Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

19/07/14

Kuala Kangsar: Ke Mahkamah Tinggi


Kuala Kangsar: Kes seorang pengusaha ladang sawit yang didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, minggu lalu kerana memberi latihan ketenteraan kepada individu bersabit perbuatan pengganas untuk mengugut orang awam di Syria, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Majistret Noordura Mohamed Din membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar mengikut Seksyen 12, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Seksyen 177 A, (1) Kanun Tatacara Jenayah.


Shukor turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa Seksyen 12, SOSMA menyatakan kes kesalahan keselamatan mesti dibicarakan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi.

Katanya, pemindahan kes itu juga selari dengan arahan Ketua Hakim Negara yang mengarahkan kes seperti itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Permohonan bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dipohon selepas pertuduhan sekali lagi dibacakan terhadap tertuduh, Muamar Gadaffi Mohamad Shafawi, 30, yang mengaku faham, namun tiada pengakuan direkodkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat