Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

21/02/12

Guan Eng: Najib main api dengan sokong PERKASA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang bermain dengan api dengan menyokong kumpulan pelampau Melayu PERKASA, kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

lim guan eng at asli debate 200212 01Mengulas kehadiran isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada majlis makan malam PERKASA Sabtu lalu, Lim (kanan) berkata sokongan itu tidak selari dengan gesaan Najib yang kononnya memperjuangkan kesederhanaan.

"Najib bermain permainan berbahaya dengan menyokong dan menaja PERKASA, manakala pada masa yang sama, kononnya menggalakkan kesederhanaan dan perpaduan negara melalui slogan 1Malaysia yang jelas kosong.

"Akibat sokongan aktif dan juga pasif mereka terhadap PERKASA, Najib, Rosmah dan kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua perbuatan melamapau dan kenyataannya yang menghasut," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Lim, kehadiran Rosmah sebagai tetamu kehormat pada acara malam amal itu, jelas membuktikan bahawa Najib dan kerajaannya adalah terbuka terbuka penyokong “pergerakan ultra-nasionalis dan perkauman".

"(PERKASA) berselindung sebagai sebuah NGO dalam usaha menyembunyikan sokongan kerajaan terhadapnya," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Beliau juga menuduh PERKASA sebagai pertubuhan yang cuba menghasut orang ramai dan memberikan contoh perbuatan membakar gambar pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang juga dilabelkan sebagai "wanita Hindu yang berbahaya".
Pada Sabtu lalu, Ibrahim memuji Rosmah sebagai "srikandi negara" di hadapan kira-kira 700 orang penyokongnya sambil memberitahu isteri perdana menteri: "We all love you,".

Tambahnya, Rosmah juga seorang individu yang luar biasa kerana sering dilemparkan fitnah oleh pembangkang dan juga media baru "yang nakal dan tidak bertanggungjawab."

Malah, semasa menyambut ketibaan tokoh wanita itu, Ibrahim juga dilaporkan mencium tangannya.
Rosmah pada ucapannya turut bersyukur kerana presiden PERKASA turut menyokong beliau dalam beberapa isu.

PERINGATAN: 1rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat