Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

13/10/11

Bob Lokman enggan hadir siasatan JAIS

Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman berkeras tidak akan hadir memberikan keterangan pada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menahannya kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

"Buat apa saya hendak hadir, tidak ada kepentingan untuk Islam," katanya yang kini bergiat aktif bersama parti Islam PAS.

Penulis lirik berhantu "Isabella" itu berkata, ekoran pendiriannya itu, beliau sanggup menghadapi sebarang tindakan, termasuk kemungkinan menghadapi waran tangkap daripada mahkamah.

"Nak tangkap, tangkaplah. Saya tidak akan hadir. Sifat (JAIS) begini bukan hendak jaga keharmonian agama," katanya sambil memberitahu hanya berserah pada Allah.

Pengarah JAIS Marzuki Hussin hari ini dilaporkan berkata, jabatan itu akan memohon waran tangkap terhadap Bob yang disifatkannya "berdegil" tidak hadir memberikan keterangan setelah diarahkan berbuat demikian pada 11 Oktober. Kegagalan itu membolehkannya dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

'Tunjuk kuasa'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Bob mendakwa penahanannya di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu hanya "menunjukkan kuasa" dan tidak boleh diterima.

Malah, dakwanya, terhadap juga seorang pegawai agama yang terlibat dalam serbuan itu turut membuat provokasi terhadapnya dengan "menghina" dan "mengejek" penyokong PAS.

Ditanya tindakan lanjutkan ekoran perkembangan terkini itu, Bob berkata beliau hanya "tunggu dan lihat" dan belum melantik mana-mana peguam untuk membantunya.

"Saya tidak ada duit hendak lantik peguam," tambahnya lagi.

Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ditahan bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Februari lalu, Bob mengejutkan banyak pihak dengan berkempen membantu calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau dan terus aktif berceramah dengan pembangkang.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat