Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

1/02/10

Getah skrap mampu cecah RM10 sekilo

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) memperuntukkan RM300 juta untuk penanaman semula getah membabitkan kawasan seluas kira-kira 30,000 hektar di seluruh negara tahun ini.






Timbalan Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata peruntukan itu merangkumi pelbagai bantuan untuk pekebun kecil menjalankan penanaman semula termasuk baja dan anak pokok getah.

Di Kelantan sahaja Risda memperuntukkan sejumlah RM45 juta bagi penanaman semula getah melibatkan kawasan seluas kira-kira 3,300, katanya kepada pemberita Pasir Mas, malam tadi.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis penyerahan van jenazah sumbangan anak syarikat Risda iaitu Risda Fleet Sdn Bhd di Masjid Mukim Makmur, Lati di sini.

Wan Mohamad Zuki berkata harga getah skrap kini ialah antara RM4 hingga RM5 sekilogram dan mampu mencecah RM10 sekilogram mengikut kualiti tertentu.

"Kita menjangkakan harga getah akan terus kukuh memandangkan permintaan untuk bahan mentah itu semakin meningkat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat