Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

16/03/10

Ala mafia: Pengerusi Kelab Penyokong Pas Pasir Salak Mati ditembak

TELUK INTAN: “Saya baru sampai di tempat cuci kereta bersama suami dan dua anak apabila tiba-tiba dikejutkan bunyi letupan seperti mercun.


PILU...Kala memeluk anaknya selepas melihat Panthiyan (gambar kecil) ditembak dari jarak dekat.



“Sebaik menoleh ke arah suami, saya hampir pengsan melihat dia terbujur di atas sofa berlumuran darah dan pada masa sama, saya melihat seorang lelaki berlari keluar sebelum membonceng motosikal rakannya,” kata K Kala, 42, isteri kepada P Panthiyan @ Siva, 34.


Panthiyan yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Pas Pasir Salak, mati ditembak dari jarak dekat oleh seorang suspek tidak dikenali di dalam premis mencuci kereta milik mangsa di Jalan Chui Chak, Langkap, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa mati serta-merta di tempat kejadian selepas satu daripada dua das tembakan mengenai kepalanya.


Kejadian ngeri itu disaksikan isteri dan dua anaknya yang sebelum itu keluar bersama mangsa ke bandar Teluk Intan kerana mempunyai urusan.


Kala berkata, mereka sekeluarga baru beberapa minit tiba di premis berkenaan sebelum dia terlihat pembonceng motosikal berpakaian gelap dan bertopi keledar penuh berwarna gelap masuk dan meluru ke arah mangsa yang ketika itu berehat di sofa, manakala seorang lagi menunggu di motosikal.


“Pada mulanya saya tak syak apa-apa kerana mendiang sentiasa dikunjungi di premis berkenaan untuk pelbagai urusan termasuk kebajikan masyarakat. “Dalam sekelip mata, saya terdengar bunyi seakan-akan mercun dan sebaik menoleh, saya lihat suami terbujur di atas sofa berlumuran darah,” kata Kala sebak.



SEDIH...anak lelaki Panthiyan ditenangkan jiran.


Kala yang trauma dan terkejut dengan kejadian itu, tidak dapat meneruskan temubual kerana terlalu sedih dan hanya berkata mangsa seorang peramah dan suka membantu orang serta tidak mempunyai musuh sama ada dalam perniagaan mahupun politik.


Seorang peniaga di premis bersebelahan yang enggan namanya disiarkan, berkata dia terdengar bunyi seperti mercun, namun pada mulanya tidak mengendahkannya kerana menganggap ia perbuatan kanak-kanak.


“Namun, sejurus kemudian, saya terkejut apabila mendengar ahli keluarga mangsa menangis meminta pertolongan.


“Saya pergi melihat apa yang berlaku sebelum mendapati mangsa terbujur di atas sofa dengan kepala berlumuran darah. Saya meminta bantuan rakan menghubungi polis,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan dan berkata dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali di premisnya.


Katanya, penyerang dan seorang rakannya tiba di premis mangsa dengan menaiki motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan oren menggunakan nombor pendaftaran dipercayai palsu. Pembonceng motosikal itu memakai topi keledar penuh memasuki premis dan melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya mengenai kepala mangsa.


“Sebaik melepaskan tembakan, kedua-dua suspek memecut laju ke arah Kampar. Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. “Kita melancarkan gerakan memburu suspek, namun setakat jam 8 malam tadi (semalam) tiada sebarang tangkapan dibuat. “Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk dibedah siasat,” katanya.


PETIKAN: HARIAN METRO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat