Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

13/04/12

PAHLAWAN MELAYU TOK JANGGUT DI BUNUH OLEH UMNO YANG TAAT PD BRITISH

PAHLAWAN MELAYU TOK JANGGUT DI BUNUH OLEH UMNO YANG TAAT PD BRITISH

Tok Janggut pula dituduh sebagai pengkhianat oleh pihak istana Kelantan atas desakan penjajah British dan beliau sendiri syahid ditembak mati oleh sekumpulan tentera barua British yang mana bangsa Melayu pun menganggotainya.

Selepas dibunuh, mayatnya di arak sampai ke Kota Bahru dan digantung dengan kepala ke bawah selama dua hari. Dikatakan yang jasadnya terputus dua setelah ditembak bertubi-tubi oleh para barua-barua British selepas dua hari digantung.

Melayu yang turut serta menembak mati Tok Janggut inilah yang disanjung oleh Umno celaka sebagai wira. Bagi lu wira tetapi bagi mereka-mereka inilah pengkhianat sial tahap jahanam.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=388024064562680&set=a.125326894165733.13878.100000652680567&type=3&theater

11/04/12

Malaysia digegarkan oleh gempa bumi.

Satu gegaran kuat hasil dari kejadian gempa bumi di Utara Sumatera berlaku disepanjang pesisr pantai barat Malaysia sebentar tadi. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh USGS, (boleh baca laporan disini), Gempa bumi tersebut berlaku kira-kira 434km ketenggara dari Banda Aceh ataupun 963km dari Kuala Lumpur. Gegaran berukuran 8.7 pada skala richter itu berkemungkinan akan menyebabkan tindakan susulan.

9/04/12

IGP enggan ulas perhimpunan BERSIH 3.0

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar masih enggan mengulas mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang untuk diadakan pada 28 April.

Ditanya dalam satu sidang media hari ini, Ismail berkata, wartawan perlu menunggu sehingga sidang akhbar selepas ini untuk dimaklumkan mengenai persediaan polis untuk menghadapi perhimpunan berkenaan.

Ismail juga enggan menyatakan sama ada penganjurnya BERSIH 2.0, yang dianggotai kira-kira 80 NGO, memohon permit untuk perhimpunan tersebut.

Pasukan itu menerima kecaman atas tindakan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai perhimpunan haram, menjelang perhimpunan kedua pada 9 Julai lalu.

Berikutan itu, polis menghalang BERSIH 2.0 daripada mengadakan ceramah dan turut menahan individu yang memakai baju dan juga membawa bahan publisiti perhimpunan tersebut.

Status gabungan BERSIH 2.0 setakat ini masih belum dipastikan namun belum ada tindakan diambil ke atas pengerusi bersamanya, S Ambiga dan juga ke atas anggota sekretariat BERSIH 2.0

Husam: Hutang PTPTN RM28b, bukan RM43b

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi angka mengelirukan berhubung jumlah keseluruhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang telah dikeluarkan kerajaan kepada pelajar.

Husam berkata angka RM43 bilion yang disebut Najib itu juga mungkin sengaja disebut perdana menteri untuk menakut-nakutkan rakyat.

"Dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja. Bukan RM43 bilion seperti disebut.

"Mengapa PM sanggup memberikan angka yang silap? Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?," kata Husam yang juga exco kanan kerajaan Kelantan.

Katanya lagi, kenyataan perdana menteri bahawa negara tidak mampu menjelaskan hutang RM43 bilion itu juga menunjukkan bahawa Najib tidak memahami mekanisme kewangan yang lazim diamalkan – termasuk dalam soal memberi perjanjian dan menjadual semula pinjaman.

Husam mengulas kenyataan Najib sebelum ini bahawa kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika ingin memansuhkan pinjaman melalui PTPTN.

Dalam kenyataannya, Husam – yang berkelulusan bidang ekonomi dari Universiti Malaya – turut menjelaskan kaedah yang boleh diambil Pakatan Rakyat untuk melunaskan jumlah hutang RM28 bilion itu, sekiranya membentuk kerajaan.

Katanya, jumlah berkenaan tidak semestinya dilunaskan secara keseluruhan, serta merta.

Tambahnya, Pakatan juga boleh mengambil alih pinjaman tersebut atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan kepada institusi kewangan yang memberi pembiayaan kepada PTPTN.

"Antara tindakan yang boleh diambil ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPTN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

"Dengan itu kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu," katanya.
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat