Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

8/10/11

Bajet 'one-off' p'raya, kata MP Pakatan

Pembangkang membidas bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kerana membelanjakan wang yang kerajaan tidak ada, sambil memberikan kebebasan kepada pemain besar tempatan dan antarabangsa untuk memonopoli perniagaan.

mtuc cawp water tariff pc 171006 charles santiagoCharles Santiago (DAP-Klang) berkata ini adalah bajet "one-off" pilihan raya yang berdasarkan 'gula-gula' yang dijanjikan kepada pelbagai orang - dari sekolah swasta dan sekolah awam, sehingga kepada pesara dan kakitangan awam. "Ini tidak boleh diulangi lagi. Perkara "one-off" ini jelas untuk merasuah rakyat supaya mengundi BN," katanya ketika ditemui di luar Parlimen selepas Najib membentangkan Bajet 2012 semalam. Menurut Santiago, bajet tahun depan memberi terlalu banyak kelonggaran untuk syarikat-syarikat ternama - terutama syarikat antarabangsa - untuk menubuhkan kedai bebas cukai, manakala kelas menengah membayar apa yang dijanji kerajaan, tanpa mendapat apa-apa pulangan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa bidang terbesar yang menjadi kebimbangan ialah liberalisasi 17 sektor, termasuk penjagaan kesihatan dan perkhidmatan perundangan.

Syarikat-syarikat tempatan, tegasnya, akan menghadapi cabaran besar untuk bersaing dengan syarikat-syarikat multinasional yang lebih besar.

Menurut Santiago, ini adalah kesan langsung daripada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang ditandatangani oleh Malaysia, yang membolehkan pemilihan 100 peratus kepada syarikat-syarikat asing dalam perniagaan yang ditubuhkan di negara ini.

Kesan daripadanya, tegas beliau, pertama rakyat Malaysia akan ke luar negara untuk menubuhkan syarikat dan kembali untuk menubuhkan perniagaan di sini untuk mengambil kesempatan daripada pengecualian cukai tersebut.

Lebih penting lagi, tambahnya, industri kecil dan sederhana akan terjejas kerana peniaga besar berkenaan akan datang dengan kilang, hospital, proses pengeluaran dan perkhidmatan mereka, termasuk peguam, dan mereka akan menelan peniaga kecil.

Menurutnya lagi, dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan dibuka, tanpa apa-apa sokongan untuk rakyat Malaysia, apa yang berlaku seterusnya ialah skim insurans penjagaan nasional akan dilaksanakan.

Katanya, ini bermakna ia menyediakan landasan bagi pelaksanaan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan skim insurans kesihatan nasional.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat