Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

18/12/14

SKMM: BFM langgar syarat lesen


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menjelaskan stesen radio BFM89.9 dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi syarat yang terkandung dalam lesennya dan tidak mematuhi Kod Kandungan.

SKMM, dalam kenyataannya, berkata laporan dibuat terhadap BFM89.9 kerana dua sebab – kandungannya terkeluar daripada skop memandangkan BFM adalah sebuah stesen kandungan yang berasaskan perniagaan, manakala rakaman berkenaan tidak mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Suruhanjaya itu menggesa orang ramai dan organisasi media supaya mengelak daripada menjadikan denda yang dikenakan terhadap stesen radio itu sebagai satu isu agama yang sensitif.

Semalam, beberapa portal berita melaporkan BFM89.9 didenda RM10,000 kerana menyiarkan temu bual mengenai isu kalimah 'Allah' dengan sarjana Islam Iran-Amerika, Reza Aslan pada 21 Okt tahun lepas.

SKMM berkata BFM89.9 adalah anggota Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia dan berikrar akan mematuhi Kod Kandungan yang ditetapkan suruhanjaya itu berdasarkan rangka kerja kawal selia kendiri dalam industri penyiaran.

Katanya bahagian 4 Kod Kandungan, Seksyen 3.14 Kandungan Penyiaran Khusus menyatakan semua program agama mengenai Islam perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa agama berkenaan sebelum disiarkan.

"Jadi, pemegang lesen telah melanggar peruntukan Seksyen 206 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 -- Penyedia perkhidmatan aplikasi kandungan tidak boleh menyediakan sebarang perkhidmatan, kecuali mengikut syarat lesen yang diberi kepada pemegang lesen itu."

Kenyataan itu menyebut pihak yang melanggar syarat itu boleh didakwa mengikut Seksyen 242 Akta sama, di mana "Setiap pelanggaran atau kecuaian untuk mematuhinya, dan setiap tindakan yang dilakukan atau yang cuba dilakukan, yang bercanggah dengan Akta ini atau peraturan subsidiarinya atau mana-mana instrumen bertulis yang dibuat di bawah Akta ini, atau melanggar syarat yang tertakluk kepada lesen yang diberi atau tugasan yang diberi, merupakan suatu kesalahan mengikut Akta ini atau peraturan subsidiarinya.

"Dan bagi setiap kesalahan seperti itu, di mana jika hukumannya tidak dinyatakan, maka pesalah boleh, di samping dilucut hak bagi apa-apa jua benda yang dirampas, dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-dua sekali".

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat