Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

30/04/12

Pemuda PAS mahu Sinar Harian mohon maaf

Dewan Pemuda PAS menuntut akhbar Sinar Harian meminta maaf dan menarik balik laporan yang mendakwa anggota Unit Amal menyerbu ke arah pihak polis semasa perhimpunan di luar Kuala Lumpur City Centre, Sabtu lalu.

Ketua pergerakan itu Nasrudin Hassan yang menafikan perkara tersebut berkata dakwaan itu "tidak munasabah."

"Berdasarkan rekod Unit Amal, ia tidak masuk akal dan tidak munasabah untuk mempercayai bahawa mereka akan menggunakan kekerasan dan menyerbu pihak polis," katanya.

Jelasnya, pada kejadian di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee itu, beratus-ratus pegawai polis terlebih dahulu membentuk barisan pertahanan dengan 'mengunci' tangan mereka, kecuali di bahagian kanan pasukan berkenaan.

Nasrudin berkata, pihak polis juga telah membentuk barisan di persimpangan Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis yang berada di Jalan P Ramlee tidak membentuk benteng pertahanan. .

"Oleh itu, Unit Amal merasakan bahawa ini adalah ruang untuk melarikan diri dari kepungan polis dan peserta perhimpunan anti-Lynas juga dapat melepaskan diri dari kawasan tersebut tanpa bertempur dengan polis," kata Nasrudin pada sidang akhbar pagi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat