Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

Degoo Cloud Free 100GB

100 GB Free Backup

21/01/12

Ceramah Hassan Ali lebih 10ribu hadir.. betul ker?

1,000 ... eh buta ke mata aku ni? ... wakakak !!! Calculator please ...... Teringat aku masa Ezam mula kuar PR dulu Mula mula ramai, pastu boleh bilang jari ..Semuanya datang nak tengok lawak orang kena cerai .. wakakak !!!

Setelah 4 hari undian di buat .. keputusannya Peratus yang lambai bye bye pada Hassan sudah jauh meninggalkan .. Jadi ... Selamat Tinggal Romeo .. !

20/01/12

HUKUM HUDUD TAKKAN DILAKSANA DI MALAYSIA

HUKUM HUDUD TAKKAN DILAKSANA DI MALAYSIA.. UMNO PARTI ZALIM

Bongkar!! Siapa Sebenarnya Ketua Zon PAS Gombak Yang Masuk Umno?

Mari kita amati gambar nih.. macam ade persamaan je.. Tengok betul-betul gaya berdiri mamat nih.. dahi.. mata.. telinga.. tubuh badan.. dan lengan.. Ini cam kes pelanduk 2 serupa jer.

Mamat nih yang buat provok masa Bersih 2.0. Berapa orang peserta Bersih yang kena hentam dengan buku limanya? Inilah wajah sebenar Umno yang di katakan memperjuangkan agama, bangsa dan negara..

Berikut kenyataan polis mengenai mamat nih :

Pihak polis telah mengenal pasti anggotanya pada perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai tahun lalu didakwa menggunakan kekerasan yang berlebihan dalam usaha cuba menyuraikan penunjuk perasaan itu.


Ketika dihubungi semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah berkata laporan polis telah dibuat ke atas anggota itu - yang didapati memakai bandana (kain tutup muka) semasa perhimpunan itu - tetapi tiada pendakwaan akan dilakukan.



"Perkara ini telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan tiada tindakan selanjutnya boleh diambil terhadapnya kerana ketiadaan saksi," katanya kepada Malaysiakini.

Gambar dia bertaburan dalam Internet, polis boleh kata takde bukti? Macam ada yang tak kena jer. Betoi ke orang tu anggota polis? Takde tag nama dan pakai bandana serta bawa buku lima tu masuk dalam SOP polis ke? Atau dia pakai bandana sebab takut dikenali?

Ini pulak kata PAS tentang mamat yang mengaku ketua zon ni:

Bila masa PAS lantik dia (Mohd Jais) jadi ketua zon ... aku pun tak tahu... lagipun geng nie masuk Pas dulu, tak pernah mai surau pun...duk pakai seluar pendek.. duk karaoke depan umah..- SU PAS Kg Kerdas.

Ape pun, kot dah rupa serupa, perangai tentu serupa kan? Adekah Hassan Ali gelak guling2 keseronokan bila bace berita penyokongnya kuar PAS (kononya)?

Artikel ni di cilok dan di edit dari ~ yongsukakuning

Aset: Kenapa Nazri takut kalau menteri 'bersih'?

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang menolak cadangan supaya harta dan aset menteri dan ahli keluarga terdekat diisytiharkan dengan alasan tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka.

“DPPM musykil dengan kenyataan ‘bahaya’ seperti yang dilontarkan oleh Datuk Seri Nazri,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).

Beliau juga mempersoalkan apakah yang dimaksudkan dengan bahaya itu.

“Adakah ia bahaya terhadap keselamatan harta dan keluarga menteri tersebut atau bahaya pada masa depan mereka jika diketahui aset mereka yang bernilai jutaan ringgit itu?” soalnya lagi.

Katanya, umum mengetahui pemimpin negara mempunyai kawalan keselamatan yang ketat dan amat sukar bagi penjenayah mengambil kesempatan terhadap pemimpin negara sekiranya aset mereka diketahui ramai.

Menurutnya, mungkin Nazri bimbang sekiranya aset pemimpin negara didedahkan, lebih ramai menteri kabinet tidak mempunyai masa depan yang cerah kerana ditolak oleh pengundi.

Katanya, DPPM menganggap kenyataan Nazri itu sebagai alasan remeh dan amat dangkal.

Tambahnya, ia adalah suatu helah supaya aset pemimpin negara tidak diisyiharkan kepada umum seolah-olah beliau mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum.

“Adakah Datuk Seri Nazri Aziz mahu melindungi ‘pekung’ atau keburukan pemimpin negara supaya tidak dapat dihidu dan dilihat rakyat?” tanya beliau lagi.

Beliau berkata, mungkin jika diketahui aset mereka ini, lebih banyak lagi skandal akan dibongkar oleh rakyat menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin negara bakal tersungkur.

Ujarnya, DPPM menegaskan, dengan pengisytiharan harta, rakyat dapat melihat dan mengakses maklumat mengenai aset pemimpin-pemimpin negara.

Ini, katanya dapat membuktikan bahawa pemimpin tersebut benar-benar ikhlas berkhidmat untuk rakyat, tanpa mengambil kesempatan di atas jawatan dan pengaruhnya untuk mengaut sebanyak mana harta demi kepentingan dirinya sendiri.

Tambahnya, ia juga membuktikan pemimpin tersebut benar-benar bersih dari sebarang penyelewengan, penipuan atau skandal.

Selama ini, tambah beliau sering kali pemimpin negara dipalitkan dengan rasuah dan penyelewengan kuasa, bahkan ada antara mereka yang telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman.

Justeru, tegasnya DPPM mencabar Nazri supaya melaksanakan syor Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) agar aset menteri kabinet dan pasangan mereka didedahkan untuk pengetahuan umum.

“Sekiranya menteri-menteri kabinet benar-benar bersih dari sebarang penyelewengan, tidak ada apa yang perlu dilindungi dan ditakutkan,” katanya.

19/01/12

Permainan 'Aku Jimat' mirip Rosmah di pasaran

Pengguna alat elektronik Apple - iPod, iPad dan iPhone - kini boleh mempelajari beberapa petua tentang bagaimana untuk berjimat untuk masa depan berdasarkan satu permainan yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Permainan versi 1.1 Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu. Ia memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, termasuk gaya rambutnya. Permainan ini mengajak pengguna supaya ‘menyimpan wang’ untuk membolehkan mereka ‘membeli-belah’.
Pengusaha permainan Antartica Group berkata, permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.

Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).
Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$ 24 juta (RM74 juta).

Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.

Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.

Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.

Nik Aziz: Serang dasar bukan peribadi manusia

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas menyelar tindakan pihak tertentu yang masih menyerang keperibadian Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau berpendapat apa diperkatakan Anwar ketika ditemubual stesen televisyen antarabangsa berlainan laporan akhbar tempatan.

"Anwar sebut benda lain, tetapi akhbar kita tidak serik-serik tuduh benda lain. Sudahkan kes liwat bertahun-tahun musnah dalam sekelip mata.

"Jika hendak berpolitik mesti serang dasar bukan peribadi manusia, serang manusia itu mengumpat," katanya selepas menerima rombongan delegasi China di pejabatnya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan temu bual wartawan BBC, baru-baru ini bersama Anwar yang mempertikaikan undang-undang bersifat diskriminasi terhadap golongan homoseksual di negara ini.

Sambil menyifatkan undang-undang berkenaan sebagai lapuk, Penasihat PKR itu dilaporkan berkata, ia tidak boleh diterima sebagai relevan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan BBC mengenai sokongan diterima beliau daripada gay seluruh dunia berikutan pembebasannya daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 9 Januari lalu.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, terpulang kepada bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali mengenai rancangannya untuk mengadakan ceramah seluruh negara.

"Beliau sudah dipecat dari Pas. Ikut dialah. Kes sudah tamat. Pedulikanlah beliau hendak buat apa pun," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu turut mengucapkan tahniah kepada Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Mayat hampir reput ditemui

Wartawan Sinar Harian January 19, 2012
KULIM - Bau busuk yang mengganggu penduduk sebuah rumah pangsa di Taman Jati Blok C, di sini terjawab apabila pihak polis menemui mayat seorang lelaki hampir reput, di tingkat tiga kediaman berkenaan.

Anggota Unit MPV Balai Polis Kulim yang menerima panggilan daripada penduduk bagaimanapun terpaksa memecah pintu sebelum memasuki rumah berkenaan.

Dari siasatan yang dijalankan, mayat lelaki yang ditemui dalam keadaan terduduk di atas kerusi ruang tamu dikenali sebagai Manivannam Ganiasamy, 33.

Mangsa sudah berumah tangga dan mempunyai empat anak. Dia tinggal bersendirian kerana isterinya T Murugammah, 29, mengambil keputusan untuk tinggal bersama ibunya di Block F di kawasan sama.

Ketua Balai Polis Kulim, Cif Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, isteri mangsa kecewa dengan sikap mangsa yang sering mabuk dan tidak mahu bekerja.

Menurutnya, rumah yang didiami mangsa sekarang ini milik isterinya tetapi dilelong bank kerana kegagalan mangsa membayar wang ansuran bulanan.

“Kali terakhir isteri mangsa menghantar makanan kepada mangsa pada empat hari lalu. Namun berlaku perselisihan faham.

“Bagaimanapun isteri mangsa hanya mengetahui mengenai kejadian menimpa suaminya setelah dimaklumkan oleh jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah mangsa, “ katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim bedah siasat semalam dan punca kematian masih dalam siasatan.

Perisytiharaan harta menteri 'bahaya' kata Nazri

Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.

Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Minggu lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka manakala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria juga membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian.

18/01/12

HOT!!! Pihak Tuduh ULAMA PAS Kafir Kerana Kerjasama Dengan DAP - Ustaz Azhar Idrus

(HOT!!!) Pihak Tuduh ULAMA PAS Kafir Kerana Kerjasama Dengan DAP - Ustaz Azhar Idrus

KETUA BLOGGER UMNO FITNAH UST. AZHAR IDRUS!!!

KETUA BLOGGER UMNO FITNAH UST. AZHAR IDRUS!!! Baca jawapan Ust. Azhar Idrus terhadap fitnah Tun Faisal Jika sebelum ini Blogger UMNO AzmyKelana menuduh Ustaz Azhar Idrus membawa ajaran sesat di malam tahun baru Rupanya, keberanian Blogger UMNO memfitnah Ulama telah dilakukan oleh Pengerusi Blogger UMNO Tun Faisal.

Tanpa mereka takut akan dosa fitnah terhadap ulama. Dibawah ini dipaparkan fitnah dan penghinaan Ketua Blogger UMNO Malaysia Tun Faisal terhadap Ustaz Azhar Idrus.

Baca di bawah...Admin Gaya ustaz pemaki hamun dengan motor besar #DapGantiPas Gaya hidup pemimpin Pas hari ini. Hebat! Tidak termasuk Mercedez Benz dan pelbagai kereta mewah lagi. Bezanya mereka bijak berpura-pura di depan pengikut masing-masing. Yang di bawah - gambar motor-motor besar yang dirakam semasa Pilihan Raya Kecil Manek Urai.

Pengikut Pas masih ingat pemimpin mereka tidak korup, tidak main perempuan dan tidak main isteri orang. Silap-silap ada pemimpin Pas yang sebijik macam Anwar juga, depan sapu, belakang pun sapu. tun faisal dot. com
Namun, Ust. Azhar Idrus tidak seperti Blogger UMNO yang tidak ada akhlak. Baca jawapan Ust. Azhar Idrus terhadap tuduhan Tun Faisal...

Tiada ahli keluar PAS kerana kecewa Hasan dipecat

Tiada ahli keluar PAS kerana kecewa Hasan dipecat

Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Salehuddin Mohd Nasir menafikan dakwaan kononnya lebih 100 ahli PAS daripada cawangan Kampung Kerdas Dua, meninggalkan parti Islam itu dan menyertai Umno.

Tindakan itu dikatakan kononnya disebabkan berlakunya pemecatan ADUN Gombak Setia, Datuk Hasan Mohamed Ali yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.

"Kita menafikan sekerasnya kemasukan mereka dalam Umno akibat kekecewaan apabila ADUN Gombak Setia Datuk Hasan Ali dipecat daripada PAS baru-baru ini," kata Salehuddin yang disiarkan di Harakahdaily.

Katanya, fakta sebenar adalah pilihan raya umum ke-12 yang lalu pada 2008, PAS Gombak telah menerima 37 borang permohonan keahlian daripada ahli Umno.

Daripada 37 orang hanya 20 orang sahaja yang menyertai Umno dalam majlis yang diadakan di Kampung Kerdas Dua baru-baru ini.

Salehuddin berkata, mereka sebenarnya ahli Umno dan penyokong Umno.

“Bukti mengatakan mereka adalah ahli Umno melalui penyemakan yang telah kita buat dalam daftar ahli PAS di DUN Kawasan Gombak,” katanya.

Portal rasmi PAS itu juga memetik Sallehuddin berkata penyingkiran Hasan Ali dalam parti tidak akan merencatkan PAS Gombak untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Kita sentiasa melatih ahli agar sentiasa ikhlas berjuang kerana Allah SWT, bukan kerana orang, dan bukan untuk kepentingan yang lain terutamanya dalam bentuk material dan kebendaan,” katanya lagi.

PANASS !!! Ust. Azhar Idrus belasah Ustaz parti lambang kerekok-kerekok macam anak katak (Video sekali)

Mari baca , petikan jawapan Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah (Video di atas)

Saya datang ni dah berdebar ,dah takut orang letak gitar depan tu. Aaa.. kata sudah la kali ni. Jadi saya pegang kata haram pulak. Kita ada maksud yang tersirat, jangan tengok yang tersurat.
Lepas dari majlis malam tu dua orang musician yang terkenal. Dia dapat mana tak tau no saya. Hantar mesej kat saya nak jumpa. Sebab dia kata kita dah terlibat dengan music. Oo… boleh buat kira cara, dia kata masuk line dah. Ha itu tujuan. Sebab kita dapat pegang kepala-kepala industri hiburan ni. Pengikut dia , dia ada fanatic fan. Dia ada peminat dia dah. Itu tujuan kita

Balik pada program yang kita buat di Shah Alam. Ada seorang tu dia kata benda ni bahaya, boleh menyesatkan orang ramai, sebab program tu ada orang nyanyi, ada Sham Kamikaze main gitar. Jadi kita orang Islam tak patut buat benda macam ni. Bahaya…

Ustaz ni saya lupa nama, baru sekali dua dengar nama dia. Jadi bila kita check, check dia tu. Kita scan, kita trace dia. Dulu dia tak bersuara, sekarang dia bersuara. Dia nak menunjukkan bahawa 80 – 100 ribu malam tu duduk dalam kesesatan. Pasal apa? Pasal Ustaz Aqil Hayy ada nyanyi dan sebagainya.

Bila kita trace, trace rupanya nampak jumpa satu logo satu lambang yang menunjukkan dia cenderung kepada parti tersebut. Lambang tu kerekok, kerekok macam anak katak gitu, warna merah.

Rupanya bila kita duduk pada suatu tempat yang tidak baik, maka datang benda yang tidak baik walaupun kita ustaz. Maknanya kita bersama dengan golongan yang tidak atas kebenaran dah. Kenal tak lagi parti mana?

Dia bersama dengan golongan itu, dia ustaz. Kita tengok kelulusan dia Syria, lepas tu buat master di India. Tapi bila bercakap jadi ‘bodo’.Sebab dia nak mengulas sebuah pihak, dia duk cari salah. Sedangkan kita tak ada orang perempuan joget.

Tapi yang sebelah satu lagi tu , siap dengan orang perempuan membuka aurat, separuh telanjang, joget. Tapi oleh kerana Timbalan Perdana Menteri ada, ustaz ini tak bawa keluar kitab, tak cakap sikit pun.

Ini nak bagi tahu, tak payah kita bagi tahu orang kampung ‘bodo’ tak tau benda ni. Seorang yang master dalam agama sanggup jual agama untuk mendapatkan sedikit habuan daripada pemerintah.

Inilah yang disebut dalam hadis, maksud hadis , bila kau tengok seorang ulama, seorang ustaz, seorang yang alim. Dia pergi kepada pemerintah, dia bergaul palut molek dalam tu.Kuat sangat dia duduk bersama. Maka hendaklah kamu ketahui, itulah pencuri, itulah bapa perompak.

Rupa comel siap ada janggut, apabila bercakap insyaallah, insyaallah, Alhamdulillah . Tapi bila kita buat program, kita buat untuk anak-anak muda ada pilihan supaya tidak hanyut. Dia kata program ini menyesatkan.

Tapi bila program yang sebelah tu, tapi kerana dia cenderung kepada parti tu, maka dia senyap. Inilah dikatakan syaitan-syaitan bisu yang berkeliaran di bumi Malaysia. Berupa atas rupa ustaz, atas rupa ulama.

Ada janggut , pakai jubah cakap masalah sunnah, cakap sandaran perkataan ulama. Tapi kerana duduk atas platform yang rosak dah maka ustaz pun sesat. Dalam keadaan, dalam bandar orang panggil sesat dalam terang bukan sesat dalam hutan. Kalau sesat dalam gelap kita nampak, tapi sesat dalam cerah. Dia ni orang yang sesat tapi tidak berasa sesat.

Jaga, kita patut kena jaga-jaga sekarang ini. Banyak nama-nama atas title ustaz dan sebagainya, sebenarnya hanyalah bertopengkan agama. Mereka inilah perosak-perosak agama, yang mendampingkan diri mereka dengan pemerintah yang zalim untuk menipu rakyat. Yang ini kita kena jaga sungguh-sungguh.

Sebab itu kita tengok dia orang buat dalam facebook , dalam youtube dan sebagainya. Kita jangan persoal, kita trace dulu dia siapa? ni kita pi layan juga.

16/01/12

Nik Aziz: Berhentilah malukan Anwar

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa pemimpin politik dan media berhenti memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu melibatkan dakwaan salah laku seks kerana mahkamah sudah memutuskan ketua pembangkang tidak bersalah.

Ini kerana, menurut mursyidul am PAS, Anwar juga manusia biasa yang mempunyai perasaan malu setelah bertahun-tahun diasak dengan isu tersebut.

"Anwar ini manusia, bukan batang kayu. Dia reti malu. Bertahun-tahun surat khabar malukan dia. Orang (yang malukan) ini berdosa, kerana mencabul maruah tadilah... Dia berdosa.

"Tahu-tahu (keputusannya) terbalik sekelip mata... Orang yang memalukan itu dia pula dimalukan sekarang," kata Nik Aziz (atas) yang juga menteri besar Kelantan.

Anwar pada 9 Januari lalu dibebaskan dari tuduhan meliwat bekas pembantunya pada 2008 kerana hakim Mahkamah Tinggi mendapati tiada bukti kukuh yang menyokong keterangan pengadu.

Bermula kelmarin, beliau diasak dengan isu baru apabila dilaporkan memberikan jawapan kontroversi terhadap soalan sama ada beliau bersedia menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay".

Dalam wawancara dengan BBC pada Khamis, yang dipetik semula beberapa media tempatan, Anwar dilapor berkata: "kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami."

Ketika diwawancara Malaysiakini di kediaman rasminya di Kota Baharu pada Khamis, Nik Aziz menggesa pihak terlibat bermuhasabah kerana tindakan memalukan orang bukan sikap seorang pejuang Islam.

"Saya kata, biarlah orang ini bermuhasabah. Kita nak menentang lagi kesian pada dia... Orang rebah. Diam sekejap, bermuhasabah. Buat dosa tak pasal-pasal di akhirat Anwar Ibrahim pula jadi jutawan kerana pahala orang itu diberi kepada dia.

"Dosa Anwar pula naik kepada dia. Jadi sekarang ini saya minta orang-orang yang memalukan Anwar Ibrahim, berhenti. Perjuangan Islam tak payah memalukan orang," katanya.

Nik Aziz juga menegaskan bahawa dalam Islam, maruah antara lima perkara yang wajib dipertahankan dalam Islam selain agama, nyawa, akal dan harta benda.
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat