Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

9/10/11

'3 asas negara berkebajikan gagal dilaksana BN'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tidak faham konsep negara berkebajikan yang ingin dibawa PAS apabila mendakwa BN sudah lama melaksanakannya.
Sebaliknya, kata Abdul Hadi, tiga asas utama negara berkebajikan hampir tidak dilakukan BN selama lebih 54 tahun memerintah, termasuklah kewajipan ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman.
"Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah perdana menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.
Selain itu, kata Abdul Hadi (kiri), negara berkebajikan mesti bercirikan kerajaan yang menolong rakyat memerlukan secara adil dan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. Najib kelmarin membidas pihak tertentu yang menguar-uarkan konsep negara kebajikan supaya tidak berlagak seolah-olah orang pertama yang menemui formula itu kerana BN didakwa sudah lama mengamalkannya.
Perdana menteri dan menteri kewangan berkata, pendekatan itu sudah dilaksanakan BN, melalui pemberian subsidi barang makanan keperluan asas yang menelan belanja RM2.3 bilion.
Walaupun Najib (bawah) tidak menyebut secara langsung pihak itu, ia dipercayai merujuk kepada PAS yang mengumumkan agenda "Membangun Negara Berkebajikan" yang menjadi tema muktamarnya Mei lalu.
Abdul Hadi berkata, tindakan kerajaan menafikan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu sejak bertahun-tahun jelas menggambarkan ciri pengkhianatan dan tidak menepati perjanjian, malah jauh sekali memenuhi ciri negara berkebajikan.
Beliau juga mengaitkan soal "pemberian bermusim" menjelang pilihan raya dan dakwaan berlaku manipulasi sistem pilihan raya dengan perkara itu, lapor akhbar web PAS itu lagi.
Anggota parlimen Marang itu juga berkata, agenda negara berkebajikan yang mahu dibawa PAS bersama Pakatan Rakyat jauh lebih besar dan luas kerangkanya berbanding BN yang didakwa memfokus kepada pemberian subsidi semata-mata.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat