Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

Degoo Cloud Free 100GB

100 GB Free Backup

17/12/11

Amaran Anwar: M'sia bertambah miskin 2020

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran bahawa Malaysia akan bertambah miskin pada 2020, dengan tambahan 1.7 juta rakyat berpendapatan bawah RM1,500, bawah Program Tranformasi Ekonomi (ETP).

Dakwanya, idea yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga akan melebarkan jurang pendapatan masyarakat berdasarkan unjuran ETP.

Penasihat ekonomi Selangor itu berkata demikian dalam ucap utamanya dalam majlis makan malam anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi.

Anwar (atas) yang juga bekas menteri kewangan mempersoalkan andaian penting ETP bahawa rakyat Malaysia akan mendapat pendapatan negara kasar (GNI) per kapita sebanyak RM RM48,000 pada tahun 2020, iaitu:

Pertambahan 3.6 peratus pendapatan tahunan dijangka dari 2010 hingga 2020 terlalu optimis kerana peningkatan purata cuma 2.6 peratus setahun dalam tempoh sepuluh tahun, berdasarkan Kementerian Sumber Manusia.

Peningkatan pendapatan sebenar daripada 1984 sehingga 1997 dalam bidang pengilangan dan peladangan hanya masing-masin 2.3 dan 2.8 peratus, menurut Bank Pembangunan Asia.

15/12/11

MURTAD Mengikut Pandangan Ulama

MURTAD Mengikut Pandangan Ulama.

Oleh Dr Zakaria @ Mahmod bin Daud, KIAS Disediakan oleh : Markaz Perjuangan Islam
Pendahuluan

Akhir-akhir ini isu murtad menjadi satu isu hangat diperkatakan oleh masyarakat Islam di mana-mana sahaja, ia ada disiar dalam akhbar-akhbar, majalah-majalah dan disebut dalam ceramah-ceramah bahkan ada kes-kes tertentu diangkat ke mahkamah.

Selain itu pengikut- pengikut kumpulan ajaran sesat ada di seluruh Malaysia dan mereka menghayati ajaran itu samada terang-terangan atau secara senyap-senyap seperti pengikut ajaran Ayah Pin, Anti Hadis dan lain- lain.

Selain itu, mungkin ramai dari umat Islam di Malaysia tidak mengetahui apa sebenarnya murtad sehingga ada yang menganggap murtad hanya terjadi apabila seseorang itu menukar agama, masuk agama Kristian, agama Hindu dan sebagainya.

Manakala yang mengamalkan ajaran- ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin, Hassan Anak Harimau dan lain-lain tidak dianggap murtad. Perkara ini tidak dianggap sensitif, yang dianggap sensitif hanya yang masuk Kristian, Hindu, Budha dan agama-agama lain. Kertas ini penulis akan mengulas mengenai murtad secara lebih luas mengikut pandangan ulama' Islam.

Definisi Murtad.

Murtad dari segi bahasa bermaksud "Kembali". Manakala dari segi istilah ia bermaksud meninggal atau keluar dari agama Islam dan memeluk mana-mana agama atau mana-mana aqidah lain atau mana-mana ajaran sesat dan menyeleweng samada dengan melalui perkataan atau melalui perbuatan atau apa-apa iktiqad, kepercayaan dan keyakinan hati.

Murtad atau keluar dari agama Islam merupakan satu jenayah besar dalam Islam; Ia dianggap kufur yang paling jijik dan keji, malah lebih keji dari kufur biasa, kerana orang murtad dianggap menghina Islam, menghina Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Sebab itu, orang murtad mesti dijatuhkan hukuman bunuh setelah disuruh bertaubat beberpa kali sedangkan dia tetap tidak mahu bertaubat.

Allah berfirman, ertinya : Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam) lalu dia mati, sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosaklah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama- lamanya) . (surah al-Baqarah : 217) Rasulullah bersabda, ertinya : Sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya. (Hadis riwayat al- Bukhari)

Perkara-perkara yang Boleh Menjadi Murtad.

Mengikut Islam, murtad boleh terjadi dengan melalui salah satu dari tiga perkara berikut; melalui perkataan, ucapan dan kata-kata, melalui perbuatan atau tingkah laku dan melalui iktiqad, kepercayaan dan keyakinan dalam hati atau niat. Di bawah ini akan dijelaskan sebab- sebab tersebut.

a) Melalui Perkataan / Ucapan dan Kata- kata. Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata- kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip- prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan nabi-nabi lain, menghina Allah S.W.T. dan sebagainya, atau seseorang itu mengingkari wajib mengeluarkan zakat, wajib puasa, wajib sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain, atau dia berkata minum arak tidak haram, berzina harus, apatah lagi kalau suka sama suka, riba' diharuskan (tidak haram), dikatakan al-Quran bukan kalam Allah atau kata-kata yang merendahkan dan menghina Sunnah Rasulullah, umpamanya apabila diterang kepadanya bahawa mengerat kuku adalah Sunnah Rasulullah S.A.W.

Apabila dia mendengar kata-kata itu, dia menjawab, "aku tidak akan kerat kuku, walaupun ia Sunnah Rasulullah (dengan niat mahu menghina sunnah tersebut)". Atau dia berkata, "sekiranya Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. menyuruh aku kerjakan anu-anu, aku tidak akan melakukannya" . Atau dia berkata, "Aku tidak tahu adakah nabi itu manusia atau jin". Atau pun dia berkata, "Aku tidak tahu apa itu iman". Semua kata-kata di atas adalah ucapan yang menghina / mengejek ajaran Islam, maka dengan kata-kata sedemikian seseorang itu boleh menjadi murtad.

Begitu juga seseorang yang zalim, apabila dia mendengar orang yang dizaliminya berkata, "Ini, (kezaliman yang dilakukan ke atasnya) adalah ketetapan Allah dan takdir Tuhan", maka orang zalim tadi sebaik sahaja mendengar kata-kata di atas dia terus berkata dengan sombong,"Aku lakukan itu bukan dengan takdir Allah S.W.T. tetapi dengan kuasa yang ada padaku" , maka kata-kata orang zalim sedemikian itu boleh menjadi murtad.

Begitu juga kalau seseorang Islam menghalalkan hukum yang haram oleh Allah dan RasulNya atau sebaliknya mengharamkan sesuatu yang halal yang telah disepakati oleh para ulama' tetang halal atau haramnya perkara itu seperti dia menghalalkan zina, menghalalkan liwat, menghalalkan minum arak, atau mengharamkan perkahwinan, mengharamkan jual beli dan seterusnya. Maka sikap sedemikian boleh menjadi murtad.

Dalam buku Mustika Hadis, ada menyebut beberapa contoh kata- kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu: Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :

• Hukum apa ini ? • Hukum ini sudah lapuk. • Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan. • Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong). • Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya? • Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya. • Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya. • Kalau hendak sangat menurut hukum- hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju. • Seseorang berkata," Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan). • Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah. • Membaca ayat- ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama- nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkann ya. Ungkapan yang disebut di atas adalah beberapa contoh kata-kata yang boleh menjadi murtad.

Nasib Anwar diketahui 9 Jan

Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berpanjangan sehingga 2012 apabila keputusan ditetapkan untuk disampaikan pada 9 Januari.

"Saya akan sampaikan penghakiman pada 9 Januari," kata hakim Mohamad Abidin Mohd Diah hari ini selepas penggulungan penghujahan kedua-dia pihak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perbicaraan itu ditutup selepas 87 hari pendengaran bulan lalu, selepas bermula hampir dua tahun lalu.

Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Anwar: Saya akan berjuang walau dari penjara

Tiga minggu sebelum keputusan disampaikan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berikrar untuk merperjuangkan keadilan walaupun mungkin beliau didapati bersalah atas tuduhan melakukan liwat.

Bercakap kepada pemberita selepas hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari untuk menyampaikan keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah ketetapan hatinya.

Beliau akan terus menguatkan kesatuan pembangkang untuk melakukan reformasi dan perkara itu tidak sukar walaupun beliau mungkin berada dalam penjara, katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menegaskan bahawa tuduhan meliwat pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan "tidak harus diutamakan", Anwar bagaimanapun mempunyai persoalan tentang tarikh keputusan itu akan disampaikan.

Beliau membangkitkan sama ada tarikh 9 Januari itu akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum berlangsung.

Menjelang keputusan yang ditunggu-tunggu itu, banyak pihak percaya bahawa keadaan tidak memihak kepada ketua pembangkang itu.

Akhbar The Guardian United Kingdom, dalam kolumnya penolong editornya Simon Tidall semalam dilaporkan berkata,"tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.

14/12/11

Panel khas SPRM bincang kes Taib Mahmud

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Panel Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan mesyuarat khas tidak lama lagi, bagi membincangkan desakan dari 13 NGO supaya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, mesyuarat tersebut dijangka akan diadakan dalam masa terdekat sebaik sahaja Pengerusi AJK Panel itu, Datuk Radzi Sheikh Ahmad dimaklumkan mengenainya.

Menurutnya, permintaan agar diadakan mesyuarat tersebut akan dibuat oleh beliau sendiri kepada Radzi atas kapasitinya selaku salah seorang AJK Panel tersebut.

Katanya, tujuan mesyuarat itu diadakan adalah untuk membincangkan tindakan sewajarnya yang patut diambil oleh panel tersebut berhubung laporan berkenaan.

"Saya akan maklumkan perkara ini kepada Datuk Radzi nanti untuk meminta beliau memanggil mesyuarat khas AJK Panel Khas SPRM, bagi meminta SPRM menerangkan kepada kami mengenai laporan itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan, termasuk salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.

Antara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser (BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern.

Mereka telah mengemukakan surat bertarikh semalam kepada Kerajaan Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi konflik kepentingan dan sebagainya.

Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.

"Kami memohon pendakwa utama Malaysia pada kadar segera menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, empat anaknya, lapan adik-beradiknya dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi," kata NGO itu dalam surat mereka.

Selain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib.

Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud dan Raziah Mahmud.

Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan individu dari Malaysia.

Menurut Salahuddin, kes tersebut merupakan sesuatu yang amat serius dan pihaknya amat perlu mendapatkan keterangan lanjut dari SPRM dengan segera sama ada benar telah menerima laporan tersebut atau sebaliknya.

"Sekiranya SPRM memang telah menerima laporan itu, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan oleh SPRM bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil ke atas pihak-pihak terbabit," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Laman lawak antarabangsa perlekeh Rosmah

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berbuat sesuatu untuk menghentikan dirinya dari terus dipermainkan akibat dari karenah isteri beliau.

Terbaru, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor telah dipermainkan dalam laman lawak antarabangsa terkenal, 9gag.com dengan tajuk "Prime Minister's wife".

"Rosmah telah didakwa membelanjakan US$203,150 wang awam untuk membeli bag tangan.

Tetapi menjelaskan telah menyimpan wang sejak berumur 5 tahun."

(Spent US$203,150 public funds on handbag, Claim to saved money since 5 years old).

Yang menariknya, selepas ia dinaikkan 21 jam, sudah 112 komen diberikan manakala 2,275 pelayar telah menandakan 'like' kepada gambar yang memalukan ini.
Komen -komen pula bukannya datang dari Malaysia sahaja tetapi juga luar negara khasnya negara jiran, Singapura.

Komen pertama datangnya dari Chua Chem Fei, Nanyang Technological University yang berharap 'seluruh dunia tahu betapa teruknya 'this fat lady'.

Selain itu, ramai juga komen-komen yang dibuat oleh pelayar laman ini dari Malaysia.

"$9 a day since 5 years old. That's kinda like RM30 per day..i gues she really liked the bag..lol." tulis Faiz Mohamad Nor dari UTP.

Pendek kata, komen-komen yang diberikan dalam laman sangat memalukan Najib dan negara apatah lagi ia dibuat di peringkat antarabangsa dan oleh laman web antarabangsa.

Guardian UK ramal Anwar akan didapati bersalah


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi amaran amaran bahawa keputusan 'bersalah' yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbicaraan liwat II akan menjejaskan reputasi Malaysia dari segi demokrasi.
Akhbar The Guardian dari United Kingdom, dalam kolumnya hari ini oleh penolong editor Simon Tidall, berkata orang yang harus dipersalahkan jika keputusan bersalah dijatuhkan adalah Najib.
Menurut Tidall bahawa "tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.
Sambil membidas apa yang didakwanya sebagai "kecenderungan kuku besi" Najib dan usahanya "menakut-nakutkan rakyat secara terang-terangan", kolumnis hal ehwal luar negera itu menggesa sekutu barat di Malaysia, untuk "melihat dengan lebih dekat gelagat rakan mereka itu".
"Malaysia adalah rakan dagang yang penting, rakan pengawalan senjata dan juga anggota sekutu gabungan Afghanistan. Tetapi rekod hak asasi manusia kerajaannya dan amalan demokrasi negara itu perlu diberi lebih penelitian ...
"Apabila pengalaman pahit Anwar menghampiri kemuncaknya, nampaknya tidak mungkin bahawa penanda aras ini akan dipenuhi. Persoalan seterusnya ialah: apa yang akan rakyat Malaysia dan rakan-rakan mereka lakukan?”
Menurut Tidall, dakwaan liwat yang dilemparkan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih lima negeri pada pilihan raya umum 2008, "seolah-olah bukan suatu kebetulan".
"Sebagai pemimpin berkarisma pakatan pembangkang, Anwar merupakan cabaran terbesar bagi Najib untuk terus berkuasa," katanya.

Cadangan akta komputer tak mesra pasaran'

Cadangan kerajaan untuk memperkenalkan Akta Lembaga Jurukomputer Profesional 2011 (CPB2011) harus ditarik balik dengan segera kerana tidak mesra pasaran, kata Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS).
Eksekutif kanannya Medecci Lineil berkata, campurtangan kerajaan untuk mengawalselia teknologi maklumat (IT) adalah langkah ke belakang dan dikecam usahawan dalam bidangnya.
azlan"Industri IT adalah terlalu luas. Percubaan untuk mengawalselia industri ini ialah satu tindakan yang mustahil," kata Medecci.
Dalam kenyataannya semalam, Medecci berkata, sifat rigid dan tidak mesra pasaran itu dilihat dalam seksyen 19 yang didakwa menunjukkan seolah-olah keunikan pengusaha dan petugas industri IT tidak diiktiraf kerajaan.
"Profesion jurukomputer adalah bersifat subjektif dan ia tertakluk kepada kebolehan individu,' katanya.
"Ada yang memasuki industri berkenaan tetapi tidak mempunyai sijil tertentu kerana ilmu IT boleh diperoleh melalui pengalaman, kemahiran semulajadi, hobi sampingan dan sebagainya."
Tak mampu beri akreditasi
Menurut Medecci lagi, kawalselia terhadap profesion jurukomputer hanya akan menjejaskan kedinamikan industri itu dan selagi gus merugikan negara.
"Sebaliknya, untuk memastikan para pengguna menerima produk perkhidmatan yang selamat dan berkualiti, tidak ada 'pengawal' yang lebih baik daripada persaingan dalam pasaran terbuka.
azlan"Pengguna sendiri boleh menentukan kualiti dan tahap kompetensi seseorang jurukomputer, dan pengguna mempunyai pilihan siapa yang mereka mahu gunakan," katanya sambil menegaskan kepentingan suasana persaingan yang efektif.
Mengambil contoh pengalaman semasa, Medecci berkata badan seperti Oracle, Sun dan Microsoft boleh menetapkan kod etika dan akreditasi untuk mengawal sendiri (self-regulate) industri mereka.
Dan ia, tambahnya, lebih mampu menyediakan peluang kepada pihak yang serius mendapatkan tauliah, sekali gus meningkatkan kebolehan jurukomputer dalam industri IT.
"Kerajaan sebenarnya tidak mempunyai keupayaan untuk memberikan akreditasi kepada seseorang jurukomputer kerana industri ini sentiasa mengalami proses perubahan melalui inovasi," katanya.
IDEAS merupakan badan yang mendokong fahaman liberal dalam ekonomi dan bertindak mempromosi penyelesaian pasaran untuk dasar-dasar awam.
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat