Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

14/10/11

Adakah Malaysiakini dijual pada Umno?

Apabila kami melancarkan Malaysiakini 11 tahun lalu, kami sedar bahawa sukar untuk laman web yang masih bertatih untuk memberikan sebarang kesan politik. Pengguna Internet masih sedikit, malah modem 56k ketika itu juga tidak membantu.

Kami salah.

Memberikan dampak politik kerja mudah. Hanya segelintir wartawan pada masa itu berani bertegas terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali gus menjadikan kami menonjol.

Bahagian yang sukar untuk memastikan kewangan Malaysiakini selesa. Apabila fenomena dot.com tiba - dua tahun selepas kami beroperasi - hakikat ini terngiang-ngiang di telinga: Malaysiakini tidak dapat bergantung kepada iklan semata-mata.

Keputusan untuk memperkenalkan langganan sukar dibuat. Semua orang berkata kami akan gagal. Benar, siapa sanggup membayar untuk kandunagn Internet? Kami keseorangan. Tiada yang akan menghulur tangan. Kami harus membina teknologi pembayaran dari kosong.

Tetapi kami tiada pilihan. Pada 16 Ogos 2002 - hari pertama langganan diperkenal - kami menulis rayuan ini:

"Tiada laman berita dalam talian terbukti bertahan. Yang paling berjaya laman pelengkap kepada versi cetak, yang mendukungnya. Hanya sedikit benar-benar berbentuk dalam talian. Sebahagian besarnya masih di awan mendung.

"Perkara itu mengasak kita menghadapi keadaan Hobson's choice atau pilihan tunggal: Kunci laman ini dan mungkin hilang pembaca - dan masih tiada jaminan bertahan - atau terus pastikan Malaysiakini boleh dilayari secara percuma sehingga merempuh jalan mati.

"Wartawan di Malaysiakini sudah membuat pilihan. Seterusnya kami kini serahkan kepada pembaca untuk membuat pilihan mereka.

Dan pembaca yang budiman membuat pilihan. Ramai mendukung Malaysiakini mendermakan sejumlah kecil wang setiap bulan untuk membolehkan kami terus membuat liputan - dengan cara runcitan tetapi berpengaruh - huru-hara yang mengambil tempat dalam negara.

Berdepan gergasi sejagat

Kandungan bukan segala-galanya. Tetapi teknologi.

Pembekal maklumat - akhbar, televisyen dan stesen radio - menghadapi masalah di merata-rata. Hanya syarikat telekomunikasi dan teknologi meraih ganjaran dari Internet.

Apabila pengiklanan dalam talian mula rancak, ruang maya menyediakan cabaran amat berbeza kepada pembekal maklumat.

Pengiklan tidak lagi bergantung kepada kewartawanan untuk mencuri tumpuan dengan cara yang sama dengan media lama, dan mereka tidak bergantung kepada laman tempatan untuk melaksanakan tugas itu. Pesaing kita untuk lubuk pengiklanan, antara lain, gergasa besar sejagat.



Malah, tiada satu pun daripada empat syarikat dalam talian paling berpengaruh - Google, Microsoft, Facebook dan Yahoo - merupakan syarikat media. Mereka dan 45 lagi menguasai lebih 95 peratus pasaran pengiklanan dalam tarian di seluruh dunia.

Semua di luar lingkaran elit ini menghadapi persaingan sengir untuk sejumlah wang yang relatifnya tidak sebanyak mana. Malaysiakini, sama ada suka atau tidak, berdepan dengan yang seperti Google.

Untuk sekarang, hakikat yang pahit bahawa langganan ialah satu cara - and untuk sekarang, mungkin jalan tunggal - untuk menyokong media bebas.

Ini menjelaskan kenapa, harian bebas berbahasa Cina Merdeka Review, dengan bantuan Malaysiakini, beralih kepada langganan bulan ini. Tanpa langkah ini, Merdeka Review, mahu tidak mahu, terpaksa bergelut untuk terus beroperasi.

Dan untuk memastikan padang permainan sama rata, laman web Malayiakini versi bahasa Cina - yang percuma sejak dilancarkan pada 2005 - juga memulakan langganan.

Pelbagai sumber pendapatan

Kami berulang kali menegaskan - media bebas memerlukan kebebasan kewangan. Elakkan sebarang kesalahan - kita sedang merintis projek untuk memastikan nasib kebebasan media.

Kegagalan kami untuk memastikan model langganan ini berjaya bermakna masa depan media dalam talian bebas makin pudar.

Tetapi untuk menjadi benar-benar bebas, laman berita perlu bergantung kepada pelbagai sumber pendapatan. Untuk itu, Malaysiakini kini mengintai melampaui langganan dan pengiklanan untuk mendanai operasi.

Antara penambahan sumber pendapatan melalui jualan kandungan. Awal tahun ini, kami menandatangani perjanjian dengan Yahoo!, yang mana memberikan kebenaran kepada enjian carian itu memuatkan kembali kandungan Malaysiakini dengan sejumlah bayaran.

Sementara itu, sudah diketahui umum bahawa Malay Mail akan dilancarkan semula sebagai harian pagi dan bukan lagi akhbar percuma edisi petang. Untuk itu, ia mendekati beberapa pemain dunia dalam talian, blog dan agensi berita antarabangsa untuk mendapatkan kandungannya, Malaysiakini tidak terkecuali.

Jadi, ia mengejutkan kami apabila perbincangan tentang kandungan yang ringkas - dan masih jauh untuk sebarang kata sepakat - dipusing oleh beberapa laman berita kepada pertukaran kandungan demi saham.

Biar kami jelaskan - kami tiada sebarang hasrat untuk memiliki sebarang sahan dalam Malay Mail atau menyerahkan pemilikan dalam Malaysiakini.

Bagaimanapun, untuk penggunaan kandungannya - yang membolehkan Malaysiakini terus memberikan perkhidmatan lebih baik dan untuk sampai kepada lebih banyak pembaca - menjadi perniagaan yang baik, dan untuk kewartawanan.

Lebih-lebih lagi, menjual kandungan tidak menjejaskan pendirian editorial kami. Pengguna kandungan kami tiada sebarang suara padanya - ambil atau tinggalkan saja. Mereka juga tidak dibenarkan mengubah kandungan yang disiarkan.

Kami terkejut apabila pesaing dalam talian kami gagal faham bentuk ekonomi ini. Tetapi, sekali lagi, mungkin mereka tidak perlu bimbang masalah wang kerana mendapatnya daripada suatu tempat.

Jadi, adakah Malaysiakini akan dijual kepada Umno? Langkah mayat kami dahulu.

Dan kami katanya ini bukan saja pada Umno, tapi juga MCA, MIC, PAS, PKR dan DAP. Parti politik tiada urusan untuk memiliki media, dan wartawan tiada urusan untuk membuat pernjanjian sebegini dengan ahli politik.

Ini prinsip yang kami sanjung di Malaysiakini, dan secara cermat dan teliti telah melindunginya sejak sedekad lalu. Kami tidak akan mengetepikannya untuk apa pun. Walaupun dengan longgokan wang ringgit.

STEVEN GAN merupakan pengasas bersama dan ketua pengarang kumpulan Malaysiakini.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat