguan kepada aliran bahan api, kapal terbang Malaysia Airlines itu tetap boleh meluncur tanpa sebarang masalah sekalipun selama kira-kira 40 minit pada ketinggian itu.

Walaubagaimanapun, keadaan prestasi juruterbang Malaysia Airlines MAS MH370 (SIAPA DIA, KLIK) pada ketika itu juga mungkin menjadi punca kapal terbang MAS hilang terhempas. Di antara tengah malam dan 2 pagi anda tidak berada dalam prestasi dimana mental atau fizikal anda yang terbaik, anda pada tahap prestasi yang paling rendah dalam kitaran 24 jam.”

David Learmount juga tidak menolak kemungkinan kegagalan menemui kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370 itu dalam masa terdekat. David Learmount berkata demikian apabila mengambil kira sejarah pesawat Air France 447 yang terhempas pada 2009 namun ditemui pada 2011, selepas dua tahun operasi mencari dan menyelamat.

2) Richard Quest (Pendapat Pakar Bidang Penerbangan CNN)
Penerbangan tersebut seharusnya selamat dan tidak sepatutnya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Sesuatu telah berlaku ketika pembetulan kecil dilakukan juruterbang.

Dalam titik tertentu penerbangan, ini merupakan bahagian yang paling selamat (ketika selesai fasa take-off), tiada apa yang sepatutnya berlaku kepada pesawat itu. Pesawat berada pada ketinggian yang dikawal auto-pilot.

Juruterbang membuat pembetulan kecil dan melakukan perubahan pada ketinggian apabila pesawat menggunakan lebih bahan api. Maka, pesawat akan pergi lebih tinggi dan lebih tinggi. Richard Quest berpendapat sesuatu yang sangat serius telah terjadi dalam penerbangan tersebut ketika fasa itu berlaku.”

Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 itu tidak dikategorikan lama, Malaysia mempunyai 15 buah Boeing 777-200s. Dan pesawat ini dikendalikan oleh operator (MAS) yang sangat berpengalaman. Mempunyai reputasi yang baik dan rekod keselamatan yang sangat bagus

Juruterbang boleh melaporkan sebarang kejadian walaupun punca kuasa pesawat tersebut gagal berfungsi. Pesawat dengan pensijilan perlu mempunyai Bateri Back-up, ia sepatutnya membolehkan juruterbang menggunakan peralatan penerbangan tertentu dan alat komunikasi sehingga mampu menyempurnakan penerbangan itu dengan selamat. Anda boleh hilang seluruh penjana, anda boleh kehilangan kuasa pada kedua-dua enjin, tetapi Bateri Back-up masih boleh digunakan dalam satu-satu situasi, terutama dalam kecemasan

Tidak menolak kemungkinan punca kemalangan Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 yang mungkin berlaku itu disebabkan tekanan rendah dalam kabin pesawat.

Jika anda mempunyai masalah tekanan udara altitud tinggi, penyahmampatan, masa kesedaran yang berguna (masa juruterbang boleh beroperasi dengan bekalan oksigen yang mencukupi) pada lingkungan 30,000-40,000 kaki hanyalah beberapa ketika

3) Kapten Jim Tilmon (bekas Juruterbang berpengalaman syarikat penerbangan America Airlines)

“Insiden itu tidak kedengaran baik” menurut kapten Jim Tilmon yang telah bersara daripada syarikat penerbangan America Airlines.

Kapten Jim Tilmon berpendapat komunikasi dengan pesawat sepatutnya tidak mudah terputus berikutan laluan daratan yang mempunyai banyak antena, radar dan radio.

4) Mary Schiavo (Bekas Jeneral dalam Jabatan Pengangkutan Jalan Amerika Syarikat)

Mary Schiavo merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku jika tiada sebarang komunikasi

Terbaru, senario buruk mungkin berlaku berikutan terbongkarnya penemuan dua penumpang misteri yang menaiki Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 dengan menggunakan passport palsu.

Seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi yang namanya disenaraikan sebagai penumpang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MAS MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu, sebenarnya tidak menaiki pesawat itu.

Dilaporkan terdapat individu lain menggunakan pasport Maraldi untuk menaiki pesawat tersebut. Luigi Maraldi bagaimanapun masih hidup dan berada di Thailand untuk bercuti.

Akhbar harian London, Mirror melaporkan bahawa terdapat penumpang kedua yang berada di dalam penerbangan itu turut menggunakan pasport yang dicuri.

Pihak berkuasa Austria mengesahkan bahawa Christan Kozel “selamat dan berada dalam keadaan baik. “ Kozel memberitahu akhbar Austria, De Standard bahawa pasportnya telah dicuri ketika berkunjung ke Thailand dua tahun lalu.

Justeru, identiti dua penumpang ini menjadi tanda tanya yang cukup besar dan dikhuatiri menjadi punca Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 hilang tanpa sebarang panggilan kecemasan!

Adakah pendedahan dua penumpang misteri itu berkait rapat dengan pendapat & analisa pakar penerbangan David Learmount? Semuanya akan terjawab dengan penemuan bangkai Kapal Terbang MAS Malaysia Airlines MH370 hilang terhempas itu kelak…

Berita Terkini Pesawat MAS KL – Beijing Hilang? Terbaru, Pesawat MAS Terhempas di Laut China Selatan?

Berita Terkini Pesawat MAS KL – Beijing Hilang Terhempas : Tanggal 8 Mac 2014 awal pagi tadi, rakyat Malaysia amnya dan dunia dikejutkan dengan berita yang tersebar luas apabila didapati Pesawat MAS KL – Beijing hilang.

Terbaru menerusi semakan Berita Semasa terhadap berita terkini Yahoo Singapore yang telah disahkan sendiri oleh tentera Vietnam, pesawat MAS KL – Beijing hilang terhempas di Laut China Selatan.

Seluruh dunia sedang mengikuti secara dekat berita terkini tragedi Pesawat MAS KL – Beijing hilang. Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Terbaru diberitakan China telah pun menghantar 2 buah kapal ke Laut China Selatan. Tentara Filipina juga telah menghantar 3 buah kapa l dan sebuah pesawat pemantau bagi operasi menyelamat tragedi pesawat Malaysia Airlines hilang kali ini..
Kronologi Pesawat MAS KL – Beijing Hilang & Terhempas di Laut China Selatan

12:41 pagi : Pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 berlepas dari Kuala Lumpur Sabtu & dijangka mendarat di lapangan terbang Beijing pukul 6:30 pagi tadi 2:30 pagi : Malaysia Airlines melalui pesawat MAS KL – Bejing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang 7:25 pagi : Malaysia Airlines (MAS) mengeluarkan kenyataan media, pasukan menyelamat digerakkan 10:15 pagi : Malaysia Airlines (MAS) menafikan kapal terbang pesawat MH370 selamat mendarat di Nanming, China (Kenyataan Media Kedua MAS): 10:30 pagi : Satu mesyuarat tergempar oleh pihak MAS diadakan bersama agensi penyelamat yang lain. 10:40 pagi : TUDM menghantar pasukan mencari dan menyelamat tragedi pesawat MAS hilang 11.00 pagi : Senarai nama Crew MAS MH370 didedahkan yang mana termasuk Fariq Abdul Hamid (pembantu juruterbang pesawat MAS MH370) dan Kapten Zaharie Ahmad Shah yang berusia 53 tahun 11.05 pagi : MAS Hubungi ahli keluarga penumpang 11.30 pagi : Senarai jumlah penumpang pesawat MAS KL Beijing mengikut negara yang dikeluarkan oleh MAS: 12.45 tengah hari : Media Vietnam melaporkan Pesawat MH370 terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc! Laporan Yahoo Singapore. 1.15 Tengah Hari : Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengarahkan agensi penyelamat melakukan segala apa yang terdaya untuk mengesan pesawat MH370 2.00 Petang : 62 Senarai penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang berjaya diperolehi setakat ini

BR1M 4.0 2015 Naik Lagi Menjadi RM950 (RM3k Ke Bawah), RM750 (RM3k-RM4k) & RM600 (Bujang). Tambahan BR1M Khas GST RM300!


BR1M 4.0 2015 Naik Lagi (Tambahan BR1M Khas GST RM300) : Gelombang GST 2015 untuk dirasai bahangnya oleh rakyat Malaysia sudah tidak lama sahaja lagi.
Bersedia atau tidak, kalangan ahli perniagaan, usahawan, rakyat Malaysia perlu menghadapinya. Pejam celik pejam celik, akan menginjak April 2015. Dan bagi mengurangkan sedikit sebanyak beban yang bakal dihadapi rakyat Malaysia kelak kerajaan Malaysia bersetuju untuk memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas. Butirannya?

BR1M 4.0 2015 : Butiran BR1M Khas GST 2015?

  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas GST 2015 membolehkan bayaran BR1M 4.0 2015 RM300 yang merupakan tambahan kepada jumlah sedia ada bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.
  • Ini bermakna jika anda sekarang telah menerima RM650 (bagi kelayakan isi rumah RM3000 dan ke bawah), anda bakal layak menerima RM650 +RM300 (bayaran khas GST 2015)
  • Begitu jika anda terima bayaran BR1M 3.0 2014 dengan jumlah RM450 (bagi isi rumah RM3000-RM4000) dan RM300 (bujang berpendapatan RM2000 dan ke bawah), bermula tahun dapat dijangka anda akan menerima bantuan bayaran khas GST 2015 sebanyak RM300 menjadikan BR1M 4.0 2015 anda menjadi RM750 & RM600. Jelas?
Apa pandangan dan respon balas dengan pengumuman terbaru Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengenai BR1M 4.0 2015 naik lagi menjadi RM950,RM750 & RM600 dengan adanya bantuan bayaran BR1M khas GST 2015 kelak?

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat