Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

17/03/14

Anwar pertikai kaitkan PKR kes MH370

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Umum mempertikai pihak yang cuba mengaitkan kehilangan pesawat MH 370 dengan parti itu.

Anwar menyelar laporan media asing mengenai juruterbang pesawat itu Kapten Zaharie Ahmad Shah yang didakwa kecewa selepas menghadiri keputusan rayuan kes liwat beliau, Jumaat 7 Mac lalu.

"Hari ini macam-macam laporan media antarabangsa tulis, katanya kapten(juruterbang) curi kapal terbang sebab sedih dengan keputusan mahkamah yang nak penjarakan saya selama lima tahun.

"Laporan apa ni? Kalau nak sedih ramai lagi sedih," kata beliau sewaktu berceramah di Kampung Baru Sungai Chua semalam.

Semalam, akhbar tabloid United Kingdom Daily Mail melaporkan bahawa Zaharie seorang 'fanatik politik' dan 'aktivis sosial yang lantang'.

Daily Mail juga melaporkan Zaharie menghadiri keputusan perbicaraan liwat Anwar, beberapa jam sebelum menerbangkan pesawat malang itu.

Naib Presiden PKR Tian Chua dan ketua Cabang Subang yang dianggotai Zaharie, Sivarasa Rasiah semalam meminta agar tiada spekulasi dimainkan mengaitkan keahlian juruterbang itu dengan partinya.

Anwar turut menyalahkan pentadbiran lemah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno sehingga pelbagai perkara negatif dimainkan media antarabangsa.

Menurut Anwar, Najib dan kabinet beliau lemah dan mengeluarkan kenyataan bercanggah sehingga menjejaskan imej Malaysia di mata dunia.

Beliau turut menyelar cubaan Najib tidak membenarkan sebarang soalan ketika mengadakan sidang media 15 Mac lalu, lapan hari selepas kehilangan MH 370.

Menurut beliau Najib sudah biasa mengawal media negara ini dan tidak berani berhadapan dengan media antarabangsa.

"Yang datang itu New York Times, Xinhua China, Hindustan Times, Jakarta Post. Dia (Najib) tak berani," kata beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat