Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

Degoo Cloud Free 100GB

100 GB Free Backup

23/06/12

Akibat Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid

Pengharaman Seks Semasa Haid

Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud:“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)

Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)

Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“

Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid

Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD)dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan,menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian farajadalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haidmeningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita diChester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.

Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovaridilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.

Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.

Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.

Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak,“Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?”Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)

Wallahu’alam…. HasnulHadiAhmad.Com

Rujukan: Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria) Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan Penulis bagi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

3 Lagi Artis Sertai Politik

Pelakon yang kini popular dengan drama bersiri ‘Waris’, Hairie Othman dikatakan telah menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Turut sama mengikut jejak langkahnya adalah pelakon Zulkifli Ismail dan pelawak, Leman Raja Lawak 5.

Dipetik daripada potal berita parti ini, Hairie dan Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak pada 6 julai ini.

Atas faktor kesedaran diri membuatkan Hairie terdorong untuk menyertai parti politik tersebut.

“Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri,” katanya di hadapan ratusan hadirin ketika memberi ceramah di Batu Gajah, baru-baru ini.

Selain itu, beliau mengakui keputusan ini akan memberi kesan kepada karier lakonan namun sanggup menghadapinya.

“Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki adalah Allah ,” jelasnya lagi.

Media Hiburan

Panas!!!! - Perut terburai angkara dendam

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat Cheng Feng dan anak lelakinya yang cedera parah akibat terkena letupan bom buatan sendiri di Sungai Petani, Kedah semalam.


SUNGAI PETANI – Malang menimpa seorang suri rumah dan anak lelakinya apabila mereka menjadi mangsa keadaan selepas bom buatan sendiri yang disyaki ditujukan kepada suaminya meletup hingga menyebabkan perut wanita itu terburai, kedua-dua belah mata buta dan tangannya putus semalam.

Bom yang dihantar sebagai hadiah tersebut dibungkus di dalam bekas sebesar kotak pensel berukuran kira-kira 11 x 24 sentimeter oleh pihak yang disyaki berdendam dengan suami mangsa kerana persaingan perniagaan.

Bahan peledak itu dihantar ke dalam kawasan rumah mangsa di Jalan Angsana Sari 5, Taman Angsana Sari di sini kelmarin.

Kejadian mengerikan pada pukul 8.20 pagi itu berlaku ketika Tan Cheng Fang, 48, baru sahaja pulang dari sebuah pasar berdekatan bersama anak saudara lelakinya yang berusia 11 tahun. Cheng Fang merupakan isteri pemilik sebuah kilang membuat mi di sini.

Kosmo

Perusuh rosakkan Malaysia Hall di Jakarta

Kontroversi budaya Mandailing menjadi bertambah buruk apabila sekumpulan penunjuk perasaan bertindak merusuh di luar Malaysia Hall dan melempar sejumlah telur dan batu-batu besar sehingga merosakkan beberapa bahagian bangunan itu di Jakarta, pada Jumaat.

Kumpulan NGO Pemuda Pancasila itu, yang sebelumnya membakar bendera Malaysia dan melempar telur ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan selepas solat Jumaat, terus menghala ke Malaysia Hall di Jalan Hos Cokroaminoto, Menteng dan mula bertindak lebih ganas.

Di Malaysia Hall, mereka menyerang seorang pengawal keselamatan di situ menyebabkannya cedera ringan, membaling batu besar hingga memecahkan tingkap rumah warden selain merosakkan pintu pagar utama dan mengotorkan tingkap bangunan itu dengan telur yang dilempar ke situ.

Kumpulan perusuh itu juga merosakkkan bumbung bahagian hadapan Malaysia Hall dengan lemparan batu-batu.

Pengarah Education Malaysia (EM) Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata kejadian di Malaysia Hall itu berlaku pada pukul 1.45 petang apabila sekumpulan 50 anggota Pemuda Pancasila mula menyerang dengan melempar batu, kayu dan telur ke bangunan Malaysia Hall.

Susulan serangan itu, Pengawal Keselamatan Malaysia Hall Jakarta, Bambang Sukrisno membuat laporan polis.

Dalam demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia sebelumnya, kumpulan Pemuda Pancasila yang disertai oleh beberapa kumpulan pelajar lain, yang kesemuanya berjumlah hampir 100 orang berdemonstrasi bagi membantah cadangan Malaysia untuk mengiktiraf tarian Tor-tor dan paluan Gordaang Sembilan sebagai salah satu cabang warisan negara.

- Bernama

Jadi pelajar untuk melacur

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 33 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing yang turut menawarkan khidmat seks kepada pelancong di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang di sini dicekup semalam.

Kesemua pelacur, masing-masing 15 wanita Uzbekistan, Tajikistan (15), Kyrgyzstan (1) dan Thailand (2) ditahan dalam serbuan oleh polis Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 1.30 pagi.

Ketika ditahan, kesemua warga asing yang berusia 23 hingga 36 tahun itu menunjukkan pas pelajar beberapa buah kolej swasta di ibu negara.

Bagaimanapun, Ketua Penolong Pengarah D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, semakan polis dengan pihak pengurusan kolej-kolej terbabit mendapati kumpulan warga asing itu tidak pernah menghadiri sesi pembelajaran walaupun mendaftar masuk ke negara ini untuk belajar.

“Kumpulan warga asing itu hanya memohon untuk mendapatkan kad perakuan pelajar untuk bekerja sebagai GRO atau pelacur dan bukan untuk belajar,” kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman.

Kosmo

Warga Iraq dedah dakwaan penyeksaan di Kamunting

Seorang warga Iraq yang ditahan bawah ISA di kem Kamunting hari ini mendedahkan penyeksaan yang didakwa dialaminya kepada peguam.

Sami Hammad yang ditangkap dan ditahan ejak Mac tahun lalu cuba membunuh diri lebih dua kali kerana tidak dapat menahan "penyeksaan" ala Guantanamo, kata jurucakap Lawyers for Liberty Fahdiah Nadwa Fikri.

Hammad ditangkap dan ditahan di ibu pejabat polis Bukit Aman selama 60 hari, di mana beliau mendakwa diseksa, sebelum dihantar ke pusat tahanan ISA di Kamunting, Perak.

Polis yang menyoal siasat lelaki tersebut pada satu masa didakwa membuatkan individu tersebut tidak tidur selama 72 jam, apabila gagal mendapatkan pengakuan bahawa lelaki tersebut cuba menyeludup pemohon suaka Iraq ke Australia.

Muhammad ditangkap atas dakwaan menyeludup manusia, beberapa hari selepas tiba di Kuala Lumpur untuk satu kunjungan "berkaitan perniagaan."

'Kalau takut debat, jangan kata bukan budaya'

Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak perdebatan atas alasan bukan budaya politik di negara ini.

"Kalau takut berdebat dengan pemimpin pembangkang, janganlah kata ini bukan budaya (kita) sebab ada di kalangan pemimpin Umno yang sedia berdebat.

"Jadi yang budaya kita itu apa? " kata Mustafa.

21/06/12

No. Plet 'PKR 1' dijual pada harga RM99,555 dan pemiliknya ialah........ Anwar Ibrahim?

Nombor plet kenderaan 'PKR 1' telah dibida pada harga RM99,555 dan pemiliknya adalah Anwar Ibrahim...

Ha..ha..ha..satu tajuk laporan berita yang sememangnya dinanti-nantikan oleh pencacai-pencacai UMNO untuk mengehentam DS Anwar Ibrahim..

Malangnya hasrat kebanyakkan mereka itu tidak tercapai kerana No. Plet Kenderaan 'PKR 1' telah dibida dan dimiliki oleh seorang usahawan dari Pilau Pinang iaitu Ong Thai Yang.

Manakala no plet PKR 2 pula dibida dan dimenangi oleh Advanced Sales Sdn Bhd dengan harga RM23,200 dan Datuk Seri Santhara Kumar Ramanaidu memenangi PKR 3 dengan harga RM50,000.

PKR 4 dimenangi oleh Muhammad Fadhrul Redzwann Samsudin dengan harga RM12,11 dan RM28,000 dibayar oleh Sow Ban Leong untuk PKR 5 .

Tiada seorangpun pemimpin dari PKR diberitakan turut serta dalam bidaan nombor plet 'PKR' tersebut seperti yang dilaporkan oleh The Star kat bawah ni..

BUTTERWORTH: Penang businessman Ong Thai Yang won the bid for the PKR 1 vehicle registration number plate at RM99,555.

The plate PKR 2 went to Advanced Sales Sdn Bhd for RM23,200 while Datuk Seri Santhara Kumar Ramanaidu won PKR 3 for RM50,000.

Other winning bids are RM12,111 which Muhammad Fadhrul Redzwann Samsudin bid for PKR 4 and RM28,000 which Sow Ban Leong paid for PKR 5 .

No prominent leaders, including those from PKR (Parti Keadilan Rakyat) were on the list of successful bidders.

The winning bids were displayed at the Penang Road Transport Department (JPJ) headquarters in Seberang Jaya Thursday.

Penang JPJ director Datuk Hassan Yaacob had said that of the total 623 tender applications the department received for the PKR prefix, 384 applicants were successful in their bids.

The Star Online

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/06/no-plet-pkr-1-dijual-pada-harga-rm99555.html

20/06/12

Siasat Nizar: Polis tidak perlu keterlaluan

Komen pengikut dalam Facebook: Harakahdaily terima amaran SKMM

KUALA LUMPUR: Harakahdaily menerima surat amaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini ekoran tulisan seorang pengikut dalam Facebooknya yang komennya didakwa menghina raja-raja.

Menurut surat dari Unit Media Baru, Jabatan Pengawasan dan Pengurusan Maklumat, SKMM, tulisan dari pengikut Facebook Harakahdaily itu bertentangan dengan Seksyen 211, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Akta itu menetapkan bahawa pemberian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang adalah satu kesalahan.

Sekiranya disabitkan kesalahan, pemberi kandungan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

"Oleh yang demikian, pihak tuan adalah diminta untuk mengambil perhatian akan peruntukan di atas serta memastikan kandungan portal tuan tidak melanggar peruntukan tersebut.

"Pihak SKMM akan terus memantau portal ini agar ianya tidak melepasi batasan-batasan yang digariskan dan menjadi medan bicara yang lebih sihat dan beretika," kata surat kepada Harakahdaily itu.

Seorang pengikut Facebook Harakahdaily telah membuat komennya dalam ruangan komen tentang raja-raja Melayu di bawah laporan bertajuk 'Itu pandangan saya sebagai rakyat biasa - Nizar'.

Berdasarkan surat amaran dari SKMM itu, Harakahdaily adalah bersalah ekoran komen-komen itu tersiar dalam laman Facebook Harakahdaily walaupun yang menulisnya adalah pihak lain.

Ekoran surat itu, Harakahdaily telah membuang nama penulis komen berkenaan dalam senarai pengikutnya di Facebook.

19/06/12

FGVH: Siri pengkhiana​tan Melayu terbesar

Umno meneruskan siri-siri mengagalkan bangsa sendiri setelah sekian lama menghapuskan tulisan jawi, bahasa Melayu yang dipinggirkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan kegagalan dalam Dasar Ekonomi Baru.

Terbaru, aset Felda yang berharga milik rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu menjadi mangsa penggadaian seterusnya.

Ladang, tanah dan segala perniagaan milik sepenuhnya warga Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di Bursa Saham.

Apa yang memilukan, peneroka dan kakitangan Felda yang berpuluh tahun membangunkan Felda, diberikan saham terkecil iaitu 2.5 peratus dan 3 peratus sahaja. Tetapi mereka sanggup memberi ruang kepada Syarikat Asing dari luar negara memegang sekitar 20 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini.

Tidak mustahil dimasa akan datang syarikat asing atau mereka yang tidak kena mengena dengan Felda yang akan menjadi pemilik aset berharga Felda ini setelah saham-sahamnya terjual.

Bagi PAS, bukan sekadar masalah pengagihan saham tersebut yang utamanya, tetapi melibatkan tanah-tanah Felda dan aset berharga milik rakyat dan negara ini satu pengkhianatan. Apatah lagi menyerahkan urusan sebesar itu dikendalikan oleh individu yang terpalit dengan rasuah yang diakui partinya sendiri.

Ini adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu yang mendiami kawasan Felda dan seluruh negara. PAS menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Felda supaya segera menggantikan Umno yang lama memerintah dan terus bertindak gagal dengan memberi undi kepada PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Kita tidak punyai masa yang lama lagi untuk menunggu berapa banyak lagi aset negara berpontensi terjual di bawah pemerintahan Umno BN hari ini.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

WWW 1: Polis rampas komputer, telefon Nizar

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) memberitahu tiga barang miliknya telah diambil pihak Polis Johor semalam.

Ianya sebuah komputer pejabat, komputer riba dan telefon bimbit yang diambil dalam tiga operasi geledah di tiga tempat berlainan.

Komputer pejabat diambil sewaktu polis menggeledah di Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang semalam.

Komputer riba pula dihantar oleh anaknya semalam selepas polis menggeledah kediamannya di Sungai Rokam, manakala telefon bimbit dirampas malam tadi ketika beliau berada di sebuah hotel di ibu negara sempena menghadiri sidang parlimen.

"Malam tadi kira-kira jam 9 malam, enam orang polis datang dengan waran mahkamah majistret untuk menggeledah di hotel tempat saya menginap.

"Mereka juga mengambil telefon bimbit Nokia yang saya guna," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ketika ditemui Harakahdaily.

Menurut Nizar, operasi menggeledah dihotel tersebut malam tadi tamat kira-kira jam 11 malam dan beliau memberi kerjasama penuh kepada polis tersebut.

Semalam polis Johor menggeledah tiga pejabat operasi Nizar masing-masing di Ipoh, Bukit Gantang dan Pasir Panjang.

Difahamkan Operasi yang bermula kira-kira jam 11.30 pagi semalam itu dibuat di Pejabat Pas Negeri, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Lumut.

Tindakan sama turut dibuat ke atas kediaman beliau di Sungai Rokam.

Bagaimanapun ketika operasi penggeledahan, Nizar tiada di kesemua tempat itu kerana masih berada di ibu negara bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Beliau hanya mengetahui situasi berkenaan setelah dihubungi salah seorang anaknya yang memaklumkan terdapat beberapa anggota polis membuat rondaan di sekitar kediamannya di Sungai Rokam, di sini.

Tindakan geledah itu dipercayai ada kaitan dengan isu mesej Twitter Mohammad Nizar berhubung keputusan bidaan nombor pendaftaran WWW 1.

"Untuk sekarang ini saya akan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada peguam-peguam PAS sebelum mengambil tindakan lanjut," katanya.

SUMBER:http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/11098-www-1-polis-rampas-komputer-telefon-nizar

18/06/12

Kecoh Debat Rakyat, Zulkifli Noordin Di Serbu Penduduk 14/6/2012

Ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1 berakhir dengan kekecohan.Datuk Zulkifli Nordin selaku penceramah tunggal dalam progam Debat Rakyat itu diserbu oleh sekumpulan penduduk yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat apabila beliau membuka sesi soal jawab.

Hahahha ambik kau Zulkifli Noordin , kamu nak orang berbahasa sedangkan kamu gelar orang cicak mengkarung.. tak sedar diri tu katak
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat