Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

Degoo Cloud Free 100GB

100 GB Free Backup

7/04/12

Kes anak Dato Nazri Tan Sri Aziz: CCTV kini di tangan polis

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden pergaduhan yang dikaitkan dengan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kini berada dalam tangan polis Brickfields.

Mohamad Nedim Mohd Nazri AzizRakaman insiden melibatkan Nedim Mohamad, pengawal peribadinya dan pengawal keselamatan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur kini sampai kepada pegawai penyiasat, dedah sumber.

Pihak berkaitan mengesahkan kepada Malaysiakini, kes itu masih disiasat walaupun ketua polis daerah Brickfields sebelum ini mendakwa ia telah selesai.

Menurut sumber lagi, polis terkejut melihat rakaman itu apabila "lebih daripada dua orang", termasuk Nedim, terlibat memegang dan menyerang penyelia keselamatan berusia 50 tahun itu.

Ini boleh mewujudkan komplikasi dalam klasifikasi polis yang meletakkan kes itu sebagai kesalahan kecil - 'menyebabkan pergaduhan' bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan, denda RM1,000 atau kedua-duanya

5/04/12

1 Melayu 1 Cina kongsi nombor Kad Pengenalan lama...?

1 Melayu 1 Cina kongsi nombor Kad Pengenalan lama...?


INFO:http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/04/1-melayu-1-cina-kongsi-nombor-kad.html

2/04/12

UMNO memang agen Israel yg mewarisi perjuagan British/Yahudi

Dari segi FAKTAnya,UMNO memang agen Israel yg mewarisi perjuagan British/Yahudi...Antara sifat buruk puak Yahudi dalam al-Quran adalah : Yahudi Kuat berpegang pada rasa "kebangsaan" mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (sila rujuk Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18).

Agenda ini sama seperti barat memberikan kemerdekaan pada tanah melayu tetapi dengan syarat.Mesti ikot acuan bangsa yang selari dengan kemahuan Yahudi/british..Iaitu SEMANGAT KEBANGSAAN

Semua parti atau pertubuhan berdasarkan Islam dan ulama memperjuangkan kemerdekaan diharamkan oleh British (1948). Golongan agama tidak akan ditonjolkan sebagai pejuang sebenar tetapi yang mampu "berbaik" dengan penjajah itu adalah hero sebenar kemerdekaan..Ini sejarah dari perspektif British yg UMNO cuba tanamkan dlm minda rakyat..Tak semudah itu British memberikan kemerdekaan melainkan ditinggalkan pasak yang kukuh kepada tanah jajahan..

UMNO sebagaimana kita tahu dasar pejuangan UMNO adalah ideologi Yahudi/israel (nasionalisme/kebangsaan)..Nasionalisme menghancurkan islam secara halus melalui sekularnya,seperti fahaman "politik suku,agama suku" menjadikan umat islam terus sesat dan jauh dari hidayah islam.....

PERPADUAN/KERJASAMA ATAS DASAR NASIONALISME MENJADIKAN MUSLIM DAN NON MUSLIM SEMAKIN JAUH DARI HIDAYAH ISLAM SEBAGAIMANA BN SEKARANG..Tu beza kerjasama PAS dgn non muslim (tahaluf siyahsi) dgn apa yg UMNO amalkan..

Nasionalisme adalah "alat Isreal-Zionis" dimana yg dibawa oleh perjuangan UMNO sgt berjaya menghancurkan Islam secara halus sejak dulu kini dan selamanya,sehingga ada MELAYU ISLAM kini berani mempersenda dan menghina HUKUM ISLAM dan Sunnah Nabi malah pengikut2nya sering kali memperolok2kan ayat suci Allah s.w.t. serta hukum hakam dalam agama..

Malah hukum hudud pun boleh dikatakan ciptaan ahli fekah, tiada dalam al-QUran..sememangnya UMNO agen israel/dajjal dikagumi oleh israel dgn kejayaan merosakan kaum melayu islam.. INFO: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=351439854892548&set=o.211889405500724&type=1&theater

Anwar: Berhenti fitnah saya

KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta ahli-ahli Umno akar umbi supaya berhenti memfitnahnya kerana beliau tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan mereka.

Anwar berkata, walaupun dirinya dimaki, dihina setiap hari malah pernah dipukul ketika dalam penjara sebelum ini, beliau tetap bersyukur kerana rakyat bijak dan diberi akal untuk menilai.

“Saya di penjara enam tahun, ditelanjang dan dipukul bukannya sebab saya bergaduh dengan orang bawahan Umno tetapi saya hendak bela rakyat dan tidak mahu rasuah berterusan oleh mereka yang menyalahgunakan duit rakyat,” katanya ketika berucap di depan kira-kira 3,000 penyokong di Seksyen 1, Wangsa Maju, malam kelmarin.

Hadir sama, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Penyelaras PKR Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kwee Kwong; Pengerusi DAP Wangsa Maju, Lim Ching How dan Pengarah Pilihan Raya Keadilan Wangsa Maju, Mohammad Hamdi Mohd Said.

Anwar berkata, sekiranya ahli Umno tidak menyokongnya, ia tidak membawa masalah kepadanya tetapi beliau meminta mereka berhenti daripada melemparkan fitnah dan menghina dirinya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau memberi jaminan bahawa selepas PR memenangi pilihan raya akan datang, dalam tempoh 24 jam tersebut, beliau akan mengumumkan harga minyak akan turun.

Menurutnya, beliau juga turut memberi jaminan setelah menjadi Perdana Menteri, pinjaman Perbadanan Tabung Tinggi Pendidikan Nasional (PTPTN) akan turut diumumkan batal.

Sebelum itu, Zuraida dan Ching How turut menyampaikan ceramah masing-masing dan diikuti dengan pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Rakyat (PR) P116 Parlimen Wangsa Maju oleh Anwar.

Bayar RM10 untuk tonton tarian ghairah

KUALA LUMPUR: Hanya RM10 untuk menonton persembahan ghairah. Itu yang ditawarkan sebuah premis hiburan yang diserbu Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor di Taman Prima, Selayang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan jam 1.30 pagi itu, 23 pelayan pelanggan (GRO) warga asing berpakaian seksi yang asyik menari ghairah di atas pentas peragaan ditahan. Kadar bayaran yang rendah itu menjadi faktor premis hiburan terbabit dikunjungi ramai pelanggan untuk berhibur bersama GRO pilihan.

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Azli Abu Shah berkata, ketika serbuan, semua GRO terbabit yang terkejut dengan kehadiran polis melarikan diri melalui pintu belakang premis, namun gagal selepas dikejar anggota polis.

Katanya, dalam serbuan itu, empat lelaki dipercayai penjaga premis dan 23 GRO iaitu lapan warga Thailand, sembilan (Vietnam), empat (Indonesia) dan dua (China) ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati semua mereka yang berusia 19 hingga 39 tahun itu bekerja sebagai penari ghairah dan tidak terbabit aktiviti pelacuran.

“Mereka hanya menari di pentas untuk menghiburkan pengunjung dengan berpakaian seksi,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pelanggan yang berpuas hati dengan tarian mereka boleh menambah RM10 untuk membeli kalungan bunga bagi diberi kepada GRO terpilih.
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat