Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

Degoo Cloud Free 100GB

100 GB Free Backup

20/03/10

Kerajaan dicabar pamer perjanjian royalti minyak

Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mencabar kerajaan mempamerkan perjanjian royalti minyak antara Petronas dan kerajaan-kerajaan negeri kepada umum supaya rakyat dapat menilainya sendiri.


“Tuan-tuan pernah lihat perjanjian tersebut? Kenapa perjanjian tiga mukasurat itu tidak boleh dipamerkan kepada umum? Kenapa? Kerana mereka hendak tipu,” katanya.


Isu pemberian royalti minyak kepada Kelantan hangat kembali baru-baru ini apabila dua gabungan NGO daripada Kelantan dan Terengganu mahu menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agung hari ini.


Bagaimanapun, perhimpunan yang dijangka menghimpun ribuan rakyat daripada kedua-dua negeri di lapangan terbang Kuala Terengganu pagi ini terpaksa dibatalkan atas arahan polis.


Bercakap dalam seminar kepimpinan anak muda anjuran kerajaan Selangor di Petaling Jaya, Zaid berkata perjanjian royalti minyak antara kerajaan negeri dan Petronas jelas menggariskan pembahagian yang berhak diterima pihak masing-masing.


“Ia tidak ada sebut tentang jarak berapa batu nautika (yang dipertikaikan kerajaan persekutuan). Ia kata, aku dapat seringgit, engkau (kerajaan negeri) dapat lima sen,” katanya dengan analogi menarik.


'PERKASA, Siapa hendak rampas hak Melayu'


Sementara itu, ketika mengulas isu kepimpinan pada abad ini, Zaid mengambil peluang mengkritik Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwanya sengaja menakut-nakutkan orang Melayu.


Beliau mempersoalkan kepada NGO pimpinan ahli parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali itu berulang kali menyebut kebimbangan terhadap hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang diperuntukan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.


“Dalam wawancara Ibrahim dengan Malaysiakini, beliau berkata kita mesti pertahankan hak-hak dalam Perkara 153. Saya pun Melayu. Siapa yang hendak ambil hak kita yang dia cakap sangat itu,” katanya.


Sehubungan itu, beliau menggesa kira-kira 900 peserta perhimpunan kongres tersebut - kesemuanya berumur bawah 35 tahun - supaya tidak terikut-ikut dengan “ketakutan yang sengaja direka oleh orang politik”.


“Di Malaysia ini bumiputera (jumlahnya) besar. Di Sabah dan Sarawak, Iban sahaja sudah 60 peratus. Itu belum campur Melanau. Mustahil hak kita akan diambil oleh sesiapun,” katanya kepada peserta yang kebanyakannya berbangsa Melayu.

Jimadie Shah Othman
Mac 20, 10
PETIKAN DARI : http://www.malaysiakini.com/news/127058

Pampasan RM37 juta : Zambry semakin pening

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak berharap Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghormati peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan tidak berhelah berkaitan pampasan pengambilalihan tanah berjumlah RM37 juta yang diminta Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kuala Sepetang, Taiping.


Naib ketua pemudanya, Salman Saleh berkata hak penduduk di kawasan itu sewajarnya didahulukan dan bukannya beralasan untuk tidak memberi pampasan.


"Kami akan mempertahankan dan juga akan terus memperjuangkan hak penduduk Kuala Sepetang, Taiping berkaitan pampasan bagi tanah rizab seluas 94.5 hektar mereka. Hak mereka harus di dahulukan dan bukannya mencipta pelbagai alasan untuk tidak memberikan pampasan sepertimana yang telah di peruntukan oleh Perlembagaan Persekutuan," katnya dalam satu kenyataan.


Tambahnya lagi, pentadbiran Zambry yang sebelum ini mengatakan telah banyak menerima pelbagai pelaburan yang besar sudah tentu tidak akan mengatakan bahawa tuntutan tersebut sebagai keterlaluan.


"Jangan mencipta pelbagai alasan untuk menidakkan hak rakyat yang perlu di jaga. Jika sebaliknya, kami berharap rakyat sedar akan kemampuan pentadbiran Datuk Seri Zambry yang masih bergelut dengan kemelut kelembapan ekonomi negeri," ujarnya.


19/03/10

Nik Aziz ajak rakyat contohi cara berpolitik MCA

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu rakyat mencontohi cara berpolitik pemimpin MCA kerana mereka memlilih dan menjatuhkan seseorang pemimpin melalui pemilihan di peringkat dalaman parti.


Pada 4 Mac lalu, 22 angota jawatankuasa pusat (CC) MCA meletakkan jawatan, yang sekaligus menyaksikan Datuk Seri Ong Tee Keat terpaksa bertanding semula jika mahu terus berkuasa.


Menurut Nik Aziz, masyarakat bukan Islam akan memerhatikan bagaimana buruknya politik orang Melayu apabila bertelagah sesama sendiri.

Beliau mengulas dan menyelar tindakan sesetengah pemimpin politik yang mendedahkan keburukan pemimpin lain atau ketuanya di khalayak umum apabila keluar parti.


Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jika anggota parti yang tidak suka kepada pemimpinnya, ia boleh diselesaikan di peringkat dalaman mengikut prosedur dalam sesebuah pertubuhan, sama ada melalui mesyuarat agung atau sebagainya.


"Mendedahkan keburukan bekas pemimpin kepada orang lain di khalayak umum perbuatan tidak berakhlak dan tidak bertamadun," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan ceramahnya di Dataran Ilmu, di Kota Bharu, hari ini.


Nik Aziz mengulas tindakan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, yang mendedahkan kepincangan dalam Parti Pakatan Rakyat (PKR), membabitkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila keluar dari parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas.


Terbaru, Zahrain mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September 2008.


Nik Aziz berkata, anggota parti mempunyai saluran tertentu untuk menjatuhkan pemimpin yang mereka tidak suka dan bukan cara mendedahkan keaiban pemimpin itu di khalayak umum.


"Ini cara tidak kena dan peluang masih terbuka untuk pihak yang melakukan perbuatan itu kembali ke pangkal jalan untuk bertaubat daripada melakukan kesalahan itu," katanya.

Kerajaan dicabar respon fatwa Yusuf Qardhawi


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuff mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom membuat pendirian mengenai fatwa tokoh ulama Islam, Yusof Al Qardhawi.


Menurutnya, fatwa penerima tokoh Maal Hijrah Malaysia tahun lalu yang merujuk kepada kes qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu yang disifatkan sebagai tuduhan fitnah yang tidak berasas.


“Yusuf berpesan kepada kami untuk menyebarkan fatwa beliau kepada rakyat Malaysia dan kami telah menghantar rakaman video fatwa tersebut kepada Pejabat Perdana Menteri.




“Namun, sehingga kini tiada jawapan dari Perdana Menteri mahu pun menteri agama mengenai fatwa tersebut, saya mahu mencabar mereka untuk menyatakan pendirian mereka dalam isu ini,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, semalam.


Beliau turut mencabar kerajaan untuk menarik balik anugerah tokoh Maal Hijrah yang telah diberikan kepada Yusuf Al Qardhawi kerana mencampuri urusan dalam negara.


“Saya cabar kalau kerajaan tegas, adakah kerajaan akan menarik balik anugerah tersebut,” katanya.


:Sebelum ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah menghantar video fatwa Yusof Al Qardhawi dan menyerahkan tiga cakera padat video (VCD) kepada Najib, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jamil Khir.


Yusuf Al Qardhawi telah berfatwa bahawa sesiapa yang merencana sesuatu tuduhan fitnah yang tidak berasas dan sesiapa yang menyebarkannya boleh jatuh kategori orang munafik dan fasik.

Zahrain pemimpin tidak berakhlak dan tidak bertamadun:


KOTA BHARU, 19 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, masyarakat bukan Islam memerhatikan bagaimana buruknya perangai pemimpin politik Melayu.


Ini kerana pemimpin politik Melayu begitu buruk sekali perangai mereka apabila bertelagah sesama sendiri sehingga sanggup mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya.


Kata beliau, sepatutnya apabila seseorang ahli parti yang tidak suka kepada pemimpinnya, dia menggunakan saluran parti untuk mengemukakan pandangan.


“Ia boleh diselesaikan di peringkat dalaman mengikut prosedur sebagai sebuah pertubuhan sama ada melalui mesyuarat agung atau program lain.

"Namun dengan mendedahkan keburukan bekas pemimpin kepada orang lain di khalayak umum, perbuatan itu jelas tidak berakhlak dan tidak bertamadun," katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, di sini, hari ini.


Baru-baru ini, anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan kepincangan membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen, setelah keluar dari parti terbabit.


Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu juga mendedahkan nama lapan anggota Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti bagi menjayakan rancangan pembangkang mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat sepatutnya mencontohi cara berpolitik pemimpin MCA apabila mereka menggunakan saluran parti bagi melantik atau menjatuhkan seseorang pemimpin.


Menurutnya, anggota parti mempunyai saluran tertentu untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin yang mereka tidak suka.

Sokongan kepada BN akan terjejas: Ku Li


PASIR PUTEH - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah membayangkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang akan terjejas berikutan tindakan Kerajaan Pusat menafikan hak Kelantan mendapat royalti minyak.


Beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata, keengganan Kerajaan Pusat memberikan royalti kepada Kelantan merupakan tindakan yang melawan arus.


“Biasanya kalau kita tidak bersama rakyat maka susah kita nak dapatkan sokongan daripada rakyat, walau bagaimanapun kita tunggu saja pilihan raya umum akan datang.

“Umum mengetahui seluruh rakyat negeri ini berhak menikmati royalti. Ia hak semua rakyat di negeri ini tanpa mengira fahaman politik,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Pasir Puteh di Dewan Maahad Saniah, di sini semalam yang turut dihadiri Ahli Parlimen Pasir Puteh, Mohamad Hussin.


Ku Li berkata, UMNO di negeri ini mendapat 35 peratus undi dan mereka itu adalah rakyat Kelantan yang juga berhak menikmati hasil royalti.


Menurutnya, soal politik perlu diketepikan dalam hal tersebut kerana hak seluruh rakyat negeri itu perlu diberi keutamaan.


“Sebagaimana Terengganu, Kelantan juga berhak mendapat royalti kerana ia selaras dengan undang-udang yang dirangka ketika Tun Abdul Razak Hussein menjadi Perdana Menteri lagi.


“Saya difahamkan Terengganu yang menerima royalti meragukan ke mana wang ihsan dibelanjakan ketika negeri itu ditadbir Pas, wajarlah rak-yat Kelantan juga tidak mahu menerimanya dalam bentuk wang ihsan,” katanya.


Berhubung dengan kemungkinan kes tuntutan royalti dibawa ke mahkamah katanya, ia sepatutnya tidak sampai ke peringkat itu sekiranya Kerajaan Pusat melaksanakan tanggungjawab sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian.


“Kita berdoalah bersama-sama agar royalti itu dapat kepada Kelantan sebagaimana yang sepatutnya,” katanya.

18/03/10

Orang Asli naik minyak di Putrajaya


Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim kesal kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz gagal memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak meletakkan Orang Asli sebagai kaum bumiputera.


Katanya, menurut Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persekutuan, Orang Asli tidak diberi hak keistimewaan sebagai Bumiputera.

Zaid (kanan) berkata Orang Asli tidak dikategorikan sebagai bumiputera, kerana Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak sahaja yang dianggap sebagai bumiputera.


“Hanya 'Malays and the Natives of Sabah and Sarawak' dianggap sebagai Bumiputera. Inilah nasib Orang Asal di negara ini,” katanya.


“Sepatutnya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal dan anak putera bumi bertuah ini tetapi juga kerana mereka paling miskin.


“Menteri sendiri tidak mengetahui status mereka, masakan mereka akan mendapat pertolongan dan pembelaan yang patut dan sewajarnya,” katanya dalam tulisan di blognya.

Kedangkalan pemimpin Umno itu hanya disedari ketika MP Hulu Rajang, Billy Abit Joo pada sidang parlimen semalam bertanyakan sama ada pengiktirafan status bumiputera perlu diperjelaskan dan kriteria Bumiputera diseragamkan.


Nazri dilaporkan terus menjawab “tidak perlu”.


Beliau sebaliknya mendakwa status bumiputera telahpun diseleraskan dan digolongkan dalam tiga kategori seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaaan Persekutuan, iaitu Melayu, anak-anak negeri Sabah dan Sarawak serta Orang Asli.


Orang Asli naik minyak di Putrajaya


Zaid mengulas tindakan lebih 2,000 Orang Asli yang berarak ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, semalam untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.


Memorandun itu mengandungi hal-hal penganiayaan di tangan kerajaan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun, tentang tanah nenek-moyang mereka yang dirampas dan diambil untuk pembangunan projek BN.


Zaid juga melahirkan rasa bangga dengan kebangkitan dan keberanian Orang Asli untuk menentang kezaliman Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli yang menindas kaum mereka.

“Walaupun polis menggunakan kuasa mereka untuk menahan perarakan itu ke pejabat Najib Razak, sekurang-kurangnya Orang Asal tanahair kita sudah berani bangkit. Mereka sudah mula “naik minyak” kerana masalah mereka selama ini dipandang ringan oleh kerajaan BN,” katanya..


Bagi Zaid, masa depan Orang Asli di bawah BN tidaklah cerah kerana jawapan Nazari semalam hanya membuktikan kerajaan BN tidak tahu sangat atau tidak mengambil berat perihal nasib Orang Asli.

Zahrain dicabar dedah Timbalan Speaker berpakat dengan Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Pakatan Rakyat hari ini mencabar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) membuktikan dakwaannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pakatan dengan Timbalan Speaker untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, Zahrain mesti berani menamakan Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu.


"Saya cabar Zahrain namakan siapa Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu. Cuma ada dua Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Zahrain boleh tanya kedua-duanya, siapa yang telah berpakat dengan Anwar," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.


Turut bersama pada sidang media berkenaan ialah Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Jeff Ooi (DAP-Jelutong) dan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera).


Zahrain yang merupakan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang dalam ucapannya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong petang semalam 'mendedahkan' punca beliau keluar parti dan mengaitkan Anwar dengan kegagalan PR untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan ‘16 September’.


Menjawab tuduhan Zahrain kononnya Pakatan memberitahu Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada PR untuk membentuk kerajaan, Saifuddin menjelaskan, PR tidak pernah memilih untuk berarak di jalan raya untuk proses peralihan kuasa sebaliknya konsisten untuk menggunakan saluran Parlimen.


"Berkenaan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sokongan daripada angkatan tentera, ini satu lagi perkara salah. Memang pada 16 September kita menulis surat kepada Perdana Menteri minta diadakan sidang khas parlimen.


"Negara kita cuma dua orang sahaja yang boleh panggil sidang parlimen. Yang di-Pertuan Agong atau Perdana Menteri. Faktanya ialah Pakatan Rakyat menulis kepada PM dan serahan tangan dihantar oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul di pejabat Perdana Menteri.


"Kalau proses peralihan kuasa nak berlaku, kita tidak pilih jalan raya. Kita memilih saluran Parlimen. Hakikat bahawa kita menulis surat minta sidang khas Parlimen membuktikan bahawa kita nak gunakan saluran Parlimen," jelasnya.


Beliau juga menyifatkan Zahrain sebagai 'tentera upahan' Umno/Barisan Nasional yang digunakan untuk menjatuhkan PR.


Namun ujarnya, tindakan Zahrain itu hanyalah 'halangan kecil' dan tidak akan menjadi penghalang kepada PR untuk membentuk sebuah kerajaan.


"Sekarang ada satu pasukan tentera upahan untuk menyekat laluan kita. Tapi fokus kita tak akan terkalih. Kita akan hadapi tentera upahan ini satu persatu tapi saya anggap ini satu ancaman kecil. Bayan Baru (Zahrain) sebagai watak baru yang ditonjolkan sebagai berbeza daripada dahulu dan satu gergasi kecil yang mendedahkan pelbagai kelemahan Pakatan Rakyat.


"Pakatan Rakyat tidak akan terkalih daripada berdepan dengan Barisan Nasional sebagai musuh politik nombor satu kita," katanya.


Beliau berkata, pencapaian Zahrain yang amat berbeza daripada sewaktu menjadi wakil PKR dulu membuktikan belaiu telah digunakan dalam rancangan Umno/BN menjatuhkan PR.


"Menilai ucapan Bayan Baru semalam, kita dapati pencapaiannya memuncak secara mendadak dan tiba-tiba. Sepanjang dua tahun menjadi wakil PKR, beliau tidak pernah berbahas dalam royal debate ataupun bajet di peringkat polisi atau pun komiti.


"Bila beberapa orang keluar parti, kumpulan ini dijadikan 'attack dog'. Apabila mereka bercakap, semua menteri diminta hadir. Kita boleh tengok bagaimana ianya dibuat dengan menyediakan teks dan membawa isu yang mereka anggap besar," katanya.

Mesti tonton: Petikan Video Manusia Keparat berucap



Memang dasar keparat pengampu ni.. haramjadah punya .. memang %^&%^&$%^&. Kalau pilih jadi pemimpin ni hancur negara.

Khalid Dedah Penyelewengan Umno-BN Lagi


SHAH ALAM 17 MAC: Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan minit mesyuarat majlis kerajaan negeri pada 1987 mengenai status pengasingan tanah di Subang Jaya iaitu Taman Rekreasi Subang Ria.


Maklumat yang diklasifikasi mengikut Akta Rahsia Rasmi itu menunjukkan bagaimana kerajaan Selangor ketika masih dicengkam pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) menjual tanah terbabit kepada Sime Darby UEP.





Mendedahkan hal itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bayaran tanah yang dijual kepada Sime Darby pula jauh lebih tinggi dari nilai sebenar.


Mengikut minit mesyuarat itu, katanya, United Estate Berhad memohon tanah seluas 76.5 ekar di Petaling yakni ekarang Subang Jaya pada 1987 untuk kegunaan rekreasi.


Beliau berkata, bayaran premium yang dikenakan untuk tanah tersebut ketika itu berjumlah 4.95 juta sedangkan nilai pasaran hanyalah 1.57 juta.


"Bagaimanapun, urusan itu tidak melibatkan wang, sebaliknya Sime Darby membeli 10 rumah untuk digazetkan sebagai kuaters kakitangan pejabat daerah petaling ketika itu.


Khalid berkata, rumah itu diserah kepada kerajaan Selangor dan digazet sebagai rumah untuk Penolong Pegawai Daerah Petaling dan Setiausaha Majlis Daerah Petaling.


"Kesemua unit runah ini terletak di SS 19 Subang Jaya. Cadangan ini telah diluluskan Mesyuarat MMKN ketika itu," katanya.


Katanya, ia mencetuskan kontroversi berikutan Taman Rekreasi Subang Ria hendak dimajukan sebagai kawasan perumahan oleh Sime Darby mendapat tentangan hebat penduduk.


"Sebagai pemilik tanah yang berhak, Sime Darby UEP tidak boleh dihalang dari membuat pelan pembangunan. Bagaimanapun, kerajaan negeri akan memastikan penduduk di Subang Jaya mendapat kawasan hijau secukupnya.


"Kerajaan Selangor komited memastikan pembangunan tidak akan menjejaskan hak rakyat dan semua keputusan dibuat secara telus dan tanggungjawab dan selari dengan agenda merakyatkan ekonomi Selangor.

17/03/10

Pimpinan dan Wakil Rakyat PAS menziarahi keluarga mendiang Siva


LANGKAP, 16 Mac - Kira-kira pukul 3.30 petang, mayat Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak, mendiang Siva telah tiba di rumahnya di Taman Mawar, Langkap. Ketibaan mayat mendiang Siva telah disambut oleh beberapa orang pimpinan dan wakil rakyat PAS. Antaranya ialah Ahli Parlimen Parit Buntar YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Jerai (Kedah) YB Ustaz Nasir Zakaria, YB Dato' Hj. Wan Abd. Rahim Wan Abdullah (Kelantan), YB Haji Mohd Zainudin Mohd Yusof, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Mustafa Shaari dan lain-lain pimpinan PAS tempatan.



Di samping itu, turut hadir ialah YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik, Ketua DHPP Perak Sdr. Surianarayanan, Ketua Dewan DHPP Teluk Intan Sdr. Hacharan Singh (Ram), Sdr. Richard Wong serta beberapa orang pimpinan DHPP.


Turut hadir ialah pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat iatu Sdr. Khairul Faizi, Ketua Lujnah Perpaduan Nasional DPP Pusat.

Dr. Mujahid turut bersama-sama mengusung keranda mayat mendiang Siva dibawa masuk ke dalam rumah. Kesemua pimpinan dan wakil rakyat PAS telah bertemu dan mengucapkan takziah dan simpati kepada balu mendiang Siva. Mereka juga telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada isteri mendiang.


Mendiang Siva telah meninggalkan lima orang anak. Anak ketiga mendiang bernama Viji, 25 tahun sehingga kini masih trauma akan kejadian tersebut kerana peristiwa kejam itu telah berlaku di depan matanya ketika dia membantu bapanya mencuci kereta di kedai bapanya.



Di dalam kenyataan bersama media, Dr. Mujahid meminta pihak berkuasa khusus polis dapat menjalankan siasatan segera dan rapi sehingga tertangkapnya pembunuh kejam itu. Beliau juga turut berjanji bahawa PAS Pusat melalui Lujnah Perpaduan Nasional akan membantu keluarga mendiang Siva. Bagi beliau, Sdr. Siva merupakan seorang pemuda yang berani dan rajin dalam melakukan kerja parti.


Dr. Mujahid juga berharap pembunuhan kejam ke atas Ketua Pemuda DHPP Perak ini bukan bermotifkan politik. Namun jika jelas ia bermotif politik beliau meminta tindakan tegas patut diambil.


Mengulas tentang pembunuhan itu juga, beliau meragui akan tahap keselamatan rakyat pada masa kini. Kejadian pembunuhan Sdr. Siva membuktikan bahawa rakyat negara ini pada bila-bila masa terdedah kepada risiko nyawa rakyat terancam. Beliau berharap pihak polis dapat mempertingkat tahap keselamatan dalam negara agar peristiwa malang ini tidak berlaku lagi.


YB Ustaz Nasir pula merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Siva bagi mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat. Begitu juga dengan YB Dato' Wan Abdul Rahim menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mendiang.


Bagi YB Haji Zainudin, beliau tidak pernah melihat suasana di mana rumah orang India yang kematian telah dihadiri orang ramai berbilang kaum seperti hari ini. Kehadiran orang Melayu, Cina dan India untuk menziarahi keluarga mendiang Siva membukti bahawa suasana sedih dan terharu ini turut dirasai bersama oleh kaum Melayu dan Cina walaupun yang matinya seorang India.


Sementara itu, Ustaz Mustafa Shaari, sebagai mewakili PAS Perak pula berkata Pesuruhjaya Perak dan DS Haji Nizar akan menziarahi keluarga mendiang Siva apabila mereka kembali dari lawatan ke negara Arab dan UK nanti.


Beliau yang juga merupakan YDP PAS Pasir Salak, merakam ucapan takziah kepada keluarga mendiang Siva. Sepanjang bekerja bersama Sdr. Siva, beliau memuji akan kerajinan dan keberanian mendiang. Beliau amat-amat menghargai segala jasa yang dicurahkan oleh mendiang.


berita asal: intanhijau.blogspot.com

Kematian Ketua DHPP PAS Perak: PJ Perak rakam takziah

IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak serta pimpinan PAS Negeri ini merakamkan ucapan takzirah kepada ahli keluarga mendiang Panthiyan a/l Patchamutuhu, Ketua Pemuda Dewan Perhimpunan Kelab Penyokong PAS Negeri Perak di atas kematiannya hari ini.


"Saya bagi pihak pimpinan dan ahli-ahli PAS Perak, saya merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang Panthiyan a/l Patchamuthu atau lebih dikenali sebagai Siva , Ketua Pemuda Himpunan Kelab Penyokong PAS Negeri Perak, merangkap Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pasir Salak di atas kematiannya."


Ucapan tazkirah itu dikeluarkan pada kenyataan media PAS Perak hari ini.


Menurut Ustaz Abu Bakar, bagi PAS Perak, mendiang merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam memikul amanah sabagai Ketua Pemuda Himpunan Kelab Penyokong PAS Negeri Perak, juga sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pasir Salak, selain itu mendiang juga dikenali sebagai pemuda yang mempunyai akhlak yang baik dan disenangi oleh masyarakat setempat,.


Mendiang juga banyak berperanan dalam menarik minat masyarakat bukan Islam untuk bersama menyertai Himpunan Kelab Penyokong PAS Perak.


"Kami berharap agar seluruh ahli keluarga mendiang bersabar di atas kematian mendiang. Kami menyifatkan kematian mendiang sebagai satu kehilangan yang besar serta amat dirasai didalam arena politik negara. khususnya dalam Himpunan Kelab Penyokong PAS Perak," katanya

Pemuda PAS Perak hulur sumbangan


IPOH, Pemuda PAS Negeri Perak yang di ketuai oleh Naib Ketuanya Salman Saleh telah menziarahi mendiang Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Panthiyan a/l Patchamuthu yang mati di tembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, yang kini masih dibedah siasat di Hospital Tengku Bainun, Ipoh pada pagi tadi.


Beliau di iringi oleh Penolong setiausaha Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh, dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Perak, Ridzuan Rashid yang berhubungan rapat dengan mendiang di dalam mengusahakan sokongan orang bukan melayu terhadap PAS khasnya.



Salman ketika bertemu dengan Suresh, anak tiri keempat mendiang menyatakan rasa sedih Pemuda PAS Perak di atas kejadian yang menimpa mendiang .


Dalam masa yang sama juga Salman telah menyampaikan sumbangan bagi pihak Pemuda PAS Perak kepada anak tiri mendiang tersebut.


"Bagi pihak Pemuda PAS Perak, kami merasakan kehilangan mendiang yang banyak membantu kami di dalam mendekatkan diri bersama masyarakat berbilang kaum" jelasnya.


Beliau berharap ahli keluarga mendiang bersabar dan juga bertenang serta berharap pihak Polis dapat menjalankan siasatan bagi menyelesaikan kes yang membabitkan senjata api ini.

Anwar mohon batal pembelaan Chandra Muzaffar, 9 April

KUALA LUMPUR 16 Mac - Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan pernyataan pembelaan tokoh akademik, Dr. Chandra Muzaffar dalam kes saman fitnah RM10 juta akan didengar oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 9 April ini.


Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, Wan Nursalina Wan Abdullah ketika pengurusan kes tersebut di kamar beliau hari ini.


Permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Dr. Prasad Sandosham Abraham.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, peguam Sankara Nair yang mewakili Anwar memberitahu, anak guamnya selaku plaintif memohon mengetepikan pernyataan pembelaan Chandra memandangkan butiran lanjut yang difailkan itu melebihi waktu yang ditetapkan.


Ketua Pembangkang itu dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, pada 3 Mac 2008 Chandra telah membuat komen berunsur fitnah terhadapnya dalam satu forum yang dianjurkan oleh Star Publication Berhad di Menara Star di Petaling Jaya.


Ekoran daripada itu, dakwa plaintif, kata-kata Chandra yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) telah disiarkan dalam akhbar The Star di bawah tajuk Disaster if Anwar is PM dan akhbar New Straits Times di bawah tajuk Chandra breaks silence on Anwar pada 5 Mac 2008.


Dalam pernyataan pembelaannya, Chandra selaku defendan yang diwakili oleh peguam Mohd. Zaharudeen Harun menafikan mengeluarkan sebarang komen berniat jahat dan palsu berhubung Anwar.


Defendan juga mendakwa, perkataan-perkataan itu disiarkan berdasarkan perlindungan bersyarat tanpa sebarang niat jahat.

16/03/10

Hina Nabi: Umat Islam digesa boikot barangan Sweden

KUALA LUMPUR 16 Mac – Seorang penyokong kerajaan menyarankan umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Sweden sebagai bantahan terhadap tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan lakaran karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W.


Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata, kerajaan Sweden perlu memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia kerana kejahilan warganya iaitu pelukis Lars Vilks yang jelas tidak menghormati agama Islam.


"Mereka seharusnya memahami perasaan penganut agama lain dalam memastikan keseimbangan berterusan dalam setiap perkara,” katanya ketika membahas usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.


Lakaran karikatur berkenaan yang pada mulanya dikemukakan kepada sebuah pusat warisan budaya Sweden untuk pameran, ditolak atas sebab-sebab keselamatan, tetapi sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya.


Ini membawa kepada bantahan negara-negara Islam dan Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.


Pada 10 Mac lepas, tiga akhbar Sweden lain menyiarkan semula karikatur itu.


"Tidakkah mereka terfikir disebabkan kejahilan tersebut boleh memberi kesan yang tidak baik seperti yang berlaku pada tahun 2008, apabila akhbar Denmark, Politiken yang menyiarkan perkara sama dan kemudiannya mendapat kecaman masyarakat Islam seluruh dunia,” kata Ismail. – Bernama


Kecewa Peguam Negara beku siasatan SPRM


PUTRAJAYA, 16 Mac: Dewan Pemuda PAS Pusat melahirkan rasa kecewa dengan beberapa hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah dihantar kepada Peguam Negara dibekukan.


Sehubungan itu, ketuanya, Nasrudin Hasan meminta supaya setiap kertas dan hasil siasatan yang diserahkan kepada Peguam Negara hendaklah segera dibawa ke mahkamah.





Katanya, Pemuda PAS juga menegaskan supaya SPRM dapat dilihat telus dapat melaksanakan aspirasinya bagi meningkatkan keyakinan dan memperbaiki persepsi masyarakat Malaysia dan antarabangsa ke atas keberkesanan SPRM.


Beliau menyatakan demikian pada kunjungan hormat ke SPRM petang semalam selepas pelantikan Datuk Abu Kassim Mohamed sebagai pesuruhjaya pada 4 Januari yang lalu.


"Ini adalah satu kunjungan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang peranan dan juga fungsi SPRM dalam menggerakkan usaha memerangi rasuah, sejauh mana keberkesanan dan tindakan yang dilakukan," katanya lagi.


Nasrudin berkata beliau berpuas hati dengan segala maklum balas yang diberikan oleh Datuk Abu Kassim dan SPRM selepas perbincangan selama dua jam itu.


"Alhamdulillah kita mendapat maklum balas yang positif dan DPPP bersikap positif dengan komitmen yang diberikan oleh beliau (Datuk Abu Kassim) untuk membanteras rasuah.

Ala mafia: Pengerusi Kelab Penyokong Pas Pasir Salak Mati ditembak

TELUK INTAN: “Saya baru sampai di tempat cuci kereta bersama suami dan dua anak apabila tiba-tiba dikejutkan bunyi letupan seperti mercun.


PILU...Kala memeluk anaknya selepas melihat Panthiyan (gambar kecil) ditembak dari jarak dekat.



“Sebaik menoleh ke arah suami, saya hampir pengsan melihat dia terbujur di atas sofa berlumuran darah dan pada masa sama, saya melihat seorang lelaki berlari keluar sebelum membonceng motosikal rakannya,” kata K Kala, 42, isteri kepada P Panthiyan @ Siva, 34.


Panthiyan yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Pas Pasir Salak, mati ditembak dari jarak dekat oleh seorang suspek tidak dikenali di dalam premis mencuci kereta milik mangsa di Jalan Chui Chak, Langkap, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa mati serta-merta di tempat kejadian selepas satu daripada dua das tembakan mengenai kepalanya.


Kejadian ngeri itu disaksikan isteri dan dua anaknya yang sebelum itu keluar bersama mangsa ke bandar Teluk Intan kerana mempunyai urusan.


Kala berkata, mereka sekeluarga baru beberapa minit tiba di premis berkenaan sebelum dia terlihat pembonceng motosikal berpakaian gelap dan bertopi keledar penuh berwarna gelap masuk dan meluru ke arah mangsa yang ketika itu berehat di sofa, manakala seorang lagi menunggu di motosikal.


“Pada mulanya saya tak syak apa-apa kerana mendiang sentiasa dikunjungi di premis berkenaan untuk pelbagai urusan termasuk kebajikan masyarakat. “Dalam sekelip mata, saya terdengar bunyi seakan-akan mercun dan sebaik menoleh, saya lihat suami terbujur di atas sofa berlumuran darah,” kata Kala sebak.



SEDIH...anak lelaki Panthiyan ditenangkan jiran.


Kala yang trauma dan terkejut dengan kejadian itu, tidak dapat meneruskan temubual kerana terlalu sedih dan hanya berkata mangsa seorang peramah dan suka membantu orang serta tidak mempunyai musuh sama ada dalam perniagaan mahupun politik.


Seorang peniaga di premis bersebelahan yang enggan namanya disiarkan, berkata dia terdengar bunyi seperti mercun, namun pada mulanya tidak mengendahkannya kerana menganggap ia perbuatan kanak-kanak.


“Namun, sejurus kemudian, saya terkejut apabila mendengar ahli keluarga mangsa menangis meminta pertolongan.


“Saya pergi melihat apa yang berlaku sebelum mendapati mangsa terbujur di atas sofa dengan kepala berlumuran darah. Saya meminta bantuan rakan menghubungi polis,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan dan berkata dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali di premisnya.


Katanya, penyerang dan seorang rakannya tiba di premis mangsa dengan menaiki motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan oren menggunakan nombor pendaftaran dipercayai palsu. Pembonceng motosikal itu memakai topi keledar penuh memasuki premis dan melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya mengenai kepala mangsa.


“Sebaik melepaskan tembakan, kedua-dua suspek memecut laju ke arah Kampar. Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. “Kita melancarkan gerakan memburu suspek, namun setakat jam 8 malam tadi (semalam) tiada sebarang tangkapan dibuat. “Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk dibedah siasat,” katanya.


PETIKAN: HARIAN METRO

Dilema Najib: Cukai rakyat atau hilang undi


Tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila Parlimen bersidang hari ini dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.


Menurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti.


Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan juga telah menangguhkan pengumuman tarif elektrik baru dan menarik balik rancangan mereka untuk menghentikan subsidi petrol.


Cukai baru dan penarikkan semula subsidi berkenaan, sebenarnya bertujuan mengurangkan defisit belanjawan negara yang kini pada tahap paling tinggi sejak 20 tahun kebelakangan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengambil-alih tampuk pemerintahan negara tahun lalu pernah berikrar untuk mengurangkan defisit negara.

“Mereka kini menunggu Najib bagi mendapatkan mandat besar pada pilihan raya sebelum boleh meneruskan pembaharuan berkenaan,” kata James Chin seorang profesor di Universiti Monash di Kuala Lumpur.


Pilihan raya umum ke-13 tidak perlu diadakan sehingga 2013 tetapi ia mungkin diadakan seawal 2011, serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak yang merupakan kubu terkuat BN.


Sarawak juga membekalkan 30 daripada 137 kerusi parlimen yang dimiliki BN di Dewan Rakyat.


Cukai GST dirancang untuk mengantikan cukai jualan mulai 2011 dan mendatangkan pendapatan sekitar RM8.8 bilion setiap tahun kepada negara. Ia sepatutnya dibentangkan pada sessi parlimen yang bermula hari ini.

15/03/10

Mohsin 'hilang' kerana bimbang keselamatannya


Ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri menjelaskan bahawa beliau tidak dapat dihubungi kira-kira seminggu selepas keluar PKR baru-baru ini kerana bimbangkan keselamatan dirinya.


Sehubungan itu, tambahnya beliau mengambil keputusan tidak turun ke kawasan parlimennya dan menutup pejabat wakil rakyatnya buat sementara waktu.


“Insya-Allah, tidak lama lagi (beroperasi kembali). Saya rasa sudah makin kendur (bantahan orang ramai),” katanya kepada Malaysiakini.





Beliau sebelum itu membacakan sepotong ayat daripada surah Yasin yang mengisahkan bagaimana Rasulullah dapat meloloskan diri daripada dibunuh kaum kafir Quraish pada zaman permulaan dakwah Islam walaupun rumah baginda telah dikepong.


Mohsin diminta mengulas tindakannya 'menghilangkan diri' selepas mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil bebas pada 3 Mac lalu atas alasan tidak bersetuju dengan pandangan parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.


Pengundurannya itu dikritik pelbagai pihak dalam pembangkang, termasuk melalui beberapa siri demonstrasi dan solat hajat tujuh malam supaya beliau mengosongkan kerusi itu bagi memberikan laluan kepada pilihan raya kecil.


Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohsin bagaimanapun dilihat cuba bersikap tenang dan positif menangani perkara tersebut.


“Saya ingin mengambil iktibar daripada kisah Rasulullah berdakwah ke Taif. Baginda mendapat banyak tentangan sehingga dibaling dengan batu.


“Rasulullah bagaimanapun memaafkannya dan mendoakan kebaikan untuk mereka kerana mereka tidak tahu (baik-buruk perbuatan masing-masing),” katanya yang enggan mengkritik langsung pihak-pihak tertentu.


Mohsin bagaimanapun memberikan jaminannya akan terus memperjuangkan nasib rakyat di kawasannya secara lebih bebas tanpa perlu terikat dengan mana-mana parti.


“Kalau dengan Umno, ada yang saya tidak boleh kata (suarakan). Kalau dengan PAS, ada yang sama tidak boleh kata,” katanya, sekaligus menafikan khabar angin bahawa beliau akan menyertai Umno.


Mohsin menambah, oleh kerana beliau kini bebas sepenuhnya, kemungkinan terdapat keadaan-keadaan tertentu apabila beliau menyokong kerajaan dan pada masa yang lain menyokong pula pembangkang ketika membahaskan sesuatu isu di parlimen.


Setakat ini, sekurang-kurang dua demonstrasi dilaporkan diadakan di Bagan Serai susulan peletakan jawatan Mohsin daripada PKR dua minggu lalu.


Manakala bermula kelmarin, laporan di blog-blog menyebut, satu solat hajat khas anjuran ahli majlis syura Ulama PAS Ahmad Awang diadakan bagi memohon hukuman Allah terhadap Mohsin kerana didakwa mengkhianati perjuangan.

“Apa salahnya dedahkan sikap polis jahat itu?” - Jehan Miskin


Ada polis baik dan ada polis yang jahat, kami hanya karyawan yang mendedahkan hakikat yang wujud dalam masyarakat, demikian luahan kata pelakon Jehan Miskin menerusi sebuah klip video ringkas ketika membangkitkan isu rasuah polis.


"Contoh mudah, polis tidak mahu menunjukkan bahawa mereka adalah perasuah. Untuk melakonkan babak, adegan seperti itu pun, polis akan bertanya, kenapa anda mahu tonjolkan perkara buruk mengenai negara anda?


"Saya kata tidak (bukan niat memburukkan), kita bukannya ingin menunjukkan perkara buruk mengenai negara kita. Kita tunjukkan hal buruk itu kerana ia adalah perkara yang benar-benar berlaku," kata pelakon filem Qaisy dan Laila itu.

Di sana, tambah pelakon yang berdarah keturunan Afghanistan itu, ada polis yang baik dan ada polis yang jahat, dan bukanlah menjadi suatu kesalahan untuk membuat pendedahan seperti itu.


"Jadi, apa salahnya jika kita menunjukkan sikap polis yang jahat itu? Kamilah cermin masyarakat. Daripada karya kami, masyarakat dapat lihat di mana mereka bagus atau tidak, atau kelakar," tambah beliau lagi.


Beliau berkata demikian dalam laman portal YouTube di bawah klip video pendek di bawah program 'Your Grandfather's Road' dengan judul 'Malaysian Film Industry?'.


Tayangan klip video pendek selama 2:58 minit itu turut mengutip beberapa pendapat pemikir, pelakon, pembikin filem termasuk ahli politik negara berhubung industri perfileman negara.


Untuk rekod, filem-filem negara sehingga kini ketandusan dalam menyiarkan jenayah-jenayah rasuah polis. Sebaliknya, filem dan drama Gerak Khas banyak menampilkan sikap-sikap polis yang baik sahaja, di samping pertuturan dialog yang kerap membosankan khalayak. -erapakatan


PETIKAN ASAL: http://siasahdaily.blogspot.com

Hisham sahkan rombakan pemimpin kanan polis


Sehari selepas menafikan laporan akhbar China Press bahawa Tan Sri Musa Hassan akan melepaskan jawatan Ketua Polis Negara (KPN), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari mengesahkan akan berlaku rombakan peringkat tertinggi pasukan polis.


“Berhubung pucuk pimpinan polis, saya akui, rombakan akan berlaku tetapi masa dan bentuk peralihan itu akan ditentukan bukan kerana desakan atau tekanan daripada media tetapi dibuat oleh kerajaan dan pemimpin kebangsaan.”

Sabtu lalu, akhbar harian Cina itu menyiarkan laporan bahawa Musa telah mengemukakan surat perletakan jawatannya kepada Hishamuddin dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Beberapa jam selepas berita itu disiarkan, Musa (bawah) dan Hishamuddin segera menafikannya.

Kementerian Dalam Negeri juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada China Press menuntut penjelasan mengapa berita itu disiarkan sedangkan kerajaan menganggapnya sebagai tidak tepat dan belum disahkan lagi.


Bercakap kepada pemberita selepas perasmian Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong, Hishamuddin mendedahkan bahawa rombakan berkenaan bukan sahaja akan membabitkan KPN tetapi juga pegawai kanan yang lain.


“Dalam hal ini, ia bukan sahaja membabitkan KPN, tetapi empat daripada tujuh pengarah yang mengetuai divisyen dalam PDRM akan bersara tahun ini. Malah, seorang daripada pengarah itu sedang bercuti, menjelang tamatnya tempoh perkhidmatan beliau.”


Menurut Hishamuddin, peralihan itu sebagai “peluang bagi melihat lembaran baru dalam sejarah polis.”


“Saya sudah tahu siapa yang akan menggantikan KPN, saya juga tahu siapa akan menggantikan pengarah, jabatan siasatan jenayah perdaganagan. Jadi tidak perlu membuat spekulasi dan membuat laporan berita tanpa asas,” katanya lagi.


Hazlan Zakaria
Mac 15, 10
3:25pm
http://www.malaysiakini.com/news/126569#

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat