Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

24/06/12

Wanita Malaysia hamil 12 minggu telan 34 pelet heroin

MELBOURNE – Seorang wanita warga Malaysia, yang sedang hamil dan dijadikan keldai dadah, menelan 34 pelet heroin di Kuala Lumpur sebelum ditahan di lapangan terbang Melbourne, memberitahu hakim mahkamah di sini pada Jumaat bahawa dia bertindak demikian untuk “memberi makan anak saya”.

Mahkamah di sini mendengar bahawa Norazlinda Ramli, 35, dari Puchong, “teramat bimbangkan kesihatan bayinya” namun pada masa sama “terdesak” untuk mendapatkan wang yang ditawarkan untuk membawa masuk dadah itu, menurut laporan akhbar The Age.

Hakim Gabriele Cannon menyuarakan kebimbangan terhadap bayi dalam kandungan Norazlinda, yang kehamilannya disahkan selepas satu pemeriksaan di hospital susulan penahanannya pada 10 Februari lepas.

Pelet yang mengandungi sejumlah 83.1 gram heroin tulen dengan anggaran nilai pasaran A$92,200, berjaya dikeluarkan dari tubuh Norazlinda, yang ketika itu hamil 12 minggu.

Mahkamah turut diberitahu bahawa wanita terbabit sebelum itu melakukan ‘latihan’ ke Melbourne dari Kuala Lumpur sebelum dia bersetuju membawa masuk apa yang didakwanya sebagai bahan larangan yang tidak diketahui dengan mendapat bayaran kira-kira A$2,380.

Grant Schubert, yang menjalankan pendakwaan, berkata Norazlinda memberitahu polis dia hanya boleh menelan 34 daripada 80 pelet yang perlu dibawa masuk ke negara ini.

Peguam bela Moya O’Brien berkata, Norazlinda, ibu empat anak dan sedang hamil 38 minggu, “terdorong melakukan perbuatan itu semata-mata demi kebaikan anaknya.”

“Tetapi tidak bagus untuk kebaikan anak orang lain,” kata Hakim Cannon, dan menambah heroin adalah sengsara dan membawa kesengsaraan kepada masyarakat.

Hakim itu berkata “amat menyedihkan” apabila anak Norazlinda berada di Malaysia tanpa ibu mereka, namun begitu dia sanggup menelan sesuatu yang boleh membahayakan bayi yang sedang dikandungnya.

O’Brien bersetuju anak guamnya bertindak begitu kerana mahukan wang tetapi menegaskan bahawa dia terdesak untuk mendapatkan ganjaran kewangan seperti yang dijanjikan.

“Ini bukanlah untuk membiayai gaya hidup bermewah-mewah atau melunaskan hutang akibat berjudi tetapi satu pulangan sederhana ‘bagi tindakan yang berisiko seperti ini”, akhbar itu memetik peguambela sebagai berkata.

Ketika ditanya semasa memberi keterangan mengenai sebab dia melakukan kesalahan itu, Norazlinda berkata hidup adalah “perjuangan” dan dia mahu “beri makan anak saya”.

Hukuman terhadap Norazlinda, yang mengaku salah membawa masuk heroin itu, akan dijatuhi minggu depan. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat