Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

14/03/14

Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu - Raja Bomoh

PETALING JAYA: Selain mencabar Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk meletak jawatan, Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin juga mengugut untuk menampar menteri itu seperti yang telah dilakukannya kepada seekor buaya.

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik oleh suara.tv, Ibrahim melahirkan rasa tidak puas hatinya setelah Khairy meminta agar bomoh itu diberkas polis atas perbuatannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa hari lepas.

Bertegas bahawa Khairy sepatutnya menghormati orang tua, Ibrahim berkata bahawa Khairy seharusnya berjumpa dengannya terlebih dahulu sebelum melabelkan perbuatannya sebagai syirik.

“Saya pun tak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya.

“Dia pun bukan senonoh sangat perangai. Saya cabar dia letak jawatan, kemudian kita try fight.

“Saya tampar dia macam buaya baru tahu. Dia cakap kurang asam, biadap,” katanya.

Dua hari lepas, Ibrahim serta beberapa pengikutnya sibuk menjalankan upacara memanggil semula pesawat MAS MH370. Upacara tersebut turut menyaksikan Ibrahim duduk di atas tikar serta penggunaan dua biji kelapa dan teropong.

Ibrahim juga bertegas mengatakan jika perkara ini melarat, maka memorandum akan dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah beliau, ini bukan kali pertama beliau menentang seorang menteri. Kali pertama, katanya, beliau telah menentang bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris.

“Dia (Khairy) budak baru. Dia ingat saya baru setahun jagung.

“Orang kampung dia (di Rembau) boleh gempar lah, Ibrahim Mat Zin jangan gempar. Kalau dia gempar saya akan ambil tindakan mahkamah,” katanya.

Bomoh itu yang sememangnya tidak berpuas hati dengan ahli parlimen Rembau itu menambah: “Apa dia ingat saya budak-budak untuk ditangkap, dia ingat saya adik dia ke.”

“Jangan ingat saya bomoh sengkek kampung. Saya pun ada peguam,” katanya.

Ibrahim kemudian memberi amaran kepada Khairy untuk tidak melakukannya sekali lagi, jika tidak, dia tidak akan teragak-agak untuk menyamannya sebanyak RM100 juta.

“Saya akan saman dia kerana menjatuhkan imej mahaguru datuk. Anak murid saya seramai berapa juta orang sanggup menghadap mahkamah,” katanya.

Menyifatkan Khairy sebagai sampah masyarakat, beliau turut mempersoalkan pelantikan Khairy sebagai seorang menteri.

“Saya ingat dia gila lah, semua orang (dia anggap) musuh. Macam mana Najib boleh ambil dia sebagai menteri.

“Kalau saya jadi Najib saya tendang dia macam bola, sampah masyarakat,” kata Ibrahim.

Beliau turut mempertahankan usahanya mencari pesawat MH370 yang telah hilang selama tujuh hari itu.

“Saya usaha cara tradisional, bawak bakul, buah kelapa, tikar. Yang buat tikar terbang bukan saya, itu pemberita yang buat, saya duduk saja,” katanya.

Khairy di akaun Twitternya pula tampak bersahaja dengan ugutan Raja Bomoh itu malah memaparkan pautan video itu.

“Raja Bomoh VIP nak tampar saya cam kokedai,” katanya. -FMT

greenboc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat