Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

Degoo Cloud Free 100GB

100 GB Free Backup

10/05/12

Video-Najib Kata Haram Jadah Kepada Peneroka FELDA Yang Tak Setuju Dengan FGVH

Najib Kata Haram Jadah Kepada Peneroka FELDA Yang Tak Setuju Dengan FGVH

Ekspatriat Singapura dakwa diserang pengawal peribadi kerabat diraja Malaysia

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Empat ekspatriat Singapura mendakwa mereka telah diserang pengawal peribadi keluarga kerabat diraja Malaysia ketika bercuti di salah sebuah pulau di Johor.

The Straits Times hari ini melaporkan keempat-empat lelaki tersebut “diserang dengan kejam” tidak berapa lama apabila mereka menjejakkan kaki ke pulau Resort Alang Rawa, di Pulau Rawa, serangan kedua selepas tujuh tahun di pulau tersebut yang dikaitkan dengan kerabat diraja.
Menurut akhbar terbabit, serangan yang berlaku di kepulauan berhampiran Mersing itu menyaksikan lelaki British 28 tahun mengalami kecederaan dan rakan Jermannya, mengalami pendarahan di otak.

“Mereka memegang lengan saya, mengepung dan menendang saya di kawasan sulit untuk melumpuhkan pergerakan saya, kemudian terus membelasah saya,” kata lelaki yang tidak mendedahkan indentitinya itu, dipetik The Straits Times.

Menurut beliau, dia dan tiga rakannya berusia lingkunganm 20an sedang menikmati makan malam pada Jumaat malam apabila VIP Malaysia itu sampai dengan “kawalan keselamatan yang banyak diiringi dengan muzik hip hop”.

Menurut akhbar itu lagi, dua mangsa dijemput untuk minum bersama mereka, yang turut berusia dalam lingkungan 20an termasuk sepupunya, untuk meminum minuman keras.

“Beliau sangat peramah pada mulanya. Rakan saya sedang berbual dengan VIP tersebut dan sepupunya sebelum lelaki berkenaan tidak semena-mena menamparnya,” katanya.

“Saya tidak tahu butiran perbualan tersebut, saya berada agak jauh daripada mereka, tapi ada benda yang tidak dikatakan dengan betul.”

Menurut lelaki British, rakan Jermannya itu telah diiring ke tandas oleh pengawal peribadi berkenaan.

“Saya cuba melihat apa yang berlaku, tapi ditolak keluar daripada tandas,” katanya lagi. “Saya tidak tahu apa yang berlaku, namun dia kemudian meluru keluar ... melalui kawasan bar, dan kemudiannya ke pantai melalui kawasan hutan, dan mereka mengejarnya.”

Tambahnya lagi, lelaki yang selebihnya kemudian melihat ke arahnya sebelum dia melarikan diri ke laut, dan berenang ke pantai apabila penyerang berkenaan sudah menghilangkan diri.

Dia kemudiannya berlari ke bilik dan memaklumkan kepada rakan-rakannya yang lain namun penyerang tersebut telah menangkap rakan Jerman mereka.

Menurut akhbar itu, kumpulan itu diarah untuk meninggalkan pulau keesokan paginya sebelum menjelaskan bayaran penginapan mereka.

“Kami diarahkan supaya meninggalkan kawasan pulau oleh seorang wanita Eropah kerana keadaan tidak lagi selamat,” kata lelaki British.

The Straits Times turut melaporkan walaupun Alang Rawa telah mengesahkan mereka adalah tetamu di sana, pengurus operasinya, Fairus Ahmad, bagaimanapun menafikan kejadian itu, termasuk pengurus Rawa Safaris, satu-satunya resort di pulau berkenaan.

“Kami telah menyemak dengan staff dan pengurusan dan mereka mengesahkan tidak menerima maklumat berhubung kejadian itu,” kata Fairus.

Akhbar itu melaporkan, lelaki Jerman itu diletakkan di unit jagaan rapi dengan pendarahan di otak dan telah dipindah ke wad normal semalam.

Pada 2005, sekumpulan enam lelaki, didakwa termasuk putera Johor, menceroboh perkahwinan pasangan Brazil di Pulau Rawa dan menyerang tetamu menggunakan kayu golf dan objek tajam.

Polis menahan empat lelaki termasuk kerabat diraja Johor lingkungan 20an, namun membebaskan mereka atas ikat jamin beberapa hari kemudian.

9/05/12

Video - Kes Budak Kena Dera Oleh Ibu Yang Zalim

STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :

Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

- INFO : FACEBOOK PDRM

Klik seterusnya untuk tonton video kejadian tersebut

8/05/12

Bekas Ketua Polis Negara (Rahim Noor bangsat) Tuduh Tuan Guru Nik Aziz 'Bapak Segala Kafir'

Oleh kerana tiada ilmu pengetahuan untuk berhujah, kini bekas Ketua Polis, Rahim Noor yang merupakan budak suruhan United Malays National Organisation (Umno) hanya mampu membuat tuduhan tanpa ilmu. Inilah kejahilan namanya.. tanda akhir zaman. Orang yang benar lagi alim dikatakan batil, orang yang batil dikatakan benar.

Hukum Menuduh Musyrik dan Kafir Sesama Umat Islam Tanpa Hak

Dalam hadith yang dikeluarkan oleh Imam Tabrani dalam al Mu'jam al Kabir jilid 8 halaman 152 dari Abi Darda', Abi Umamah, Watsilah bin al Asqa' dan Anas bin Malik, RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam menjelaskan golongan yang selamat sebenarnya adalah tidak mengkafirkan ahli kiblat iaitu sabdanya yang bererti :

Tinggalkan perbantahan kerana sesunguhnya Bani Isra'il telah berpecah menjadi 71 golongan dan orang-orang Nasrani berpecah menjadi 72 golongan, semuanya sesat kecuali as Sawadul A'zhom. Para sahabat bertanya : Wahai RasuluLlah siapakah sawadhul a'zhom itu? Nabi menjawab : mereka adalah orang-orang yang mengikuti aku dan para sahabatku, tidak berbantah-bantah dalam agama ALlah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli tauhid sebab dosa yang sudah diampuni oleh ALlah. Kemudian Nabi bersabda : Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing dan nanti akan kembali asing. Para sahabat bertanya : Wahai RasuluLlah siapakah orang-orang asing itu? Nabi menjawab : Mereka adalah orang-orang yang berbuat kebaikan dikala orang-orang berbuat kerosakan, tidak berbantah-bantahan dalam agama ALlah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli Tauhid dengan sebab dosa yang telah dia lakukan.

Hadith Rasulullah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :

"Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "

Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti:

Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi Allah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.

(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :

"Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."

Sumber Rujukan : Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayalli, Al Firqah An Najiah Hia Al Ummatul Islamiyyah Kulluha, Golongan Selamat Adalah Seluruh Umat Islam, Cetakan Pertama, 2008, Mutiara Ilmu Surabaya, Surabaya.

7/05/12

Ustaz Azhar Idrus Bidas Ustaz Muda Bodo Persenda Zikir Imam Syafie

Ustaz Azhar Idrus Bidas Ustaz Muda Persenda Zikir Imam Syafie

Nik Aziz: Keputusan Majlis Fatwa 'guna sebelah mata'

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".

Mengulas kenyataan pengerusi Majlis Fatwa Kebangsan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata, beliau setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram.

"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.

"Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak," katanya sambil menambah beliau menghormati anggota Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Abdul Shukor dilaporkan berkata Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara.

Menurut laporan akhbar, pengerusi Majlis Fatwa itu berkata Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melaui tindakan beradab.

Mengulas lanjut, menteri besar Kelantan itu berkata perhimpunan BERSIH 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara

Perhimpunan itu, tambahnya, menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya dan jauh sekali untuk mencetuskan huru-hara bagi menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya.

"Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?

"Pernahkah Majlis Fatwa memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan di dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara?" soal Nik Aziz.

Sehubungan itu, beliau yakin bahawa fatwa tersebut hanya "laporan akhbar pro-kerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur BERSIH 3.0 sebelum membuat pertimbangan dibuat.

"Justeru, soalan saya ialah fatwa-kah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi.

Sebaliknya, kata menteri besar Kelantan itu, huru-hara tercetus jika ia dihalang.

"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.

"Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?

"Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah. Salam hormat saya buat Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

EDISI TANGKAP: 34 Polis Mengganas Di Himpunan Bersih Dikehendaki

Sikap polis yang masih menyalahkan orang awam hanya memalukan kerana tidak sedar mereka sebenarnya menjadi alat kepada regim Umno. Polis dan orang awam adalah mangsa regim Umno, polis yang bertugas juga perlu sedar sememangnya dirancang untuk mereka dijadikan mangsa. Disyaki arahan untuk anggota polis bergerak itu sengaja dibuat untuk menjadikan polis sebagai umpan.

Barisan peguam bagi mengambil kes keganasan polis semasa Bersih 3.0 antaranya, Peguam Hak Asasi (LFL), Majlis Peguam, dan beberapa NGO pengamal undang-undang.

Ada lagi.. Tangkap yang ni dulu.. Yang lain lain tu 2nd phase pulak..

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih SUMBER GAMBAR: http://www.malaysiakini.com/news/197177 SUMBER BERITA DAN GAMBAR :http://www.erapasca.com/2012/05/34-polis-mengganas-di-himpunan-bersih.html

AMK mahu bantu 91 individu dicari polis

Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan menyediakan bantuan kepada 91 individu dikehendaki polis berhubung perhimpunan 28 April.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, pegerakan itu akan memberi bantuan dalam bentuk khidmat nasihat sebelum individu berkenaan tampil ke balai polis.

"Saya lihat, tiada lagi yang menawarkan perkhidmatan kepada individu-individu yang gambar mereka dipaparkan.

"Jadi AMK akan membantu mereka. Cuma saya nak desak PDRM, agar memaklumkan pada rakyat apa kesalahan mereka ini sehingga gambar mereka dikeluarkan secara meluas oleh media," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Pada Khamis lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan gambar senarai 49 yang dikehendaki ekoran penglibatan mereka dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

Semalam, sebanyak 42 gambar individu yang dikehendaki polis itu dikeluarkan.

Sehubungan itu, Shamsul berkata, AMK juga akan turut mengumpul maklumat individu yang dikehendaki itu untuk diserahkan kepada peguamnya.

"Kita akan kumpulkan maklumat-maklumat mereka ini dan serah kepada kawan-kawan peguam PKR, Majlis Peguam, Suaram dan Lawyers for Liberty," katanya lagi.

Beliau menyeru individu berkenaan supaya menghubungi AMK melalui talian 012-6541415 atau e-mel kepada amkbersih428@gmail.com.

Kasih Anak: Saya tidak pernah derhaka -Azmin Ali

ULASAN Allahyarham ayahanda saya, Pak Ali senantiasa mendidik saya untuk patuh kepada tuntutan Al Quran, berakhlak luhur dan tuntas istiqamah kepada prinsip perjuangan.

Didikan dari kecil untuk menghormati serta mengasihi kedua ibu-bapa sesuai dengan pesan ajaran agama Islam menjadi pegangan saya.

Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik.

Saya turut mendoakan semoga Allahyarham ayahanda saya mendapat husnul khatimah dan ditempatkan ruhnya di syurga yang penuh nikmat.

Saya menyeru kepada media supaya tidak menganggu ibu saya dan Umno janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik Umno yang kotor dan jijik. Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media.

Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.

Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelek yang disuburkan oleh Umno dan media yang ditunggangi mereka.

Saya berserah segala-galanya kepada Allah SWT dalam menghadapi mehnah ini tetapi saya tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah Umno.

Saya akan tumpu kepada usaha dan kerja-kerja Parti selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangkakan pada bulan Jun 2012.
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat