Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

Degoo Cloud Free 100GB

100 GB Free Backup

26/02/10

Pemuda PAS bertemu menteri kanan Singapura

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Rombongan Pemuda PAS Pusat ke Singapura berpeluang bertemu dengan salah seorang menteri kanan, Zainal Abidin Rasheed pada hari ini, bagi melihat dan meninjau perkembangan politik serta kedudukan umat Islam di negara jiran itu.

Ketuanhya, Nasrudin Hasan mengetuai rombongan dalam misi lawatan ke Singapura selama dua hari dalam rangka memperkasakan Sekretariat Pemuda Muslim Asean (AMSEC) selain memperkukuhkan lagi kedudukan Islam di rantau ini.

Sebelum itu, rombongan Pemuda PAS telah bertemu dengan tokoh-tokoh Islam, antaranya Habib Ali dari Indonesia yang menjadi tetamu undangan di Masjid Ba' Alawi Singapura, Habib Hassan bin Mohammad bin Othman al-Attas yang merupakan anak kepada pengasas Masjid Ba' Alawi dan Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, Presiden Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (Pergas).

(Gambar: Rombongan Pemuda PAS berbincang dengan Pergas) "Pelbagai isu yang menarik diperbincangkan antara Pemuda PAS dan Pergas, antaranya fiqh al-aqalliyat (minoriti) dan bagaimana aplikasinya di Singapura.

"Kaedah fiqh ini sangat menarik dan boleh diperbincangkan dalam konteks PAS dan Pakatan Rakyat sekiranya ditakdirkan membentuk kerajaan Pusat satu hari nanti terutamanya memberi hak dalam sesebuah negara," kata Nasrudin ketika dihubungi. Menurut beliau, masyarakat muslim Singapura cuma sekitar 16 peratus daripada keseluruhan rakyat negara itu dan demokrasi umat Islam masih dalam keadaan terbatas.

Walaubagaimanapun, katanya, Kerajaan Singapura menyediakan ruang-ruang untuk umat Islam memperjuangkan hak mereka selaku penduduk minoriti di sana. Selain timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani, Exco Pemuda PAS Pusat yang turut sama dalam rombongan tersebut ialah Dr Raja Iskandar al-Hiss, Kamaruzaman Mohamad, Adram Musa, Suhaizan Kaiat, Ir Khairil Nizam dan Firdaus Jaafar.

Jangan sambut kelahiran Nabi sekadar cogan kata

MARANG, 26 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam agar tidak menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. sekadar dengan cogan kata atau lambang-lambang kemegahan.




Apa yang penting, katanya, mengambil kefahaman serta pengajaran dari kelahiran Nabi s.a.w. dengan menghayati ajarannya yang sebenar.


“Marilah kita mengambil kefahaman dari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan kerasulannya ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut peristiwa yang besar ini bukan hanya sekadar mengagungkan cogan kata dan lambang-lambang yang dimegahkan tanpa menghayati ajarannya yang sebenar,” ujarnya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.

Bahkan, katanya Allah SWT mewujudkan keadaan dunia yang benar-benar berhajat kepada petunjuk daripada Allah yang dibawa oleh seorang rasul yang paling hebat di kalangan rasul-rasul yang diutuskan.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, cahaya Allah Taala (Islam) itu tidak akan dapat dipadamkan oleh sesiapa sahaja termasuk kuasa besar dunia.


Menurutnya, meski pun umat Islam mengalami ‘hakisan’ serta kekurangan yang lemah hingga berlaku pasang surut tetapi agama Islam itu tetap akan terpelihara serta tidak boleh dihapuskan pada hari ini hingga ke hari kiamat.

Anwar: Ekonomi Malaysia kini retak dan bakal berkecai

Pengumuman pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5 peratus bagi suku terakhir 2009 merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan kerana ia merupakan hasil suntikan ransangan ekonomi, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Anwar, pengumuman oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga dibuat terlalu awal memandangkan kesan daripada pakej ransangan ekonomi itu hanyalah reaksi sementara dan tidak dapat dilakukan secara berterusan.

"Oleh sebab itu, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius.


"Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba," katanya lagi dalam kenyataan medianya hari ini.


Najib pada Rabu lalu mengumumkan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lalu yang disifatkannya sebagai pencapaian di luar jangkaan, hasil permintaan dalam dan luar negara yang lebih kukuh.

'Malaysia paling lembap di rantau ini'

Namun, menurut Anwar, pengumuman itu tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan paling lembap di kalangan negara-negara serantau pada tahun ini.


"Apa yang tidak diuar-uarkan oleh Perdana Menteri di sebalik anggaran pertumbuhan 5 peratus itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak," katanya.

Tambahnya lagi, ini merupakan perbezaan ketara berbanding pencapaian sebelum ini yang meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara seperti Korea Selatan dan Singapura.


"Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi.


"Walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50 peratus lebih pesat dari Malaysia," katanya.


Tambahnya, keadaan ini timbul hasil daripada dasar ekonomi BN dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan bagi menutup kegagalan menarik pelaburan individu dan swasta.


"Kalau sebelumnya di antara tahun 1991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2 peratus, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1 peratus secara purata sejak 11 tahun lepas.


"Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun.


"Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu," katanya lagi.


24/02/10

Hakmilik: Peneroka Felda mengadu pada Suhakam

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.


Memorandum tersebut diserahkan oleh presidennya Mazlan Aliman (kiri) kepada pesuruhjaya suruhanjaya tersebut Datuk Khalid Ibrahim (kanan) di pejabatnya kira-kira jam 3.30 petang ini.


Turut hadir ialah barisan peguam yang ketuai oleh Ahmad Nizam Hamid serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya ahli parlimen Batu Tian Chua dan ADUN Port Dickson M Ravi.

Kira-kira 100 peneroka hadir dalam majlis penyerahan memorandum tersebut kepada Suhakam.


Dalam memorandum tersebut, persatuan itu menyenaraikan beberapa aduan termasuk dakwaan diskriminasi terhadap 25,000 peneroka yang mengendalikan sendiri kebun mereka selepas melangsaikan bayaran hutang.


"Tanah mereka itu, sudah selesai bayaran hutangnya, tetapi sampai hari ini, mereka tidak dapat hak milik," kata Mazlan dalam aduannya kepada Khalid.


Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS juga mendakwa terdapat peneroka menerima ugutan daripada Felda, termasuk dakwaan akan disingkirkan dari tanah rancangan.


Menurutnya, terdapat sesetengah peneroka Felda telah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan hak milik tanah mereka itu, termasuk membuat laporan polis, berjumpa dengan menteri dan membawa perkara tersebut ke mahkamah.


Dalam memorandum tersebut, peneroka juga menuntut hak mereka yang telah dinafikan oleh agensi kerajaan itu selama ini, antaranya wang tanam semula sebanyak RM17,000 yang tidak diterima mereka sehingga hari ini.


Selain itu, mereka juga mendakwa dinafikan hak, antaranya, untuk mendapat bantuan tanam semula Risda bagi tanaman getah, lesen menjual hasil sawit dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) serta bantuan pendidikan dan pinjaman usahawan.


Dalam aduannya juga, Mazlan turut mendakwa Akta Penempatan Beramai-ramai (GSA) 1960 telah menjadi "senjata" agensi kerajaan itu untuk mengawal selia keseluruhan aktiviti dan kegiatan peneroka.


"Mereka akan menyebut akta ini termasuklah berhubung pengurusan ladang, dan kegiatan aktiviti peneroka mengikut tafsiran felda. Dan peneroka tidak boleh buat apa-apa," kata Mazlan.


Memorandum itu juga mendakwa akta tersebut membolehkan penguasaan tanah rancangan secara langsung dalam bentuk syarat nyata yang tertulis dalam surat hak milik peneroka, sama ada secara tersirat atau tidak nyata.


Akta itu, menurut memorandum tersebut, tidak membenarkan tanah mereka digadai, dipecah-pecahkan atau dibahagikan dan diserahkan kepada seorang penama sahaja.


Akta ini, kata peneroka terbabit, telah menimbulkan konflik dalam keluarga dari sudut pembahagian pusaka, hak peneroka terhadap tanah dan masa depan generasi kedua.


Memorandum itujuga mendakwa, peneroka terpaksa menandatangani beberapa perjanjian untuk mendapat hak milik tanah, termasuk perjanjian penanaman semula yang diperkenalkan beberapa tahun dahulu.


Peneroka juga didakwa tidak mendapat salinan surat perjanjian tersebut dan felda juga boleh bertindak hingga ke tahap mendapatkan 'kaveat' tanah peneroka.


Dalam majlis tersebut juga lima wakil peneroka felda dari pelbagai negeri turut mengemukakan aduan lisan mereka kepada Khalid, yang rata-ratanya berkisar mengenai masalah yang dibangkit itu.


Sementara itu, Khalid berkata bagi pihaknya tidak pernah menerima aduan berhubung masalah yang dihadapi oleh peneroka.


"Kami hanya mendengar yang elok-elok sahaja, yang tidak ada masalah. Oleh sebab itu, kita mahu mendengar sendiri dari peneroka sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.


Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan penjelasan daripada Felda sendiri berhubung aduan yang dikemukakan oleh persatuan tersebut.


Sehubungan itu, para pesuruhjaya Suhakam akan bermesyuarat pada 8 Mac depan untuk mengkaji dan menentukan tindakan mereka berhubung aduan yang diterima itu, termasuklah membuat siasatan nasional sekiranya sukar untuk mendapatkan maklumat.


"Kita tidak ada kuasa untuk memaksa kerajaan mesti buat itu, mesti buat ini. Kita hanya menyampaikan kepada kerajaan, maklumat yang tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya.


Manakala Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula memberitahu pemberita sebelum penyerahan memorandum tersebut bahawa sebagai ahli parlimen, akan membahaskan akta Akta Penempatan Berkelompok 1960 (GSA) dan masa depan Felda dalam sidang parlimen yang akan bermula 15 Mac ini.


Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, akta tersebut menindas peneroka dan sudah tiba masanya akta tersebut di semak semula.


Terdapat 112,635 peneroka di Malaysia di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, tiga buah negeri yang mempunyai jumlah peneroka yang ramai iaitu Pahang (43,123); Johor (27,641) dan Negeri Sembilan (16,429) orang.


Felda Lurah Bilut di Bentong yang dibuka pada 1958 adalah rancangan Felda yang terawal dengan projek penanaman getah, manakala Felda Taib Andak di Kulai Johor dibuka pada 1961 untuk penanaman kelapa sawit.

23/02/10

Malaysia ada pesawat lebih canggih dari Pesawat Israel ??



Mana Lebih Canggih... Pesawat Israel tanpa juruterbang, pesawat Malaysia tanpa enjin ???
EL AVIV 22 Feb. - Tentera udara Israel semalam memperkenalkan sejumlah pesawat tanpa juruterbang terbaru yang mampu berada di udara selama sehari dan boleh terbang sehingga ke Teluk Parsi, sekali gus meletakkan musuhnya Iran dalam jangkauan sasaran.


Pesawat senyap Heron TP itu mempunyai sayap berukuran 26 meter yang menyamai saiz pesawat penumpang Boeing 737 dan merupakan pesawat tanpa juruterbang terbesar dalam angkatan tentera Israel.

Pesawat berkenaan boleh terbang berterusan untuk sekurang-kurangnya selama 20 jam dan tujuan utamanya ialah untuk melakukan kerja pengawasan.


Dalam satu majlis pelancarannya di Pangkalan Tentera Udara Tel Nof dekat sini semalam, pesawat berkenaan kelihatan begitu besar berbanding pesawat pejuang F-15 yang diletak berdekatan.


Heron TP yang kelihatan mirip Heron iaitu pesawat tanpa juruterbang sebelum ini juga milik Israel tetapi yang mampu terbang lebih tinggi mencapai ketinggian 12,000 meter dan boleh berada lebih lama di udara.


''Dengan pelancaran Heron TP ini, kita merealisasikan mimpi tentera udara,'' kata Brigedier Jeneral Amikan Norkin selaku Komander pangkalan tentera tersebut.


Tentera Israel enggan mendedahkan jumlah pesawat tersebut atau sama ada ia dibina untuk digunakan terhadap Iran tetapi menekankan ia boleh diubah suai untuk pelbagai tujuan.


Para pegawai tentera Israel juga menyatakan, Heron TP boleh menjadi alat yang amat berguna ke atas Iran.


Ia boleh digunakan untuk pengawasan, merosakkan sistem komunikasi musuh, menghubungkan pusat kawalan darat dan membantu pesawat udara lain.


Israel menganggap Iran sebagai ancaman disebabkan program nuklear negara tersebut, di samping pemilikan peluru berpandu jarak jauh dan kenyataan para pemimpin Iran untuk menghapuskan Israel.


Rejim Yahudi itu telah menyatakan kemungkinan menyerang Iran jika tekanan antarabangsa tidak dapat menghentikan program nuklear negara tersebut.


Israel dan Amerika Syarikat yakin Iran sedang cuba membina senjata nukleur, walaupun negara tersebut telah berulang kali menyatakan bahawa program nukleurnya adalah untuk tujuan keamanan.


Dalam beberapa konflik sebelum ini, pesawat tanpa juruterbang didapati kurang berkesan apabila pihak lawan mempunyai senjata anti-pesawat yang lebih canggih.


Sebagai contoh, dalam perang di Serbia pada 1999, angkatan tentera negara itu dengan cepat menembak jatuh 42 pesawat seumpamanya yang menurunkan secara drastik keberkesanan kempen pengeboman Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).


Tetapi Di Malaysia lagi canggih, Pesawat tanpa enjin...syabas..Malaysia Boleh...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...


Amizudin Ahmat


ihsan blog: http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

22/02/10

Kita semua setuju dengan kenaikan petrol RM3:90 SEKIRANNYA

Terimakasih.


Hai Kawan - kawan,


Pada 1st Mei tahun ini, kerajaan bercadang menaikkan kadar petrol seliter kepada RM3:90. Harga petrol sebegini cukup untuk memenatkan kehidupan seharian kita semua. Kerajaan menaikkan harga petrol atas alasan Kerajaan tidak sanggup menanggung subsidi. Tapi saya hairan, ke manakah pergi nye keuntungan Petronas setiap tahun yang sejumlah RM90 Billion dan tidak termasuk cukai pendapatan lain???


Kita semua setuju dengan kenaikan petrol RM3:90 SEKIRANNYA Kerajaan setuju dengan tuntutan kita.


1. Mansuhkan semua bayaran TOL bagi semua lebuhraya.





2. Wujudkan lebih daripada 120 buah pusat perubatan yang bertaraf hospital dan menawarkan perkhimatan perubatan yang percuma (Kami tidak mampu membiayai kos perubatan di swasta) .


3. Wujudkan lebih daripada 200 institusi pengajian tinggi (Kami tidak mampu membiayai kos anak kita untuk belajar di Universiti Swasta) .


4. Diskaun 50% terhadap penggunaan elektrik dan air.


5. Mansuhkan cukai ke atas tanah, pembelian rumah dan sebagainya.


6. Tiada cukai pendapatan bagi individu yang berpendapatan kurang daripada RM7K sebulan.


Kerajaan harus sedar, kita hidup bukan senang!!!! Kita mempunyai perbelanjaan yang tersendiri seperti bayaran pinjaman perumahan, pengajian, kereta, mendidik anak - anak dan kos kehidupan seharian. Kerajaan jangan asyik memikirkan keuntungan semata - mata sehingga menyusahkan kami semua.


Sekiranya, anda setuju dengan tuntutan ini. Sila forward mail ini kepada rakan - rakan anda. Terima kasih.


Semoga kerajaan sudi meringankan beban kita semua yang akan hadapi kelak.


IHSAN: http://penarikbeca.blogspot.com/2010/02/harga-minyak-email-dari-kawan-baik.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+penarikbeca+%28~penarik+beca%29

Syabas Nizar Menteri Besar Rakyat

BERKHIDMAT MELAMPAUI WAKTU DAN SEMPADAN-Team pusat khidmat parlimen Bukit Gantang Cemerlang!.
19 Febuari 2010, Pokok Assam, Taiping – Perbincangan 15 minit di antara Ketua Cabang PKR Taiping, Sdr Eddy Ridzuan Amirullah dan rakan-rakan ranting Taman Raja Idris, Pokok Assam berjaya merungkaikan permasalahan berhari-hari yang dihadapi oleh seorang pengawal keselamatan Encik Kharidin Bin Idris, suami kepada Siti Misnah penghidap kencing manis kronik yang menderita hampir 2 tahun. klik baca lagi untuk gambar seterusnya

Menurut Encik Kharidin masalah yang dihadapi beliau ialah tidak punyai kenderaan van untuk membawa isterinya ke Hospital Manjung tambahan pula isterinya hanya mampu terbaring sahaja maka sukar untuk kenderaan jenis lain.

“Saya pernah adukan masalah ini kepada pihak berkenaan namun sikap acuh tak acuh mereka amat mengecewakan, malah menjengok pun tidak! Adakah kerana saya ini bukan sesiapa kalangan mereka?” ujar Encik Kharidin merujuk kepada Ketua Kampung di mana tempat beliau tinggal.” Ini soal hidup mati seorang manusia, bukan perkara pondok-pondok!” tegas beliau. Selain itu beliau juga merayu bantuan ambulan Hospital Taiping dan juga Jabatan Pertahanan Awam(JPA) Taiping tetapi banyak birokrasinya.”Saya akui bahawa kami anak-beranak yang memohon isterinya dipindahkan ke Hospital Manjung atas sebab tertentu, namun sukarkah untuk berlaku ehsan terhadap kes-kes serius sebegini?!”soal beliau dengan kesal.

Akhirnya dengan bantuan jiran, beliau dipertemukan dengan Ketua Cabang PKR Taiping yang akhirnya membawa kepada penyelesaian dengan bantuan Van Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang Ir Hj Nizar. Tepat jam 1.30 pagi tadi isterinya selamat bergerak ke Manjung.

Kepada pembaca yang ingin menyumbang meringankan beban keluarga ini bolehlah masukkan tunai ke:

Nama Bank : MAYBANK
No. Akaun : 1580 5141 0060
Atas Nama : Kharidin Bin Idris

(Nota: Sila buat pengesahan akaun di atas dengan suami si pesakit di talian 05-806 4954 sebelum berhajat membuat sumbangan untuk elakkan kesilapan)
Selamat jalan..mudah-mudahan ALlah memudahkan urusan baik kita.



FOTO PESAKIT KETIKA OPERASI EHSAN TERSEBUT.




Kronik!!

Tak upaya untuk urus diri sendiri..

Ketua Cabang PKR Taiping menziarahi pesakit.

Sabar menanti..

Berganding bahu memindahkan pesakit ke van yang sedia menunggu.

Ustaz Wan dan pemandu sedia untuk bertolak.

ihsan: http://atokengkau.blogspot.com/

21/02/10

Kehakiman lemah punca negara luar campur tangan - Abdul Hadi


KUALA TERENGGANU, 20 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kelemahan proses kehakiman dan perundangan negara ini telah menyebabkan pihak luar campur tangan dan memprotes sistem kehakiman negara ini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang semasa bercakap kepada media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kawasan Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di sini, semalam berkata, situasi itu mesti diperbetulkan supaya proses keadilan wujud.


Begitupun, beliau bukan ‘menyelar’ tetapi tidak bersetuju terhadap campur tangan asing dalam sebuah negara berdaulat di atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa.


Ketika ditanya wartawan "Datuk Seri, ekoran campur tangan Australia, ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?" Abdul Hadi menjawab begini:-


"Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nak bantah orang campur tangan jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki diri kelemahan kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat."


Berikut ialah jawaban penuh beliau kepada soalan yang dikemukakan pihak media.

Wartawan: Dalam isu campur tangan asing, apakah pandangan PAS. Sebab, ada pihak yang membantah campur tangan tersebut?


Abdul Hadi: Pertama, PAS sebagai sebuah parti Islam dari segi dalaman PAS mahu proses kehakiman berlaku dengan adil dan baik, khususnya mengikut konsep Islam itu sendiri yang perlu diberi hak kepada orang yang dituduh, hakim dan yang menuduh. Semua pihak mempunyai perhitungan dosa dan pahala, bukan sahaja undang-undang yang lahir undang-undang Barat. Sekiranya, masalah ini tidak selesai di atas dunia ini dengan betul, Tuhan akan selesai juga di hari kiamat. Saya beri peringatan kepada semua pihaklah. Sebab itulah, dalam Islam ini ada undang-undang hudud yang termasuk di dalamnya undang-undang qazaf, dengan saksi-saksi yang betul, yang cukup jumlahnya empat orang saksi, yang budiman, yang beriman dan berakhlak. Hakim pula mestilah orang yang beriman dan bertaqwa.


Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia mahu negara kita sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlu kepada campur tangan asing, apa lagi dari negara-negara barat, negara yang bukan Islam. Campur tangan ini mungkin kerana ada tempat-tempat yang boleh ditembusi oleh campur tangan asing. Saya merasakan sekiranya kita berlaku dengan adil mengikut konsep yang tepat, ada kehebatan kita dan pihak asing tidak berani hendak campur. Ini mungkin kerana ada kelemahan-kelemahan yang memberi ruang kepada pihak asing hendak campur tangan. Dengan sebab itu, kita perlu memperhebatkan kehakiman kita sendiri dan sistem kita sendiri supaya disegani oleh semua pihak termasuk pihak asing.


Jadi, pada pandangan Datuk Seri, campur tangan asing itu tidak bolehlah?


Campur tangan tidak boleh tetapi dari dalaman sendiri mesti perbaiki, mesti ada kehebatan. Ini kerana, apa yang berlaku hari ini timbul krisis ‘keyakinan’ terhadap sistem kehakiman. Dengan sebab itu, selesaikan krisis keyakinan ini dahulu. Barulah kita ada kehebatan. Jika tidak, hilang kehebatan kita.


Jadi, PAS sendiri melihat sistem kehakiman kita tidak berjalan lancar dan dipengaruhi?


Sistem kehakiman kita masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah mereka yang ada kepentingan politik dan tidak ada pemisahan kuasa di antara ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’. Pemisahan kuasa itu tidak berlaku, sudah jadi bercelaru dan ini yang menyebabkan hilang keyakinan. Dengan sebab itu, kita mahu pemisahan kuasa itu berlaku dan barulah kehakiman itu ada kewibawaan dan ada kehebatan.


Maksud Dauk Seri, ada campur tangan dalam ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’ dan menyebabkan krisis?


Ya, krisis, krisis keyakinan yang berlaku.


Jadi, maksudnya badan kehakiman mesti jadi badan bebas dan tidak dipengaruhi?


Ya, bebas dan pemisahan kuasa itu ada, dengan sebab itu, kehakiman patut diletak di bawah Parlimen secara langsung atau di bawah Majlis Raja-Raja Melayu, supaya yang disebut Raja Berperlembagaan itu dipraktikkan dengan cara yang tepat.


Datuk Seri, ekoran campur tangan Australia, ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?


Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nak bantah orang campur tangan jika kita sendiri, tangan, jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki diri kelemahan kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat.


Datuk Seri, tadi kata kita rasa malu sebab ada keaiban. Apa yang dimaksudkan dengan keaiban itu?


Keaibannya ialah kita melihat tidak ada pemisahan kuasa di antara semua pihak iaitu ‘legislatif, eksekutif dan judiciary’ dan Nabi kita Muhammad s.a.w. sendiri mengajar kita pemisahan kuasa ini dalam kes yang banyak dan dalam yang mengaibkan diri Nabi sendiri. Di mana Nabi s.a.w. tidak menggunakan kuasa dia tetapi dia melantik hakim untuk menyelesaikan masalah dia sendiri. Dan hakim itu diberi hak untuk menghukum jika dia salah.

Anwar: BN akan ditolak rakyat dalam p'raya nanti

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan BN bahawa rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang - tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.


Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman mansor "tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu'.


Katanya, mereka tidak seharusnya mempunyai persepsi salah yang para pengundi akan kembali menyokong BN jika beliau dipenjarakan.


Anwar merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat terhadapnya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Sebaliknya, kata beliau, rakyat akan bangun menolak Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, tidak kira sama ada beliau di dalam penjara ataupun tidak.


Anwar berkata, di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah bersedia untuk menolak Umno dan BN.


Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana "rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya".


Kerana rasuah, katanya, Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.


Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.


"Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.


Majlis rumah terbuka itu dihoskan oleh ADUN Machang Bubok yang juga timbalan speaker DUN Pulau Pinang, Tan Hock Leong.


Ia turut dihadiri ADUN tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man (Permatang Pasir).

Muhyideen mudah lupa kes Perak ?

Muhyiddin berkata beliau hairan dengan cadangan mengenai saranan pakatan pembangkang agar sidang khas Dewan Rakyat diadakan bagi membincangkan usul menggugurkan pendakwaan kes liwat terhadap Anwar. kerana ia dibuat oleh mereka yang kononnya tahu tentang amalan demokrasi di negara ini.Beliau berkata kes itu telah berada di peringkat mahkamah dan ia bidang kuasa yang berbeza daripada legislatif.


Pakatan pembangkang sudah agak bercelaru lalu menggunakan parlimen untuk kepentingan mereka , tetapi perkara seperti itu tidak boleh dipolitikkan."Perkara itu sudah sampai di peringkat mahkamah, dan biarlah mahkamah menjalankan tanggungjawabnya dan kita perlu menghormatinnya, jelas Muhyidin lagi. sumber dari sini





T.P.M Muhyiden sebut pengasingan kuasa (separation of powers) saya sokong 200 % ,betul apa Muhyideen sebut, apa itu ( separation Power ) iaitu doktrin pengasingan kuasa bermaksud pembahagian kuasa politik sebuah negara yang diasingkan kepada tiga cabang iaitu kuasa legislatif (penggubal undang-undang seperti Parlimen atau DUN), kuasa eksekutif (pelaksana dasar) dan kuasa kehakiman (penafsir undang-undang).


Ketiga-tiga cabang ini sengaja diasingkan bagi memastikan kelicinan pentadbiran sesebuah kerajaan. Dengan pengasingan kuasa tersebut maka dapat dielakkan satu pertembungan kuasa di antara ketiga-tiga cabang penting tersebut.


Memang logik dan patut beliau menempelak pembangkang kerana mencampur- adukan doktrin pemisahan ini.


Satu persoalan yang menarik disini untuk di analisis kembali , macam mana dengan krisis Perlembagaan di Perak suatu masa dahulu , kalau kita lihat siapa yang mula mula menghacurkan doktrin Pengasingan Kuasa iaitu legislatif ,ekekutif dan undang2 di Negeri yang terkenal dengan bijih timah suatu masa dahulu.Selepas berlakunya rampasan kuasa yang tak bertemadun di Perak satu persatu doktrin ini dilacurkan oleh kundeta perak....antaranya -


Speaker Perak, V Sivakumar yang juga bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan (Rights and Privileges Committee) telah menggantung Zambry selama 18 bulan dan enam exco BN yang lain selama 12 bulan.Mengikut doktrin pengasingan kuasa yang diterima pakai di negara ini, keputusan Speaker tersebut adalah satu keputusan dari satu cabang kuasa politik iaitu badan legislatif. Oleh yang demikian berdasarkan doktrin tersebut keputusan speaker tersebut tidak boleh dicabar oleh satu lagi kuasa politik iaitu badan kehakiman.


Tetapi telah dicabar oleh Zambrie and The Gang mengunakan undang-undang untuk mengagalkan kuasa legelatif yang dikepalai oleh Tuan Speaker V. Sivakumar dan akhirnya Mahkamah telah memenangkan Zambri and The Gang.


Ok satu persoalan yang menarik lagi disini ialah perebutan jawatan MB Perak yang telah pun dimuktamadkan oleh Mahkamah Persekutuan yang mana Zambrie telan dinobatkan Mb perak yang sah, adakah wajar ia dibawa ke Mahkamah ? tidakah ini campur tangan perundangan terhadap kuasa legeslatif telah berlaku di perak ? kenapa Dato. S Nizar tidak dilucutkan jawatan beliau di Dewan yang mulia sahaja serta kenapa perlu ada campur tangan perundangan terhadap legeslatif ? satu persoalan yang telah pun menjadi sejarah untuk tatapan generasi akan datang.


Akhir sekali ialah campur tangan eksekutif terhadap legelatif di Perak, yang mana tindak- taduk SS Perak serta Bentara dewan dan pihak berkuasa menghalang kuasa Speaker untuk mengadakan sidang Dun hingga terpaksa mengadakan sidang Dun bersejarah di bawah pokok .
Ditambah lagi campur tangan kuasa luar dalam perjalanan dewan sehingga Speaker yang mulia diheret macam binatang oleh kuasa luar yang jelas mencampuri urusan DUN iatu kuasa legeslatif.


Adakah kes seumpama ini telah luput dari ingatan Muhyideen? memang benar kata- kata keramat Chet Det " MELAYU MUDAH LUPA " atau memang betoi orang Umno busuk sampai ke usus...ini bukan aku kata, ini kata-kata keramat idola aku satu masa dulu...sekian walahuallam...- Misi Tawan Perak Kembali


Tindakan Dr Hasan Ali Direstui oleh Sultan


Datuk Dr Hassan Ali sedia menerima teguran daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakannya dalam mengukuhkan struktur pentadbiran Islam di negeri ini.


Beliau yang mengadap Baginda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam petang semalam, memberi penjelasan terhadap semua tindakan yang dilakukan, termasuk menguatkuasakan undang-undang syariah sedia ada.


Dr Hassan yang ditemui Tv selangor, petang tadi memberitahu, baginda sultan memahami semua tindakan yang dilakukan dan ia merupakan perjumpaan rasmi untuk melaporkan perkembangan yang berlaku di negeri Selangor.Beliau bagaimanapun menafikan laporan akhbar bahawa beliau dipanggil mengadap kerana tindakannya yang dianggap membelakangkan Sultan dalam hal ehwal islam di negeri ini.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat