Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

12/07/14

Pemuda UMNO sanggup korban Syawal demi Gaza

Pemuda Umno bersama wakil beberapa NGO bertindak membakar bendera Israel sebagai membantah kempen ketenteraan rejim Zionis ke atas Tebing Gaza yang sedang berlangsung sekarang ini.


Tindakan itu yang diketuai Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun (bercakap dengan pembesar suara) dilakukan pada satu himpunan sekitar jam 2.45 petang ini di hadapan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Exco Pemuda Umno, Arman Azha Abu Hanifah mendakwa himpunan itu disertai kira-kira 200 orang dan ia dibuat untuk menyatakan kemarahan Malaysia kepada "tindakan tidak berperikemanusiaan" Zionis.

“Kita mengecam kekejaman rejim Zionis, kita buat demonstrasi ni supaya Amerika syarikat beri tekanan kepada Israel supaya menghentikan serangan mereka ke atas Palestin dan juga negara Islam dalam dunia ini,” katanya kepada Malaysiakini.


Menurutnya, mereka tidak gentar dan bersedia dikerahkan ke Palestin bagi menyalurkan bantuan makanan dan ubat-ubatan kepada mangsa tersebut.

“Andai dibenarkan pergi, kita akan bersedia tak kiralah dalam bulan Ramadan atau hari raya nanti, kita akan pergi,” katanya (dalam gambar kiri).

Arman juga memaklumkan satu memorandum membantah kekejaman Israel akan dihantar kepada kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, pada minggu hadapan.

Antara NGO yang menyertai himpunan tadi adalah  Kelab Putra 1Malaysia, Suara Anak Muda 1Malaysia dan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

Sementara itu, Bernama melaporkan sekurang-kurangnya 81 orang rakyat Palestin mati dan ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim Israel ke atas Gaza.
  
Agensi sama turut memetik laporan berita bahawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata Israel bakal menggembleng 40,000 tentera untuk serangan darat terhadap Gaza.

Serangan itu yang menyusuli serangan udara sebelum ini dikenali sebagai 'Operasi Perlindungan Sempadan'.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menurut Berita Harian hari ini menyarankan agar masjid dan surau membuat solat hajat dan membaca doa Qunut Nazilah untuk keselamatan umat Islam di Gaza.

Pemuda PAS pula memaklumkan mereka akan menggerakkan tabung kemanusiaan bagi tujuan sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat