Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

3/11/14

Lima hakim yang akan menentukan nasib Anwar

LIWAT II:  Kesemua lima hakim yang mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan sabitan dan hukumannya untuk kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan minggu lalu, telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan dengan kerajaan sebelum menjadi hakim mahkamah tertinggi itu.

Tidak seperti peguambela utama Anwar, Tan Sri Gopal Sri Ram, atau bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, yang dibawa dari sektor swasta sebelum dilantik menjadi hakim Mahkamah Persekutuan, kelima-lima mereka berkhidmat dengan kerajaan sepanjang masa.

Sri Ram telah dilantik terus dari sektor swasta di mana beliau mempunyai firma guaman sendiri - Sri Ram dan Co - sebelum dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Rayuan dan bersara sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2010.


Zaki (kiri), yang sebelum ini merupakan penasihat undang-undang Umno, juga mempunyai firma guamannya sendiri sebelum dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan dan bersara sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 2011.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, 64, yang mengetuai panel lima anggota itu, dikenali kerana menulis penghakiman sebulat suara dalam krisis perlembagaan Perak itu, yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin lwn kes Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, ketika beliau menjadi Hakim Besar Malaya.

Hakim Arifin, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan, juga menulis penghakiman majoriti dalam kes kontroversi kalimah Allah baru-baru dalam kes Ketua Biskop Gereja Katolik lwn Menteri Dalam Negeri.

Lulusan undang-undang dari University of Sheffield, beliau melanjutkan pengajian di peringkat ijazah Sarjana di University College, London, dan menganggotai Badan Peguam Inggeris pada tahun 1980.

Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti sebagai majistret, hakim Mahkamah Sesyen dan hakim Mahkamah Tinggi. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai penasihat undang-undang kepada pelbagai kementerian dan di Melaka dan Perak.

Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Md Raus Sharif pula adalah nombor dua dalam badan kehakiman.

Paling dikenali kerana memberi penghakiman lisan segera jika beliau
mengetuai panel, sama ada di Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan, Hakim Raus, 63 (kanan), berasal dari Rembau, Negeri Sembilan.

Beliau juga menganggotai panel yang mendengar kes krisis perlembagaan Perak dan kes kalimah Allah di Mahkamah Persekutuan.

Tetapi di Mahkamah Tinggi, beliau dikenali ketika mendengar kes S Shamala dan Dr M Jeyaganesh kes yang melibatkan kes memeluk agama sebelah pihak dan hak penjagaan anak-anak, selepas Jeyaganesh memeluk agama Islam.

Beliau juga terlibat dalam kes perebutan jenazah bekas pendaki Everest M Moorthy Mohammad Abdullah @.

Hakim Raus memperolehi ijazah LLB dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana di London School of Economics dan seperti Hakim Arifin, beliau berkhidmat sebagai majistret, hakim Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi dan sebagai penasihat undang-undang negeri Melaka dan Kelantan.

Beliau juga merupakan penasihat undang-undang beberapa kementerian sebelum dilantik sebagai hakim mahkamah tertinggi negara itu.

Hakim Mahkamah Persekutuan

Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, adalah hakim paling kanan antara sebelas hakim di Mahkamah Persekutuan sekarang.

Berusia 65 tahun, Hakim Abdull Hamid lebih dikenali sebagai Hakim Mahkamah Tinggi yang mengendalikan kes pembunuhan berprofil tinggi Norita Samsuddin.

Hakim Abdull Hamid, yang berasal dari Kuala Terengganu, juga
mempengerusikan panel tiga anggota Lembaga Rayuan Lembaga Jurutera yang membatalkan pendaftaran jurutera yang terlibat dalam pembangunan projek Highlands Towers.

Bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar itu, mengikuti pengajian bidang perundangan di Lincoln Inn dan telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2009.

Hakim Abdull Hamid berkhidmat sebagai majistret, pendakwaraya dan penasihat undang-undang negeri Pahang dan Negeri Sembilan, dan merupakan Naib Presiden Persatuan Undang-undang Asean Malaysia.

Hakim keempat, Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, merupakan hakim yang paling kanan kedua di Mahkamah Persekutuan, dan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Hakim Suriyadi, 63, juga merupakan salah seorang daripada hakim-hakim yang membuat keputusan yang memihak kepada penghakiman majoriti dalam kes kalimah Allah.

Bagaimanapun, beliau lebih dikenali sebagai hakim Mahkamah Tinggi yang mendapati exco negeri Melaka Sahar Arpan bersalah atas tuduhan rasuah pada tahun 1990-an.

Beliau mengikuti pengajian dalam bidang perundangan di Universiti Warwick dan dilantik sebagai Barrister-at-law di Lincoln Inn, London.

Seperti hakim yang lain, beliau telah berkhidmat sebagai majistret, hakim Mahkamah Sesyen dan Timbalan Pendakwa Raya di pelbagai peringkat, termasuk Badan Pencegah Rasuah.

Hakim kelima Mahkamah Persekutuan dalam panel hakim tersebut ialah Datuk Hakim Ramly Ali, yang dikenali sebagai hakim yang bersidang di Mahkamah Rayuan apabila membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengiktiraf Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Hakim Ramly, 61, berasal dari Duyong, Melaka. Lulusan Universiti Malaya ini telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang sebagai hakim, dan terlibat dalam Pasukan Petugas Suruhanjaya Sekuriti di Kementerian Kewangan.

Beliau sebelum ini bertugas dengan Pendaftar Syarikat dan apabila dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, beliau mendengar kebanyakan kes komersial.

Kelima-lima hakim di atas akan membuat keputusan rayuan akhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman kes Liwat 11. Rayuan itu bersambung hari ini, dengan pendengaran mahkamah dijangka dilanjutkan hingga esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat