Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

26/04/12

10,000 pemuda PAS setiap negeri ke Bersih 3.0

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS di seluruh negara memberi komitmen terhadap Himpunan Bersih 3.0 yang akan berlangsung pada 28 April ini di Dataran Merdeka.

“Bagi membantu pihak penganjur himpunan rakyat Duduk dan Bantah oleh Bersih 3.0 mencapai sasaran 500,000 penyertaan Dewan Pemuda PAS Malaysia mengerahkan paling minimum 10,000 anak muda dari setiap negeri untuk menyertai himpunan tersebut,” kata Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Menurutnya, Dewan Pemuda PAS setiap negeri dan kawasan perlu bekerjasama untuk membuat kerahan melalui pelbagai saluran dan net working yang dimiliki.

Katanya, bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, penyertaan anak muda yang akan mengikuti himpunan itu adalah terbuka kepada semua anak muda yang menginginkan pilihan raya yang telus dan adil.

Beliau menambah, oleh kerana 8 tuntutan Bersih 2.0 masih tidak dihirau, maka Himpunan Duduk dan Bantah sempena Bersih 3.0 itu diadakan dengan lebih aman.

Justeru itu, ujarnya DPP setiap negeri perlu memastikan agar kontijen anak muda untuk BERSIH 3.0 ini mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

“DPPM juga mengharapkan kepada seluruh anak muda yang mempunyai kesihatan dari sudut fizikal dan mental untuk turun beramai-ramai menyertai himpunan aman ini bagi memastikan ketulusan dalam sistem pilihan raya kita,” ujarnya dalam satu kenyataan. template joomla

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat