Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

Degoo Cloud Free 100GB

100 GB Free Backup

29/12/12

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu Haramjadah!!!



PERTAMA KALI DALAM SEJARAH ISRAEL!!!!!....AKIBAT PUKULAN BRIGED ALQASSAM....PERDANA MENTERI ISRAEL BENJAMIN NETANYAHU, BERUCAP KEPADA RAKYATNYA DALAM CERMIN KALIS PELURU!!!!

Buat julung kali dalam sejarah Israel, pemimpinnya bertaraf Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berucap di dadapan pengikut dan penyokongnya sendiri dikelilingi cermin kalis peluru selain berpuluh pengawal peribadi.

Ini semua kerana perang 8 hari Israel dengan Briged Izzudin Al Qassam..

Mereka terasa nyawa mereka amat terancam..

23/12/12

Kenali Simbol Syaitan

Isyarat Syaitan yang bermaksud ” I Love U, Satan”
Di dalam buku CODEX MAGICA susunan Texe Marrs telah menerangkan berkaitan tiga versi isyarat “Tanduk Syaitan” seperti gambar di atas ini. Ketiga-tiga isyarat ini merupakan SIMBOL yang sering dipertonjolkan oleh kebanyakkan masyarakat dunia sebagai suatu isyarat komunikasi tanpa lisan. Merujuk kepada pencipta bahasa-bahasa isyarat untuk orang bisu dan pekak iaitu Helen Keller, simbol ini dicipta untuk membawa maksud “I love U”.

Sehingga sekarang, isyarat tangan seperti ini telah diterima pakai sebagai isyarat yang UNIVERSAL untuk semua bangsa bagi menggambarkan perasaan “AKU CINTA KAMU”. Namun begitu, hasil analisaTexe Marrs di dalam buku Codex Magica yang dikarang olehnya telah mendedahkan suatu tanda yang jelas bahawa simbol ini sebenarnya digunakan oleh golongan-golongan tertentu sebagai menunjukkan sifat “PENYEMBAHAN” dan rasa kecintaan kepada unsur-unsur KESYAITANAN. Beliau menyimpulkan bahawa simbol ini sebagai membawa maksud “I LOVE U, SATAN”.

Walaupun Hellen Keller dikenali sebagai penyumbang besar kepada terciptanya bahasa isyarat tangan bagi orang bisu dan pekak tetapi latar belakangnya banyak menimbulkan pelbagai persoalan dan kecurigaan tentang tujuannya. Para penyelidik konspirasi cuba menyimpulkan bahawa isyarat “I love U” yang dicipta oleh Hellen sebenarnya adalah adaptasi dari isyarat yang berunsurkan kesyaitanan. Kesimpulan ini dibuat adalah berdasarkan kepada satu kenyataan beliau di dalam bukunya yang bertajuk ‘Light in My Darkness’ yang diterbitkan pada 1927.

Dalam buku tersebut beliau amat mengkagumi pandangan-pandangan “Emanuel Swedenborg” di mana falsafah Swedenborg telah dijadikan pegangan untuk mencapai visi hidupnya. Beliau merupakan seorang ahli akademik dari Sweden yang amat meminati amalan-amalan mistik dan kerohanian yang bercorak kefalsafahan agama. Di kalangan ahli-ahli sejarah, Emanuel diakui seorang yang amat fanatik dengan unsur-unsur tahyul, mistik dan kesyaitanan.

Isyarat Syaitan yang bermaksud ” I Love U, Satan”

31/10/12

Mahfuz: Jangan bayar saman AES

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini menyeru orang ramai tidak membayar saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), sebaliknya hadir mempertahankan diri di mahkamah.

Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE) itu berkata, pihaknya sudah menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu orang ramai yang menjadi mangsa sistem pemantauan trafik itu, lapor Harakahdaily.

"Kerajaan perlu tarik balik saman yang telah dikeluarkan sejak 13 Oktober 2012.

"Jika kerajaan enggan berbuat demikian saya seru mereka yang sudah menerima saman AES untuk tidak membuat bayaran kompaun sebanyak RM300 itu, ikut arahan yang tertera di kertas saman untuk pergi ke mahkamah dan KASE sedia beberapa orang peguam untuk bantu dalam kes ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli parlimen Pokok Sena itu turut berkata, saman yang dikeluarkan mengelirukan apabila terdapat saman yang diterima menggunakan seksyen79(2) tetapi kesalahan dinyatakan sebagai melebihi had laju.

"Seksyen ini bukan berkaitan had laju tetapi pelanggaran arahan dan isyarat lalu lintas. Di kertas saman itu juga tertera kompaun minima adalah RM300, tetapi sebenarnya adalah tidak melebihi RM500.

"Mengikut seksyen ini juga pengguna jalan raya boleh menggunakan budi bicara mahkamah yang mana kemungkinan kompaun itu boleh dikurangkan menjadi RM50 atau boleh dibebaskan dengan amaran. Saman ini celaru dan keliru, oleh itu jangan bayar kita sedia peguam," beliau dipetik sebagai berkata.

6/09/12

Pemimpin DAP saman Mediaperak RM1 juta.

Oleh: MSK

Belum sempat menjawab surat SKMM, semalam ini kami menerima satu lagi surat saman. Dan surat saman ini bukan macam surat saman polis trafik atau JPJ tapi dari sepasang suami isteri yang merupakan pemimpin DAP di Ipoh.
Dari kiri: Lee Chee Seng, ADUN Canning Wong Kar Woh dan Irene Yow.

Lee Chee Seng dan isterinya Yow Chay Yoon (lebih dikenali dengan nama Irene Yow) telah menghantar sepucuk surat menuntut gantirugi sebanyak RM1 juta dari blogger Jasmine C yang mengendalikan kolum bahasa Inggeris.
Saman tersebut adalah berkaitan dengan tiga artikel yang ditulis oleh Jasmine dalam Mediaperak yang boleh dilihat disini.

1. http://mediaperak.com/2012/07/11/media-attacked-by-former-dap-wanita-secretary-ipoh-barat-and-branch-chairman/

2. http://mediaperak.com/2012/07/13/reform-you-leaders-practice-that-first/

3. http://mediaperak.com/2012/07/17/leaders-take-your-stand-for-what-is-right/

Beberapa ayat didalam artikel tersebut dengan secara jelas telah menyebut nama kedua-dua suami isteri ini. Dalam artikel tersebut, Jasmine telah menulis tentang sikap kedua-dua suami isteri ini yang dikatakan telah bersikap ala samseng dengan melakukan beberapa tindakan yang memalukan dan rasis.

Lee Chee Seng dan isterinya telah meminta Jasmine memohon maaf dan menarik balik artikel tersebut. Bukan itu saja, malah mereka telah menuntut gantirugi sebanyak RM1 juta ringgit tidak termasuk kos perundangan.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Semuanya berlaku apabila Team Mediaperak membuat tinjauan ke Taman Kaya, Ipoh pada 26 Jun 2012. Kejadian tersebut telah mendapat liputan luas dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina dan The Star.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini dengan melibatkan kepimpinan tertinggi DAP Perak dan kami menyangka bahawa isu ini sudah selesai apabila tidak ada berita setelah hampir dua bulan setengah. Dan kehadiran surat saman tersebut akan menghangatkan kembali Mediaperak.

Kami bukan saja tidak akan meminta maaf, malah bersedia untuk diheret kemahkamah. Selain daripada itu, kami juga akan menyiarkan siri tentang apa yang berlaku pada hari tersebut, mengapa ianya berlaku dan siapakah yang terlibat dalam beberapa siri yang akan diselitkan dengan bukti-bukti video.

Isu ini bukan saja berlegar diantara Lee Chee Seng, isterinya dan Jasmine.C, malah ia akan mengheret kepimpinan DAP Perak.

Disebabkan oleh kesuntukan masa kerana terdapat beberapa isu panas yang sedang berlaku di Perak, maka kami memerlukan beberapa hari untuk menghasilkan video yang dikatakan.

Nantikan siri “Samseng DAP Taman Kaya” mulai Isnin ini.

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/06/pemimpin-dap-saman-mediaperak-rm1-juta/

26/08/12

PAS tetap laksana hudud 'ikut demokrasi', kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu akan meneruskan niat mereka melaksanakan hukum hudud namun menjelaskan bahawa tindakan itu akan dilakukan mengikut "proses demokrasi".

Tambahnya, DAP juga berhak untuk tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, namun hasrat tersebut akan tetap diteruskan PAS.

"Isu hudud isu semua tak kira Umno atau PAS. PAS akan tetap meneruskan niat untuk melaksanakan hudud melalui proses demokrasi.

"Kalau DAP tak mahu terima (hudud), tak apa. Sebab itu Allah menurunkan surah Al-Maidah yang mana pada ketika itu, orang Yahudi dan kafir tidak menyokong Islam dan Allah turunkan ayat itu.

"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tak setuju dia ada hak. Dan itulah demokrasi. Kita sokong demokrasi. Tetapi PAS tidak akan berhenti. Hudud merupakan kewajipan orang Islam," katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat biro politik parti itu di ibu pejabat parti PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyifatkan isu hudud yang timbul kali ini sebagai satu kaedah untuk mengalihkan perhatian rakyat dalam isu yang membelenggu negara.

Isu hudud dan negara Islam yang terus ditimbulkan dalam media dikawal Umno itu itu merupakan langkah "menyemai kebencian kaum dan agama", katanya lagi dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Pakatan Rakyat mengamalkan "politik konsensus" dan menghormati perbezaan pandangan dan pendirian parti gabungannya.

“Ini dicerminkan melalui politik konsensus. Sebagai orang Islam, saya berpegang kepada kepercayaan saya dengan al-Quran dan sunnah," katanya yang menambah kedua-duanya menerbitkan prinsip syariah.

“Saya percaya bahawa maqasid al shariah (objektif lebih besar dari syariah) adalah lebih penting daripada prinsip pentadbiran," katanya lagi yang menjelaskan bahawa ia tidak bercanggah dengan hukum demokrasi.

25/08/12

Nik Aziz: Tangguh hudud kerana amaran persekutuan

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menjelaskan bahawa hukum hudud di Kelantan terpaksa ditangguhkan atas amaran yang dikeluarkan kerajaan persekutuan dan bukan disebabkan suasana yang masih belum kondusif di Malaysia.

"Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif.

"Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk amaran menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik," katanya dalam tulisan di laman blogtokguru.com hari ini.

Katanya, pelaksanaannya masih tertangguh walau Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 itu diluluskan "secara masak" sejak November pada tahun tersebut.

Nik Aziz juga menjelaskan bahawa kerajaan Kelantan proses penggubalan meluluskan hukum hudud turut melibatkan pengenalan dan perbincangan rang undang-undang tersebut bersama cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Datuk Daud Muhammad.

Presiden parti serpihan Umno, Semangat 46 pada waktu itu, Tengku Razaleigh Hamzah turut mengadakan perbincangan sebagai sokongan kepada usaha itu, kata Nik Aziz.

"Justeru pada persidangan dewan negeri, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong. Namun selepas itu, permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh kerajaan pusat," kata Nik Aziz lagi.

Beliau mengulas pandangan yang dikemukakan MP PAS Dr Dzukefly Ahmad dan bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung pelaksanaan hukum hudud dalam suasana politik yang berlaku pada masa ini.

Akhbar Sinar Harian semalam melaporkan kenyataan Dr Mohd Asri bahawa PAS "memberi gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam."

Dr Mohd Asri membangkitkan peruntukan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang didakwa "tidak jelas" dan "menimbulkan salah faham hingga kini".

Dr Dzulkefly, seperti dilaporkan Sinar Harian pada hari Khamis lalu pula menyatakan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami undang-undang Islam itu secara menyeluruh.

Dzulkefly dalam laporan itu juga berkata, hudud tidak boleh dilaksana "dalam keadaan terburu-buru kerana ia memerlukan penerangan, didikan dan penjelasan yang secukupnya."

Mengulas pandangan itu, Nik Aziz dengan bermadah mengumpamakan tentangan yang dihadapi PAS dalam melaksanakan hudud itu dengan keadaan gelora di laut.

"Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan," katanya.

"Justeru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam?

"Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan?

"Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah ini?," katanya. Tambahnya lagi, soal untuk menolak atau menerima hukum hudud bukan satu pilihan kerana hukum Islam itu merupakan kewajipan ke atas orang Islam.

"Secara faktanya, persoalan sesuatu hukum boleh dilaksana setelah ada kefahaman dan persetujuan semua pihak, ia sesuatu yang tidak tepat dalam kaedah perundangan yang ingin mengawal dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan.

"Tambahan lagi, soal hukum Islam (hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima. Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab.

"Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah," katanya lagi dalam tulisan tersebut.

26/07/12

Nik Aziz tetap pertahan laksana hudud

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun ada tentangan daripada pihak lain termasuk anggota Pakatan Rakyat iaitu DAP.

Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan berkata semua pihak telah mengetahui hasrat PAS berhubung pelaksanaan hukum hudud terutama di negeri ini.

Beliau berkata tiada sebab PAS tidak melakukan sesuatu yang dianggap untuk kepentingan agama walaupun ada pihak yang tidak bersetuju.

"Rasanya saya tak perlu sebut kali kedua, kerana ia (cadangan itu) sudah lama dah, semua orang tahu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Beliau ditanya mengenai kedudukan PAS dan DAP yang nampak tidak sehaluan dan berbeza pendapat mengenai dasar negara Islam dan hukum hudud.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.

Nik Aziz berkata jika hukum gantung boleh diterima semua pihak, maka tidak ada sebab hukum hudud tidak boleh diterima.

"Pelik apa kalau ambil hudud, bukankah di Malaysia ini ramai orang kena hukum gantung. Hukum gantung menyebabkan isteri dia (pesalah) jadi bujang (janda), anak jadi anak yatim, keluarga kehilangan tempat bergantung.

"Tapi hudud tak matikan orang, nak kerat (potong) tangan pun letak bermacam-macam syarat," katanya.

- Bernama

25/07/12

Munajat perdana bantah kekejaman atas umat Islam Rohingya

Sempena bulan Ramadan, Dewan Pemuda PAS dengan kerjasama NGO Islam, akan mengadakan munajat perdana dan bantahan kekejaman ke atas umat Islam Rohinya, selepas solat Jumaat depan di masjid-masjid negeri.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan seluruh umat Islam bangkit berdoa dan bermunajat kepada Allah Azza wa Jalla agar menyelamatkan umat Islam Rohingya," kata ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga turut menggesa agar kerajaan Malaysia supaya mengambil satu langkah berkesan untuk memastikan ummat Islam Rohingya tidak lagi disembelih dan dibantai sedemikian kejam.

"Melalui Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia, memorundum rasmi akan dihantar ke Wisma Persekutuan dan juga kepada pihak bertanggungjawab antarabangsa seperti OIC, NAM dan lainnya untuk segera mengambil tindakan menghentikan kekejaman tersebut," katanya.

23/07/12

265 JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM DIBUKA UNTUK PERMOHONAN ( 5 OGOS 2012 )

[265 JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM DIBUKA UNTUK PERMOHONAN ( 5 OGOS 2012 )]

265 Jawatan Dalam Perkhidmatan Dibuka Untuk Permohonan

Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 (60 kekosongan)

Pegawai Kebudayaan Gred 41 (6 kekosongan)

Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S27 (34 kekosongan)

Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 (133 kekosongan)

Ahli Muzik Pelbagai Gred (32 kekosongan)

Tarikh Tutup : 5 Ogos 2012

KLIK SINI UNTUK ISI ONLINE SPA 8

[265 JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM DIBUKA UNTUK PERMOHONAN ( 5 OGOS 2012 )]

Ostad Kazim Perli Abby Abadi ? Bagus sangat ker Ostad Kazim..

Anda kena tonton video ini dulu, kemudian baru baca ayat aku ini lepas itu baru lah korang faham.

Mukadimah video ini Ostad Kazim seperti mengutuk seseorang tetapi dari segi lenggok bahasanya seperti perli Abby kerana muktahir ini yang aku tengok hanya Abby yang lantang bercakap pasal islam selepas dia berhijrah dari dunia artis kepentas ceramah.

Pelik aku dengan Ostad kazim..aku respek ilmu kau wahai Ostad Kazim, tapi........ ,Kut ia pun...memangla Abby bukan layak digelar Ustzah lagi, Abby sekadar berceramah atas pentas Pas sahaja tak lebih dari itu..Salahkah Si Abby bercakap mengenai agama ?

Ceramah Ostad Kazim (video) aku lihat melalut-lalut tuduh orang LBT, Pluralime ,syiah tolak bantuan sekolah agama rakyat dan sebagaimya he he..jauh benor hanyut Ostad ini dari jalan yang dia ikut masa mula mula aku kenalinya. Hanyut jauh beb.

Saya sokong hudud kata Ostad Kazim dalam video itu, tapi aku pelik dalam masa yang sama dia bersengkongkol dengan kerajaan yang berdolak dalih pasal hudud ..adehh tak faham aku...

Ada sesiapa yang ALIM agama boleh tolong bagi pencerahan pasal hadis dibawah...

Hadis

28- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ. (البخاري والترمذي) 28 - Dari Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yang sampai kepada kamu) darihal Bani Israel dan (dalam pada itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan (ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka.

(Bukhari dan Tirmizi)

Kalau bergitu adakah salah si Abby becakap pasal agama sekadar apa yang dia tahu..?

wallahualam aku insan yang lemah...he he

SUMBER:http://batuvskayu.blogspot.com/2012/07/ostad-kazim-perli-abby-abady.html

20/07/12

Kait pembangkang dengan pengganas, JI diselar

DAP menyelar kerajaan BN yang didakwa tiada idea dengan mendakwa Pakatan Rakyat diresapi bekas komunis dan pengganas, kata pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

Lim sehubungan itu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan kewajaran mereka membenarkan polis Cawangan Khas mengumumkan perkara itu kepada orang ramai.

"Najib dan Hishammuddin patut menjelaskan kenapa mereka memberikan lampu hijau kepada Cawangan Khas mengumumkan cerita yang sukar dipercayai ini," katanya.

Lim berkata, laporan itu hanya menjadi bahan ketawa dan lawak politik paling buruk sepanjang tahun ini dan cuba menentukan penggubalan dasar tertinggi kerajaan dan tahap keselamatan dalam negara.

Bernama malam tadi melaporkan risikan Cawangan Khas polis mendedahkan, terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dilaporkan berkata Cawangan Khas mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

Malah, katanya, beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand, dipercayai mengadakan pertemuan sulit dengan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM).

Bila blogger pengundisetiasungairapat.blogspot.com jadi HaramJadah!!!!

Sebuah blog yang pro UMNO pengundisetiasungairapat.blogspot.com memutar belitkan fakta dan banyak mengelirukan rakyat amnya rakyat negeri perak dengan kenyataan yang tidak mengikut fakta sebenar..

Blog ini yang menjadi pencacai kepada UMNO bertujuan untuk kepentingan peribadi sahaja dan menaikan nama orang tertentu untuk mendapat habuan. Memang patut pun dilabelkan blog pengundisetiasungairapat sebagai HARAMJADAH.. Blogger ini bekerja mendapat upah dari UMNO untuk memburukkan pakatan rakyat.

cerita langjut boleh layari: http://mediaperak.com/2012/07/20/sungairapatonline-produk-utusan/

18/07/12

ARTIS BUKAN ASKAR UPAHAN

ARTIS BUKAN ASKAR UPAHAN

1. Maka satu demi satu, artis atau seniman menyertai PAS atau setidak-tidaknya berdiri atas pentas parti pembangkang ini.

2. Lalu, tawaran lakonan dan konsert sudah bertukar kepada jemputan menjadi penceramah politik. Ada yang sambil-sambilan dan ada yang sepenuh masa.

3. Tambahan pula, memang PAS yang menganjurkan program akan menyediakan 'sampul' kepada mereka sejurus seusai program berkenaan.

4. Ada yang buat list harga perkhidmatan perjuangan mereka. Memang ada di kalangan mereka yang tak faham bahawa ahli PAS tegar yang tidak pernah ponteng untuk duduk depan pentas ceramah adalah para marahen yang sangat pemurah. Mereka sanggup kosongkan kocek mereka demi tabung jihad parti.

5. Askar upahan seperti juga para demonstran di kota Jakarta. Protes mereka dibayar. Lagak ngeri mereka juga dibayar mengikut pakej yang ditawarkan. Artis bukan askar upahan yang membunuh berdasarkan bayaran yang diberikan.

5. Ada yang tidak mengira soal samada 'sampul' itu tebal atau nipis. Bagi mereka usaha yang mereka lakukan adalah untuk membantu perjuangan. Inilah yang dinamakan askar sebenar.

6. Tapi aneh, mengapa harus mereka menjadi pemidato politik atau ahli panel berbanding kehebatan mereka sebagai artis!

7. PAS telah mengubah artis menjadi makhluk lain atau artis itu yang sudah berubah menjadi ahli politik jadi-jadian?

SUMBER : https://www.facebook.com/muhaiminsulam/posts/10151044859954168

17/07/12

Video remaja di belasah di balai polis tersebar

First mesti kita fikir siapa yang rakam ? Then kita mesti fikir kenapa dia rakam ? Then kita pasti akan fikir apa tujuan dia sebarkan hal tersebut? Betul tak? Itu juga perkara yang aku terlintas di pemikiran aku. Mula2 korang tengok dulu video tersebut kat bawah neh ataupun direct pergi sini.

Soklan pertama, siapa yang rakam? Aku tatau. Tapi yang aku tahu mereka rakam guna handphone. Sebab itulah satu2nya alat yang boleh merakam yang boleh dibawa masuk ke sana sini tanpa sekatan..



Kedua, kenapa dia rakam? Lagi aku tak faham satu haramjadah.

Ketiga, apa tujuan dia sebarkan di facebook? Sorry, aku taktau nak jawab macam mana.

Apa yang aku boleh simpulkan disini ialah kita tak boleh nak buat apa2 kesimpulan pun berdasarkan kepada satu video. Cukup susah nak cakap apa2 sebab taktau punca kepada perlakuan tersebut. Namun, bagi aku sekira nya dia terbukti seorang penjenayah, jalankan je hukuman yang telah ditetapkan. Tetapi, jika sekira nya dia masih lagi seorang suspect, itu bukan tindakan yang wajar..

Apa2 pun, seorang pelaku kes jenayah berat andai dilayan kejam sememangnya patut kerana mereka terlebih dahulu kejam kepada masyarakat. Inilah pendapat aku. Bai

SUMBER:http://sozcyili.blogspot.com/2012/07/video-polis-belasah-remaja-tersebar.html

16/07/12

Skuad Sepak Takraw Wanita Pulau Pinang Sukma 2012 Kalah tersurat, Menang tersirat

Jika dahulu kita telah menyaksikan pada sukan asia bahawa pemenang pingat emas adalah seorang pelari pecut yang menutup aurat tetapi apa yang membuatkan gua tersenyum sorang-sorang adalah apa bila menyaksikan nor hidayah che meh, siti nabila jamin dan siti aisyah jaafar pula.

Ketiga-tiga mereka ini merupakan tiga regu sepak takraw wanita wakil dari negeri pulau pinang ketika temasya sukma 2012 pahang. Meskipun gagal meraih pingat emas dan memiliki pingat perak setelah ditewaskan perak pada perlawanan akhir namun mereka tetap menjadi sejarah dalam dunia sukan malaysia khususnya dan dunia islam amnya.

Mereka bertiga telah membuktikan bersukan tidak perlulah nak dedah sana dan sini meskipun darurat lah sangat, jadi tidak ada alasan yang bersukan kita boleh abaikan menutup aurat, apa lagi yang tidak melakukan apa-apa sekadar ingin posing di facebook dan twitter bahawa kita sahaja yang ade rambut dan barang-barang tersebut.

Jika gua dengar ada lagi yang mempertikaikan menutup aurat dengan bersukan, gua ingat nak bbm mereka bertiga sambil gelak bersama-sama dalam acara regu ketawa berdekah-dekah kepada yang tak takut rambut dibakar api neraka
anda fikir anda tahu Skuad Sepak Takraw Wanita Pulau Pinang Sukma 2012 Kalah tersurat, Menang tersirat ? anda fikir sekali lagi...

SUMBER:http://www.akumijae.com/2012/07/skuad-sepak-takraw-wanita-pulau-pinang.html

Video - Apa dah jadi? Hassan Ali tuduh Azmin Ali berkongsi Isteri..

Apa dah jadi dengan si Hassan Ali ini.. berkobar-kobar bercakap soal Islam tapi dalam masa yang sama melemparkan satu tuduhan yang amat berat dan lebih kepada fitnah buat Azmin.

Dalam satu majlis ‘Ceramah Selamatkan Akidah’ yang diadakan di TABIKA KEMAS, Taman Samudera, Batu Caves pada 10 Julai lalu beliau telah melemparkan tuduhan Azmin Ali telah berkongsi isteri…

Atau dalam lain ayat Azmin Ali telah membenarkan isterinya berzina dengan lelaki lain.

Oleh itu Hassan Ali menegaskan JATI tidak akan bersekongkol dengan sesiapapun dalam hal Islam terutamanya Azmin yang berkongsi Isteri…

Lantaran itu penduduk Gombak diingatkan agar jangan memilih Azmin dalam PRU yang akan datang kerana ini dikira bersyubahat..

Sebelum itu beliau juga telah memanjangkan cerita bohong yang disebarkan oleh sebuah Blog yang menyamar sebagai Pro Pakayan Rakyat iaitu ‘Suarapakatanrakyat.com’ iaitu kononnya DAP akan bertanding 90 Kerusi Parlimen.

Hakikatnya ianya telah dinafikan oleh Guan Eng sendiri di ( SINI )

Saksikan.. demi mencari sesuap nasi buat menyambung fitnah.. Hassan Ali meletakkan ketepi soal halal dan haram... sekaligus meletakkan dirinya sama taraf dengan Blogger UMNO yang menyebar fitnah.. contohnya sila lihat di ( SINI )

Ini full version yang dirakamkan oleh MinaqJinggo
Sebagaimana disebutkan dalam Al-Qur’an:

إِنَّ الَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ لُعِنُوا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ (23)

Pada ayat ini, Allah SWT menerangkan bahwa orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang saleh yang bersih hatinya dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, berbuat yang keji dan tidak senonoh seperti zina dan lainnya, mereka itu akan dijauhkan dari rahmat Allah di dunia dan di ahirat, dan di akhirat nanti akan ditimpakan kepada mereka azab yang amat pedih, sebagai balasan dari kejahatan yang telah diperbuat mereka.

Merekalah yang menjadi sumber dari berita yang menyakitkan hati wanita-wanita yang beriman, menyebarkan berita itu di antara orang-orang yang beriman.

Mereka telah menjadi ikutan buruk bagi orang-orang yang turut menyiarkan berita-berita keji itu. Bagi mereka itu dosa atas perbuatannya dan dosa orang-orang yang turut menyiarkan berita-berita bohong yang bersumber dari mereka,

sebagaimana sabda Rasulullah saw:

من سن سنة شر فأتبع عليها كان عليه وزره ومثل أوزار من اتبع غير منقوص من أوزارهم شيئا

Artinya: Barangsiapa yang mengadakan perbuatan yang buruk dan ada yang mengikutinya, maka dosa perbuatannya itu akan dipikulnya bersama dosa orang-orang yang melakukan perbuatan buruk itu tanpa dikurangi sedikitpun. (H.R. Abdullah bin Jarir)

Aku yakin Hassan Ali tentu tahu adanya ayat di atas...

SUMBER: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/07/hassan-ali-tuduh-azmin-ali-berkongsi.html

Artis wanita sekali Ceramah RM2,500...apa hal ni..??

Apa mau nak dikatakan,diungkapkan atau nak diterjemahkan...kalau sesetengah artis sekali naik pentas ceramah penganjur kena bayar sehingga RM2,500..!!! Inilah desas desus yang bertiup kencang didalam PAS sekarang.

Aku bukan nak pertikai mana-mana pihak atau mau sibuk hal artis-artis wanita yang dok naik pentas PAS....tapi apa kewajaran dikenakan bayaran yang boleh dikatakan sangat tinggi.

Ada yang setengah tu didakwa masih lagi pun serah borang dah minta bayaran ribuan ringgit untuk sekali naik pentas..ada yang mengatakan ada individu lain yang dikatakan menjadi pengurus tak rasmi menentukan harga-harga ini.

Nama individu yang disebut-sebut dipanggil Mat ... hahaha..Malas aku nak sebut nama individu tersebut,tak mahu imejnya terjejas yang dikatakan berasal dari negeri penyu bertelur...hahaha....tapi sebelum imej PAS terjejas...lebih baik individu tersebut fikir apa tujuan buat sedemikian dalam perjuangan.

Kalau nak jadi pengurus kepada artis wanita yang rapat dengan PAS tu..buatlah dengan ikhlas dan kesedaran...bukan kerana maksud lain... Artis wanita tu perlukan bimbingan dalam perjuangan Islam...

SUMBER:http://orangni.blogspot.com/2012/07/artis-wanita-sekali-ceramah-rm2500apa.html

15/07/12

Iklan sasar rakyat Selangor penuhi Komuter

Selepas kontroversi pemasangan bendera BN, kini muncul lagi pelbagai iklan yang mensasarkan masyarakat Selangor di stesen perhentian dan gerabak sistem kereta api Komuter di pelbagai tempat di Lembah Klang.

Siri iklan "Sayangi Selangor" itu antaranya memaparkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan tulisan ''Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup'' dan ''Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan''.

Dilihat sebagai sebahagian daripada rangka 'kempen' BN di negeri Pakatan Rakyat itu, iklan tersebut kelihatan dipasang di tiang besar di stesen, eskalator malah memenuhi gerabaknya.

Iklan-iklan itu juga memaparkan kemesraan Najib yang bergambar dengan pelbagai pihak, termasuk kanak-kanak dan cuba menekankan bahawa rakyat mendengar masalah rakyat bawahan.

Najib merupakan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor manakala Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed pula berperanan sebagai koordinator BN Selangor.

Menurut sumber Malaysiakini, iklan tersebut telah dipasang secara berjajaran bermula daripada stesen KL Sentral sehingga ke stesen komuter menghala ke Pelabuhan Klang.

Sementara itu, tinjauan Malaysiakini terhadap pengguna komuter mendapati rata-rata mereka tidak selesa dengan langkah terbaru itu.

Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang hanya mahu dikenali sebagai Mat berkata, beliau merasakan iklan itu tidak perlu diletakkan kerana "tidak seimbang" tanpa memaparkan gambar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Inikan kempen Sayangi Selangor. Sepatutnya ada gambar Khalid baru seimbang. Sebab macam pelik, kempen sayang Selangor tapi gambar perdana menteri," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Mat, 22, juga berkata, iklan yang menyatakan sumbangan kerajaan juga dilihat tidak wajar kerana ia memang tanggungjawab piak itu.

Selain itu, pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang mahu dikenal sebagai Amirul pula mengaitkan perkara itu dengan tarikh pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Kalau betul mereka ini membela rakyat, kenapa baru sekarang nak buat iklan ini? Mungkin kempen nak dekat pilihan raya umum," katanya sinis.

Sementara itu, Liana, 26, seorang pekerja swasta pula berkata, iklan sedemikian tidak perlu diletakkan kerana hampir semua orang tahu apa yang telah kerajaan lakukan.

"Iklan ni dah banyak dah. dekat TV pun ada. Saya rasa semua orang tahu yang kerajaan ada bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), bagi baucer dekat pelajar dan macam-macam lagi. Jadi saya rasa tak perlu iklan macam ni. Yang penting ketelusan," katanya.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan bendera BN telah dinaikkan di stesen komuter laluan Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang.

Bagaimanapun, Mohd Zin Mohamed menafikan mengeluarkan arahan membenarkan bendera BN di pasang di kesemua 28 stesen komuter di Selangor.

14/07/12

Ribuan Hadir :Polis iring Himpunan Oren serah memo

Seramai lebih 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

himpunan oren marchKumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub.

Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.

crowd at anti-felda fgv march pasPeserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia.

Tidak lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1.

Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 600 meter daripada Istana Negara, seperti yang dipersetujui dalam perbincangan penganjur dengan polis semalam.
Dalam ucapannya di lokasi tesebut, Mohamad Sabu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh campurtangan dalam isu bekenaan demi "mempertahankan kepentingan orang Melayu."

Mazlan Aliman pula dalam ucapannya berkata pihaknya akan "melawan habis-habisan" walaupun FGVH telah disenaraikan ke Bursa Malaysia.

mazlan aliman anti-felda fgv march"Selagi BN tidak batalkan (penyenaraian) FGVH, kita tetap lawan habis-habisan," katanya.

Perjuangan itu masih belum berakhir dan barisan peguam ANAK juga akan mengemukakan saman ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini menyifatkan sekumpulan peneroka sebagai "haram jadah."

Lapan peneroka berkenaan yang disifatkan demikian oleh Najib, akan mengemukakan saman sebanyak RM80juta ke atas perdana menteri itu.
mohamad sabu tuan ibrahim himpunan orenSelain itu, pihaknya akan menyaman Suruhanjaya Sekuriti kerana membenarkan penyenaraian dilakukan.

Bahkan, kata Mazlan, pencarum KWSP, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera turut akan mengambil tindakan yang sama selepas simpanan mereka didakwanya dilaburkan di FGVH.

Sementara ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya di situ turut mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletak jawatan kerana rakyat "hilang kepercayaan" kepadanya.
"Kita minta kerajaan beri perhatian kepada tuntutan rakyat. Dengar cakap rakyat atau kami tumbangkan kerajaan yang ada," katanya.

Beberapa pemimpin lain dalam kumpulan itu kemudiannya meneruskan ucapan kepada para peserta sementara lapan wakil berkenaan menaiki kenderaan yang diiringi polis ke kawasan Istana pada kira-kira jam 3 petang.

Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum bagi memohon Yang di-Pertuan Agong masuk campur dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Bagaimanapun, hanya enam orang sahaja dibenarkan menyerahkan memorandum tersebut kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Khairi Abdul Rahman.

Wakil Himpunan Oren, yang diiringi kenderaan polis, kembali menyertai kumpulan besar yang disekat di persimpangan berkenaan kira-kira setengah jam kemudian selepas menyerahkan memorandum tersebut.
Mazlan dalam sidang medianya selepas itu antara lainnya mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis atas kerjasama yang diberikan kepada mereka dalam perhimpunan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan dalam sidang medianya petang ini berkata, pasukan tersebut menganggarkan jumlah peserta hanyalah 1,000 hingga 2,000 orang.

Katanya, keseluruhan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman dan para peserta bersurai tepat jam 4 petang.

Misteri Bahan Binaan Piramid Dijawab Dalam Al-Quran

Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ “Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.” (Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.

Kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Sumber: akakdisebalikpintu.blogspot.com

13/07/12

Aktivis disiasat komen tentang Sultan Johor

Setiausaha media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamarudin sedang disiasat di bawah Akta Hasutan kerana didakwa membuat komen menghina sultan Johor di Twitter.

solidariti mahasiswa malaysia pc at kl court complex 130810 ahmad syukri kamarudin 01Pada jam 11 pagi semalam, kira-kira 10 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor menemui Ahmad Shukri (kiri) di pejabatnya, untuk merakamkan kenyataannya mengenai perkara itu.

Mereka nampaknya bertindak ke atas laporan polis oleh NGO Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), dan tiba dengan waran untuk menggeledah premis tersebut.

Polis juga merampas telefon dan memaklumkan kepadanya bahawa dia dituduh di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan, kata Ahmad Shukri (kanan) dalam satu kenyataan ringkas semalam.

Menurut SMM, beliau telah membuat komen berkaitan dengan jawatan yang dibuat oleh penulis blog Uncleseekers mengenai sultan Johor.

Bagaimanapun tidak diketahui pada masa ini apa sebenarnya komen yang telah dibuat oleh Ahmad Shukri.

Polis bertindak demikian sehari selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan dan digantikan dengan Akta Harmoni Negara.

SMM mempertahankan Ahmad Shukri hari ini, dengan menegaskan bahawa kebebasan untuk menyatakan pandangannya dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Polis tahan pengurus peribadi Uncleseekers bantu siasatan

Polis menahan dua lagi individu untuk membantu siasatan membabitkan pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas berhubung entri dalam blog www.uncleseekers.blogspot.com yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenaya Johor ACP Mohd Akhir Ishak berkata lelaki berusia 39 tahun dan wanita berumur 27 tahun terbabit ditahan di ibu negara pada pukul 9.30 malam tadi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan.

Lelaki itu yang dipercayai pengurus peribadi Syed Abdullah atau lebih dikenali Uncle Seekers kini ditahan reman tiga hari, manakala wanita tersebut direman sehari bagi membantu penyiasatan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972, katanya.

Terdahulu, pasangan terbabit dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Bahru bagi mendapatkan perintah reman yang dilakukan di hadapan Pendaftar Mahkamah Nuriza Mustafa.

Sementara itu, Mohd Akhir berkata dua lelaki berusia 23 dan 24 tahun yang merupakan kenalan Syed Abdullah, dibebaskan petang semalam dengan jaminan polis selepas ditahan sejak 9 Julai lepas di Tanjung Kling, Melaka.

Syed Abdullah yang ditahan semula semalam bagi membantu penyiasatan mengikut Akta Hasutan 1948, sebelum itu disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas ditahan pada 4 Julai lepas di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan.

Pada 1 Julai lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blog berkenaan yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

- Bernama

Polis benar Himpunan Oren berarak esok

Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan perarakan ke Istana Negara dalam Himpunan Oren esok.

Koordinator GSF Mazlan Aliman berkata peserta dibenarkan untuk berbuat demikian dengan kawalan ketat pasukan polis dan Unit Amal PAS sehingga jarak 600 meter daripada pintu Istana Negara.

Mazlan (berbaju warna jingga) berkata demikian selepas perbincangan dengan pihak polis di Balai Polis Kepong selama hampir dua jam petang ini.

Difahamkan, perarakan sejauh lebih 3 kilometer itu akan bermula di perkarangan letak kereta kompleks mahkamah Jalan Duta, melalui Jalan Sri Hartamas dan seterusnya menuju pintu ketiga Istana Negara.

Menjelaskan laluan perhimpunan itu, Mazlan berkata pihaknya akan berhimpun di tempat letak kereta di luar kompleks mahkamah Jalan Duta selepas solat Zohor dan hajat kemudian disusuli dengan ucapan pemimpin GSF dan wakil peneroka sebelum berarak ke Istana Negara.

"Kita tidak berada di laluan utama, kerana mungkin menyebabkan gangguan jalan raya... Jalan tak ditutup," kata Mazlan sambil menambah sebanyak 1,000 anggota Unit Amal dikerahkan mengawal lalu lintas.

Mazlan yang juga presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) berkata daripada jarak 600 meter itu, seramai lapan orang wakil mereka yang dipersetujui oleh pihak Istana akan diiringi polis untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, polis juga membenarkan pemberita berada di pintu Istana itu dan GSF akan mengadakan sidang media selepas menghantar memorandum tersebut di situ.
"Atas persetujuan bersama, kalau ada unsur provokasi daripada pihak luar, kita menyerahkan (perkara itu) kepada polis untuk mengambil tindakan tegas," katanya.

Mazlan berkata polis dalam pertemuan tersebut pada awalnya tidak mahu mereka berarak, namun kemudiannya bertukar pandangan apabila wakil GSF menekan bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain, selepas lebih lapan bulan "gagal mendapat respon daripada kerajaan".

Sehubungan itu, Mazlan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis khususnya kepada Ketua Polis Sentul Zakaria Pagan dan Ketua Polis Brickfields Wan Abd Bari berhubung kebenaran tersebut.

Mazlan turut menjelaskan, polis juga membenarkan peserta meletak kenderaan di tempat letak kereta di bangunan Matrade yang akan dan dipantau keselamatannya.

GSF merancang perhimpunan tersebut bagi menyerahkan memorandum untuk memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings

Subhanallah! Air Liur Bayi Bertukar Jadi Kristal

Seorang bayi yang dari luar fizikalnya ternyata normal mengejutkan ramai pihak apabila dirinya mampu mengeluarkan air liur kristal. Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang, Jawa Timur sibuk memperkatakan berita mengenai air liur seorang bayi yang berubah menjadi kristal.

Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar menjadi kristal.

Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.

Menurut ibu bayi itu, Leni Marliani, 35, kejadian aneh yang berlaku ke atas bayi itu dikesan mula berlaku pada 14 Februari lalu.

“Ketika itu saya sedang menggendongnya dan melihat dia mengeluarkan air liur dan terperanjat apabila ia mengeras seperti kristal,” katanya kepada Kompas.com.

Melihat keanehan yang berlaku ke atas anaknya itu, Leni bersama suaminya membawa anak mereka itu ke klinik tetapi pihak klinik tidak dapat memutuskan jenis penyakit yang dihidapi bayi tersebut.

“Kalau kristal itu diambil, dia akan menangis. Saya terpaksa memantaunya selalu kerana takut kristal itu ditelannya. Namun, setakat ini dia tidak pernah mahu menelannya dan hanya dibuat main,” ujar Leni.
Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Selepas berita ini tersebar sudah semestinya bayi ini sering menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihatnya secara dekat. Mungkin tidak hairan jika ada yang sanggup membeli bayi ini sedangkan penemuan pelik yang lain turut ramai yang menawarkan harga.

Sumber: Melayukini.net

Polis: Khalil Afandi tindak tiada kaitan agama

KUALA LUMPUR – Dua individu yang mengamuk di perkarangan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya Isnin lepas, bertindak sendiri tanpa ada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat, kata polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki terbabit Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, bertindak secara berseorangan dan mengaku dirinya sebagai Imam Mahadi.

“Siasatan setakat ini mendapati tidak ada penglibatan dengan mana-mana kumpulan ajaran sesat yang lain,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata susulan kes itu, polis menahan reman seorang lelaki berusia 39 tahun sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Difahamkan lelaki terbabit ialah rakan kepada Khalil Afandi yang beralamat di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan.

Isnin lepas, Khalil Afandi, yang mengaku dirinya Imam Mahadi dan seorang wanita yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital yang sama.

– Bernama

DAP dakwa ada projek udang atas tanah Noh Omar

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini mendakwa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar terlibat dalam konflik kepentingan apabila didakwa membuat persetujuan membabitkan satu perusahaan ternakan udang pada tahun lalu.

Ng mendakwa satu kaveat persendirian dibuat ke atas sebidang tanah seluas 30 ekar di Tanjung Karang - seluas kira-kira 15 padang bola - yang dimiliki Noh yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang.

Dalam perjanjian tersebut, Noh memberi kebenaran kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd untuk mengusahakan ternakan udang di tanah tersebut selama 10 tahun, dakwa Ng.

Perkara itu jelas merupakan satu konflik kepentingan kerana projek usahasama itu berada di bawah portfolio menteri berkenaan, dakwa Ng.

Ng membuat pendedahan tersebut ketika membentangkan usul di DUN Selangor, bagi menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ng mendakwa tanah berkenaan didaftarkan pada 21 Oktober 2009.

Seorang pengarah syarikat Pristine Agrofood, Chu Bak Teck ketika dihubungi lewat petang ini berkata Noh tidak terlibat dalam perusahaan itu dan hanya merupakan pemilik tanah berkenaan.

11/07/12

Update - 31 ditangkap di depan pejabat MB Pahang

UPDATE

Sekumpulan 31 orang ditangkap polis kira-kira jam 4 petang ini di depan Pejabat Menteri Besar Pahang dalam bantahan 'Occupy' sejak 1 tengahari tadi.
Tiga belas lelaki, 12 perempuan dan enam orang kanak-kanak ditahan selepas enggan berganjak selagi tidak mendapat tarikh dan masa untuk bertemu Datuk Seri Adnan Yaakob bagi menyelesaikan masalah berkenaan tanah, gerai dan rumah di Cameron Highland.

Kumpulan itu kini dibawa ke sebuah balai polis di Kuantan, kata setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) cawangan Cameron Highland, Suresh Kumar, seorang daripada mereka yang ditahan.

"Kami ditahan selepas kami bertegas akan hanya bersurai selepas mendapat tarikh untuk bertemu menteri besar Pahang," katanya.

Menurut Suresh lagi, mereka sedang mengusahakan kehadiran peguam untuk membantu mereka pada masa ini.

NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kenyataan segeranya memberitahu antara masalah yang dihadapi kumpulan itu adalah masih tidak diberikan lesen operasi sementara (TOL) walaupun telah berkebun selama 40 tahun, tanah dirampas, permohonan tanah tidak diluluskan, perobohan kedai milik seorang ibu tunggal dan kedai dipaksa dikosongkan untuk memberi laluan kepada pembangunan.

Masalah-masalah tersebut juga masih belum diselesaikan walaupun mereka telah menghantar 17 surat kepada pejabat daerah Cameron, bertemu mereka sebanyak tujuh kali, menghantar 15 surat kepada menteri besar Pahang dan bertemu sebanyak dua kali, serta menghantar empat pucuk surat ke pejabat perdana menteri dan bertemu pegawainya sebanyak dua kali.

Kumpulan itu sebelum ini pernah merancang untuk berhimpun di Putrajaya bagi menuntut perkara yang sama tetapi membatalkannya selepas Adnan Yaakob dikatakan bersetuju bertemu mereka untuk berbincang.

Sehingga jam 8 malam ini, semua yang ditahan sudah selesai memberi keterangan kepada pegawai polis, kata Suresh Kumar. Mereka kini bagaimanapun masih belum dibebaskan kerana polis masih menunggu arahan Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff.

Sekitar jam 11 malam, Suresh Kumar memberitahu, 25 mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan 12 perempuan akan didakwa di mahkamah esok.

Menurutnya, pada mulanya mereka diberitahu mungkin akan dibebaskan dengan jaminan polis pada malam ini.

Namun, katanya, mereka baru sahaja dimaklumkan akan bermalam di balai polis untuk didakwa di mahkamah esok.

"Semua kanak-kanak yang ditahan telah dibebaskan. Kami diberitahu ketua polis balai IPD Kuantan yang kami akan didakwa esok tetapi kami belum dimaklumkan akan didakwa atas tuduhan apa," katanya sambil menyifatkan perkara yang mereka lalui hari ini sebagai "sebahagian daripada perjuangan".

Sementara itu, Bernama melaporkan ACP Mohd Jasmani berkata mereka ditahan pada jam 3.50 petang apabila mereka gagal mengikuti arahan secara baik yang dikeluarkan oleh polis.

Beliau berkata kumpulan itu dipercayai datang dari Cameron Highlands untuk berjumpa Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai isu tanah, bagaimanapun gagal kerana beliau tiada di Kuantan.

"Ekoran daripada itu, mereka berkumpul di pintu masuk Wisma Sri Pahang sebagai tanda protes pada 10.45 pagi sebelum setiausaha sulit kepada Menteri Besar datang dan membawa 14 orang daripada mereka ke pejabat untuk berbincang," katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, katanya selepas perbincangan selesai kira-kira 12 tengah hari, kumpulan berkenaan masih berdegil dengan meneruskan perhimpunan itu sebelum tiga orang daripada mereka dipanggil semula untuk berbincang.

Polis kemudian terpaksa menahan kesemua mereka kerana bukan sahaja tidak berganjak dari kawasan bangunan berkenaan malah turut memasang khemah dan kain rentang di pintu masuk.

Jasmani berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dewasa, 12 perempuan dewasa berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun serta enam kanak-kanak 4 hingga 16 tahun.

Katanya seorang daripada mereka dikenali sebagai K. Uttaya, 23, yang dikehendaki polis kerana kes dadah mengikut Seksyen 15 (1(a) Akta Dadah Berbahaya.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kes disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, berkelakuan tidak senonoh dan mengadakan perhimpunan haram.

Tindakan jika parti politik salahguna foto anggota polis

Polis Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana parti politik yang menyalah guna gambar anggota atau pegawainya yang lengkap beruniform untuk dicetak pada bunting kempen, misalnya bagi tujuan mengadakan ceramah.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata tindakan itu bertujuan menjaga maruah dan imej Polis Diraja Malaysia di mata masyarakat bagi mengelak dilihat sebagai menyokong mana-mana parti politik di negara ini.

Tindakan ini diambil berikutan PAS kawasan Rantau Panjang mencetak gambar bekas Ketua Polis Daerah Tapah DSP Abdullah Omar yang bersara pada 1998 di bunting untuk hebahan ceramah isu semasa mereka pada 9 malam ini di Pusat Tarbiyah Kampung Pohon Buluh, Meranti, Pasir Mas, katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama malam tadi.

Beliau berkata walaupun bekas pegawai kanan polis itu merupakan seorang daripada penceramah, gambarnya yang masih dalam uniform polis tidak boleh dicetak bagi mengelak salah tanggapan masyarakat.

Bunting yang digantung di jalan raya Meranti, Pasir Mas turut memapar gambar dua Anggota Dewan Undangan Negeri daripada PAS iaitu Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Siti Zailah Mohd Yusoff yang hadir untuk memberi ceramah.

Jalaluddin berkata pihaknya mengambil tindakan mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Polis 1967 (kuasa untuk membuat perintah-perintah bagi mengawal pertunjukan bendera dan lain-lain) yang boleh membawa hukuman denda RM500 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.

- Bernama

10/07/12

Video - CCTV UMMI HAFILDA KANTOI

Bukan aku yang siarkan. Dan kesahihan nya masih lagi dalam peringkat samar2. Namun aku rasa sikit2 boleh gak nak percaya kot sebab memang selama neh kita dah tahu bahawa ummi memang dibayar di setiap ceramah umno pun. Actually dibayar cakap benda betul logik gak tapi dah larh dibayar, menfitnah pula tue mana orang tak sakit ahti dengan dia.

Lihat kat bawah neh beb ;

Buat Ummi Hafilda diharap kembali kepada landasan perjuangan anda yang sebenar. Jangan kerana kemaruk wang ringgit dalam siri ceramah anda maka anda semakin buas meraih pendapatan. Gomo yakin pihak UMNO ataupun NGO sedia membantu tetapi biarlah berpatutan jika kita benar benar ikhlas dalam perjuangan.

Jadikan apa yang berlaku ini satu pengajaran untuk semua agar disatu masa lain pekara sebegini dapat kita beringat dan jangan kita mengikuti syarat merepek meraban seperti mana yang diminta oleh Ummi Hafilda. -PG-

Bacaan penuh klik sini.

Kali neh dia dikenakan oleh rakan seperjuangan dia sendiri. Korang tengok kat bawah neh sendiri ;



Versi video lagi satu disini.

Video kat atas neh dipercayai rakaman perbualan ummi dengan seseorang. Pasal duit rm2,500. Ummi tak hadir berceramah pada masa yang telah ditetapkan dan dorang nak duit tue dipulangkan semula. Ginilah pendapat aku senang jek. Kalau sungguh persatuan tue bagi ummi duit mesti ada bukti kan? So korang paparkanlah bukti tersebut.

Buktikan kepada kami bahawa ummi memang berceramah pasal duit oke. Tunjukkan seme bayaran2 yang ummi pernah terima setiap kali ummi berceramah di atas pentas umno. Tak baik tuduh2 ummi dengan video perbualan yang disunting apa seme. Sungguh ini tidak adil pada ummi. Siyes.

Dan buat ummi pula kalau ada bukti yang umno ada kaitan dengan duit rakyat [video versi satu lagi] mohon kemuka kan bukti juga. Buktilah seme tue ummi. Jangan kita dok tuduh2. Tak baik. Aku menunggu sesama korang keluarkan bukti oke. Aku siyes. Biarlah kami jadi penilai tengok siapa cakap tipu dan siapa cakap benar oke. Bai.

-amenoworld

Nizar saman Utusan dan TV3 berhubung plat WWW1

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) kerana didakwa menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.

Mohammad Nizar memfailkan dua saman itu secara berasingan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, di sini melalui Tetuan Awi & Co.

Dalam pernyataan tuntutannya beliau menamakan Utusan Melayu dan TV3 sebagai defendan dan menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta daripada setiap defendan.

Katanya beliau telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter miliknya pada 28 Mei lepas berhubung nombor plat itu.

Mohammad Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang mendakwa pada 30 Mei lepas, TV3 telah mengeluarkan berita melalui Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung kenyataannya itu.

Beliau berkata keesokannya pada 31 Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11, akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataannya itu.

Mohammad Nizar mendakwa pernyataan ftnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.

Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan writ saman itu, Mohammad Nizar berkata pihaknya akan menyerahkan writ itu kepada kedua-dua defendan.

Beliau berkata sebanyak 41 laporan polis telah dibuat berhubung kenyataannya dalam twitternya itu dan siasatan polis berhubung perkara itu masih lagi berjalan.

- Bernama

9/07/12

Sesama UMNO sedang berebut di DUN Chenderoh!

oleh: TCS

DATO’ SITI SALMAH vs CIKGU ZAINON di DUN CHENDEROH
Kedudukan Dato’ Siti Salmah (ADUN Chenderoh) kini dilihat semakin tergugat berikutan wujudnya gerakan team UMNO yang tidak mahukan beliau bertanding di DUN Chenderoh pada PRU ke- 13 akan datang. Maklumat yang diterima daripada penyokong – penyokong UMNO yang mahukan tempat tersebut diambil alih oleh kepimpinan UMNO yang lain.

Keluhan penyokong- penyokong UMNO rata- rata tidak berpuas hati dengan sikap Dato’ Siti yang dilihat hanya menunjukkan muka apabila ada majlis- majlis rasmi terutama yang melibatkan Ahli Parlimen serta musim hampir tibanya pilihanraya sahaja.

Kekayaan Dato’ Siti dan ahli keluarganya bukan lagi rahsia di kalangan penyokong- penyokong UMNO tempatan. Projek- projek terutamanya yang melibatkan kerajaan negeri banyak dibolot oleh syarikat- syarikat keluarganya dan kroni- kroninya. Malah isu pemberian tanah kerajaan di Kampung Chegar Galah suatu ketika dulu menjadi panas disebabkan sebahagian besar individu yang memperolehi tanah berkenaan terdiri daripada orang luar termasuk dari kalangan ahli keluarganya. Menyedari protes yang dihadapi dari penduduk tempatan senarai penerima tersebut telah dirombak semula dan dibuat pengubahsuaian.

Oleh yang demikian, kini wujud kumpulan yang menjalankan kempen yang terancang bagi memastikan calon lain menggantikan Dato’ Siti pada PRU ke- 13. Antara nama popular yang sedang giat menjalankan kempen ialah Cikgu Zainon (Setiausaha Sulit, Ahli Parlimen Padang Rengas)

Kedudukan beliau di peringkat Parlimen memberikan kelebihan kepadanya untuk mempromosikan diri. Rata- rata penyokong UMNO mahukan beliau untuk bertanding kerana beliau merupakan anak tempatan yang tinggal di Kampung Beluru. Apatah lagi, beliau seringkali akan mewakili Dato’ Nazri Aziz dalam majlis- majlis rasmi apabila Dato’ Nazri tidak dapat hadir.

UPU Beluru merupakan antara UPU yang paling ramai jumlah pengundi di DUN Chenderoh. Cabaran Cikgu Zainon dikatakan terpaksa berusaha mendapatkan sokongan pengundi wanita yang dilihat lebih cenderong untuk menyokong Dato’ Siti Salmah.

Persaingan kedua- dua kem ini semakin sengit di mana pelobi- pelobi mereka sedang bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan sokongan penyokong UMNO.

Terkini… Dato’ Siti tidak berpuas hati dengan program yang dilakukan oleh Cikgu Zainon di Kg. Beluru yang tidak menjemput beliau selaku ADUN dilihat cuba membelakangkan beliau.

Seorang penyokong tegar UMNO dari Chegar Galah yang tidak mahu namanya disiarkan secara peribadi memilih Cikgu Zainon sebagai calon BN yang terbaik untuk bertanding di Dun Chenderoh pada PRU ke- 13 akan datang

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/08/sesama-umno-sedang-berebut-di-dun-chenderoh/

Debat 11 Julai, usah layan Hasan Ali, kata PAS S'gor

PAS Selangor meminta ahli-ahlinya supaya menumpukan kepada usaha menghadapi pilihan raya umum daripada melayani karenah Presiden NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali yang menurutnya 'telah terpinggir'.

Dalam satu kenyataan semalam, ia mendakwa Dr Hasan mengadakan cerita kononnya akan ada debat di antara beliau dengan pesuruhjaya PAS Selangor Rabu ini (11 Julai).

PAS Selangor menganggap tindakan Dr Hasan itu "jelas menunjukkan gerakan JATI semakin hilang pedoman dan kini Dr Hasan mahu mencari populariti melalui PAS.

Menurut kenyataan itu, lagi, PAS Selangor telah bersetuju agar pesuruhjaya Selangor serta ahli-ahlinya tidak melayani karenah Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri itu.

Sebaliknya, tegas kenyataan itu lagi, tumpuan parti itu adalah kepada pilihan raya umum akan datang.

"Mengapa Dr Hasan mahu berdebat dengan kita? JATI bukan parti politik.

"Bukankah masalah yang ada di Selangor adalah masalah yang di timbul dan ditinggalkan oleh beliau sendiri sewaktu menjadi pesuruhjaya PAS dulu?" tambah kenyataan itu.

Menurutnya, prestasi PAS Selangor sekarang jauh lebih baik daripada zaman Dr Hasan menjadi pesuruhjaya.

"Kini beliau mahu berdebat. PAS Selangor dan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam keputusannya, tidak melayani karenah bekas exco kerajaan negeri itu kerana dia pernah diberi peluang untuk berjuang dalam pasukan kerajaan negeri, tetapi gagal," tambahnya.

Reman ke atas Uncle Seekers, teman wanita dilanjutkan

Reman ke atas pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas dan teman wanitanya dilanjutkan lagi tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penulisan di dalam blognya yang didakwa mengaibkan Sultan Johor.

Majistret Hafizah Johor Arif Johor membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan reman itu selepas tempoh reman terhadap Syed Abdullah, 46, atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers dan teman wanitanya, 26, yang bermula Khamis lepas berakhir hari ini.

Sebelum itu, mereka tiba di Kompleks Mahkamah Johor Baharu menaiki van polis dengan keadaan tangan bergari kira-kira pukul 10 pagi dan dibawa keluar dari kamar mahkamah kira-kira pukul 11.15 pagi.

Syed Abdullah dan wanita itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya kira-kira pukul 9.45 malam, Rabu lepas, di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Pada 1 Julai lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blog www.uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

- Bernama

8/07/12

Bekas Ketua Hakim: Kes Liwat II bukti kehakiman bebas

Semua pihak perlu menghentikan tuduhan yang mendakwa badan eksekutif campur tangan dalam urusan badan kehakiman di negara ini, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi.

Beliau menegaskan ketika menjadi Ketua Hakim Negara bermula tahun 2008, Perdana Menteri atau menteri kabinet lain tidak pernah campur tangan atau bertanya tentang kes-kes yang berjalan di mahkamah negara ini.

"Hubungan yang ada antara saya dan Perdana Menteri adalah semasa proses pelantikan hakim, belanjawan untuk badan kehakiman atau urusan lain seperti dalam perlembagaan.

"Jangan sesekali tuduh badan kehakiman tunduk kepada badan eksekutif. Ini terbukti oleh fakta, beberapa kes dalam sejarah, kita tidak memihak kepada badan eksekutif," katanya ketika berucap menutup bengkel khas Penggubalan Undang-undang Negara di Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Zaki bersara daripada badan kehakiman ketika berusia 66 tahun pada 12 Sept tahun lepas.

Beliau memberikan contoh kes ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Jika ada campur tangan sudah tentu mereka (badan eksekutif) mahu Anwar disabitkan dalam kes itu bagi menghalang dia daripada buat masalah kepada badan eksekutif," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Zaki yang juga Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam berkata lebih 90 peratus daripada kira-kira 1,000 maklumbalas diterima suruhanjaya itu melibatkan kenaikan gaji serta elaun kakitangan awam.

"Kita tidak menafikan keperluan kenaikan gaji ini, namun apa yang lebih penting bagaimana kita hendak menambah baik perkhidmatan awam supaya mampu memberikan hanya yang terbaik untuk rakyat.

"Sekiranya perkhidmatan awam lebih baik, lebih cepat dan tepat, kos pengurusan ditanggung kerajaan berkurangan. Jika kos kurang sudah tentu ada ruang dalam belanjawan untuk naikkan gaji, kakitangan awam perlu fikir begitu," katanya.

- Bernama

6/07/12

Kita semua Uncleseekers

Oleh: MSK

Selama 3 bulan Uncleseekers menyiarkan siri “Sultan Johor atau Kerabatnya?”, tak ada siapa yang peduli untuk mengambil tindakan terhadapnya. Tidak ada pembela Raja, tak ada pembela Perkasa, Tak ada JATI. Semua diam macam tak ada teloq.

Pada 27/6, Mediaperak menyiarkan satu artikel yang bertajuk “Umno dibelakang Uncleseekers?”. Empat hari kemudian, pada 1 Julai, sekumpulan 30 individu membuat laporan polis di Johor Baru. Kumpulan ini juga siang-siang sudah membuat kenyataan bahawa mereka bukan dari mana-mana pertubuhan politik. Apatah lagi mempunyai hubungkait dengan Umno. Heran juga, mengapa Umno langsung tidak mahu terlibat dalam mempertahankan Sultan Johor.

Semalam, 5 Julai 2012, Uncleseekers akhirnya ditangkap di Senawang dan dibawa ke Johor Baru. Ada kawan-kawan bagi tau, Uncleseekers ditangkap sebab sudah lebih popular dari Papagomo. Ha.ha. Memang betul!!
Seronok ka kita bila Uncleseekers ditangkap? Memang seronok sebab blog-blog kita laris macam burger Ramly. Tapi lepas ni apa nak buat? Cukup ka dengan menceritakan apa yang berlaku keatas Uncleseekers?

Aku tengok Uncleseekers sebagai rakan blogger walaupun aku tak pernah jumpa dia. Dia mewakili suara rakyat yang menentang kezaliman pemerintah. Tak kira kita bercakap tentang kerajaan atau Sultan. Kalau sultan pun zalim…nak sembah buat apa? Orang Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutan tak ada pun Sultan…adakah depa hidup susah atau mati kelaparan? Adakah semua rakyat Johor hidup senang lenang sebab ada Sultan?

Dalam posting sebelum ini disini, aku katakan bahawa, blog Uncleseekers akan menjadi pemangkin kepada perubahan politik tanah air. Dan memang tidak dapat dinafikan, apa yang ditulis oleh Uncleseekers dipersetujui oleh sejumlah besar rakyat . Banyak Facebook dan blog yang menyokong Uncleseekers…malah sudah ramai yang menjadi Uncleseekers.

Semalam, seorang Uncleseekers ditangkap. Apakah kita mahu membiarkan Uncleseekers terus mati macam tu saja?

Bila aku tanya kat kawan-kawan, ada yang kata..”berani buat, berani tanggung la.”.

Serupa juga bila Perak dirampas oleh BN dulu, ramai yang ditangkap semasa demo di Kuala Kangsar. Bila member kena tangkap..masing-masing lari. “Sendiri buat, sendiri tanggung la.”

Macam mana pulak kalau selepas ini, Nizar pulak yang ditangkap dan dibawa ke Johor.” Apakah kita juga akan berkata, “mampuih pi kat dia la.”?

Aku percaya, Uncleseekers akan menerima nasib macam mereka yang ditangkap semasa demo di Kuala Kangsar. Tak ada ramai peguam yang berani tampil untuk membela mereka yang ditangkap kerana takut dianggap menderhaka kepada Sultan. Tambah-tambah lagi dalam kes Uncleseekers, jangan kata peguam..malah parti politik yang bercakap tentang menentang kezaliman pun tak berani nak tunjuk muka. Masing-masing akan mencuba menjaga imej..menjaga “hubungan baik” diantara parti dengan Sultan. Pirrrahh!!

Aku percaya lebih ramai Uncleseekers diluar sana yang tak perlu jaga nama baik parti. Aku juga percaya lebih ramai Uncleseekers diluar sana yang dah meluat dengan perangai Sultan dan Raja-Raja yang tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai pemimpin umat Islam. Nak tunggu apa?

Kita semua Uncleseekers. Dan apabila seorang Uncleseekers ditahan kerana menyatakan kebenaran….apakah kita hanya duduk diam?

Pertama sekali, Uncleseekers memerlukan peguam. Kita perlukan solidariti untuk menunjukkan bahawa Uncleseekers tidak kesaorangan.

Mediaperak sanggup mencari peguam untuk membela Uncleseekers. tapi kami tak tau nak berhubung dengan sapa. Nak pergi Johor pun tak ada duit. Dengan sapa hendak berhubung?

Seseorang perlu melakukan sesuatu. Setiap bloggers dan Facebookers perlu mengambil tanggungjawab. Kita perlu membela Uncleseekers kerana kita semua Uncleseekers.

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/06/kita-semua-uncleseekers/

5/07/12

Polis tahan Uncle Seekers mengikut OSA

Penulis blog Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas yang lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers ditahan polis di plaza tol Senawang, Negeri Sembilan pada malam tadi.

Timbalan ketua jabatan siasatan jenayah Johor ACP Mohd Akhir Ishak berkata, lelaki itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

"Kami menahan seorang lelaki dipercayai pemilik laman blog Uncle Seekers (www.uncleseekers.blogspot.com). Dia ditahan pada pukul 9.45 malam, 4 Julai (semalam).

Katanya lagi, polis akan mendapatkan perintah reman ke atas lelaki berkenaan pada petang ini.

Anak kepada penulis buku politik popular Syed Hussein Al-Attas itu kini ditahan di lokap polis Air Molek, Johor, katanya.

Dalam operasi di Senawang pada malam tadi, polis turut menahan seorang wanita berusia 26 yang berada bersama lelaki berkenaan, tambahnya.

Tiga puluh individu pada Ahad lalu dilaporkan menuntut supaya siasatan dijalankan ke atas pengamal paranormal itu supaya berhubung penyiaran tulisan kontroversi dalam blog tersebut.

Kumpulan itu mendakwa, tulisan dalam blog berkenaan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Tunku Mahkota Johor, Sultan Johor serta penjawat awam kerajaan Johor.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah.

Statistik di blog berkenaan menunjukkan ia telah menerbitkan tulisan sejak Julai 2008 dan kini menerima kunjungan hampir 10 juta pembaca.

Ia antara lainnya menerbitkan 64 bahagian tulisan berhubung isu yang didakwa melibatkan keluarga Istana negeri tersebut.

Pada Selasa lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas mengenai tuduhan yang ditimbulkan Syed Abdullah itu berkata: "Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya ketika menjawab satu soalan yang diajukan seorang pengikutnya di Twitter.

4/07/12

Apple bayar RM189 juta selesai isu nama iPad

SHANGHAI – Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc. bersetuju membayar AS$60 juta (RM189 juta) kepada syarikat Shenzhen Proview Technology bagi menyelesaikan pertikaian berhubung nama iPad.

Apple menggunakan nama iPad untuk komputer tablet keluarannya.

Menurut kenyataan Mahkamah Tinggi wilayah Guangdong di laman webnya semalam, Apple telah membayar wang tersebut pada minggu lepas.

Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding yang dituntut syarikat tersebut iaitu AS$400 juta (RM1.26 bilion).

“Ini bermakna pertikaian berhubung nama iPad dapat diselesaikan dalam cara yang memuaskan (kedua-dua pihak),” kata kenyataan tersebut.

Syarikat sekutu Shenzhen Proview di Taiwan telah mendaftar nama ‘iPad’ di beberapa negara termasuk China sejak awal tahun 2000 sebelum Apple tampil dengan menggunakan nama tersebut.

Seorang peguam syarikat Shenzhen Proview, Xie Xianghui berharap pihaknya dapat memperoleh ganti rugi sebanyak RM1.26 bilion.

Menurutnya, wang tersebut jika diperoleh akan digunakan untuk membayar hutang syarikat. – AFP

Pelik : Air Tasik Berwarna Pink Di Senegal

Tasik Pink atau dikenali sebagai Tasik Retba terletak di utara semenanjung Bab Vert Senegal iaitu di utara timur Dakar.Ia dinamakan sedemikian kerana airnya yang berwarna merah jambu.Fenomena ini disebabkan oleh kombinasi sejenis bakteria iaitu Cyanobacteria yang terdapat di dalam air dengan kepekatan kristal garam yang tinggi.

Warna ini jelas kelihatan semasa musim kering. Tasik juga dikenali untuk kandungan garam yang tinggi, seperti Laut Mati, dan ini membolehkan orang ramai untuk terapung dengan mudah.
Sekali pandang suasanna di sana, seperti macam laut pula. Tapi menurut sumber ia adalah sebuah kawasan tasik yang dikenali sebagai Tasik Retba yang terletak di Senegal, Afrika Barat. Satu fenomena seperti ada peristiwa berdarah yang sedang berlaku di sana.

Sumber: Melayukini

3/07/12

Cacing Lima Inci Hidup Dalam Mata

Seorang lelaki yang mengalami sakit dan gatal di bahagian mata terkejut selepas mendapati keadaan berkenaan berlaku akibat seekor cacing sepanjang lima inci yang hidup di sebalik bola matanya.

Keadaan itu disedarinya selepas doktor membuat pemeriksaan mata.

PK Krishnamurthy, 75, yang juga seorang pesara dari Mumbai sebelum ini berulang kali ke hospital selepas mendapati matanya sakit dan tidak selesa.

Doktor kemudiannya memberikan ubat, namun dia masih terus dilanda kesakitan.

Susulan itu, doktor memutuskan untuk membuat pemeriksaan lanjut dan alangkah terkejutnya mereka apabila menemui cacing di dalam matanya itu.

Cacing itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan dalam satu pembedahan kecil, semalam.

Menurut pakar mata di Hospital Fortis, Dr V Seetharaman, Krishnamurthy bernasib baik kerana cacing itu dikesan dan dikeluarkan dengan segera.

“Simptom kesakitan pada bahagian matanya telah hilang dan dia amat bertuah kerana cacing itu hanya berada di bahagian mata.

“Jika ia memasuki bahagian otak pesakit, maka ia akan menyebabkan masalah neurologikal yang amat besar kepada Krishnamurthy,’’ katanya.

Setakat ini doktor masih belum mendapat jawapan bagaimana cacing berkenaan boleh berada di dalam mata pesara berkenaan.

“Cacing itu berjaya memasuki saluran darahnya dan membesar di dalam badan manusia. Ia telah dihantar ke makmal untuk kajian ,’’ kata Dr V Seetharaman.

Dalam pada itu, Krishnamurthy gembira kerana penyakitnya itu dapat dikesan lebih awal.

Sumber: Melayukini
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat