Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

15/01/10

Pemuda PAS sokong titah Raja Dr Nazrin Shah

IPOH, 15 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong penuh titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah semasa Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) agar rakyat perlu bijaksana mengenalpasti dan meningkatkan asas perpaduan serta memahami implikasi negatif yang boleh tercetus akibat menimbulkan perkara yang mendatangkan ketidakselesaan dan bersifat kontroversi.

Ketuanya, Mohd Nor Amin berkata, DPPN Pk menekankan bahawa Islam tidak mendidik umatnya melakukan perkara yang bertentangan dengan naluri dan perkara yang ditegah oleh agama, bahkan Islam telah menuntut seluruh umatnya supaya menghormati agama lain.

Islam juga tegas beliau telah menetapkan dakwah sebagai cara berhubung dengan agama lain sebagai satu makenisma terbaik sepertimana yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran.

"DPPN Pk merasakan titah Raja Dr Nazrin Shah sebagai satu bentuk peringatan dari Ketua Agama Islam Negeri supaya semua pihak jangan sekali-kali melakukan tindakan di luar batasan norma ajaran agama.

"Islam yang pada dasarnya sangat mengutamakan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum." katnya dalam satu kenyataan.

Umat Islam tegasnya perlu memahami bahawa Islam adalah cara hidup yang sempurna anugerah Allah sebagai satu rahmat kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan kaum.

"Malah DPPN Pk juga menyarankan tokoh-tokoh agama agar mengurangkan serangan dan ketegangan tetapi memperkasakan majlis dialog penerangan sepertimana yang telah disaran oleh Agama Islam bagi memastikan umat Islam dan bukan beragama Islam akan dapat memahami dengan jelas kebenaran dan keadilan Islam dalam menangani permasalahan semasa," katanya.

13/01/10

Rakyat dapat hidu pembohongan Zambry

IPOH, 13 Jan: Rakyat dapat menghidu pembohongan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang sebenarnya tidak mencetuskan sebarang perubahan kecuali mengiktiraf dan meniru cara pemerintahan dan kepimpinan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Mohd Nur Amin berkata, rakyat boleh menilai perbezaan pelaburan yang diterima negeri selama 11 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat sebanyak RM770 juta pada 2008 berbanding kerajaan kudeta pada 2009 berjumlah RM608.66 juta.

Ini, katanya berlaku kerana rampasan kuasa pada awal Februari 2009 lalu menyebabkan pelabur tidak berani untuk melabur kerana kerajaan negeri yang ada tidak kukuh.

“Dengan suasana yang rakyat boleh lihat sekarang ialah ketidakmampuan pentadbiran kerajaan kudeta pimpinan Zambry untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negeri di samping keangkuhan membelakangi mandat dan kepentingan rakyat hanya demi mempertahankan kuasa kudeta yang diperolehinya secara tidak demokratik,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Katanya, Pemuda PAS negeri Perak juga tidak terkejut dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh Zambry di dalam menguruskan pentadbiran kerajaan negeri dan menunjukkan perubahan yang berlainan dengan pentadbiran semasa pimpinan Nizar sebelum ini.

Menurutnya, semasa pimpinan Nizar, permasalahan Orang Asli turut menjadi agenda kerajaan negeri bagi menguruskan mereka dengan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kehidupan Sosio Masyarakat Orang Asli yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air serta Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Ngeh Koo Ham sebagai pengerusi.

“Pemuda PAS Perak melihat Zambry tersepit dengan tindakan-tindakannya bagi mengembalikan keyakinan rakyat Negeri Perak terhadap Umno/Barisan Nasional,” ujarnya.

12/01/10

PAS Perak hulur sumbangan mangsa kebakaran Sungai Siput

SUNGAI SIPUT, 12 Jan: PAS Perak hari ini melawat mangsa kebakaran bangunan rumah kedai di Pekan Batu Satu Sungai Siput.

Rombongan diketuai Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Omar ditemani Yang Dipertua PAS Sungai Siput, Ustaz Zulkifli dan jawatankuasa PAS kawasan yang lain.

Menurut penduduk, punca kebakaran adalah disebabkan litar pintas yang telah menyebabkan lima buah bangunan rumah kedai mengalami kebakaran teruk.

Mangsa kebakaran terdiri dari empat keluarga Cina dan satu keluarga India.

Ustaz Abu Bakar turut menyampaikan sumbagan kepada mangsa terlibat bagi meringankan beban mereka.

Berucap ketika pertemuan dengan beberpa keluarga mangsa terlibat, beliau memberitahu PAS sentiasa mengambil berat sebarang permasalahan rakyat di negeri itu tanpa mengira perbezaan agama dan kaum sesuai dengan jolokan PAS sebuah parti berkebajikan.

"PAS sentiasa prihatin dan mengambil berat berkenaan isu kebajikan rakyat, apatah lagi rakyat kini melihat PAS bukan sahaja sebagai parti politik akan tetapi PAS juga dilihat sebagai paarti yang menggerakkan kebajikan rakyat", katanya.

Dikesempatan sama beliau menyeru keluarga mangsa supaya bersabar dan tabah menghadapi segala ujian yang menimpa mereka.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat