Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

21/05/12

UMNO gila TALAK: Tiada muzakarah dengan Umno

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa parti tersebut tidak akan bermuzakarah dengan Umno kerana persoalan itu tidak timbul.

Katanya, isu tersebut timbul apabila beliau sebelum ini ditanya pemberita pada 14 Mei lalu mengenai muzakarah dengan NGO dan bukannya Umno.

Katanya, beliau bersedia untuk bermuzakarah atau berbincang dengan NGO tersebut yang mendakwa PAS menyeleweng daripada dasar Islam.

"(Jadi) tidak timbul (bermuzakarah) dengan Umno. Itu isu lama... Umno jadikan dia isu politik sebab dekat dengan pilihan raya... Ini agenda Umno," katanya.

"Tidak ada muzakarah dengan Umno. Kita nak lawan dengan Umno... Dia tak ajak sungguh (betul-betul) tu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Katanya lagi, isu melibatkan perbincangan PAS dan Umno merupakan "cerita lama" dan "PAS tidak mahu mengulang kembali" perkara itu.

Tambahnya, usaha untuk mengadakan muzakarah itu pernah dianjurkan pertubuhan Angkatan Belia Islam pada 1982, tetapi ditolak Umno.

Sementara itu dalam sidang media sama setiausaha agung parti itu Datuk Mustafa Ali berkata PAS akan mengadakan satu seminar untuk menjelaskan mengenai dan Islam dan peranannya dalam politik di negara ini.

Program tersebut terbuka semua pihak termasuk kepada yang bukan Islam bagi menjelaskan peranan Islam, katanya yang menambah, tarikh seminar tersebut akan ditentukan kemudian.

Turut hadir dalam sidang media hari ini ialah timbalan presiden Mohamad Sabu dan naib presidennya Datuk Mahfuz Omar.

3 ulasan:

  1. salam...Tambahnya, usaha untuk mengadakan muzakarah itu pernah dianjurkan pertubuhan Angkatan Belia Islam pada 1982, tetapi ditolak Umno. ...nk taye ckit...time tu sape yg memerintah??
    skang plak sape??same ke mase tu dan skang???
    so...lbh baik la bersatu demi kebaikan bersama...

    BalasPadam
    Balasan
    1. idealoginya tetap sama...

      Padam
  2. bangga dengan bangsa CINA . dalam isu DONG ZONG . Lim Kit Siang , Guan Eng , Soi Lek , dan semua top China Comunity bersatu berbincang. Sendiri pikir la orang tua 2 sekelian .ok

    BalasPadam

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat