Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

26/07/12

Nik Aziz tetap pertahan laksana hudud

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun ada tentangan daripada pihak lain termasuk anggota Pakatan Rakyat iaitu DAP.

Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan berkata semua pihak telah mengetahui hasrat PAS berhubung pelaksanaan hukum hudud terutama di negeri ini.

Beliau berkata tiada sebab PAS tidak melakukan sesuatu yang dianggap untuk kepentingan agama walaupun ada pihak yang tidak bersetuju.

"Rasanya saya tak perlu sebut kali kedua, kerana ia (cadangan itu) sudah lama dah, semua orang tahu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Beliau ditanya mengenai kedudukan PAS dan DAP yang nampak tidak sehaluan dan berbeza pendapat mengenai dasar negara Islam dan hukum hudud.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.

Nik Aziz berkata jika hukum gantung boleh diterima semua pihak, maka tidak ada sebab hukum hudud tidak boleh diterima.

"Pelik apa kalau ambil hudud, bukankah di Malaysia ini ramai orang kena hukum gantung. Hukum gantung menyebabkan isteri dia (pesalah) jadi bujang (janda), anak jadi anak yatim, keluarga kehilangan tempat bergantung.

"Tapi hudud tak matikan orang, nak kerat (potong) tangan pun letak bermacam-macam syarat," katanya.

- Bernama

6 ulasan:

  1. Sebelum laksanakan Hudud kenapa tidak ditutup rumah-rumah seks , arak atau perjudian di Kelantan, Kedah, Selangor atau PPinang. Buktikan `PAS BOLEH' dan jadikan ianya contoh terbaik untuk UMNO yang jahil....janganlah beri alasan untuk tidak melaksanakannya...tepatilah janji seperti yang diharapkan oleh penyokong/pengundi PAS juga seluruh warga Islam di Malaysia. Buktikan PAS boleh meninggikan syiar Islam bukannya sekadar memasang tinggi-tinggi bendera PAS!
    Sekarang ini pun kelihatan amat jelas DAP ganti PAS dalam halatuju perjuangan PR....!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua-dua usaha kena berjalan serentak amar ma'ruf nahi mungkar. Hudud laksanakan disamping ruang-ruang maksiat ditutup. Rasulullah tak pernah tunggu maksiat selesai dulu baru laksana hukum Islam.

      Padam
    2. Dah laksana hudud.. for sure seks, arak,judi akan berkurangan sari demi sari.. ni tidak.. bunyi je hudud.. pedih telinga tanak dengar apatah lagi nak laksanakan.. hudud bukan hak PAS atau UMNO dan bukan rekaan.. ia Hak Allah yang wajib dilaksanakan sekiranya negara itu adalah negara ISLAM yang pemerintahnya adalah orang ISLAM..

      Padam
    3. cuba bayangkan Hudud bagi orang yang mencuri dipotong tangannya. sekiranya undang-undang membenarkan begitu.. ada ke yang mahu tangannya putus?hah! mencuri laa lagi..

      Padam
  2. PAS main wayang lagi.

    BalasPadam
  3. PAS consistent.

    mana ada rumah arak, pelacur, judi semua2 tu kat Kelantan sekarang ni. kalau ada pon 'underground' la. MCA try nak halalkan bende tu kat Kelantan, tapi sori beb, lu sapa?

    cakap jgn ikut kepala lutut.

    BalasPadam

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat