Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

25/01/12

Dengar lain tulis lain.. Tuan Guru Nik Aziz

KOTA BHARU, 18 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim penyokong 'gay' adalah karut.Katanya, pihak media masih belum serik membuat fitnah terhadap Anwar walaupun usaha yang sama menerusi kes liwat telah tersungkur.Katanya, apa yang beliau dengar kenyataan Anwar berhubung undang-undang gay berlainan dengan apa yang tersiar dalam media.“Saya dengar Datuk Seri (Anwar) sebut benda lain tetapi surat khabar tulis benda lain.“Sudahlah tuduhan liwat baru-baru ini memakan masa berpuluh tahun berakhir dengan sekelip mata, kali ini tak serik lagi nak buat tuduhan lain pula,” ujarnya.Beliau seterusnya mengingatkan pihak lawan untuk menyerang parti yang lain perlu menyerang dasar dan bukan batang tubuh atau peribadi.“Menyerang manusia ini dipanggil mengumpat, tetapi politik ini diserang dasar oleh pihak lawan dan bukannya peribadinya.“Serang dasar parti yang dipegang oleh Datuk Seri, itu perkara lain, ini tidak serang peribadi, semuanya kerja tak cerdik,” ujarnya lagi.Sebelum itu,Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan menerima kunjungan Menteri Pembangunan Pusat Bandar Kampung Baru dan Kewangan Negara China, Zhao Guang Qing, di pejabatnya tengah hari tadi.Turut sama dalam kunjungan berkenaan, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan bekas anggota Dewan Negara, Ahmad Rusli Ibrahim.Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, BN sendiri ternyata gagal dalam menangani isu homoseksual ini.Malah beliau mempersoal, apa tindakan kerajaan terhadap aktiviti terkutuk itu yang aktif beroperasi di sekitar Chow kit dan Lorong Haji Taib."Kalau benar kerajaan BN bersungguh menentang gay, kenapa di Lorong Haji Taib ini bersepah aktiviti ini."Saya nak katakan bahawa, undang-undang yang sedia ada ini gagal menangani permasalahan ini," katanya. Back to the top


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat