Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

Degoo Cloud Free 100GB

100 GB Free Backup

30/04/10

Alahai Musa Hassan: Polis perlu terbuka terima kritikan rakyat

KUALA LUMPUR, 30 April: Polis digesa bersikap terbuka menerima sebarang kritikan dan bukannya bertindak mengeluarkan kata dua berbaur ugutan kepada rakyat.


Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, PAS kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang memberi kata dua untuk tidak mengarahkan anggotanya menahan kereta mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram jika tekanan kuat terus diberikan kepada mereka.


Musa dilaporkan berkata demikian sebagai mengulas tekanan yang diterima pihak polis ekoran kematian remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis ketika dikejar kereta polis di Shah Alam, Isnin lalu.

Mengulas perkara itu beliau berkata, polis sepatutnya bersikap profesional dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka.


"Polis dibayar gaji mengunakan wang rakyat jadi tiada sebab Musa perlu arahkan anggotanya supaya tidak bekerja. Sama ada beliau merajuk atau tertekan, ugutan itu tidak sepatutnya dilemparkan kepada rakyat.


"KPN yang kontraknya telah disambung beberapa kali harus bekerja bersunguh-sungguh bagi mendapatkan kepercayaan rakyat. Jika beliau tidak mampu, lebih baik beliau berundur sahaja," katanya dalam satu kenyataan.


PAS katanya yakin, ramai lagi anggota polis yang mempunyai kredibiliti mampu untuk menaikan semula imej jabatan itu berbanding segelintir yang bermasalah.


"Pihak Pengurusan PDRM kena belajar terima hakikat ini dan menerima teguran rakyat secara proaktif," tambahnya lagi.


Polis dakwanya seoalah olah hanya bertindak pantas bila kes sudah menjadi isu dalam surat khabar dan media, sedangkan isu yang tidak diketahui rakyat dipencilkan begitu sahaja.


Selain itu beliau melahirkan rasa kesal ekoran penolakan pihak polis sebelum ini untuk penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) kerana menganggapnya sebagai satu ancaman.


Menurutnya lagi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa (Siap) yang mengantikan IPCMC juga gagal bertindak walaupun Akta penubuhan agensi itu telah diluluskan tahun lepas.


"Jika mereka menjalankan tugas dengan baik dan tidak melakukan kesalahan, tiada sebab mereka takut kepada IPCMC. Penubuhan Siap jelas tidak siap mana pun," katanya lagi.


Tambahnya, uniform polis bukanlah lesen untuk melakukan pelanggaran undang-undang atau membuli rakyat dan jika polis tidak bersalah rakyat tidak akan menghukum.


Sehubungan itu ujarnya, ketua polis negara akan datang perlu lebih profesional dan tidak cepat melatah menghadapi tekanan sekaligus menumpukan masanya untuk buat kerja bukan buat ugutan lagi kepada rakyat.

Pakatan saran Musa berundur untuk pulih imej polis


KUALA LUMPUR, 30 April: Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berundur dari jawatan itu bagi memulihkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang semakin tercalar ekoran insiden seorang remaja yang mati ditembak anggota mereka Isnin lalu.


Mereka yang terdiri daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Adun Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Segambut, Li Lip Eng dan beberapa penyokong siang tadi menghantar satu memorandum ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menuntut Musa berbuat demikian.





Memorandum tersebut diserahkan kepada Kapten Komander Supretendan Ali Ahmad.


Selain memorandum, satu aduan rasmi kepada Pengarah Jabatan Tatatertib PDRM, Datuk Abdul Razak juga dibuat.

Nurul Izzah ketika bercakap kepada pemberita berkata, tindakan mendesak Musa itu bukan bermakna mahu bermusuhan dengan polis tetapi demi membantu mereka memulihkan imej serta profesionalisme PDRM.


Bagi Nik Nazmi pula, selain perletakan jawatan oleh Musa, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga perlu mempertimbangkan semula cadangan sebelum ini bagi menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC).


IPCMC, jelasnya dilihat mampu menjadi agen semak dan imbang kepada penyalahgunaan kuasa polis dan memberi keadilan kepada mangsa.


Li Lip Eng pula ketika mengulas kenyataan Musa yang memberi kata dua untuk menarik semula anggota dari mengawal keselamatan jalan raya, beliau berkata, dengan kenyataan berbaur ugutan itu dan wajar untukya meletakkan jawatan.


"Dia sepatutnya terbuka dan bertanggungjawab rakyat memprotes kenyataannya, harus bersedia berundur," katanya.

Penulis blog murahan Kickdefella dicabr PAS dedah siapa bayar RM4 juta


Dewan Pemuda PAS Kelantan mencabar penulis blog Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz, mendedahkan siapa yang didakwanya membayar RM4 juta kepadanya untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan.


“Bila dia (Syed Azidi) sebut terima RM4 juta, menjadi tanggungjawab dialah untuk mendedahkannnya. Ia daripada tulisannya. Kalau betul (dakwaannya), dedahkanlah,” cabar ketua penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari.


Selepas dipecat daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) November tahun lalu oleh menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman – peneraju PMBK ketika itu - Syed Azidi menjadi tumpuan kerana kerap mendedahkan pelbagai dakwaan 'kepincangan' dalam kerajaan pimpinan PAS itu.

Ahmad Fadhli berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai dakwaan Syed Azidi dalam blognya semalam.


“Kami Pemuda PAS negeri tidak tahu menahu. Jadi kita akan bincangkan perkara ini dalam mesyuarat Dewan Pemuda yang akan datang.


“Kita tidak tahu perkara tersebut (isu peruntukan RM4 juta), mungkin pihak atasan tahu. Kita tidak tahulah,” kata beliau yang juga setiausaha akhbar menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.


Ditanya bilakah dewan tersebut akan bermesyuarat, Ahmad Fahdli yang juga seorang pensyarah agama di sebuah kolej milik kerajaan negeri menjawab: “Dalam masa terdekat”.


Ahmad Fadhli yang dilantik sebagai setiausaha akhbar Nik Aziz sejak Februari lalu, diminta mengulas dakwaan Syed Azidi bahawa beliau (Syed Azidi) menerima peruntukan tersebut dalam tempoh tiga tahun bagi pelbagai aktiviti “Operasi Gerak Saraf”.


Menulis dalam blognya semalam, beliau yang juga digelar “Sheikh” di kalangan penulis blog, dilaporkan merujuk kepada kenyataan Ahmad Fadhli dan tulisan seorang lagi penulis blog – Abdul Rahman Talib (Tulang Besi) - yang didakwa menyifatkannya (Syed Azidi) sebagai 'seorang yang kecewa dan membuat pelbagai pembohongan'.


Dalam coretannya berjudul 'Saya yakin Nik Aziz akan kena dakwa – jawapan kepada S/U akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi' semalam, Syed Azidi mencabar Ahmad Fadhli menyiasat perbelanjaan wang itu dan membuktikan sama ada ia digunakan bagi tujuan peribadi.


Sementara Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai “Tulang Besi” pula dicabar menyiasat dan mendedahkan nama individu yang membiayai aktiviti yang ditaja itu.


Ketika dihubungi Malaysiakini ini, Ahmad Fadhli berkata Dewan Pemuda PAS Kelantan tidak akan melayan cabaran daripada seorang “penulis blog murahan”.

Pentas Pakatan: Tamrin sedia hadapi tindakan Umno

KUALA LUMPUR, 30 April: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar (gambar) bersedia menerima sebarang tindakan daripada Umno ekoran tindakannya berada di pentas Pakatan Rakyat sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini.


Beliau ketika ditemual semalam menjelaskan, kehadirannya di dua program Pakatan Rakyat itu semata-mata untuk mendengar nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang beliau anggap sebagai tokoh sejak menjadi Exco Pemuda Umno Malaysia lagi.

Manakala keputusan duduk sepentas dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, katanya sekadar memenuhi pelawaan seorang sahabat lama.


Mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (kiri) yang mendakwa beliau tidak mirip ayahnya dan pernah keluar Umno pula, beliau berkata, Rais sebenarnya 'bapa hipokrit'.


Selama bersama Umno, beliau menjelaskan tidak pernah menyerang kepemimpinan parti itu, dan tidak seperti Rais.


"Pada saya, Rais ini ialah 'bapa terbesar hipokrit', yang sebenarnya, saya tak pernah pun keluar dari Umno macam Rais Yatim," tegas beliau.


Rais ketika menyertai Semangat 46 dahulu katanya, nyata mengkritik kepemimpinan tertinggi Umno khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad.


"Tak ada ada dalam sejarah, saya membakar jambatan pertalian dengan Umno, tetapi Rais masa Semangat 46 dulu serang kepemimpinan Umno hingga bakar jambatan," ujarnya lagi.


Ekoran itu beliau berkata, keputusan Rais berbaik-baik semula dengan Umno apabila pemimpin Semangat 46 kembali menyertai Umno disifatkan seperti menjilat kembali tangan Mahathir.


"Akhirnya beliau sendiri menjilat semula tangan Mahathir kerana nakkan jawatan," katanya.

27/04/10

Bunuh juvana: Khalid minta polis lindungi saksi


SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah, 15, (gambar) yang membabitkan empat pegawai polis, pagi semalam.


"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.





Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.

"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.


"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."


(Gambar: Khalid menunjukkan laporan polis yang dibuat saksi utama dalam kes bunuh Aminul Rashid)


Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.


Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.


Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.


"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.


Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.


Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.


Manakala, Monaliza Mokhtar (gambar sebelah), Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.


Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.


Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.


Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.


Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara.

Keluarga juvana mati ditembak polis tuntut penjelasan

SHAH ALAM, 27 April: Norsiah Mohamad, 60, ibu kepada juvana yang mati ditembak anggota polis menyuarakan rasa kecewa dengan dakwaan polis serta laporan media kononnya arwah Amirul Rashid Hamzah, 15, dibunuh kerana polis mensyakinya sebagai penyamun.


"Bila polis kata (dakwa) anak saya disyaki terbabit geng samun, saya sekeluarga memang tidak boleh terima," ujar beliau sambil sebak menahan air mata di kediaman mereka sekeluarga, petang ini.


"Dia anak yang baik, dia pemain ragbi, ahli sukan, semua sukan dia masuk. Kalau bulan puasa, dia memang di surau, kalau pergi surau, siapa tak kenal dia."


Disebabkan itu, beliau meminta pihak berwajib memberikan pembelaan yang sewajarnya kepada anak bongsu kepada lapan beradik tersebut.


"Saya ibu pada arwah, anak bongsu saya (Aminul) ini mendapat pembelaan yang sewajarnya. Saya harap anak saya disiasat dengan telus, itu saja," ujarnya,


Kakak mangsa, Tuty Syaninza Anum Hamzah, 36, pula tidak menyedari arwah memandu kereta suaminya untuk keluar bersama-sama kawan sekelas menonton kejohanan bola sepak Eropah.


Beliau mula menyedari apabila suaminya, Muzaffar Mahalli, 36, menghubunginya dan meminta beliau melihat keadaan kereta di luar kediaman.


Pada ketika itu, menurutnya, kelihatan polis serta penduduk tempatan sedang berhimpun mengelilingi keretanya.


Pun begitu, beberapa pegawai polis, menurut beliau, seakan cuba mengelak untuk memberitahu keadaan sebenar pemandu kereta terbabit, iaitu adiknya.


Sekitar jam 3 pagi, beliau bersama suaminya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, di sini.


Ditanya tentang wujudnya senjata berupa parang di dalam kereta terbabit seperti yang didakwa polis dan media, beliau menafikan sekeras-kerasnya.


Bagaimana pun, Kamaruddin Hassan, waris terdekat kepada arwah dalam nada yang pasrah meminta polis menyiasat insiden tersebut serta memberi kebenaran seperti yang dituntut oleh keluarga arwah.


"Biarlah polis siasat, sebelah pihak dah buat laporan, kita pun dah buat laporan, biar polis buat laporan, kita hanya nakkan kebenaran," ujar beliau di depan lebih 15 wartawan.


Dalam perkara yang berkaitan, selain insiden bunuh yang membabitkan juvana tersebut, integriti polis Oktober tahun lalu turut tercalar oleh kes tembakan liar yang membabitkan seorang balu, Norizan Salleh.

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!

Peristiwa polis menembak mati pelajar 15 tahun sangat mengejutkan. Ia adalah rentetan perbicaraan terbuka rakyat terhadap pasukan keselamatan negara di bawah Musa Hasan.


Sepanjang perkhidmatan Musa Hasan sebagai ketua Polis negara terlalu banyak kes melibatkan kematian di tangan polis. Siapa yang bersalah masih tiada jawapan.


Kes terbaru melibatkan pelajar 15 tahun sangat mengejutkan. Ia mengejutkan kerana pelajar itu tidak memiliki senjata api. Ia di bawah umur.

Tiada bukti selain dakwaan anggota polis pelajar tersebut menyerang. Jika betul serangan dengan senjata parang, mengapa perlu ditembak hingga mati sedangkan dari laporan , anggota polis terbabit melebihi dua orang.


Atas apa alasan sekalipun, pembunuhan pelajar bawah umur tanpa senjata api sangat memilukan. Berbagai persoalan timbul, apakah pelajar terbabit memiliki kes jenayah sebelum ini hingga satu tindakan kejam begitu dilakukan?


Apakah tiada cara lain selain menembak? Apakah polis yang cekap tidak mampu menangani pelajar 15 tahun yang hanya dikatakan bersenjata parang panjang?


Lebih menimbulkan persoalan ialah dakwaan rakan pelajar terbabit bahawa pihak polis telah menembak kereta mereka ketika memotong MPV polis. Rakan pelajar terbabit mendakwa polis membelasahnya beramai ramai dan beliau sempat lari.


Sebagai rakyat Malaysia, tentunya kita amat sedih dengan apa berlaku. Lebih memilukan ia berlaku terhadap seorang pelajar melayu di bawah umur. Tindakan kenyataan pihak polis ketika siasatan masih dijalankan juga suatu tindakan diluar peraturan.


Kita amat berharap agar siasatan yang telus dijalankan serta memberi keadilan . Jangan ada usaha menutup kesalahan terutama pihak polis. Jika rakyat meragui siasatan tersebut, kesannya amat besar.


Hilang kepercayaan kepada pihak polis akan menyebabkan kesan yang serius. Kita adalah negara yang mempunyai undang undang dan BUKAN NEGARA POLIS!


Petikan Asal : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26282:-kes-tembak-pelajar-15-tahun-kita-bukan-negara-polis&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46
* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Enggan berhenti pelajar 15 tahun dibunuh

SHAH ALAM: Tindakan seorang remaja lelaki memandu sebuah kenderaan cuba melarikan diri membawa padah apabila dia maut ditembak mati oleh polis di Seksyen 11 di sini, awal pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, remaja berusia 15 tahun itu bersama seorang rakannya menaiki sebuah Proton Iswara dikatakan enggan memberhentikan kenderaan walaupun diarah kereta peronda polis, sebaliknya terus memecut laju dan melanggar beberapa lampu isyarat merah.


Anggota terbabit mengarahkan pemandunya menghentikan kenderaan, namun tidak diendahkan sebelum mereka meminta bantuan sebuah lagi kereta peronda dinaiki dua anggota.



Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta dipandu suspek sebelum ia terbabas ke bahu jalan.



“Sejurus terbabas, rakan suspek bergegas melarikan diri sebelum dikejar dua anggota polis peronda.


“Dua lagi anggota memeriksa keadaan suspek, tetapi suspek tiba-tiba mengundur kenderaannya dan cuba merempuh anggota berkenaan.


“Terkejut dengan tindakan mangsa, anggota polis melepaskan tembakan ke arah suspek yang berada dalam kereta,” katanya.

26/04/10

Ceramah politik di dalam masjid adalah haram di sisi Islam- Mufti Perak,

SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan perbuatan menyampaikan ceramah politik di dalam masjid adalah haram di sisi Islam.


“Sebarang perkara yang boleh membawa kepada perpecahan umat Islam hendaklah dijauhkan dan dielakkan di bawa ke masjid termasuk berpolitik. Itu ajaran Islam.


“Politik sekarang boleh memecah belahkan umat dan haram hukumnya berceramah politik di masjid. Masjid adalah tempat umat Islam bersatu, melakukan ibadah,” katanya ketika dihubungi: Sinar Harian,: semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor agar tidak menggunakan masjid untuk kempen politik.


Menteri Besar Kelantan itu berkata, adalah tidak salah untuk menyampaikan ceramah politik di dalam masjid sambil memberi contoh perbuatan menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik turut dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.


Malah, menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah yang mengasingkan agama dan politik.


Mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz, Harussani menjelaskan Nabi Muhammad tidak berpolitik di dalam masjid, malah pada zaman junjungan besar itu tidak ada parti politik.


“Nabi Muhammad menggunakan masjid untuk menyatakan hal-hal pentadbiran kerajaan kepada umatnya bukan berpolitik.


“Janganlah kerana terlalu taksub berpolitik, sehingga sanggup menghalalkan cara dan menghalalkan perkara terlarang,” katanya sambil menegaskan kenyataannya berdasarkan fakta dan tidak memihak kepada mana- mana pihak.


Katanya, jika kerajaan yang memerintah sekarang mengumumkan polisi kerajaan demi kebaikan rakyatnya di masjid, itu dibenarkan.


Terdahulu, Sultan Sharafuddin menitahkan polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk kempen pilihan raya berkenaan.- Sinarharian

Najib Bersumpah Di Masjid..







KEPALA BATAS - Tindakan segelintir pemimpin parti politik pembangkang yang menjadikan masjid sebagai tempat berkempen akan menimbulkan perpecahan dalam masyarakat, kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.



Abdullah, yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia, juga tidak bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang membenarkan masjid digunakan sebagai tempat berpolitik dengan mendakwa perbuatan itu pernah dilakukan Nabi Muhammad SAW pada masa lalu.


“Saya tidak bersetuju dengan masjid dijadikan medan untuk berkempen atau menggunakan masjid untuk tujuan-tujuan politik,” katanya kepada media selepas merasmikan me- syuarat perwakilan Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini, semalam.


Abdullah mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz ketika berceramah di Kuala Kubu Bharu yang mempertikaikan titah Sultan Selangor melarang pengunaan masjid dan surau di Selangor bagi tujuan politik sebagai karut serta peninggalan penjajah. - Bernama


25/04/10

Keputusan Rasmi: BN menang di Hulu Selangor









Tidak rasmi: BN menang di Hulu Selangor

Pengundian tamat jam 5 petang. Proses pengiraan bermula jam 6 petang. Manakala keputusan dijangka diumumkan sekitar jam 9.30 malam.Klik 'Refresh' atau 'Reload' di browser anda untuk maklumat terbaru.


___________________________________________________

9.05pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pusat penjumlahan undi, untuk menunggu keputusan rasmi diumumkan.


Ketibaan beliau disambut dengan laungan 'Hidup BN' serta ucapan tahniah.



8.37pm: Timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel dan setiausaha agung PKR yang juga menteri sumber manusia, Datuk Dr S Subramaniam turut berada di pusat penjumlahan undi. Turut kelihatan ialah naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


8.30pm: Calon BN, P Kamalanathan tiba di pusat penjumlahan undi, dengan ditemani oleh isterinya.


8.20pm: Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pusat pengiraan undi sambil tersenyum lebar.


8.150pm: Beberapa pemimpin BN, termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengucap tahniah kepada calon BN Kamalanathan melalui blog mereka.


Sehingga ini, dalam 10 sepuluh pilihan raya kecil selepas 2008, Pakatan Rakyat kalah di tiga kawasan - DUN Batang Ai (Sarawak), DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan parlimen Hulu Selangor.


Dan ini merupakan kekalahan pertama Pakatan di negeri yang dikuasainya.


Dengan ini juga, PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen dan kini tinggalkan25 kerusi.


MIC pula menambah satu lagi kerusi parlimen menjadi tiga sekarang, selain Segamat (Datuk Dr S Subramanian) dan Cameron Highlands (SK Devamany).


Keputusan itu juga menunjukkan bahawa BN telah berjaya memperolehi semula sokongan pengundi, yang enggan mengundi Datuk G Palanivel pada 2008.


BN memperolehi majoriti terkumpul 6,000 bagi tiga DUN dalam parlimen Hulu Selangor, yang dimenanginya pada 2008. Bagaimanapun ia kalah kerusi parlimen kepada PKR dengan majoriti 198 undi.


8.12pm: Undi untuk calon BN meningkatkan kepada 24,669 undi selepas lebih banyak peti undi dikira. Calon PKR pula kini memperolehi 22,986 undi. Majoriti BN ialah 1,683 undi.


Undi yang diperolehi calon BN dijangka bertambah apabila kesemua peti dari kawasan majoriti pengundi Melayu selesai dikira.


Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan juga sedang dalam perjalanan ke tempat pengiraan undi di dewan serbaguna Komplek Sukan, Pejabat Daerah Hulu Selangor.
8.07pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan dalam perjalanan ke pusat penjumlahan undi. Ini dilihat sebagai petanda bahawa BN menuju kemenangan.


8.05pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon BN terus menambah undi kepada 22,395 undi, manakala PKR memperolehi 2,0815 undi.


7.50pm: Sumber-sumber BN mendakwa calon BN P Kamalanathan memang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dengan majoriti kira-kira 1,500 undi.


Difahamkan, sehingga ini, Kamalanathan mendapat 21,919 undi, manakala PKR mendapat 20,305 undi.



Secara tidak rasmi, difahamkan kepimpinan PKR menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
7.36pm: Sumber-sumber BN mendakwa mereka mendahului dengan sebanyak 3,000 hingga 4,000 undi.


BN - 19,067
PKR - 17,554
Majoriti - 1,513


Keputusan rasmi SPR (7.41pm)


PKR - 4,082
BN - 3,398
Majoriti - 497
Keputusan rasmi SPR (7.22pm)


PKR - 3,153
BN - 2,888
Majoriti - 234


Keputusan rasmi SPR (7.20pm)


PKR - 2,722
BN - 2,468
Majoriti - 258


7.15pm: Ulasan


Kemenangan awal menunjukkan PKR memang dua pertiga undi daripada kawasan majoriti pengundi Cina - di bawah 85 peratus yang menurut pemimpin PKR, Lim Kit Siang, perlu diperolehi calon PKR.


PKR dijangka kalah besar di gugusan Felda yang majoriti pengundinya adalah Melayu.


Keputusan rasmi SPR


PKR - 2,173
BN - 1,934
Majorii - 239


_________________________________________________


7.128pm: Keputusan tidak rasmi


PKR - 9,133
BN - 7,261
Majoriti - 1,872


Kira-kira 33 peratus undi telah dikira
7.08pm: Keputusan tidak rasmi


PKR - 8,557
BN - 7,116
Majoriti - 1,639


7pm: Ulasan


Undi di sebahagian besar kawasan majoriti pengundi Cina telah dikira, dengan PKR mendahului dengan 1,226 undi. Kira-kira 30 peratus telah dikira.


Pengiraan undi dari kawasan majoriti Melayu belum diperolehi. PKR difahamkan tidak dapat banyak undi dari kawasan berkenaan.
6.58pm: Keputusan tidak rasmi


PKR - 7,770
BN - 6,504
Majoriti - 1,266


6.57pm: Keputusan tidak rasmi


PKR - 7,410
BN - 6,339
Majoriti - 1,071


6.54pm: Keputusan tidak rasmi


PKR -7,053
BN - 6,010
Majoriti - 1,034


6.45pm: Keputusan tidak rasmi


PKR - 6,389
BN - 5,385
Majoriti - 1,004


Kira-kira 11,674 undi, atau 25 peratus, telah dikira.


6.43pm: Keputusan tidak rasmi


PKR - 5,596
BN - 5,041
Majoriti - 555


6.41pm: Keputusan tidak rasmi


PKR - 4,204
BN - 3,592
Majoriti -612


6.34pm: Keputusan tidak rasmi


Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56


Tidak rasmi - PKR 666, BN 206


6.29pm: Unofficial results (PKR 2,972, BN 2,259)


Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205


Tidak rasmi - PKR 897, BN 499


6.23pm: Keputusan tidak rasmi


Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172


Tidak rasmi - PKR 901, BN 798
6.23pm: Keputusan tidak rasmi


Kg Baru Batang Kali (kawasan Cina), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172


Tidak rasmi - PKR 901, BN 798


6.18pm: Keputusan tidak rasmi


Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 - PKR 62, BN 176
Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 - PKR 98, BN 128
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122


Tidak rasmi - PKR 729, BN 501


6.13pm: Keputusan tidak rasmi


Kuala Kalumpang, saluran 1 - PKR 98, BN 128
Ulu Yam Barat, saluran 1 - PKR 171, BN 94
Kg Bharu Kerling, saluran 1 - PKR 172, BN 83
Pertak Bukit Fraser - PKR 22, BN 15
Pertak, saluran 2 - PKR 18, BN 98
Ampang Pecah, saluran 1 - PKR 105, BN 155


Tidak rasmi - PKR 491, BN 445


6.10pm: Proses pengiraan undi sudah bermula. Menurut keputusan tidak rasmi, BN menang undi pos.


BN: 767
PKR: 120

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat