Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

13/02/10

'Jangan ganggu penjual, haramkan jika mahu'


Kinibooks - penerbit dua buah buku yang dirampas di seluruh negara - mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tersebut dan menggesanya menghentikan gangguan terhadap penjual buku.


Penerbitnya - sebuah anak syarikat Malaysiakini - menjelaskan sebanyak 118 naskhah kedua-dua buku itu 1Funny Malaysia dan Where is Justice telah dirampas di Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan sejak 7 Januari lalu.


Rampasan tersebut dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atas dakwaan boleh membahayakan ketenteraman awam, moral, keselamatan awam dan hubungan antarabangsa.


Ketika dihubungi Malaysiakini, pihak berkuasa berkenaan menjelaskan buku tersebut tidak diharamkan dan rampasan tersebut dibuat untuk membolehkan polis "menganalisis kandungannya".


"Sekiranya mereka mahu untuk menilai buku tersebut, mereka boleh mendapatkan daripada kami. Kami berbesar hati untuk memberikan setiap naskah secara percuma kepada mereka.


"Kami mahu polis dan KDN secara rasmi menghentikan gangguan kepada penjual buku di seluruh negara," kata Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan.


Beliau menambah Kinibooks bercadang untuk menghantar surat peguam kepada KDN supaya menjelaskan sebab rampasan tersebut dibuat dan mendesak naskah tersebut dipulangkan.


'Berhentilah guna pintu belakang'


Bersetuju dengan pandangan itu, editor buku Where is Justice Nathaniel Tan berkata KDN "sepatutnya perlu menilainya dan membuat keputusan dengan segera".


"Sekiranya kamu mahu ia diharamkan, maka lakukanlah. Kami sedia mencabarnya di mahkamah. Tetapi mereka menggunakan taktik pintu belakang untuk menghalang orang awam mendapatkan buku ini.


"Buku-buku ini (kandungannya) tidak berapa panjang dan boleh dihabiskan dalam masa satu hari. Saya rasa pegawai KDN mampu berbuat demikian," katanya.


Bagaimanapun, beliau menambah tidak ada sebarang sebab yang munasabah dari segi undang-undang untuk mengharamkan buku tersebut. Ini kerana ia ditulis berdasarkan kepada fakta dan "tidak melanggar sebarang undang-undang".


Sementara itu, pengarang buku 1Funny Malaysia Zulkiflee Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata rampasan itu terus mengekang industri kartun politik di Malaysia.


"Peranan kartunis sentiasa memerhati gerak geri kerajaan (tetapi) mereka cuba untuk mewujudkan budaya takut yang akan mempengaruhi hasil karya mereka," katanya.


Zunar menambah, walaupun penerbitannya yang lain Gedung Kartun sebelum ini turut mendapat nasib yang sama, tindakan KDN tersebut bagaimanapun menguatkan lagi keazamannya.


"Saya menerima banyak e-mel pembaca yang memberi semangat kepada saya untuk terus berusaha. Ini kerana kartun boleh diterima pelbagai lapisan umur dan latar belakang," katanya.


Dalam perkembangan berkaitan penjualan buku Kinibooks kini mencatatkan penjualan yang tinggi selepas berlakunya rampasan yang mendapat "liputan meluas secara percuma".


"Kami juga menerima panggilan dari kedai buku yang meminta tambahan naskah," kata Pengurus Pembangunan Perniagaan Kumpulan Malaysiakini See Tho Chee Seong.


Beberapa kedai buku bagaimanapun mengeluarkan buku tersebut daripada raknya dan hanya dijual berdasarkan permintaan.


"Ini tidak betul... Berhentilah melakukan muslihat dan taktik kotor. Sekiranya (kerajaan) mengambil berat dan tidak mahu pekung di dada mereka dibuka, selesaikanlah masalah dalaman mereka sendiri. Janganlah mengganggu penjual buku," katanya.

12/02/10

3,000 banjiri dewan dengar ceramah Anwar

Lebih 3,000 orang yang membanjiri Dewan Sri Siantan di Batu Caves malam tadi untuk mendengar pemimpin Pakatan Rakyat bercakap mengenai kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Para penceramah di program 'Bersama Selamatkan Malaysia' itu - termasuk Anwar sendiri - berkali-kali menegaskan bahawa kes berkenaan sengaja diada-adakan untuk memfitnah dan mengaibkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Di samping mengulas mengenai keterangan Mohd Saiful Bukhari di mahkamah, Naib Presiden PKR, Azmin Ali turut menyeru hadirin supaya memboikot akhbar Utusan Malaysia, dalam satu kempen 'bankrapkan Utusan Malaysia.'


"Saya seru supaya semua kerajaan Pakatan Rakyat dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri bawah Pakatan Rakyat supaya tidak lagi melanggan dan membeli iklan di Utusan Malaysia.


"Saya cadang supaya semua GLC bawah Pakatan Rakyat guna media baru termasuk Suara Keadilan, Harakah, Malaysiakini dan The Malaysian Insider," katanya lagi.


Tambahnya, jika kempen itu dijalankan dengan bersungguh-suingguh, maka penerbit Utusan Malaysia boleh muflis dalam masa tiga bulan.


Sementara itu, seorang lagi penceramah, Gobind Singh Deo pula berkata penyokong Anwar tetap berani menangkis tohmahan terhadap ketua umum PKR itu, termasuk oleh bapanya sendiri Karpal Singh.


Sebelum itu, Karpal Singh dilaporkan berkata, memandangkan Hakim Mohamad Zabidin tidak berterus terang kerana tidak merujuk Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung laporan yang dianggap palsu, pihak pembelaan melihat itu sebagai “satu pembohongan oleh Yang Arif”.


Gobind, yang juga ahli parlimen Puchong juga berkata ketegasannya membangkitkan isu, juga menyebabkan beliau digantung daripada Dewan Rakyat selama setahun, tahun lalu.


"Bila saya tanya (Datuk Seri Najib Razak) apa yang terjadi kepada Altantuya Shaariibuu di dalam dewan, apa dia buat? Saya digantung daripada dewan.


"16 Mac ini saya akan masuk semula ke dewan dan (akan) tanya Najib semula," katanya.


Ketika memperkenalkan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin selepas itu, Gobind juga mengumumkan Nizar sebagai "menteri besar Perak yang sah."

Nizar dalam ucapannya selepas itu, tanpa membuang masa, mengulas mengenai keputusan mahkamah dalam menentukan siapakah antara beliau dan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, menteri besar perak yang sah.


"Tapi keputusan itu sudahpun kita jangka. Kita sudah agak ia akan berlaku begitu," katanya sambil menambah keputusan itu juga kini membuatkan semakin meningkatkanya penolakan rakyat Perak terhadap BN.


"Akibat keputusan hakim itu, sokongan kepada kita kini bertambah dan kini menggerunkan BN. Banyak lagi negeri yang akan tumbang hasil daripada kezaliman yang mereka lakukan di Perak," katanya.


Menyentuh kes liwat Anwar, Mohd Nizar berkata ia tidak mungkin berlaku kerana Anwar sering mengimamkan solat jemaah.


"Kalau Datuk Seri Anwar pergi ke mana-manapun, orang akan menjemput beliau supaya menjadi imam. Siapa pernah tengok Najib mengimamkan solat?

"Jadi, adakah seorang kaki liwat boleh mengimamkan solat?" kata Mohd Nizar.


Anwar yang menaiki pentas kemudiannya berkata beliau telah mendapat pelbagai jolokan sepanjang menjadi pembangkang, termasuk sebagai 'ejen Cina', 'ejen Yahudi' dan juga 'pengkhianat Melayu.'


"Sekarang mereka panggil saya peliwat," katanya sambil menambah, beliau kini setentunya diberikan gelaran 'Tun' jika terus bersama Umno.


Mengulas lanjut, Anwar berkata perbicaraan kes liwat ke atasnya itu merupakan satu usaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.


"Kita faham perkara ini akan dilakukan sejak tiga bulan lalu, kes perbicaraan saya dan juga keputusan mahkamah ke atas menteri besar Perak," katanya lagi.


Dalam ucapannya hampir satu jam, Anwar juga berkata kes perbicaraan liwat ke atasnya itu turut mendapat perhatian pemimpin ulama dunia, Dr Yusoff Qardawi yang telah menelefonnya berhubung perkara itu.


"Dia suruh saya bangkit dari tidur dan duduk di sejadah. Saya tanya kenapa, beliau jawab 10,000 orang pada masa itu dalam satu perhimpunan majlis zikir yang sedang berdoa untuk saudara," katanya lagi.


Selain itu, menurut Anwar, kes itu juga kini mendapat perhatian ulama tempatan termasuk pemimpin PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Tambahnya, Abdul Hadi akan mengulang cetak sebuah buku karangan presiden PAS itu berkaitan hukum qazaf yang ditulis 10 tahun lalu bagi menerangkan kepentingan kes itu didengar di mahkamah syariah.

'I Hate Saiful Bukhari' dapat sambutan

SHAH ALAM – Laman sosial Facebook terus menjadi medan kepada orang ramai menyalurkan kebencian terhadap individu.


Sasaran terbaru, saksi pertama kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25 yang menjadi mangsa kebencian pelbagai pihak dalam satu akaun kumpulan Facebook mengelarkan diri sebagai ‘I hate Saiful Bukhari’.


Sinar Harian difahamkan akaun kumpulan itu ditubuhkan 5 Februari lalu iaitu pada hari ketiga prosiding kes liwat Anwar, di Mahkamah Tinggi Jalan Duta dibicarakan.


Setakat ini, kumpulan itu berjaya mengumpul hampir 10,000 peminat.


Laman Facebook kumpulan itu juga memaparkan gambar profil Saiful bersut hitam, dalam keadaan terbalik serta tertera perkataan ‘gua benci lu’.

Ugut bunuh: Anwar anggap laporan Saiful aneh

Pecat duta: Negara jual kemerdekaan diplomatik rakyat

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan pemecatan diplomat veteran Duta Mohd Arshad Manzoor Hussain menghantar isyarat kepada dunia bahawa kerajaan Malaysia telah menjual kemerdekaan diplomatik rakyatnya.


Ketua Penerangannya, Latheefa Koya berkata, ini kerana pemecatan itu belum pernah lagi terjadi.


Katanya, penyingkiran Mohd Arshad kerana beliau mengundi bersama-sama Cuba dan Venezuela merupakan peristiwa yang cukup malang.


“Beliau telah melalui suatu kerjaya khidmat yang panjang dan terkenal dengan ketokohannya,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Secara peribadi, tambahnya, Mohd Arshad mempertahankan tindakannya mengundi itu seiring dengan prinsip-prinsip yang diangkat dalam Gerakan Negara-negara Berkecuali, yang mana selama ini Malaysia merupakan anggotanya yang cukup bersungguh-sungguh sekali iltizamnya.


Justeru, katanya PKR menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengisytiharkan pendirian kepada umum, sama ada Malaysia telah membuang prinsip negara berkecuali dan menyerahkan kedaulatan negara kepada kehendak serta keinginan kuasa besar dunia.

11/02/10

Pengaruh Nizar masih kuat


SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih mempunyai pengaruh dan menjadi pilihan rakyat meskipun Mahkamah Persekutuan kelmarin memutuskan beliau bukan Menteri Besar Perak yang sah.




Katanya, kepimpinan yang diterajui Mohammad Nizar masih lagi kukuh memandangkan ia adalah pilihan rakyat yang mengundi beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain dalam Pilihan Raya Umum ke-12, Mac tahun lalu.

”Dalam menghadapi suasana sebegini, Pas meminta seluruh rakyat Perak yang cintakan keamanan dan keadilan supaya bertenang dan mengelakkan diri dari terlibat dalam sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu.


”Pihak kepimpinan tertinggi Pas pula akan berbincang dalam masa terdekat ini untuk mengambil langkah strategik yang perlu dalam menghadapi suasana ini,” katanya dalam satu ke- nyataan kepada :Sinar Harian:, semalam.


Menurutnya, peristiwa hitam itu tidak patut melemahkan semangat juang dalam kalangan pemimpin dan anggota parti dalam usaha mendapatkan keadilan sebenar.


”Teruskanlah gerak kerja jentera parti di seluruh Perak dan negara dan bangkitlah dengan semangat baru yang membara untuk meneruskan cita-cita perjuangan Pas selama ini,” katanya.


Mahkamah Persekutuan kelmarin memutuskan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah sah dan menolak rayuan bekas Menteri Besar, Datuk Seri :Mohammad Nizar Jamaluddin.

PKR pujuk penyokong dengan telefon, e-mel

PKR akan menggiatkan siri ceramah bagi memujuk penyokongnya hadir ke mahkamah menyatakan sokongan terhadap Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan dengan tuduhan liwat.


Pengarah strategik parti itu, Tian Chua berkata komunikasi seperti itu lebih efektif untuk mendekati golongan berkenaan.


"Lagipun, kehadiran penyokong di mahkamah bukanlah pengukur yang baik untuk mengira sokongan orang ramai terhadap Anwar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kehadiran penyokong PKR yang dilihat semakin tidak berminat berkumpul di mahkamah sebagai tanda sokongan terhadap Anwar.


Tian menjelaskan, keadaan sekarang berbeza dengan situasi pada "zaman reformasi" sepuluh tahun lalu yang dengan mudah boleh mengumpulkan ribuan penyokong pada satu-satu masa.


"Dahulu, kita boleh himpunkan sehingga 100,000 orang semasa reformasi, tetapi sekarang kaedah seperti itu tidak lagi praktikal.

"Waktu mahkamah ramai orang sedang bekerja, kalau dapat himpun pun sekitar 50 hingga 60 orang sahaja, jadi (usaha seperti ini) tidak praktikal," katanya yang juga ahli parlimen Batu.


Ajak dengan telefon, e-mel


Tambahnya, Pakatan Rakyat kini giat menganjurkan ceramah bagi menjelaskan topik panas tersebut di seluruh negara hampir setiap malam.


Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution pula berkata, selain mengadakan ceramah, pihaknya juga menggunakan pelbagai kaedah bagi menarik penyokong ke kompleks mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur.


Usaha tersebut, tambahnya termasuklah melalui panggilan telefon dan e-mel.


"Ada hari kehadiran baik, ada hari kehadirannya kurang. Usaha ini kita jalankan berterusan," katanya.


"Sebenarnya sebagai orang parti, bila pemimpin kita dilibat dengan kes seperti ini, secara automatik kita akan jalankan usaha untuk galakkan penyokong supaya hadir beri sokongan.


Sebelum ini, Saifuddin berkata penyokong PKR dari semua negeri diwajibkan hadir di perbicaraan kes itu secara bergilir-gilir - sekurang-kurangnya 300 orang daripada lima cabang setiap hari.


Malah, beliau juga berharap kehadiran penyokong dapat mencecah angka ribuan dan mencapai kemuncaknya setiap hari Jumaat.


Bagaimanapun, hari pertama perbicaraan kes tersebut Selasa lalu menyaksikan sekitar 100 orang sahaja yang hadir menyatakan sokongan dan jumlah itu semakin berkurangan dari hari ke hari.


Tinjauan Malaysiakini semalam menunjukkan tiada lagi penyokong yang berkumpul, malah beberapa kerat penyokong yang hadir juga dilihat tidak lagi berminat membawa apa-apa sepanduk atau poster.

Kes arsenik: 29 dibebaskan


Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membebaskan 27 peserta perhimpunan haram berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau diracun dengan arsenik pada lewat 1999.


Antara yang didakwa itu termasuk lima ahli parlimen Pakatan Rakyat: Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Azmin Ali (PKR-Gombak), R Sivarasa (PKR-Subang), Tian Chua (PKR-Batu) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Peserta lain yang dituduh termasuk mereka yang kini menjadi ahli Umno seperti Ezam Mohamed Noor, Ruslan Kassim, Lokman Noor Adam and Hanafiah Man.


Bagaimanapun Ezam dan Lokman tidak menghadiri perbicaraan hari ini. Begitu juga dengan Gobalakrishnan, Sivarasa and Azmin.


Sesetengah mereka seperti Dr Hatta dan Dr Badrul Amin Bahron mendedahkan mereka direman enam hari selepas menyerah diri kepada polis.


Turut hadir di mahkamah hari ini ialah bekas setiausaha PRM Dr Sanusi Osman dan bekas kolumnis Malaysiakini Hishamuddin Rais.


Semua 27 mereka didakwa mengadakan perhimpunan haram di Masjid Negara antara jam 1.30 petang hingga 5.13 petang pada 19 Sept 1999.


Keputusan hari ini diperolehi selepas hampir 11 tahun perbicaraan.


Majistret Hafizza Sauni membebaskan semua mereka berikutan kegagalan OCPD Dang Wangi ketika itu, Datuk Bakri Zinin yang gagal menghadiri perbicaraan sebagai saksi utama dan juga tujuh saksi yang lain.


Bakri kini adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.


Kes berkenaan pernah dibicarakan oleh enam majistret yang berlainan, termasuk lima pendakwa raya.


Pada asalnya, 30 orang ditahan. Dua daripada mereka telah meninggal dunia manakala seorang lagi mengaku bersalah.

Kes ‘arsenik Anwar’ ditutup

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Hakim Mahkamah Majistret, Hafizah Saun tengah hari ini memutuskan bahawa kes ‘arsenik Anwar’ yang membabitkan 30 orang kena tuduh (OKT) pada 11 tahun lalu ditutup.




Menurutnya, mahkamah menganggap sedemikian kerana pasukan pendakwaraya gagal mengemukakan saksi utama, Pengarah Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman, Datuk Bakri Zenin di kandang pedakwaan.

Pun begitu, Hafizah menganggap kes itu tetap prima facie selepas mendengar kesaksian daripada 19 saksi yang lain.


Mereka yang memberi keterangan tersebut terdiri daripada jurukamera, pegawai polis yang melakukan penangkapan serta orang awam yang menyaksikan penangkapan kesemua OKT tersebut.


Dr Mohd Hatta Md Ramli, salah seorang OKT merakamkan syukur kepada Allah kerana membebaskan beliau bersama-sama 26 yang lain daripada perdakwaan tersebut.


Ketika menghubungi Harakahdaily tengah hari tadi, beliau mengganggap pembebasan kesemua OKT daripada dakwaan menyertai perhimpunan haram 'arsenik Anwar' itu sebagai suatu kemenangan buat rakyat, termasuk dua orang tertuduh, Omar Tan dan Mohamad Zaidi Mat Amin yang telah pun meninggal dunia beberapa tahun lalu.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai turut merakamkan penghargaan kepada kesemua anggota pasukan peguambela kerana bersabar dan tekun untuk menyelesaikan kes tersebut sejak 11 tahun lalu.

Ku Li Dedah Surat Perjanjian Petronas, Cabar UMNO Ambil Tindakan

KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak bersetuju "Royalti" diganti dengan "Wang Ehsan" walaupun RM20 juta dijangka akan berikan kepada Kelantan bermula bulan Mac ini.


"Tidak ada perjanjian lain, yang saya "sign" dan yang saya buat inilah dia! Tak ada yang lain dan ini yang kita pakai sekarang. Kalau dia (Petronas) "sign" kemudian hari, perjanjian ini tidak laku la. Kalau ini tidak laku bermakna tidak sahlah Petronas itu..!” tegas beliau.

Sambil mendedahkan Surat Perjanjian Petronas itu kepada media, Tengku Razaleigh tetap mempertahankan bahawa hanya ada satu perjanjian sahaja dan Petronas seharusnya mengikut syarat perjanjian itu iaitu memberi Royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.


Bekas Menteri Kewangan dan Pengasas Petronas itu berkata, "kita ada perjanjian, kita ada undang-undang, jadi kita kena ikut undang-undang yang terpakai. Kita tidak boleh ikut selera kita sahaja, undang-undang ini Parlimen yang luluskan."


"Bukan perkara ini kita ambil tepi jalan, perjanjian ini adalah antara Petronas dengan Kerajaan Negeri yang mewakili rakyat. Bukan perkara kecil. Tidak boleh hendak main-mainkan," tegas beliau lagi.


Beliau juga menegaskan bahawa UMNO berhak untuk memecat beliau jika berhasrat untuk berbuat demikian berhubung pendiriannya dalam isu pertikaian Kelantan untuk mendapatkan Royalti Minyak.


"Mereka (UMNO) mempunyai segala hak untuk memutuskan apa yang mereka mahukan. Jika mereka minta saya keluar, saya akan keluar. Jika mereka minta saya kekal, saya akan (kekal)," kata beliau.


Ketika ditanya sesetengah pihak tersinggung ekoran teguran dan pendirian beliau yang tegas berulang kali dalam isu ini, Tengku Razaleigh berkata, "siapa yang makan cili dialah rasa pedas."


Beliau hanya menjelaskan peruntukan dalam Akta Pembangunan Petroliam 1974 termasuk HAK Kerajaan Negeri Kelantan. "Ia bukan pendirian saya. Saya tiada apa-apa kaitan dengannya," kata beliau.


Oleh itu kata beliau, tujuan asal akta itu ialah memastikan negeri-negeri miskin di Malaysia menerima manfaat.


Nasihat beliau kepada Petronas ialah mematuhi peruntukan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan negeri-negeri berkenaan. Awal bulan ini, Tengku Razaleigh berkata tindakan disiplin yang didesak sesetengah pihak dalam parti itu adalah tidak relevan dan UMNO boleh mengambil apa sahaja tindakan yang mereka inginkan.


"Apa sahaja (tindakan yang) mereka hendak lakukan ke atas saya adalah tidak relevan," katanya.

10/02/10

Culik Altantuya: 'Nasir Safar di tempat kejadian'

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mendakwa Datuk Nasir Safar berada di lokasi apabila anggota polis menahan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, demikian menurut peguamnya, Americk Sidhu.

Dakwaan tersebut disiarkan dalam Suara Keadilan - akhbar rasmi PKR.

Suara Keadilan memetik emel Sidhu kepadanya yang mendakwa Bala, mengenali bekas pembantu khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak itu apabila melihat gambar Nasir (kiri, bertali leher) di blog.



Nasir diheret dengan kontroversi apabila minggu lalu dia membuat ucapan yang berbaur perkauman pada seminar 1Malaysia di Melaka.

Dia didakwa sebagai berkata kaum Cina dan India sebagai pendatang.

Akibat bantahan dan kemarahan pemimpin dan rakyat, Nasir kemudiannya meletakkan jawatannya.


Kedua-dua Bala dan Sidhu kini tinggal di luar Malaysia kerana bimbang dikenakan tindakan.

Bala (kanan) menjadi terkenal pada Julai 2008, apabila dia membuat pengakuan bersumpah mendakwa dia berada di tempat kejadian apabila polis membawa Altantuya dengan sebuah kereta di luar rumah kekasihnya, Abdul Razak Baginda, yang juga seorang lagi pegawai Najib.

Beberapa minit sebelum Altantuya dibawa ke kereta, Bala mendakwa “sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui jalan itu secara perlahan. Tingkap pemandu tidak dinaikkan dan pemandu itu memandang ke arah kami.”

Bala tidak tahu siapa lelaki Melayu itu tetapi berjaya memberitahu polis mengenai raut wajah lelaki itu ketika disoal siasat.

Menurut Sidhu, polis yang menyoalnya cuma memberitahu lelaki itu adalah jiran Abdul Razak (bawah, tengah).

Bagaimanapun, Bala mengecam pemandu Melayu yang berkereta biru itu sebagai Nasir apabila melihat wajahnya di Internet, kata Sidhu.

Nasir yang dihubungi oleh Malaysiakini sebentar tadi, tidak mahu mengulas lanjut tetapi berkata sidang media akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga tidak mahu mengulas.

"Saya tidak mahu komen. Perkara itu telah dibicarakan di mahkamah," katanya kepada Malaysiakini.

Pada April 2009 lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung terhadap dua anggota polis yang dikaitkan dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

Bagiamanapun Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini telah berkali-kali menafikan dia mengenali Altantuya ataupun pernah berjumpa dengan wanita itu.



Karpal Singh ditegur kata hakim bohong

Peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu, hari ini ditegur kerana menggunakan perkataan kasar terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mengadili kes itu.


Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes itu, berkata Karpal Singh (kanan) bebas mengemukakan hujah tanpa erlu menghina hakim.


"Untuk mengatakan Yang Arif berbohong adalah terlalu kasar. Walaupun kita boleh berhujah sebaik manapun untuk anak guam kita, tetapi menggunakan perkataan kasar adalah tidak wajar.

"Kita boleh berbuat demikian dengan sopan dan beretika," katanya ketika berhujah semasa mahkamah mendengar permohonan pihak pembelaan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada kes itu kononnya kerana beliau berat sebelah.


Sebelum itu, Karpal Singh berkata bahawa oleh kerana Hakim Mohamad Zabidin (kiri) tidak berterus terang kerana tidak merujuk Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung laporan yang dianggap palsu, pihak pembelaan melihat itu sebagai "satu pembohongan oleh Yang Arif".


Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Pertuduhan adalah mengikut seksyen 377B Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Perkara kecil


Perbicaraan kes itu masuk hari keenam hari ini tetapi ditangguhkan bagi mendengar permohonan oleh pihak pembelaan itu.


Mohd Saiful (kanan), saksi pertama, sedang disoal dalam pemeriksaan balas.


Pada prosiding hari ini, Mohd Yusof berkata Hakim Mohamad Zabidin tidak perlu menarik diri kecuali jika ada perkara atau sebab semasa perbicaraan bahawa hakim itu bertindak berat sebelah.


Bagaimanapun, kata beliau, andaian wujudnya sikap berat sebelah perlulah dibuat dengan penuh kejujuran dan berlandaskan kemuliaan badan kehakiman.


Mohd Yusof berkata sikap berat sebelah tidak boleh dibuktikan kewujudannya, melainkan hakim mempunyai kepentingan diri atau kepentingan daripada segi kewangan.


Katanya mahkamah tidak sepatutnya mengetepikan isu sebenar yang ada di hadapannya, apa yang dilaporkan oleh media atau kesalahan yang dilakukan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaaan.


"Dalam kes ini, apa jua yang dilaporkan oleh akhbar adalah sesuatu yang berasal dari luar," katanya.


Lucutkan kelayakan hakim


Mohd Yusof berkata dalam permohonan bagi melucutkan kelayakan seseorang hakim, mahkamah perlu menimbang beberapa perkara, termasuk ujian tentang wujudnya bahaya sebenar, dan orang ramai yang cukup bermaklumat sedar bahawa hakim berkenaan tidak berlaku adil kepada mereka sekiranya beliau membuat sesuatu keputusan tanpa berdasarkan bukti atau berdasarkan alasan yang tidak berkaitan.


"Aduan tentang Utusan Malaysia bukan suatu isu yang perlu dibuat keputusan oleh mahkamah ini dalam mengadili tuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau.


Mohd Yusof berkata keputusan hakim berkenaan bukan bererti penolakan sepenuhnya dan pihak pembelaan boleh memohon penangguhan sebelum memfailkan usul menuduh Utusan Malaysia menghina mahkamah mengikut Perintah 52 Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi.


Katanya adalah silap dan berlebihan bagi pasukan pembelaan untuk membuat andaian bahawa mahkamah telah menolak usul bagi menuduh akhbar itu menghina mahkamah kerana permohonan mengenainya tidak dibuat secara formal.


Mohd Yusof berkata asas bagi aduan berkenaan (merujuk kepada laporan muka depan bertajuk "Tak rela diliwat lagi" bertarikh 4 Feb), telah terhapus setelah kedua-dua pihak membuat pengesahan tentang perkara itu melalui nota prosiding dan rakaman audio mahkamah.


Foto katil

Mengenai aduan kedua iaitu berkaitan keterangan pada foto, beliau berkata perkataan yang digunakan mempunyai maksud yang kabur.


"Inilah yang berlaku apabila kita ingin sembunyikan maklumat daripada orang ramai. Tetapi, Karpal tetap bertegas mengenainya. Apa yang ada hanyalah sekeping foto...kapsyennya mempunyai maksud yang tidak jelas...saya tak nampak ada sebarang masalah...kapsyen berkenan merujuk kepada sebuah katil tempat kesalahan itu berlaku," kata beliau.


Mohd Yusof berkata maklumat terperinci tentang katil dan bilik tidur utama telah disebut di mahkamah terbuka dan tiada siapa dapat mempertikaikannya kerana ia dicatat dalam nota prosiding.


Katanya dalam membuat laporan tentang kes liwat, pemberita mungkin tersilap dengar, tetapi mereka tidak boleh membuat laporan dengan niat jahat.


"Hari ini, terbukti bahawa mereka melaporkan dengan betul berdasarkan nota prosiding mahkamah dan oleh itu, pihak pendakwaan perlu memohon maaf kepada pemberita Utusan Malaysia yang berkenaan," katanya.


Beliau berkata para hakim dilatih supaya hanya membuat keputusan berdasarkan bukti yang dikemukakan di mahkamah, bukan berdasarkan laporan akhbar.

"Mahkamah yang adil akan hanya membuat keputusan berdasarkan bukti. Masih terlalu awal untuk mengatakan bahawa Yang Arif bersikap berat sebelah," katanya.


Tarik diri


Sementara itu, Karpal Singh meminta Mohamad Zabidin menarik diri daripada mengadili kes berkenaan kerana mendakwa hakim itu melakukan kesalahan apabila beliau tidak mengatakan sesuatu yang benar dan ini boleh dianggap sebagai melakukan pemalsuan dan pembohongan.


Karpal Singh berkata dalam keputusannya, hakim berkenaan berkata butiran terperinci telah disebut di mahkamah terbuka, sedangkan ia tidak terdapat dalam nota prosiding dan rakaman audio mahkamah.


"Ini menunjukkan bahawa Yang Arif berbohong. Ini terbukti, boleh dibuktikan dan telahpun dibuktikan. Yang Arif tidak berlaku jujur, jadi Yang Arif berat sebelah. Buktinya ada di sini, ia adalah suatu fakta. Oleh itu, Yang Arif tiada pilihan, selain mengundurkan diri," katanya.


Karpal Singh berkata dalam menolak permohonan pihak pembelaan untuk menuduh Utusan Malaysia menghina mahkamah, hakim berkenaan membuat keputusan bahawa laporan itu tidak menghina mahkamah dan akhbar berkenaan tidak berniat untuk menimbulkan kekeliruan.


"Bagaimanakah Yang Arif boleh membuat kesimpulan bahawa tidak wujud niat seperti itu? Ia datang daripada Utusan, bukan dari mahkamah ini...yang Arif perlu keluarkan surat tunjuk sebab kepada Utusan Malaysia, tapi yang Arif tidak berbuat demikian," kata beliau.


Mohamad Zabidin menetapkan 18 Feb sebagai tarikh untuk menyampaikan keputusannya.

Penulis blog aibkan Nik Aziz dan Anwar, ditahan

Penulis blog yang memaparkan foto yang diubahsuai yang menunjukkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan yang mengaibkan, telah ditahan semalam.


Sumber polis Kelantan mengesahkan kepada dia ditahan selepas menyerah diri di ibu pejabat polis kontinjen Johor Bahru.

Menurutnya, penulis blog lelaki berumur sekitar 40-an itu ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


"Pihak polis akan menjalankan siasatan di sana terlebih dahulu," kata sumber sambil menambah bahawa penulis blog itu masih ditahan di Johor Bahru.


Ahad lalu, Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan Mejar (B) Mohamad Ibrahim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu terhadap tindakan blogger tersebut.


Mohamad dilaporkan berpendapat tindakan penulis blog itu adalah bersifat provokatif dan bertentangan dengan undang-undang.


Sementara itu, Star online hari ini melaporkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan penahanan penulis blog itu dan menurutnya, siasatan lanjut akan diuruskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan.


Penahanan penulis blog itu adalah penulis yang kedua ditahan tahun ini selepas Khairul Nizam Abdul Ghani atau dikenali sebagai Aduka Taruna ditahan pada 29 Januari lalu.


Khairul Nizam yang berasal daripada Rumah Rakyat Pancor Paroi, Negeri Sembilan, kemudiannya dihadapkan di Mahkamah Seksyen Seremban kerana didakwa memaparkan dalam blognya tulisan yang mengaibkan Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.


Dia dituduh didakwa di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ku Li: DS Ir Nizar Masih MB Perak

Kenyataan Media Tengku Razaleigh Hamzah


“Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar”


Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.


Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.

Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.
Dua prinsip perlu dijelaskan:


Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.


Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinnya mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.


Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.


Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.


Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalankeabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.
Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.


Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.


Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.


Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.


Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.


Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.


Tengku Razaleigh Hamzah

Bangkit dengan semangat membara - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan jentera parti seluruh negara dan negeri Perak supaya meneruskan gerak kerja dan bangkit dengan semangat baru yang membara ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.


"Teruskanlah gerak kerja jentera parti di seluruh negeri Perak dan negara, dan bangkitlah dengan semangat baru yang membara untuk meneruskan cita-cita perjuangan PAS selama ini," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.





PAS, jelasnya berpandangan walaupun keputusan mahkamah tidak menyebelahi Pakatan Rakyat, namun yakin rakyat negeri Perak masih dan akan terus bersama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Ianya kerana kepimpinan Pakatan Rakyat sememangnya telah dipilih secara sah oleh rakyat negeri itu menerusi proses pilihan raya umum ke-12 lalu.


Episod hitam ini juga diingatkan jangan sesekali melemahkan semangat juang seluruh kepimpinan PAS negeri itu.


"PAS juga menyeru kepada seluruh peringkat kepimpinan PAS di negeri Perak khususnya, dan di seluruh negara amnya agar tidak menjadikan episod hitam ini sebagai alasan yang dapat melemahkan semangat juang," katanya lagi.


Beliau turut mengingatkan kepada seluruh rakyat Perak agar bertenang dan tidak terlibat dalam sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu.


"Pihak kepimpinan tertinggi PAS pula akan berbincang dalam masa terdekat ini untuk mengambil langkah strategik yang perlu dalam menghadapi suasana ini," katanya.

Jangan diskriminasi Adun Pakatan - Nizar


IPOH, 10 Feb: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin mahu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tidak mendiskriminasi Adun Pakatan dan menunjukkan keikhlasan jika benar-benar mahu mereka memberikan kerjasama.




Pada sidang media di Pejabat PAS Perak malam tadi, beliau berkata, Adun Pakatan sedia memberikan kerjasama untuk kemajuan dan pembangunan negeri namun segala sekatan ke atas Adun Pakatan Rakyat perlu dihentikan.

Ianya termasuk tidak menghalang peruntukan kepada setiap Adun Pakatan Rakyat supaya mereka dapat meneruskan khidmat kebajikan kepada rakyat tanpa batasan perkauman dan fahaman politik.


Adun Pakatan juga perlu diberi kebenaran menggunakan dewan-dewan orang ramai untuk kebaikan rakyat.


Nizar juga mahukan Kerajaan BN Perak memberikan ruang yang secukupnya kepada Pakatan Rakyat untuk turut serta dalam Jawatankuasa Tindakan Dewan Negeri.


Pada sidang media itu juga Nizar turut menyatakan rasa sedihnya di atas keputusan Mahkamah Persekutuan, yang memihak kepada Zambry, sambil menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu sejarah hitam, bukan sahaja bagi negeri Perak, malah bagi seluruh negara.


Keputusan yang dibuat oleh lima hakim Mahkamah Persekutuan tersebut katanya, memperlihatkan seolah-olah menyokong kerajaan haram di Perak dengan hujah-hujah yang tidak konsisten berbanding dengan kes-kes yang hampir sama berlaku di Sabah.


Mengenai kemungkinan beliau membuat rayuan ‘review’ terhadap penghakiman tersebut, Nizar menegaskan beliau tidak berminat dan tidak mahu membuang masa kerana urusannya sangat rumit.


Nizar memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan bertindak sebagai pembangkang yang kuat dan sihat serta berkesan dalam Dewan Undangan Negeri Perak dan dalam masa yang sama akan meneruskan kerja-kerja sebagai wakil rakyat yang prihatin terhadap masalah rakyat.

Bukan kalah di ‘mahkamah rakyat’

IPOH, 10 Feb: Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak, Khalil Idham Lim berkata, walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak memihak kepada PR tetapi bukan bermaksud kalah di ‘mahkamah rakyat’.


Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh ahli, penyokong dan pekerja parti menyusun langkah lebih terancang dan sisitematik bagi memastikan PR terus berada di hati rakyat.





"Saya yakin bahawa gelombang rakyat yang mahukan perubahan di Perak masih tidak luntur dan perlu dijana terus untuk memastikan mereka tetap memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.


"Keputusan tersebut bukannya kita mengaku kalah namun atas prinsip menghormati keputusan mahkamah," ujarnya yang juga Adun Titi Serong.


Beliau juga menyeru ahli-ahli dan penyokong penyokong PR supaya bertenang dan berlapang dada berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin dalam kes Menteri Besar Perak semalam.


"Kita minta semua penyokong Pakatan Rakyat khususnya di Perak supaya bertenang dan menerima hakikat bahawa keputusan itu hendaklah dihormati sebagai satu proses undang-undang yang ada di negara ini," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.


Menurutnya, segala tindakan yang dilakukan oleh semua penyokong PR selepas ini mestilah dalam keadaan yang perlu dikawal dan jangan melangkaui undang-undang dan peraturan yang sedia ada.


Oleh itu, katanya pendukung PR hendaklah mengelakkan sesuatu tindakan yang melanggar undang-undang walaupun akan melalui provokasi dari pihak musuh.


"Bagi yang menganut agama Islam, saya menyeru kepada semua penyokong Pakatan Rakyat supaya terus mendoakan kesejahteraan kepimpinan kita dan Allah memberikan sifat sabar dan sentiasa bersemangat untuk meneruskan perjuangan," jelasnya.


Tambahnya, semua pemimpin dan seluruh penyokong hendaklah terus memastikan tindakan yang dilakukan adalah untuk memenangkan PR dengan meneruskan usaha menerangkan kepada rakyat yang belum menyokong PR mengenai dasar dan prinsip perjuangannya yang jauh berbeza dengan BN.


"Usaha-usaha penerangan mestilah ditingkatkan dan janganlah banyak unsur menyerang semata-mata," ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS negeri.


Beliau percaya penyokong PR sangat berdisplin dan mematuhi undang-undang dan boleh dikawal sejak keputusan diumumkan semalam.


Justeru, beliau menafikan sekiranya ada bentuk provokasi dari pihak lawan untuk memburukkan PR bagi menggambarkan PR menolak keputusan kelmarin.


Khalil juga berharap semua Adun PR telah membuat keputusan untuk menjadi pembangkang yang efektif di Dun Perak dengan beberapa syarat yang diperjelaskan dalam sidang media malam tadi, termasuk yang berkaitan dengan jawatan Speaker dan tiga Adun `katak' yang perlu diperjelaskan selepas ini.


Tegasnya, semangat semua Adun Pakatan Rakyat masih tidak luntur, malah terus bersemangat kental.


"Kekuatan semangat yang dimiliki oleh Datuk Seri Nizar yang tidak pernah luntur mestilah menjadi contoh kepada semua pihak untuk meneruskan perjuangan yang belum berakhir,” ujarnya .

Mahkamah seperti akui rampasan kuasa di Perak – Nik Aziz


KOTA BHARU, 9 Feb: “Itu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Oleh itu, beliau meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes sekurang-kurangnya dengan cara benci.

“Allah Taala menterjemahkan rasa benci-Nya terhadap manusia yang kufur serta fasik dan derhaka.

“Apa yang berlaku di Perak adalah kerja fasik kerana mereka menang tidak melalui pilihan raya dan pihak yang menang itu pula melompat keluar dari kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.


Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, selepas tiga Adun Pakatan Rakyat mengisytihar sebagai wakil rakyat Bebas tahun lepas.


Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat memprotes keputusan mahkamah kerana seolah-olah mengesahkan mereka yang melompat parti.


Katanya, perlu diperjelaskan perbuatan melompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat secara sah mengikut demokrasi adalah salah.


“Sekiranya keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah baru-baru ini diprotes pihak tertentu, tidak ada salah juga protes yang sama juga perlu dibuat berhubung kes mahkamah hari ini,” ujarnya.


Katanya, walaupun tidak menentang dengan demontrasi, namun ia boleh dilakukan dengan cara menanam rasa benci di hati rakyat berhubung perkara itu.


Kata beliau, melompat parti disifat sebagai pecah amanah rakyat yang mengundi mereka.


Tambahnya, pecah amanah sedemikian akan berulang pada masa akan datang disebabkan mereka semakin galak melakukan kerja jahat.


“Tidak mustahil huru hara akan berlaku di negara ini sek



9/02/10

Ezam akhirnya kantoi - penipu dan penakut hadir ke mahkamah

Dua hari berturut-turut Ezam yang kononnya dianggap panglima (sebenarnya anjing kurap) oleh umno gagal hadir ke Mahkamah untuk dibicarakan kes isu arsenik.


Ezam sebenarnya tidak berani berdepan dengan reformis-reformis lain yang turut hadir ke mahkamah atas kes yang sama.

Peguamnya memberitahu bahawa Ezam kini berada di Jakarta sebab itu beliau tidak dapat hadir ke mahkamah.


Allah itu Maha Besar.... Maklumat yang saya baru terima, Ezam akhirnya kantoi sebab beliau ditemui sedang makan bersama Anuar Shaari di Restoran O'brien di pusat beli belah The Curve Damansara.


Jelas bahawa Ezam berbohong dan penipu serta takut serta malu untuk berdepan dengan reformis. "kusangkakan ayam sabung..rupanya ayam piru"...


Mahkamah sepatutnya keluar waran tangkap kepada Ezam kerana gagal hadir ke mahkamah.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...


Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Aku tetap Anggap Zambry makan hasil Haram

Bila mahkamah darul UMNO umum zambry menang, aku memang dah agak. Kata Nizar mahkamah masih belum bebas dari pengaruh pihak-pihak tertentu dalam membuat keputusan.


Aku masih menganggap Nizar masih menteri besar yang sah dalam perlembagaan. Zambry kene ingat dia makan gaji duit haram sebab tubuh kerajaan haram. Namun begitu perjuangan kami masih belum lagi tamat. Aku sentiasa bersama PAS.

Mahkamah korek-korek , bagi aku tiada lagi keadilan di Malaysia. Semua gimik, Kalau zambry berani kenapa tak buat pilihanraya. kalau dia tak buat kita tunggu pilihanraya akan datang.


Apa ada dengan UMNO,

Bertarung di `mahkamah rakyat' – Nizar [Adaa berani ke zambry?]

PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.


Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.

Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.

Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu.

Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.

“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.


Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.


“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya.


Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.


Para penyokong PR bersurai sekitar jam 12.05 tengah hari.

Rayuan Nizar ditolak

PUTRAJAYA, 9 Feb: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.


Berikutan itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menenangkan para penyokong Pakatan Rakyat dan meminta mereka bersabar.

"Kita hormati keputusan mahkamah," ujarnya.


Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, mulai diasingkan jam 9.55 pagi.


Kira-kira jam 10.00 pagi kain rentang yang bertulis "Mahkamah rakyat, Nizar MB" dirampas oleh pihak keselamatan selepas direntang dan dilaungkan "Hidup Rakyat".


Walaupun suasana tenang, namun kira-kira 100 anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang pada ditempatkan di dalam kawasan mahkamah mulai keluar untuk memisahkan kedua-dua belah pihak yang berjumlah kira-kira 1,000 orang.


Beberapa pemimpin Umno Perak berucap yang sebelum diminta beredar dari pintu masuk dan tangga mahkamah.


Antara pemimpin PAS yang mulai hadir ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar kira-kira jam 9.40 pagi, Ketua Penerangan dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Dzulkefly Ahmad sebentar tadi. Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub juga kelihatan.


Penyokong PR turut menunaikan solat hajat di pekarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi yang diimamkan oleh Ustaz Norazli Musa.


Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mula berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, kira-kira kam 7.00 pagi tadi bagi mengikuti keputusan siapakah menteri besar yang sah.


Penyokong PR yang diketuai Kelab Penyokong PR Perak, Drs Khalil Idham Lim tidak dibenarkan memasuki mahkamah.


Begitu juga dengan penyokong Zambry yang memakai baju kuning bertulis Daulat Tuanku dan 1Malaysia serta Belia 4B dan Pewaris sambil melaungkan Daulat Tuanku dan 1Malaysia.


Hanya seorang wakil daripada setiap media dibenarkan masuk ke bangunan mahkamah manakala yang lain berkumpul di luar.


Sehingga jam 8.30 pagi, lebih 500 penyokong kedua-dua belah pihak memenuhi pekarangan mahkamah.


Empat buah bas yang membawa penyokong Nizar dari Perak juga sudah tiba.


Liwat: Hakim tegur media arus perdana

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Hakim Datuk Mohamed Zabidin Md Diah kerana pagi tadi mengarahkan media arus perdana yang melaporkan melaporkan butiran-butiran eksklusif mahkamah supaya melaporkan berita-berita yang wajar sahaja.


Arahan tersebut selepas pasukan peguam bela Anwar, Karpal Singh meminta supaya Mohamed diketepikan dari mendengar perbicaraan kerana dianggap bias serta enggan menegur media-media terbabit semalam.

"Saya percaya pada kebebasan media tetapi saya minta laporkan apa yang tak wajar dilaporkan," jelas Mohamed di kamar perbicaraan, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.


Beliau turut menasihatkan semua pihak supaya tidak mensensasikan informasi berhubung butiran-butiran di dalam kamar perbicaraan.


Demi membuktikan perbicaraan dikendali secara adil, Mohamed juga mengarahkan dua polis cawangan khas (SB) supaya tidak lagi memenuhi dua kerusi khas yang disediakan untuk pemerhati dari beberapa pertubuhan guaman antarabangsa.


Pun begitu, beliau mencadangkan kedua-dua SB terbabit mengisi tempat duduk awam dalam kamar perbicaraan sebagai menghormati tugas mereka.


Pada jam 2.30 petang ini, dijangkakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, 63, bersama-sama pasukan peguamnya membuat afidavit balas pada inisiatif pasukan pendakwaraya semalam.


Afidavit balas itu adalah prosedur biasa sebelum pasukan peguam bela Anwar memulakan sesi penghujahan balas ke atas saksi utama, Saiful yang dijadualkan pagi esok.

8/02/10

Anwar bimbang cara penghakiman kes liwat

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa bimbang dengan cara penghakiman kes liwat yang melibatkannya.

"Saya bimbang proses itu tidak dapat menjamin keadilan,” jelasnya ketika ditemui wartawan di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini, pagi ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Hakim Mohamad Zabidin Md Diah dan pasukan pendakwaraya supaya bersikap adil dalam sesi penghujahan saksi utama kes liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sepatutnya berlangsung hari ini.



“Sepatutnya Tuan Hakim (Zabidin) kena dengar permohonan (peguam bela), bukan batalkan dan tutup perbicaraan peguam sebelum beliau membuat keputusan.

"Yang saya nak tekankan di sini, kita dah bersedia seperti peguam Karpal katakan, kita sebenarnya bersedia memulakan perbicaraan hari ini,” ujarnya yang juga Ketua Pembangkang.

Perbicaraan kes liwat beliau pagi tadi ditangguhkan ekoran pasukan peguam bela membuat permohon mengetepikan Mohamad Zabidin dari mendengar perbicaraan kes tersebut.

Permohonan tersebut dibuat oleh Karpal Singh apabila Mohamad Zabidin enggan mengenakan tindakan ke atas Utusan Malaysia yang menyiarkan beberapa butiran eksklusif mahkamah, termasuk gambar saksi utama Saiful Bukhari, 25, menunjukkan lokasi kes liwat di Kondominium Desa Damansara.

Selain menganggap hakim cuba bersikap bias dalam proses perbicaraan, Karpal turut mendakwa pasukan pendakwaraya yang diketuai oleh Peguamcara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden cuba menghalang pasukan peguam bela Anwar menyoal Saiful berkaitan lokasi-lokasi yang ditunjukkannya Jumaat lalu.

Karpal Singh turut menganggap Mohamad Zabidin tidak melaksanakan tanggungjawabnya kerana membiarkan Utusan Malaysia menghina mahkamah dengan mendedahkan beberapa butiran eksklusif berhubung kes itu.



Bicara liwat: Peguam mohon lucut hakim

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan ke pagi esok ekoran permohonan peguam utama Anwar, Karpal Singh agar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah dilucutkan kelayakan dari mendengar kes tersebut.


Karpal sewaktu mengemukakan permohonan itu di awal perbicaraan kali ini berkata, permohonan dibuat berdasarkan tidak berpuas hati dengan cara hakim menguruskan bantahan berhubung liputan Utusan Malaysia pada Khamis dan Jumaat lalu yang didakwa telah menghina mahkamah.


Ianya berasaskan kepada keputusan hakim pada perbicaraan tertutup pada hari kedua dimana “ia mempunyai elemen bias” berhubung dengan tajuk utama Utusan Malaysia yang menggunakan perkataan 'lagi' dalam laporan akhbar tersebut.

Karpal berkata, hakim Mohamad Zabidi tidak membuat keputusan terhadap permhonan lalu dengan “fikiran terbuka.”


Sehubungan itu, hakim membenarkan permohonan Karpal untuk didengar jam 9.30 pagi esok.


Jumaat lalu juga, Karpal telah memohon mahkamah supaya mengeluarkan amaran kepada Utusan Malaysia berhubung gambar yang disiarkan oleh akhbar itu dengan keterangan gambar “Saiful menunjukkan katil tempat diliwat oleh Anwar Ibrahim kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah”.

Pada 4 Februari lalu, Anwar mengecam laporan akhbar berkenaan pada hari itu yang disifatkan sebagai kotor, biadab dan jijik.

Menurutnya, laporan muka depan akhbar itu yang bertajuk "Tak rela diliwat lagi" sebagai memetik kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah cubaan fitnah kerana tiada dalam rekod mahkamah sepanjang perbicaraan sebelum itu.

Karpal pula memohon mahkamah mengenakan perintah menghina mahkamah terhadap akhbar tersebut.

Katanya, laporan itu dibuat dengan niat jahat kerana apa yang tiada dalam prosiding perbicaraan kes liwat itu dilaporkan dalam artikel berkenaan.

Perbicaraan kes tersebut yang memasuki hari keempat hari ini sepatutnya menyaksikan saksi pendakwa pertama, Mohd Saiful Bukhari Azlan disoal balas oleh pihak pembelaan.


Belum sempat saksi pertama, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diriya diliwat dipanggil untuk disoal balas, peguam pembela Karpal Singh telah membuat permohonan di depan hakim.


Dalam perkembangan sama, Anwar sebelum itu tiba di kompleks mahkamah bersama isteri Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dua anak perempuannya jam 9.25 pagi.


Manakala Nurul Izzah dilihat tiba beberapa minit kemudian.


Turut hadir sebelum itu, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussin Ali, dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.


Pasukan peguam Anwar diketuai oleh Karpal dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, CV Prabhakaran, SN Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando dan Mohd Razlan Jalaluddin.


Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.



Zambry didakwa heret kakitangan kerajaan untuk kepentingan politik

IPOH, 8 Feb: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir didakwa telah mengheret pegawai dan kakitangan kerajaan Perak untuk kepentingan politiknya apabila mengarahkan kesemua mereka hadir majlis solat hajat berdepan keputusan siapa Menteri Besar Perak yang sah yang akan diputusakan Mahkamah Persekutuan esok.


Majlis solat hajat tersebut telah diadakan di kediaman Menteri Besar Perak pada Sabtu lalu.




Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki berkata, Zambry berada dalam keadaan terdesak sehingga sanggup memperalatkan pegawai dan kakitangan untuk mempertahan kerajaan haramnya.


"Antara bukti yang jelas Umno memperkudakan kakitangan kerajaan ialah melalui mesej yang dihantar oleh Datuk SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) yang mengarahkan pegawai kerajaan membawa pasangan masing-masing ke majlis solat hajat di kediaman MB," katanya.


Menurutnya, perkara tersebut juga menjelaskan bahawa SUK Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim turut diperkuda oleh Umno BN.


Selain itu, Jabatan Agama melalui penyelaras masjid seluruh daerah juga turut diminta mengarahkan Pengerusi dan beberapa Jawatankuasa Qariah Masjid hadir ke program solat hajat rakyat anjuran Umno BN tersebut.


Menurut beliau lagi, perkara ini sangat berbeza dengan prinsip Pakatan Rakyat sewaktu setahun memerintah Perak sebelum ini.


"Namun apa yang membezakan kerajaan Pakatan Rakyat dengan Umno BN adalah kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menggunakan jentera kerajaan untuk memanggil orang ramai menyertai program tersebut.


"Datuk SUK tidak pernah diarahkan untuk menjemput dan mengarahkan pegawai kerajaan menghadiri solat hajat, Jabatan Agama Perak juga tidak pernah diguna bagi menghebahkan program tersebut," katanya lagi.


Pakatan Rakyat, jelasnya berpendirian untuk mempertahankan kerajaan, jentera dan ahli partilah yang berperanan mempertahankannya yang dipilih oleh rakyat bukan jentera kerajaan.


Selain itu, kesempatan tersebut juga dakwanya telah diguna oleh Umno untuk terus membangkitkan sentimen perkauman, kononnya kerajaan sekarang wajib dipertahankan bagi mengelakkan Cina dan DAP menguasai kerajaan Perak.


"PAS didakwa oleh mereka hanya sebagai boneka DAP dan Cina semata-mata. Mereka merayu-rayu orang Melayu supaya mempertahankan kerajaan BN sekarang yang dikuasai oleh Melayu dan Islam seolah-olah jatuhnya kerajaan BN, akan hilanglah kerajaan Melayu di Perak," katanya.



Bubar Dun Perak - Nizar

SHAH ALAM, 8 Feb: Perkara pertama akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak adalah membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) jika keputusan Mahkamah Persekutuan esok memihak kepada PR, kata Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menteri Besar PR Perak itu berkata, itulah komitmen PR sejak berlaku krisis politik Perak setahun lalu dengan memulangkan hak kepada rakyat Negeri Perak untuk memilih semula kerajaan mana-mana kerajaan yang mereka yakini dalam pilihan raya yang diadakan semula selepas pembubaran itu.



"Sebaik PR diumumkan menang dalam perbicaraan dahulu, sebaik memasuki pejabat Menteri Besar Perak, kita terus menulis surat kepada Kebawah Tuanku Sultan Perak agar berkenan untuk membubarkan Dun Perak bagi membolehkan rakyat menggunakan hak mereka memilih kerajaan melalui pilihan raya semula.

"Namun tidak berjaya kerana Umno BN telah melakukan sesuatu untuk menghalang proses demokrasi berjalan lancar dalam negara ini," tegasnya lagi.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata demikian ketika berucap dalam majlis hi-tea sempena perasmian Restoran Sup Utara Power, di sini petang semalam yang turut dihadiri Pemangku Yang Dipertua PAS kawasan, Azli Yusof, Ketua Muslimat kawasan, Puan Zarina Zulkifli dan Timbalan Ketua Keadilan Shah Alam, Adnan Jamhuri.

Nizar juga berharap semua lapisan masyarakat dan rakyat akan terus berdoa agar kemenangan memihak kepada kebenaran seperti dipersetujui oleh semua parti gabungan di dalam PR.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga berkata, PR Perak telah melalui beberapa 'siri kesedihan' sejak setahun lalu dan fenomena itu akan terus berlaku lagi selagi mana ada pihak yang tidak mahu meletakkan kebenaran dan keadilan sebagai neraca utama di dalam kehidupan berpolitik di dalam negara ini.

Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan esok berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah sama ada Nizar atau Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Keputusan itu dijadual diumumkan oleh panel hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff selain Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.


7/02/10

SELEPAS ISU MB PERAK SELESAI TIMBUL PULAK ISU SPEAKER

Mahkamah Persekutuan Selasa ini akan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah antara Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari pakatan rakyat dan Zambry Kadir dari Umno.


Isu itu tercetus setelah Umno melancarkan rampasan kuasa apabila dilaporkan mengumpan tiga Adun Pakatan Rakyat dengan gula-gula politik pada tahun lalu.


Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Perak bagaimana pun menegaskan keputusan mahkamah persekutuan Selasa ini tidak boleh dilihat sebagai penutup kepada isu pimpinan negeri Perak

Ini kerana Umno-Barisan Nasional telah melantik speaker baru dewan undangan negeri secara haram dalam cubaan untuk menghalalkan perlantikan kerajaan negeri tajaan Umno.


Pada Mac tahun lalu Umno memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Speaker yang dilantik secara sah, V.Sivakumar diheret keluar secara paksa oleh polis, dalam apa yang disifatkan pencabulan demokrasi Perak.


Umno-Bn kemudiannya melantik V.Ganesan sebagai speaker baru untuk memastikan segala urusan dewan ini mengikut skrip Umno-Bn.

Rampasan kuasa di dalam dewan ini kini dirujuk ke mahkamah.


Isu yang dipertikaikan sama penting dengan keputusan siapa menteri besar perak yang sah.

”Sebenarnya perbicaraan ini tidak akan menyelesaikan masalah atau krisis di negeri Perak, ini merupakan satu lagi kes antara Menteri Besar lawan Menteri Besar dan ada juga kes penting yang dipertikaikan daripada Speaker Ganesan yang tidak sah dengan Speaker V.Sivakumar yang sah,” katanya.


Beliau berkata persidangan DUN Perak akan terus ditimpa permasalahan speaker tidak diselesaikan.

”Jadi akan berlaku pergaduhan lagi kalau ada persidangan, lagi pun kes tiga katak ini mahkamah memutuskan ada kes prima facie mereka sudah meletak jawatan dan bukan lagi ADUN yang sah,” katanya.

Ngeh berkata keputusan mahkamah persekutuan pada Selasa ini tidak harus menjadi pengekang kepada usaha mengadakan semula pilihanraya negeri bagi mengatasi krisis politik perak.


”Jadi isu ini akan berlanjutan terus sungguh pun kes ini akan memutuskan siapa Menteri Besar tetapi siapa pun Zambri mahu pun Datuk Seri Nizar, ia tidak akan menyelesaikan krisis negeri Perak dan yang pentingnya ialah untuk kembali kepada rakyat mesti memutuskan siapa menteri besar atau kerajaan yang hendak menerajui negeri Perak yang disokong oleh rakyat melalui pilihanraya semula dan pembubaran DUN,” katanya.TVSELANGOR

Chua dakwa Umno guna isu Allah pecahkan Pakatan

Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Seri Chua Jui Meng berkata penggunaan kalimah Allah sehingga tercetusnya insiden pembakaran gereja dan rumah ibadat adalah "isu politik bukannya isu agama".


Beliau mendakwa Umno cuba menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.


Bagaimanapun katanya, apa yang diharapkan oleh Umno berlaku sebaliknya apabila PAS dan Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk mempertahankan penggunaan kalimah ini.


"Selepas kejadian pembakaran gereja tersebut, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pergi melawat kawasan tersebut menyebabkan Umno terkejut dengan tindakan PAS.

"Ditambah pula selepas pembakaran tersebut, penganut agama Kristian mengampuni orang membakar gereja mereka," katanya dalam satu forum kalimah Allah di ibu negara malam tadi.


Selain Chua, forum anjuran Lajnah Penerangan Pemuda PAS, berlangsung di Hotel Antarabangsa Kuala Lumpur, turut dihadiri oleh dua lagi ahli panel iaitu mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hasan Tantawi.


Majlis yang bermula pada jam 9.10 malam, berlangsung lebih dua jam yang dihadiri kira-kira 100 orang.


Chua yang juga bekas naib presiden MCA mendakwa isu pembakaran gereja di Desa Melawati dan dua gereja di PJ yang terletak di Selangor di bawah Pakatan Rakyat digunakan sebagai usaha Umno untuk merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat.


"Habis orang Umno, Pakatan tidak berpecah, dan mengharapkan orang Kristian akan balas dendam, tetapi mereka berkata, orang yang buat jenayah itu, kita mengampuninya," katanya sambil menambah usaha parti itu gagal.


Sekiranya cetus ketegangan atau keadaan yang tidak aman di Selangor maka Umno akan mengisytiharkan darurat, tambahnya.


Dengan memberi contoh pengalaman di Kelantan, apabila darurat berlaku pada tahun 1977 ketika negeri itu di bawah kerajaan PAS menyebabkan pengundi telah memilih BN pada tahun berikutnya sehingga pada tahun 1990.


Katanya, ini kerana pengundi tidak mahu mengalami peristiwa yang sama berulang di bawah kerajaan PAS tambahnya.


Chua yang juga bekas menteri kesihatan mendakwa kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi tekanan kepada akhbar Herald setelah penganut agama Kristian dikatakan cenderung menyokong Pakatan sebelum pilihan raya umum ke 12.


"Sebelum pilihan raya 2008, berlaku demonstrasi besar-besaran oleh BERSIH. Dan Herald menerbitkan di muka hadapan artikel dan gambar demonstrasi BERSIH.


Beliau mendakwa menteri ketika itu mengeluarkan surat serta tekanan kepada NGO supaya menariknya balik, maka Katolik tidak ada cara lain selain menuntutnya keadilan di mahkamah.


"Bukan Katolik yang debat isu ini, tetapi Umno yang serang isu ini," katanya.


Sementara itu, seorang lagi ahli panel, mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin menggesa kerajaan atau parti politik supaya menetapkan peraturan atau garis panduan berhubung penggunaan kalimah Allah bagi mengatasi kebimbangan rakyat sehingga boleh menimbulkan ketegangan antara agama.


Garis panduan ini juga perlu diwujudkan bagi mengelak daripada berlakunya penyalahgunaan kalimah tersebut ditempat yang tidak sepatutnya.


Pada asasnya, kata Dr Asri, Islam tidak melarang bukan Islam untuk menggunakan kalimah ini, kerana ia dibenarkan dalam al-Quran, Kitab Hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim dan peristiwa sirah dan sejarah Nabi Muhammad SAW.


Sumber khazanah Islam itu menyatakan bahawa kaum Musyrikin di zaman baginda menyebut turut menggunakan nama Allah.


Oleh itu, Dr Asri menyifatkan isu yang timbul berhubung penggunaan kalimah Allah ini, adalah isu "pengurusan pentadbiran di sesebuah negara" bukan "isu autoriti teks atau nas Islam".


"Bagi saya, isu ini bukan isu autoritatif teks, tetapi bagaimana menguruskan peraturan untuk mengelakkan daripada berlakunya ketegangan.

'Peraturan itu mestilah tidak boleh kontradik dengan ajaran agama Islam. Di sinilah peranan politik Islam meletakkan garis panduan. Mereka (bukan Islam) boleh guna, tapi kita bimbang ia boleh disalahgunakan.


"(Jadi) untuk mengelakkan daripada salah guna, peraturan atau garis panduan ditetapkan daripada berbuat salah," katanya.


Mengulas lanjut, Dr Mohd Asri berkata, walaupun Islam itu membenarkan penggunaan kalimah Allah, tetapi sekirnaya kalimah Allah itu dijelmakan dalam keadaan tertentu contohnya seperti lembu maka ia akan menimbulkan rasa sensitif di kalangan umat Islam dalam negara.


"Bagi saya, jika disebut dalam gereja atau dalam pusat ibadat, tidak apa. Kemudian kita dengar mereka menyebut Ya Allah, Oh Allah sewaktu mereka beribadat dan kita lapor kepada polis untuk tangkap (mereka), (maka) Islam tidak pernah ajar tindakan ini.


"(Jadi) isunya adalah menentukan kadar hak yang diberikan oleh Islam kepada orang lain apabila memerintah," katanya.


Sehubungan itu beliau mencadangkan supaya kerajaan atau parti politik menetapkan peraturan atau garis panduan dengan mengambil kira penentuan kadar hak bukan Islam.


Bercakap sebagai ahli panel kedua di forum itu, Dr Mohd Asri berkata sebahagian cadangan garis panduannya itu telah muatkan di dalam blognya.

Menurutnya lagi, beliau juga turut mempersoalkan istilah "menggunakan" kalimah tersebut kerana ia membawa maksud yang "tidak jelas".


"Perkataan itu sangat luas maksudnya, ia belum didefinasikan lagi," katanya sambil membawa contoh Dr Chua Jui Meng berkata kepadanya "May Allah Bless You".

"Apa patut saya jawab? Takkan saya nak kata, jangan cakap begitu, kamu hina Islam.


"Takkan saya nak kata, jangan guna Allah, guna perkataan Tuhan. Apakah saya perlu kata begitu atau saya akan buat laporan polis," katanya sambil disambut gelak ketawa hadirin.


Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengesa parti politik atau pemerintah mendefinasikan dahulu perkataan "menggunakan" dalam konteks bagaimana perkataan tersebut sebelum ia diaplikasikan.


"Jangan buat peraturan kepada orang lain yang tidak bermaksud untuk membuat kesalahan dalam soal ini,"katanya.


Manakala Nasrudin pula, selaku ahli panel pertama, berkata isu kalimah Allah ini "sengaja dipolemikkan oleh pihak yang cuba ambil kesempatan untuk menimbulkan kekeruhan antara kaum".


"Penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama samawi tidak asing, walaupun (ia) asing di negara kita. Tapi di negara-negara Arab, kalimah tersebut digunakan oleh golongan Nasara (Kristian), Jadi (bagi Pemuda) tidak ada isu.


"Tindakan menimbulkan polemik ini, sehingga menimbulkan krisis adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Sepatutnya ia diselesaikan dengan dialog dan perbincangan seperti yang dianjurkan oleh al-Quran," katanya.


Katanya al-Quran menyeru manusia agar berdakwah dengan hikmah dan nasihat dengan baik serta berdebat dengan cara yang terbaik seperti muzakarah atau berdialog.


"Al-Quran tidak pernah mengajar umatnya menimbulkan persengketaan sehingga timbul perasaan benci antara satu dengan yang lain. Umat Islam perlu menghormati antara satu dengan yang lain sama ada, boleh (menggunakan kalimah Allah) atau tidak.


"Ia perlu kepada kepada hujah yang sahih. Berkait dengan perbezaan pandangan pula, maka ia boleh diselesaikan dengan mengambil pendekatan ilmiah melalui pengkajian, penyelidikan atau berbahas yang berdasarkan kepada hujah bukan menimbulkan provokasi dengan membakar gereja," katanya.


Jelasnya, tindakan tersebut katanya adalah tindakan bagi individu atau kumpulan yang tidak mempunyai hujah.


"(Kita berhujah) bukan mencari kemenangan atau aku nak menang," katanya sambil memetik sepotong ayat al-Quran yang mengajak umat Islam berhujah demi mencari kebenaran.


Nasrudin menegaskan sekali lagi pendirian PAS berhubung penggunaan kalimah Allah, adalah selari dengan sikap dan pandangan beberpa ulama tersohor antaranya Yusuf Al-Qaradhawi dan Wahbah al-Zuhaili.

Dalam kesempatan itu juga, beliau juga mengajak penganut agama Kristian agar memahami perkataan Allah itu satu lafaz Jalalah dalam Islam.


"Penganut agama Kristian, kalau nak guna, saya minta juga memahami apa itu ertinya (Allah).

"Allah yang kamu fahami berbeza dengan apa yang kami fahami. Bagi Islam Allah tidak mempunyai anak. Islam tidak menerima (keimanan) bahawa Allah memepunyai anak.


"Bagaimanapun kita tetap menghormati pandangan mereka. Kita tidak ada hak untuk memaksa mereka (mengikut agama Islam)," katanya sambil membaca sepotong ayat dari surah al-Baqarah, ayat 256.


"Kita menghormati mereka, kerana kita tidak ada hak untuk melarang mereka. Tetapi kalau kalimah itu digunakan secara salah itu, kita tidak bersetuju. Mesti digunakan dengan cara yang benar," katanya sambil memberi contoh meletakkan kalimah itu pada produk untuk menyatakan ia halal atau dalam bentuk pengedaran yang mencetuskan propaganda yang mengelirukan.

Tanpa 'jeneralnya' pun, Pakatan Rakyat tetap kukuh

Pakatan Rakyat akan terus kukuh walaupun jika ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan liwat dan merengkok dalam penjara.


Inilah mesej yang disampaikan oleh Anwar ketika berucap kepada kira-kira 2,000 orang yang menghadiri majlis ulangtahun pertama rampasan kuasa BN di Perak, yang dianjurkan oleh Pakatan di Air Tawar malam tadi.


Anwar percaya Umno tersalah tanggapan bahawa dengan mengeluarkannya dari arena politik, Pakatan akan tumbang.

Ketua pembangkang itu, yang mendakwa tuduhan liwat terhadapnya adalah satu konspirasi politik oleh musuh politiknya, menegaskan bahawa beliau berdepan dengan tugas yang berat.


"Insya-Allah, kita harap akan menang kes ini kerana kita mempunyai pasukan peguam yang kuat yang diketuai oleh Karpal Singh," katanya.


Dewan gemuruh dengan tepukan apabila Anwar menegaskan bahawa sama ada beliau di dalam atau di luar penjara, perjuangan politik Pakatan tidak akan terjejas dan tetap akan diteruskan.


Kehadiran anggota polis yang ramai tidak menghalang orang ramai membanjiri dewan untuk mendengar ucapan beberapa pemimpin Pakatan termasuk Lim Kit Siang dan menteri besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin


Walaupun terdapat spekulasi bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan Selasa ini mengenai siapakah menteri besar Perak yang sah, mungkin berpihak kepada Nizar, tetapi pemimpin Pakatan tidak begitu optimistik.


Tetapi apabila giliran pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham naik ke pentas dan bertanya sama ada Nizar akan menang, dewan gemuruh dengan laungan 'ya'.


Dalam ucapannya, Nizar berkata jika menang kes tersebut, beliau akan memohon perkenan Sultan untuk membubarkan dewan undangan negeri bagi mengadakan piliha raya negeri yang baru.


Beliau juga menjangka Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd kadir juga akan melakukan perkara yang sama.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat