Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

26/11/14

Kisah Jin tertua di hutan Negeri Pahang

Kewujudan jin iaitu makhluk yang turut menghuni muka bumi ini selain manusia tidak boleh dipertikaikan. Jom kita baca kisah benar kewujudan jin yang dipercayai antara yang tertua di Hutan Negara Pahang.

Assalamu'alaikum wrt. wbt.
Saya seorang penjinak jin. Daripada pengalaman kerja saya selama lebih 15 tahun, didapati usia jin berbeza-beza (kerana mereka juga beranak-pinak seperti kita dan ada yang berumur sangat lanjut) dan usia ini pula akan menentukan tahap keganasan, kegarangan, kematangan, kebijaksanaan dan kekuatan jin itu sewaktu berdepan dan berdiskusi dengan seorang penjinak jin seperti saya.

Di sini, saya dengan rendah hati dan rendah diri membuka thread baru ini untuk mengumpulkan maklumat seterusnya berkongsi pengetahuan dan mungkin kepakaran untuk membantu sesama manusia atau jin sendiri yang mengalami masalah dalam kehidupan alam yang perlu dikongsi ini.

Saya akan maklumkan tarikh, masa dan tempatnya apabila berdiri secara rasmi sebuah pusat penjinakan jin. Apabila jin-jin itu sudah jinak dan sebahagian besarnya berjaya diIslamkan, nyata dan benarlah manusia itu sebaik-baik kejadian dan Khalifah Allah di muka bumi-Nya ini.
Baik, saya mulakan dahulu. Tuan-tuan yang ada ilmu dan pengalaman boleh bantu tambahpanjangkan perkongsian ilmu ini. Kepada para pemerhati, silakan bertanya dengan cara sopan dan bertatasusila;

1. Jin wanita dari utara India, 650,000 tahun, ditemui pada 21/06/2014.
2. Jin wanita dari Taman Negara Pahang, 500,000 tahun, ditemui pada 2009.
3. Jin lelaki dari Segitiga Bermuda, 450,000 tahun, ditemui pada 2007.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan sokongan anda kepada thread ini. Saya izinkan ia dishare di semua laman-laman sosial seperti facebook, twitter, instagram, whatsApp dan blog masing-masing dengan niat untuk mengangkat tahap keilmuan manusia setingkat lebih tinggi daripada yang sedia ada hari ini. Wallahu'alam!
Kisah Jin 1

- Jin ini bercakap bahasa Hindi pada awalnya.
- pesakit wanita ini tidak berniat untuk mendapat rawatan, sebaliknya yang berhubung dengan saya ialah adiknya yang hilang bayi dalam kandungan.

- sesi perkenalan sangat pantas, dia begitu agresif dan mahu bertarung fizikal dengan saya.

- menggunakan ilmu dan pengalaman yang ada, saya tenangkan dan minta dia bekerjasama.

- dia sendiri yang memulakan perbincangan dan rundingan, saya banyak diam. Sesekali saya tegur jika dirasakan fakta yang dikemukakan tidak tepat.

- jin ini adalah belaan ibu mentuanya sendiri, tujuannya untuk memisahkan wanita tersebut dengan suaminya.

- makanan utama jin ini ialah asap daripada kemenyan yang dibawa dari India.

- jin ini mengaku dia kafir dan sudah terlalu banyak melakukan kejahatan. katanya tidak mungkin Allah akan ampunkan dia.

- saya katakan kepada jin itu bahawa rahmat Allah itu maha luas, insya-Allah dosa-dosanya pasti akan diampunkan.

- sekarang kami dalam proses seterusnya, saya sedang memujuknya untuk memikirkan kemungkinan positif iaitu saya mahu dia mati dalam keadaan Islam.

- maklumat tentang MH370; dia kesal kenapa manusia tidak betul-betul mencari sedangkan ilmu yang ada pada manusia mampu untuk menemukannya semula.
Kisah Jin 2

- kisah bermula daripada lawatan sambil belajar ke Taman Negara Pahang.
- kami menginap di sebuah resort yang agak terpencil.

- kumpulan kami ditempatkan di dua blok asrama, setiap blok ada beberapa buah dorm.

- sampai di sana, kami 'disambut' dengan 'black-out' - ini petanda bahawa jin di sini daripada jenis ifrit.
- semasa aktiviti 'night-walk', jin-jin di situ telah mula menampakkan diri. Keadaan masih terkawal.

- makan malam hari pertama saya simpan sedikit dan tutup dengan membaca basmalah. saya beritahu kawan, syaitan tak boleh usik makanan itu.

- pukul pagi, satu jin terbang masuk ke dorm saya. Landing betul-betul di katil sebelah. Saya kejutkan kawan di sebelah, tapi dia tidur mati.

- kawan di katil bawah menjerit, selimutnya ditarik sesuatu. Dia bertempik; "Allahu Akbar!" Barulah, selimut itu terlepas, dia jatuh.

- Saya kejutkan semua ahli rombongan. masa tu pukul 2.30 pagi. saya paksa semua bangun ke tandas. Ramai merungut-rungut, mereka tak faham.
- satu demi satu kes berlaku sepanjang 4 hari 3 malam kami di sana. Ingatkan ia akan berakhir di situ sahaja.

- kami pulang dan sebahagian peserta rupa-rupanya membawa pulang 'sesuatu'.
- melalui salah seorang peserta inilah, saya dapat berkenalan dan berbincang dengan jin dari Taman Negara tersebut.

- mereka tidak beragama, telh terkurung di resort tersebut sejak ia dibina kerana silap 'terpagar' sekali di dalam.

- komuniti mereka berkembang, makanan jadi semakin berkurang, ramai yang menderita kelaparan.

- mereka marahkan saya kerana membaca basmalah dan menutup makanan pada malam itu. Mereka langsung tidak dapat menyentuhnya.

- mereka minta saya bebaskan mereka daripada kurungan tersebut.

Kisah Jin 3

- Jin ini datang kepada saya dalam keadaan begitu letih akibat perjalanan yang jauh dan penuh halangan.
- Apabila ditanya, dia lebih banyak mendiamkan diri.

- Akhirnya saya mendapat idea untuk memberinya pen dan kertas. Dia mula bersetuju untuk memberi kerjasama.

- Dia tulis; Saya tak boleh bercakap, nanti 'Azazil dapat tahu di mana kedudukan saya.

- Dia tulis; Dah ribuan tahun saya 'dipaksa' bekerja di bawah kawalan dan pengawasan 'Azazil.
- Saya tanya, apa yang saya boleh bantu?

- Dia tulis; Selamatkan saya daripada cengkaman 'Azazil.

- Saya tanya, adakah Dajjal juga tahu yang kamu sudah melarikan diri ni?

- Dia tulis; Pasti, 'Azazil sangat rapat hubungannya dengan Dajjal.

- Saya tanya, kenapa kamu datang ke sini?

- Dia tulis; UFO 'Azazil selalu mengintip Malaysia. Dia dan Dajjal yakin orang yang mereka cari ada di sini. Saya pun begitu.

- Saya tanya, apa pekerjaan kamu di bawah kerajaan 'Azazil?

- Dia tulis; Saya ketuai sekumpulan saintis. Kami mencipta senjata sebagai persediaan untuk berperang.

- Saya tanya, apa hubungan kamu dengan 'Azazil sehingga dia lantik kamu jadi orang penting?

- Dia tulis; Saya anak saudaranya.

petikan di dalam majalah al- ustaz

Alam ghaib ialah suatu alam yang sangat gelap bagi manusia. Alam ini bukan hanya meliputi alam jin dan roh tetapi meliputu juga perkara berkaitan masa lalu dan masa hadapan. Hakikatnya, tiada yang lebih mengetahui tentang alam ghaib melainkan allah.

 Pun begitu, alam ini boleh diketahui oleh golongan manusia tertentu apabila Allah memberikan keizinan kepadanya.

Wallahuallam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat