Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

28/06/14

'Wawancara CEO Petronas bukan isu perkauman'

ULASAN Wawancara terbaru Ketua Pegawai Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas bersama The Edge tidak seharusnya menjadikan satu isu perkauman tetapi isu kebajikan dan pertumbuhan negara.

Amat menghiburkan sekali melihat bagaimana PERKASA dan konco-konconya menjadikan segala-galanya berbaur perkauman, bahkan wawancara CEO Petronas itu sendiri yang menyenaraikan masalah sebenar yang dihadapi syarikat petroleum negara dan turut memberi kesan kepada kebajikan orang ramai pada masa akan datang.

Petronas terus mengalami serangan bertalu-talu daripada Umno, PERKASA dan yang lainnya berkait tindakan syarikat tersebut beralih kepada bidaan terbuka, menjauhi amalan peruntukan tetap untuk syarikat tempatan sebelum ini.

Tidak syak lagi, langkah ini mengakibatkan banyak syarikat
tempatan yang kurang mahir kehilangan pekerjaan yang memberikan keuntungan besar, kebanyakannya dimiliki para bumiputera yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Namun benarkah ini satu dasar yang mengancam kebajikan para bumiputera secara keseluruhan? Tidak juga.

Pertamanya, melakukan sistem bidaan tender terbuka akan mengurangkan kos secara substantif dan menambah keuntungan kepada syarikat, di mana sebahagiannya akan menjadi bayaran dividen kepada kerajaan, yang seterusnya boleh disalurkan kepada program pembangunan bumiputera yang lebih strategik.

Kedua, dengan menurunkan kos melalui tender pembidaan terbuka, Petronas akan memiliki margin lebih besar untuk memperbaiki skim penggajian pekerjanya demi mengekalkan tenaga mahir dalam industri minyak dan gas yang begitu kompetitif.

Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada produktiviti syarikat malah akan membantu membangun para bumiputera, memandangkan tiga perempat pekerja Petronas adalah bumiputera.

Skim penggajian yang berkesan dan berdasarkan prestasi akan membantu para bumiputera yang mahir dan tekun di Petronas merasa dihargai dan bermotivasi untuk terus cemerlang.

Kenapa perlu Petronas menghargai kontraktor bumiputera dengan pertalian politik dan tidak layak menerima penghargaan padahal lebih baik ia memperbaiki skim penggajian pekerja yang benar-benar berhak dan telah membantu membina syarikat tersebut menjadi salah satu syarikat Fortune 500?

Oleh yang demikian, kami mendukung langkah Petronas ke arah sistem pembidaan terbuka demi memperbaiki persaingan, keuntungan dan pertumbuhan jangka panjang syarikat.

Dari aspek pembangunan bumiputera, polisi yang sedemikian akan memberi faedah kepada para bumiputera kebanyakan namun berkelayakan dan tekun berbanding hanya memberi faedah kepada segelintir kelompok elit, yang mempunyai pertalian politik namun tidak berkemahiran.

Satu lagi aspek penting wawancara terbabit yang perlu disebutkan di sini ialah permintaan Petronas untuk mengurangkan kadar bayaran dividen Petronas.

Menurut Seksyen 4 Akta Pembangunan Petroleum 1974, Petronas hendaklah menyumbangkan peratusan tertentu daripada keuntungannya kepada kerajaan.

Daripada tahun 2008 ke 2012, Petronas telah membayar 55 peratus hingga 68 peratus daripada keuntungannya kepada kerajaan dalam bentuk dividen [FY2012 (55.6%), FY2011 (54.7%), FY2010 (74.4%), FY2009 (5.1%) dan FY2008 (67.7%), dengan peratusan purata pembayaran dividen syarikat minyak kebangsaan di serata dunia sekadar 38 peratus. [2]

Bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang Petronas serta sumbangan dana petroleum kepada kebajikan dan masyarakat buat jangka masa panjang, kami sesungguhnya percaya bahawa terdapat keperluan untuk mempertimbangkan pindaan kepada Seksyen 4 Akta tersebut bagi meletakkan had kepada pembayaran dividen Petronas.

Ini sangat penting sekarang di waktu Petronas berhadapan cabaran operasi dalam dua lapangan yang memerlukan pelaburan tinggi
seperti berikut.

Pertama, dari segi eksplorasi dan penghasilan, simpanan bahan bakar fosil konvensional dalam negara serta seluruh dunia sedang berkurangan. Demi kemandirian jangka panjang, Petronas mesti melabur dalam teknologi untuk menemui simpanan minyak di luar negara dan bahan bakar fosil bukan konvensional seperti gas syal dan pasir tar.

Kedua, Petronas sedang berhadapan isu integriti aset dengan perpaipan berusia 35 tahun, manakala loji dan kilang penapisannya di antara 20-25 tahun. Pelaburan modal terhadap aset baru adalah sangat penting demi persaingan berterusan Petronas.

Seperti yang disebutkan oleh Shamsul dengan begitu cemerlang di dalam wawancara terbabit, kita haruslah menjadi penjaga yang baik terhadap hasil bumi negara.

Dengan itu, kami menyeru pihak kerajaan agar tidak menjadikan wawancara tersebut satu isu perkauman tetapi isu kebajikan dan
pertumbuhan negara.

Malaysia mesti memiliki sebuah pelan strategik untuk mengurangkan kebergantungan kepada wang mudah daripada telaga minyak sebelum kita terjerumus ke dalam kategori yang terkena ‘sumpahan minyak’ atau ‘Dutch Disease’.

Daripada meminta Petronas memberi lebih banyak wang setiap tahun, kerajaan mestilah meningkatkan disiplin kewangannya dan meletakkan usaha serius ke arah mengurangkan pembaziran.

Kerajaan juga mesti mempunyai perancangan untuk melaburkan dana minyak ini untuk generasi akan datang yang akan hidup dengan bekalan minyak yang sedikit atau barangkali langsung tiada.


YEO BEE YIN adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Damansara Utama.

PERKASA desak pecat CEO Petronas



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat