Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

4/02/10

Anwar: Utusan kotor, biadap, jijik

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Utusan Malaysia dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung laporan akhbar itu hari ini mengenai perbicaraan kes liwat melibatkan ketua pembangkang itu.

NONEBeliau yang ditemui sebelum meninggalkan perbicaraan hari ini berkata semakan melalui rekod mahkamah dan peguamnya menunjukkan apa yang dilaporkan oleh akhbar itu tidak tepat.

“Dalam kes ini kalau dah ada pertuduhan, biar saya diberi keadilan. Tiada kenyataan yang disebut di muka depan Utusan, maknanya Utusan ini jadi alat Umno. Dia nak lawan depan tak boleh, dia fitnah kotor biadap dan jijik begini," katanya.

Anwar menuduh Utusan Malaysia yang didalangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengamalkan taktik berkenaan.

NONESementara itu, peguam utama beliau, Karpal Singh, berkata mahkamah perlu bertindak dan merujuk akhbar itu dengan kesalahan menghina mahkamah walaupun ia berlaku di luar mahkamah.

Bernama pula memetik Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang berkata apa yang berlaku hanyalah "laporan kurang tepat" tetapi Karpal Singh bertegas ia perbuatan menghina mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata kenyataan Karpal mengenai pemilik akhbar itu juga adalah tidak wajar.

“Ia lebih kepada soal laporan yang tepat atau tidak dan bukannya laporan palsu. Mahkamah perlu diyakini bahawa perbuatan menghina telah dilakukan sebelum tindakan dapat diambil," kata hakim Mohamad Zabidin.

Perbicaraan kemudiannya ditangguhkan selama lima minit bagi membolehkan hakim membuat keputusan.

Apabila disambung semula, hakim Mohamad Zabidin memberitahu pasukan pembelaan Anwar supaya membuat laporan polis jika terdapat perbuatan menghina mahkamah.

Tajuk muka depan Utusan Malaysia hari ini berbunyi "Tak rela diliwat lagi", dengan terdapat gambar Anwar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa Anwar meliwatnya pada Julai 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat