Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

24/03/14

Jenayah siber kini jadi fokus polis



Penubuhan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dalam membanteras jenayah sehingga ke akar umbi pada awal tahun ini, dilihat memberi impak besar.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata beberapa siri kejayaan Sting dan Stafoc dalam pembongkaran jenayah di seluruh negara, menunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited membanteras jenayah didalangi sindiket yang bergerak aktif di seluruh negara.

"Kewujudan Sting dan Stafoc beri impak besar kepada PDRM, pasukan ini umpama Kumpulan Elit atau Skuad yang menerima latihan dan kepakaran tertentu, yang memfokuskan kepada sindiket-sindiket yang bergerak licik untuk kita cantas mereka sehingga akar umbi.

"Stafoc misalnya, kumpulan ini akan melaksanakan sesuatu misi bagi memastikan ia dapat selesaikan sesuatu kes secepat mungkin," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, baru-baru ini sempena Hari Polis ke-207 yang disambut pada 25 Mac.

Beliau berkata begitu juga Sting, yang mana kumpulan ini akan membongkar sehingga ke akar umbi sindiket yang bergerak licik dalam pengedaran dadah di negara ini.

Stafoc berkuat kuasa 1 Jan lepas, ditubuhkan bagi menangani dan menguruskan kes-kes jenayah berat, gengsterisme, perjudian, pelacuran dan pemerdagangan manusia.

Sting pula dilancarkan pada 30 Jan lepas berperanan mengenal pasti 'kawasan hitam' pengedaran dadah termasuk melibatkan kongsi gelap serta operasi menyekat kemasukan dadah di lapangan terbang, laluan darat dan laut.

Mengulas mengenai cabaran dihadapi PDRM ketika ini, Mohd Bakri berkata jenayah siber antara yang menjadi fokus utama pasukan keselamatan itu.

"Kita lihat dari sudut jenayah siber, keperluan untuk tingkatkan kekuatan kita untuk menjalankan tugas...dapatkan kepakaran tertentu supaya kita dapat bawa kes sedemikian ke mahkamah. Ini penting bagi kami," katanya.

Katanya bagi memenuhi keperluan itu, pakar dalam bidang tertentu dari luar negara mengajar pegawai polis di negara ini atau pegawai polis di sini dihantar berkursus di luar negara bagi mempelajari bidang tertentu termasuk aspek siasatan berkaitan jenayah siber.

Menyentuh mengenai kerjasama PDRM dengan persatuan berkaitan bagi memantapkan lagi pasukan itu, Mohd Bakri berkata PDRM menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak, misalnya dengan Majlis Profesor Negara (MPN).

"MPN contohnya, kerjasama ini bertujuan bagi PDRM mendapatkan pandangan tentang keselamatan negara, berkongsi input atau idea dengan anggota majlis itu bagi mempertingkat tahap keselamatan negara. Kita setuju untuk berkolaborasi, tubuhkan kumpulan kerja untuk membincangkan aspek keselamatan dan kepolisan.

Mohd Bakri berkata pihaknya juga berharap agar dapat tingkatkan kolaborasi dengan agensi lain di dalam Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu, ditanya mengenai perancangan PDRM pada masa akan datang, beliau berkata pihaknya merancang untuk mengadakan program yang dapat mendekatkan pasukan itu dengan belia di negara ini.

"Kita akan cuba cari jalan untuk dekati masyarakat terutama golongan belia, kita beri mereka peluang untuk berinteraksi, meluahkan pendapat atau pandangan dan dalam masa sama kita akan beri penerangan kepada mereka tentang PDRM.

Mengenai sambutan hari Polis ke-207 esok, beliau berkata ia bertemakan 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami'.

Pelbagai aktiviti dirancang sempena sambutan itu, antaranya acara perbarisan yang dijadual dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini pada 8 pagi.

Pada sambutan itu juga akan diadakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada pejuang polis era persekutuan Tanah Melayu iaitu dalam tempoh 12 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960.

- Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat