Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

19/12/14

NGO sasar 10,000 turun ke Dataran


Satu gabungan 15 NGO mensasarkan untuk menghimpunkan 10,000 orang pada malam sambutan ambang tahun baru 2015 bagi menuntut harga minyak diturunkan ke tahap RM1.90 seliter.

Pengerusi NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Azan Safar berkata demikian selepas pelancaran risalah #Tuntut Harga Minyak RM1.90 di Masjid Negara petang ini.

Katanya, TURUN yang mengetuai gerakan itu juga akan meneruskan jelajah khususnya di Lembah Klang bagi menarik sokongan rakyat untuk turun bersama mereka untuk perhimpunan jam 9 malam itu.

"Di peringkat negeri, kita serahkan kepada (jawatankuasa peringkat) negeri. Kita sasarkan 10,000 rakyat akan turun pada malam tersebut," katanya.

Beliau berucap sewaktu mengumumkan pelancaran risalah itu di perkarangan Masjid Negara sejurus solat Jumaat petang ini.

Selain TURUN, kempen itu juga digerakkan oleh Pemuda PAS, sayap pemuda PKR, AMK, Gamis dan juga PROTES.

Turut serta di pelancaran itu ialah Naib Ketua AMK Fahmi Fadzil, Ketua Koordinator Jingga 13 Fariz Musa dan juga wakil mahasiswa.
 
Sementara itu, Fahmi dalam ucapannya berkata kerajaan sepatutnya menurunkan harga minyak dengan segera, memandangkan situasi harga minyak dunia semasa yang kini jatuh mendadak.
 
"Tak perlu tunggu enam bulan lagi baru nak turun.
 
"Kita sudah buat perkiraan, paling realistik boleh turun sampai RM1.90," katanya.
 
Fariz pula dalam ucapannya menyifatkan kenaikan harga minyak sebagai "ibu segala kenaikan" yang akan memeberi kesan kepada harga barangan keperluan yang lain.
 
Beliau merujuk kepada tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON95 dua kali sepanjang tahun ini sehingga menyebabkan kenaikan sebanyak 40 sen.
 
"Mereka umum naik 40 sen, tetapi hanya turun 4 sen," katanya merujuk kepada penurunan terbaru bermula 1 Disember lalu selepas kerajaan menetapkan harga RON95 secara apungan terkawal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat