Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

30/07/11

Tazkirah ringkas : Larangan Menyokong Puak Yang Mungkar -UMNO

Firman Allah dalam Surah al-`An`am, ayat 68 :
Maksudnya : Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).


Kata al-Qadi Abu Bakr Ibn al-`Arabi: “Ayat ini adalah dalil bahawa tidak dihalalkan duduk bersama ahli mungkar”


Duduk bersama golongan munkar tidak dibenarkan apatah lagi menyokong, membantu dan menolongnya.


Firman Allah dalam Surah an-Nisa` ayat 140:
Maksudnya:Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.





Kata al-Imam al-Qurtubi dalam menafsirkan ayat ini: “Ayat ini menjadi dalil wajibnya menjauhi ahli maksiat apabila jelas kemungkaran mereka. Ini kerana sesiapa yang tidak menjauhi mereka bererti redha dengan perbuatan mereka.”
Katanya lagi: “Firman Allah إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ (kalau demikian, kamu sama seperti mereka) sesiapa yang duduk dalam majlis maksiat (menderhakai Allah) dan tidak membantahi mereka maka dia menanggung dosa yang sama seperti mereka.



Maka hendaklah dia membantah mereka sekiranya mereka bercakap dan melakukan maksiat. Sekiranya dia tidak mampu untuk membantahi mereka maka hendaklah dia meninggalkan mereka supaya tidak termasuk dalam golongan yang disebut dalam ayat ini


Sesiapa yang terus menyokong golongan atau pemimpin yang melakukan kejahatan dan kezaliman serta MEMPERMAINKAN ayat-ayat Allah, maka sesungguh dia sama-sama menanggung DOSA dengan pemimpin tersebut. Mungkin dia berkata, saya tidak menzalimi orang lain, atau MEMPERSENDAKAN agama tetapi sekadar menjadi ahli biasa parti sahaja, sedangkan pemimpinnya zalim dan jahat maka dia turut menanggung dosa.


Contoh MEMPERMAINKAN/MEMPERSENDAKAN agama seperti :


(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitive
(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan


"Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat". (Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).


Dan banyak lagi contoh2 mempersendakan hukum Islam dan sunnah nabi yang sama dgnnya yg pernah diucap juga digambarkan melalui perbuatan yang sebenarnya ini boleh merosakkan akidah Islam (MURTAD).


Sebagaimana Didalam kitab “nawaqid Al-Islam” karangan Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, merupakan bekas mufti kerajaan Saudi Arabia:


“barangsiapa marah akan sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah SAW, walaupun dia beramal dengannya, maka dia adalah kafir. Ini disandarkan kepada firman Allah “Yang demikian itu adalah karena Sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka” (Surah Muhammad : 9)” (nawaqid Al-Islam : m.s 3)


“barangsiapa yang mempermain-mainkan (mempersenda-sendakan) sedikit dari agama Rasulullah SAW, atau dari pahalanya atau dari azabnya, maka telah kafirlah ia. Dan dalilnya adalah firman Allah : Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman” (Surah At-Taubah : 65-66)” (Nawaqid Al-Islam : m.s 3)


“barangsiapa beri’tiqad bahawa sesungguhnya setengah manusia mempunyai ruang untuk keluar dari Syariah Muhammad SAW, maka dia adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah : “barangsiapa yang mencari lain dari islam sebagai agama, maka tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat daripada kalangan orang-orang yang rugi” (Surah Al-Imran : 85)” (Nawaqid Al-Islam : m.s 3)”


Sebagaimana yg kita maklum, Aqidah Islam boleh terbatal sama ada melalui kata-kata, perbuatan atau iktikad (hati). Maka bila terlanjur (secara jahil atau senganja) sebagaimana MEMPERSENDAKAN AGAMA seperti diatas maka dinasihati untuk bertaubat kepada Allah yg Maha Pengampun selepas mengetahui ianya amat jelas merosakkan aqidah Islam jika masih mempertahankan kejahilan boleh membawa kepada MURTAD.


Sebagaimana pendapat Al-Imam Al-Qadhi ‘Ali bin ‘Ali menyatakan, “tidak ada khilaf diantara orang-orang islam, bahawa sekiranya seorang lelaki yang telah menzahirkan keingkarannya terhadap perkara wajib yang zahir dan mutawatir, dan perkara haram yang zahir dan mutawatir dan seumpama dengannya, maka hendaklah disuruh dia bertaubat. Jika dia bertaubat, (maka terimalah taubatnya), sekiranya mereka tidak (bertaubat), maka hendaklah dibunuh disebabkan mereka adalah KAFIR DAN MURTAD” (Muhazzab Syarh Al-Aqidah At-Tahawiyyah : m.s 232)


Firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 66-67
Maksudnya : Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.


Demikianlah halnya ahli neraka yang dahulu menjadi pengikut setia para pemimpin yang melanggari ajaran Allah dan RasulNya. Mereka yang taat dan terus setia sehingga akhirnya mereka dihumbankan ke dalam neraka.


Firman Allah dalam Surah Hud ayat 113:
Maksudnya:Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

29/07/11

Umno terang-terang menolak hukum ALLAH

Umno terang-terang menolak hukum allah.....


Didalam firmannya


Al-nahli di pertengahan ayat 89
……Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan/mengajar tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk…….


Mengapakah umno masih menolak firman allah dengan perlaksanaan dasar secular(yg memisahkan politik dari agama)…..lihat di pertengahan ayat diatas bermaksud


Kami turunkan al-quran untuk mengajarmu segala sesuatu(social, ekonomi, politik)
Cara “bersosial” diajar oleh islam….bukan mahram tidak boleh bergaul bebas
Cara menguruskan “ekonomi”....zakat harta, zakat fitrah bersedekah dan lain2 lagi
Cara “ibadah”.....solat, puasa, zakat, haji dan lain2 cara ibadah
Cara ber-politik/memerintah….letak syariat(suruhan) allah pada undang2 tertinggi seperti rasul’h lakukan dalam “Piagam Madinah”


Umno menipu rakyat dengan kenyataan M’sia adalah Negara islam


Bukti2 M’sia bukan negara islam
Undang2 malaysia dilaksanakan oleh kerajaan pusat/umno/BN bagi penzina
Hukum penzina dijalankan di-malaysia adalah penjara 2 bulan dan denda RM5000


Mari kita lihat apa allah pesan dlm firmanya mengenai hukuman terhadap penzina


An-nur ayat 2:-
Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat ; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benarlah kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat ; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka oleh sekumpulan daripada orang-orang yang beriman.”





Kita perhatikan betul ayat diatas....ada allah sebut hukum penjara & denda RM5000 terhadap penzina?
Takder kan....
sudah jelas kamu umno(kerajaan pusat)menolak hukum allah...

Adakah umno sama dengan yahudi…mari kita kaji pendapat ini…..
UMNO=YAHUDI


Al-Baqarah ayat 85
Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.


Sekular/umno mengambil sebahagian Islam apa yang menepati kehendak nafsunya dan menolak perkara yang bertentangan dengan nafsunya...= yahudi beriman(patuh) dengan sebahagian kitab taurat dan kufur/tolak dengan sebahagian yang lain sebagaimana yang telah dilakukan oleh bani israel pada zaman dahulu…..


mereka umno melakukan
<>ibadah solat bagi menepati sebahagian syariah allah...
<>taat beriman kepada suruhan allah untuk melakukan ibadat seperti solat puasa, haji zakat dan lain ibadah…
<>tetapi dalam masa yg sama ingkar pada syariat allah yg lain seperti tidak menghukum penzina dng hukuman yg telah ditetapkan allah.
<>bukankah mendenda RM5000 dan hukuman penjara tidak dinyatakan dlm al-quran hukuman tersebut….
<>mengapa mereka umno sebagai org islam menerima pakai undang2 (penjara & denda)
<>sudah nyata melanggar perintah allah….


ini bermakna mereka beriman/patut pada sebahagian ayat al-quran---solat dan haji
dan pada masa yg sama menolak sebahagian ayat al-quran yg lain---hudud & qisas
sama seperti yahudi menolak sebahgian kitab taurat, dan beriman pada sebahagian yg lain


umno seperti:-
1.patuh pada suruhan allah untuk beribadat, maka mereka itu mendirikan solat puasa haji zakat
2.ingkar pada suruhan allah yg lain, seperti tidak menghukum penzina dng hukum allah (hudud)...


maka jadilah kamu sama seperti yahudi.....rujuk al baqarah- ayat 85
Aku tak kater pun....tapi Allah yang kater dalam firman nya di atas...kalo tak mau terima, jadi kafir lah kamu....Aku tak rugi aper2....tak percaya boleh rujuk sendiri tafsir al-quran kat umah sendiri...


Adakah benar….
UMNO= KAFIR


Al-maidaah di akhir ayat 44
.......dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.


Allah menyatakan dalam firman diatas barang sesiapa yg menolak hukuman allah, maka jadi kafir lah orang tersebut...kerajaan pusat umno(BN) menolak hukuman sebat ke atas penzina dan digantikan hukuman penjara dan denda RM5000…ini sudah jelas umno menolak hukum allah dan maka jadi kafirlah mereka yg menolak ketentuan allah….


Adakah benar…..
UMNO = MAHAZALIM


Al-maidah di akhir ayat 45
……dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


akta ISA:-
1.akta yang membolehkan ditahan/dipenjara/dikurung tanpa perbicaraan yg adil terhadap petuduh…
2.alasan seseorang patut ditahan kerana individu terbabit mempunyai potensi menggugat keselamatan Negara tanpa dibicarakan…
3.bertahun-tahun mereka dipenjarakan tanpa dibuktikan kesalahan mereka melalui perbicaraan di makamah ….individu tersebut tidak diberi peluang membela dirinya sendiri…ianya amat zalim…..


sila tunjukkan satu dalil al-quran menyatakan barang sesiapa yg disyaki berpontensi menggugat keselamatan Negara wajib/boleh ditahan tanpa bicara seperti akta ISA…..


maka, benarlah firman allah menyatakan
barang sesiapa menolak hukum allah maka samalah mereka dengan org2 yg zalim…


MENOLAK AL-QURAN = MURTAD
Muhammad ayat 9:-
Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.


Lihat ayat diatas….
barang siapa yg TIDAK SUKA / TIDAK MELAKSANAKAN / RAGU2 / ANGGAP TIDAK BERTAMADUN terhadap syariat dan suruhan allah didalam al-quran maka
<>segala amalan pahala-pahalanya yg dikerjakan akan ditolak(terhapus)…MURTAD...
<>mengucap balik, masuk islam semula, start dari zero(mula) sebagai seorang muslim….ganjaran pahala yg dahulu dikerjakan akan terhapus…


Barang sesiapa yg menolak hukum allah, maka ia telah tergolong dalam orang2 yg zalim….macam umno melaksakan ISA….zalim lah tu…


An-nur di akhir ayat 63
Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.


Barang sesiapa yg ingkar perintahnya maka…..dua perkara allah sediakan pada peng-ingkar tersebut


1.BALA bencana adalah:-
<> fitnah barleluasa---merujuk pada kes sayfool…menolak dibicarakan di bawah hukum kazaf….sayfool harus bawak 4 org saksi….
<>keruntuhan perpaduan---org islam(melayu) saling tuduh menuduh antara satu sama lain akan kesesatan masing2….tetapi kita rujuk kembali pada al-quran baru kita melihat siapa yg sesat…
<>mencuri/rasuah---boleh kena kerat tangan jika mencuri wang seseorang dan wang rakyat…ada hudud baru takut puak2 rasuah ni nak seleweng wang rakyat…saper amik hak rakyat potong tangan jadi kudung sebagai peringatan bendung gejala rasuah…
2.AZAB siksa di akhirat bagi yg menolak ajaran/firman allah walaupun satu potong ayat al quran….

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat