Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

9/10/11

PAS cadang lantik Harussani 'pemerhati' hudud

PAS Perak mencadangkan mufti negeri itu Tan Sri Harussani Zakaria sebagai "pemerhati" bagi pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Timbalan Ketua Pemudanya Dr Raja Ahmad Al-Hiss (kanan) berkata, cadangan itu dibuat kerana mereka amat bersetuju dengan nasihat Harussani kepada perdana menteri supaya membenarkan undang-undang itu dilaksanakan.

"Kami juga mencadangkan agar kerajaan negeri Kelantan melantik Tan Sri Harussani sebagai pemerhati bagi pelaksanaan hukum hudud tersebut.
"Malah kami yakin pandangan Tan Sri Harussani terhadap hukum hudud di Kelantan sudah tentunya ia sepertimana yang dijelaskan dalam Al-Quran itu sendiri," kata Dr Raja Ahmad yang juga naib ketua Pemuda PAS di peringkat pusat. Harussani (bawah) pada 6 Oktober lalu dilapor menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membenarkan hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai “percubaan” dan memberi peluang pada undang-undang yang digubal pada tahun 1993 itu. Katanya, oleh kerana Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri sudah mengaku bersedia, beliau menyokongnya dan menasihatkan prosedur pelaksanaannya supaya lengkap.
Lagi pun, tindakan pusat melarangnya juga akan menyebabkan kemarahan orang ramai, katanya kepada sebuah portal berita.
Dalam kenyataannya hari ini, Dr Raja Ahmad berkata, pihaknya bersedia mengadakan pertemuan Harussani demi menjayakan perlaksanaan hudud.
"Malah kami tekankan sekali lagi bahawa kami sanggup bekerjasama dengan siapa sahaja asalkan untuk menjayakan perlaksanan Islam dan bukan seperti Umno yang bertarik tali dengan MCA di dalam isu Hukum Hudud ini," katanya.
Harussani sebelum ini mencetuskan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat ekoran berusaha mewujudkan kerajaan perpaduan PAS-Umno di Perak selepas pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat