Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

23/04/13

Lagi 50 Pemuda UMNO Mengamuk

KUALA KANGSAR, 22 April – 50 Pemuda UMNO Kampung Seri Desa DUN Chenderoh Parlimen Padang Rengas isytihar keluar parti dan menyertai PKR. Dalam majlis ringkas penyerahan borang keahlian yang diadakan di dewan Kampung Seri Desa dengan dihadiri oleh Ketua AMK Perak Dr Meor Ahmad Isharra Bin Ishak (Calon Parlimen Padang Rengas)..

Dalam ucapan ringkas wakil pemuda Kampung, Mohd Azwan menegaskan beliau bertindak menyertai PKR setelah rakan-rakannya didalam UMNO selama ini berasa tertipu dan melihat perjuangan dalam UMNO tersasar dari arus perjuangan sebenar. Ramai pemimpin katanya, sudah mula terpesong dari perjuangan asal untuk membela nasib agama, bangsa dan negara. Beliau melihat sendiri pemimpin UMNO yang datang ke Kampung mereka hanya sekadar berceramah penuh dengan penipuan dan fitnah.

Ini juga melibatkan Ketua UMNO Cawangan Beluru tidak menghiraukan nasib mereka kecuali hanya pada waktu pilihanraya saja semasa memasang bendera. Mereka hanya mengejarkan jawatan dalam Parti untuk menjadi calon Wakil Rakyat tanpa memikirkan bagaimana untuk membela nasib dan kemajuan anak-anak muda di Kampung tersebut

Pada majlis itu juga Ketua AMK Perak Dr Meor Ahmad Isharra Bin Ishak berkata beliau amat bersimpati dengan apa yang berlaku dan bersedia jika PAS dan PKR diberikan mandat untuk menjadikan pemimpin di kawasan tersebut beliau akan memastikan nasib anak-anak muda terus terbela. Beliau juga turut menyampaikan ucapan dan mengucapkan syabas kepada anak muda Kampung Seri Desa yang berjaya menaikkan semangat PKR di cabang itu.

Beliau berharap dengan kemasukan Mohd Azwan dan pengikutnya, maka PKR akan diperkukuhkan lagi dalam usaha memberikan kemenangan kerusi parlimen Padang Rengas dan DUN Chenderoh. SUMBER:http://www.mediaperak.net/2013/04/lagi-50-pemuda-umno-mengamuk.html

4 ulasan:

  1. agaknya yg keluar ni, mengharapkan RMRMRM...tu yg keluar..aparah , bertjuang x kemana... macam mana nak ambil hasilnya...lu fikir lah sendiri...

    BalasPadam
  2. BETUL, BETUL, BETUL...BARU NAK TAIP DAH ADA ORG LAIN YG RASA MACAM TU... AIII TETIBA KELUAR...AGAKNYA ORG YG MEREKA HARAPKAN TAK DICALONKAN KOT..HEHEHEHEHEHEHHHHEEEHHHH

    BalasPadam
  3. jgn harap la pakatan akan menang, menang sorak jer...masalah yg ada ni dah terbukti, dah terang lagi bersuluh...henti kan lah buat rugi bateri jer, membazir kawan syaitan....

    BalasPadam
  4. LAGI RAMAI YANG AKAN KELUAR ...

    BalasPadam

Blogger Comment

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan). SELAMATKAN MALAYSIA DARI PEMIMPIN RAKUS DAN GILA... Apa Kejadahnya kalau jadi pemimpin tidak membantu rakyat. Adakah dengan menjadi menteri atau wakil rakyat sekadar nak penuhkan duit poket dan kumpul harta dengan jalan singkat.Pergi mampus pemimpin yang gila kuasa dan rasuah. Jadi fikir-fikirkan lah dan dengar-dengarkan lah. (luahan sebenar penulis blog 1rakyat)

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat "1Rakyat vs 1Malaysia " | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat