Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

Degoo Cloud Free 100GB

100 GB Free Backup

13/05/10

Hadi: Pemimpin bukan Islam Pakatan sokong haram judi


Langkah kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan merupakan tindakan yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima masyarakat Malaysia, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Sedangkan, tambahnya, dalam Pakatan Rakyat, pemimpin bukan Islam daripada DAP dan PKR sendiri menyokong pengharaman judi.





"Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam," kata Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang.



Semalam, kerajaan dilaporkan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan walaupun dibantah banyak pihak.


Dalam kenyataannya petang semalam, Kumpulan Berjaya mengesahkan mendapat lesen tersebut, sekaligus membolehkan pertaruhan secara sah dilakukan sebelum kejohanan berprestij itu bermula pada 11 Jun ini.


Abdul Hadi, dalam satu kenyataan hari ini berkata, Umno sebagai tulang belakang kerajaan, telah membawa semakin banyak perkara negatif sejak selepas kemerdekaan negara lebih 50 tahun lalu.


"Ia menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada sekarang ini telah muflis idea dan membawa negara mundur ke belakang, ke arah yang lebih jauh daripada ajaran Islam," katanya

Ashaari Muhammad meninggal dunia



Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.


Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.


Al-Arqam yang diasas dan dipimpin oleh Ashaari diharamkan pada tahun 1994 selepas ajarannya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam.


Sehubungan dengan pengharaman itu, Ashaari juga dikenakan hukuman dibuang daerah.


Allahyarham pada suatu ketika dahulu itu yang mempunyai lebih 10,000 pengikutnya dan memiliki perkampungan mereka sendiri di Singai buluh, Kuala Lumpur.


Ashaari pernah mendakwa beliau pernah berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sedar dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.


Beliau dan beberapa pengikutnya ditahan pada tahun 1994 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan mereka ditahan tanpa dibicarakan.


Selepas dua tahun dalam tahanan, Ashaari dikenakan hukuman buang daerah di Selangor.


Bagaimanpaun, Ashaari kemudiannya dipindahkan ke Labuan pada tahun 2000 selepas pihak berkuasa mendapat ada pihak-pihak yang mencuba mempengaruhinya supaya menghidupkan semula pergerakan tersebut.


Hukuman buang daerah itu kermudian diatrik balik pada Oktober 2004.

10/05/10

Anwar: Saiful sahkan Najib terlibat

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersyukur ekoran Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis.

"Hari ini saya bersyukur kerana kita dapat sahkan penglibatan Najib yang diakui Saiful bertemu beliau empat hari sebelum laporan polis dibuat," katanya di luar mahkamah hari ini.


Dalam perbicaraan kes liwat ll Anwar hari ini, Saiful berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.


Saiful juga memberitahu dia kemudiannya berjumpa ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun.


"Pegawai kanan polis panggil di satu hotel terkemuka untuk adakan perbincangan sebelum laporan dibuat.


"Itu yang Karpal tekankan penglibatan dan konspirasi melibatkan Najib," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut melahirkan rasa tidak puas hati ekoran kegagalan pihak pendakwa yang begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.


"Pertama kali dalam sejarah kes jenayah, nama saksi tidak diberikan, sampai sekarang pendakwa gagal mengemukakan nama saksi.


"Ini seperti mana yang kita sebut satu kelainan. Bila masuk kes Anwar memang ada kelainan," katanya lagi.


Ketika prosiding bermula pagi tadi, peguam bela utama, Karpal Singh, memohon mendapatkan senarai nama saksi daripada pihak pendakwaan tetapi ini tidak dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.


Selepas Karpal menyoal Saiful selama 45 minit, beliau membuat satu lagi permohonan iaitu bagi mendapatkan semua keterangan bertulis daripada polis.


Hakim menangguhkan perbicaraan jam 12.30 tengahari tadi dan akan disambung jam 9 pagi esok.


Penangguhan itu dipohon Karpal Singh untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.

Tembak Aminurrasyid: Koperal polis minta dibicarakan


SHAH ALAM, 10 Mei: Seorang pegawai polis, Koperal Jenain Subi didakwa di mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan menembak sehingga mati Aminulrasyid Amzah, 15, yang menjadi isu genting antara polis dengan orang ramai baru-baru ini.


Polis berusia 48 tahun itu didakwa dibawah seksyen 304, Penal Code atas dakwaan membunuh tanpa niat yang boleh membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara.


Hakim M. Gunalan telah menetapkan 10 Jun untuk tarikh penyebutan semula kes dan membebaskan kopral itu dengan jaminan RM10,000.





Aminurrasyid mati ditembak di kepalanya selepas kereta yang dipandunya berhenti selepas dikejar polis berhampiran rumahnya di Secsyen 11, Shah Alam.


Polis mendakwa, mereka menambaknya selepas kereta yang dipandu budak itu cuba merempuh mereka.


Rakan Aminulrasyid, Azamuddin Omar, 15, yang turut serta dalam kereta itu bagaimanapun menafikan dakwaan polis itu dengan berkata, rakannya itu sudah terkulai di atas ribanya selepas terkena tembakan pada kepalanya.


Polis mengejar mereka berdua apabila memotong sebuah kereta peronda polis selepas dikejar oleh sekumpulan motosikal selepas salah sebuah motor mereka bergeser dengan kereta yang dipandu Aminurasyid.


Polis telah menembak ke empat-empat tayar kereta yang dipandunya dan salah satu pelurunya menembusi kepala Aminurasyid dari belakang tempat duduk pemandunya.

Tembak Aminurrasyid: Koperal polis minta dibicarakan


SHAH ALAM, 10 Mei: Seorang pegawai polis, Koperal Jenain Subi didakwa di mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan menembak sehingga mati Aminulrasyid Amzah, 15, yang menjadi isu genting antara polis dengan orang ramai baru-baru ini.


Polis berusia 48 tahun itu didakwa dibawah seksyen 304, Penal Code atas dakwaan membunuh tanpa niat yang boleh membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara.


Hakim M. Gunalan telah menetapkan 10 Jun untuk tarikh penyebutan semula kes dan membebaskan kopral itu dengan jaminan RM10,000.





Aminurrasyid mati ditembak di kepalanya selepas kereta yang dipandunya berhenti selepas dikejar polis berhampiran rumahnya di Secsyen 11, Shah Alam.


Polis mendakwa, mereka menambaknya selepas kereta yang dipandu budak itu cuba merempuh mereka.


Rakan Aminulrasyid, Azamuddin Omar, 15, yang turut serta dalam kereta itu bagaimanapun menafikan dakwaan polis itu dengan berkata, rakannya itu sudah terkulai di atas ribanya selepas terkena tembakan pada kepalanya.


Polis mengejar mereka berdua apabila memotong sebuah kereta peronda polis selepas dikejar oleh sekumpulan motosikal selepas salah sebuah motor mereka bergeser dengan kereta yang dipandu Aminurasyid.


Polis telah menembak ke empat-empat tayar kereta yang dipandunya dan salah satu pelurunya menembusi kepala Aminurasyid dari belakang tempat duduk pemandunya.

9/05/10

Keluarga sedih, mangsa ditembak polis tiada rekod jenayah

SEREMBAN, 8 Mei: Keluarga Mohd Azizi Azri Aziz, 17, remaja yang ditembak anggota polis pagi tadi melahirkan rasa sedih di atas kejadian tersebut kerana mangsa tidak bersalah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

(Gambar: Sebahagian keluarga mangsa di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.)




“Ana terima maklumat dari ibu bapa mangsa sewaktu menziarahi keluarga di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban tadi,” kata Adun Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, keluarga mangsa memberitahu, Mohd Azizi Azri baru balik dari membantu kawannya yang berniaga di Pasar Malam Ampangan kira-kira jam 2 pagi.


Katanya, dia bersama-sama kawannya minum selepas bekerja di pasar malam.


Tambahnya, keadaan mangsa serius dan masih di dalam bilik bedah sejak jam 7 pagi tadi di mana usus besarnya cedera.


“Keluarga merasa sedih atas kejadian yang berlaku kerana anak mereka tidak bersalah dan tiada rekod jenayah.


“Walaupun kisah Aminulrasyid baru berlaku tetapi kisah sedih ini terus berulang dan menimpa keluarga mereka,” katanya.


Sehubungan itu, beliau dan beberapa wakil Pakatan Rakyat negeri yang menziarahi keluarga mangsa berharap pihak polis mengambil serius kes tersebut dan sudah tiba masanya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mesti bertanggungjawab dan meletakkan jawatan.


Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4 pagi tadi di Ampangan, mangsa yang tinggal di Taman Tasik Jaya, Paroi cedera parah di perut akibat ditembak seorang anggota polis.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat