Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

19/09/14

Digertak 15 konco gores dan menang


Seremban: Sebelum ini kami ditampar ejen gores dan menang, kali ini diugut pula dengan kayu dan besi sepanjang satu meter,” kata Low Beng Yen selepas dia mencuba nasib kali kedua menuntut supaya wang isterinya dipulangkan dalam kejadian di syarikat gores dan menang di Taman Bukit Kepayang, di sini, semalam.

Low, 54, berkata, dia dan rakannya, Kong Chee Tern, 50, datang ke pejabat syarikat berkenaan jam 11.30 pagi selepas tidak puas hati dengan keengganan ejen gores dan menang memulangkan semula wang RM1,200 walaupun dituntut pada Isnin lalu.

Malangnya sekumpulan 15 lelaki disyaki ejen gores dan menang menyedari kehadiran kami dan menghalang dengan mengacu paip besi dan kayu,” katanya di sini, semalam.

 Menurutnya, kumpulan terbabit mahu menghalang dia daripada memasuki pejabat di tingkat satu premis perniagaan itu dan mendakwa akan memukul sekiranya mereka berdegil.

Bimbang keselamatan kami, saya menghubungi Ahli Jawatankuasa Pemuda MCA Jason Lee Kee Chong meminta bantuan, ” katanya.

Sementara itu, Jason berkata, beliau bimbang keselamatan kedua-dua sahabat itu berikutan tindakan ejen gores dan menang seperti samseng itu.

Menurutnya, selepas dimaklumkan mengenai kejadian, beliau segera menghubungi polis meminta bantuan.
Saya kesal dengan kejadian itu yang menggambarkan seolah-olah sindiket gores dan menang tidak dapat dibendung lagi,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Jalan Campbell, di sini, selepas membuat laporan polis mewakili mangsa, semalam.

Beliau berharap pihak berkuasa memandang serius perkara itu sebelum kejadian lebih buruk berlaku kerana sindiket terbabit sanggup bertindak membahayakan nyawa orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat