Facebook FanBox

Recommed Forex Broker

7/08/09

Demo 'Bubar Dun Perak' ikut saranan PM - Nizar

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Siapa yang betul? Perdana Menteri bersedia membenarkan namun Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula berpendapat perhimpunan di stadium akan membuatkan rakyat hidup tidak tenteram.
Iklan

Malah tidak cukup dengan itu Zambry dipetik sebagai berkata bahawa permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata.

Kenyataan ini diselar bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa permohonan untuk berhimpun di stadium itu adalah sejajar dengan saranan Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sedia membenarkan dan menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan.

"Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," kata Najib mengulas perhimpunan anti-ISA, 1 Ogos lalu.

Nizar berpendapat Zambry terpaksa berbeza pendapat dengan Najib kerana bimbang dengan kebangkitan rakyat Perak, yang telah dibuktikan dengan perhimpunan anti-ISA, di mana terdapat jumlah rakyat Perak yang turut serta di samping melaungkan juga gesaan agar DUN Perak dibubarkan.

"Sekarang siapa betul, Najib atau Zambry? Sama ada Najib tidak serius dengan kenyataannya atau Zambry terpaksa lawan cakap bosnya, atau kedua-duanya mempermainkan kenyataan-kenyataan untuk mengelirukan rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menjelaskan antara program perhimpunan Dun Perak itu adalah pengisian ceramah di samping menyambut kedatangan bulan Ramadan, yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat diketuai Dewan Pemuda PAS Perak.

Bagaimanapun tarikh perhimpunan belum ditentukan dan beragntung kepada permohonan kebenaran kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan Ketua Polis Perak, kata Nizar.

Selain itu, jelajah konvoi seluruh Perak yang bakal dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk gerakan 'Bubarkan Dun Perak' akan diadakan di bulan Puasa dan destinasi yang dituju ialah di Lumut dan Pangkor, kawasan kubu Zambry.

"Rakyat Perak masih bersemangat tinggi, dan kita masih meneruskan tindakan politik serta undang-undang, selagi Dun Perak tidak dibubarkan.

"Saya percaya kerana itulah Zambry takut dan mengeluarkan kenyataan berputar-belit, demi survival politiknya yang makin jatuh di mata rakyat Perak," katanya yang juga Timbalan Dua Pesuruhjaya PAS Perak. - azm _

6/08/09

Himpunan Anti ISA: Pengalaman pertama bersama rakyat

Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.
Iklan

Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata, mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA.

Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita.

Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira�un.

Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA.

Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club, kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.

Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi.

Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Seorang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib manusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.

Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam.

Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri. Tapi nak ke mana lagi? Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram. Dinegara kita apa pun boleh dilakukan Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ.

Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar. Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.

Memang jelas hak dan kebesan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat.

Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi. Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.

Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman.

Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin Umno yang lain. Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.

Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini,

InsyaAllah. Pejuang Rakyat akan sentisa dingati selalu, InsyaAllah.

(Penulis adalah bekas Menteri di JPM, bekas MP Kota Bharu yang kini menyertai KeADILan). - mr_

5/08/09

Tuntut RM10 juta dari KDN, polis

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Sebarang kerugian para peniaga di ibu kota, Sabtu lalu mestilah dituntut daripada pihak Kementerian Dalam Negeri dan polis kerana mengarahkan premis-premis perniagaan ditutup, di samping mencetuskan suasana huru-hara dengan tangkapan rambang serta tindakan ganas dalam menyuraikan perhimpunan aman ISA itu.

Pihak Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), telah memberi jaminan bahawa himpunan akan berlangsung secara aman dan memastikan para peserta tidak mengganggu dan melakukan tindakan salah sehingga menyusahkan orang awam namun keadaan bertukar kelam-kabut akibat tindakan pihak polis dan larangan KDN.

Demikian dinyatakan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli ketika diminta mengulas berhubung tuntutan RM10 juta oleh 1,000 peniaga yang mendakwa mengalami kerugian akibat demonstrasi tempoh hari.





"Jika polis dan KDN benarkan kita berhimpun secara aman, pasti Kuala Lumpur tidak lumpuh 1 Ogos lalu dan tidak timbul suasana kecoh atau peniaga rugi.

"Sehingga kini, tidak kedengaran ada laporan rompakan, ceroboh, mencuri atau barangan dirampas daripada peniaga pada hari himpunan itu. Yang ada ialah peniaga rugi kerana polis mengarahkan perniagaan kedai-kedai ditutup.

"Selain itu orang ramai, pengguna dan pelanggan bertempiaran lari bukan suka-suka tetapi ditembak gas pemedih mata dan diasak ganas polis, jadi sebarang kerugian sila tuntut kepada polis dan KDN," katanya ketika dhubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Sementera, itu beliau menjelaskan bahawa terdapat maklumt yang diterima mana-mana para peniaga yang 'berani' membuka kedai, mereka mendapat keuntungan lumayan, kerana jumlah peserta yang berhimpun amat ramai sekaligus menjadi pengguna dan pembeli pada hari tersebut.

Perkara ini turut diakui oleh Pensyarah Media Universiti Malaya,Dr Abu Hasan Hasbullah dalam sebuah laporan yang menyatakan bahawa para peniaga mendapat keuntungan berlipat ganda hasil himpunan aman besar-besaran Sabtu lalu.

Dalam masa yang sama, Dr Hatta menggesa pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat taksiran kerugian dan keuntungan yang diperolehi oleh peniaga yang dibimbangi dimanipulasi dan diada-adakan oleh pihak-pihak tertentu.

"Angkanya juga dicurigai. Jika sebuah pasaraya kerugian RM300,000 selama 2 jam, berapakah untung yang diperolehi jika ianya beroperasi selama 12 jam, tentunya RM 1.8 juta...jadi LHDN sila siasat jumlah ini. Jika benar tuntut kepada pihak polis dan KDN," katanya yang turut dikasari pihak polis pada hari tersebut.

Beliau, juga tidak terkejut apabila Pemuda Umno cuba menjadi 'hero' untuk mewakili para peniaga membuat tuntutan kepada pihak penganjur yang menunggu masa untuk menjejaskan imej GMI, NGO dan Pakatan Rakyat yang menentang akta zalim ISA itu.

"Kita sentiasa bersedia, jika ada tuntutan undang-undang, kita akan berhujah dan bertemu di mahkamah," katanya mengakhiri perbualan.

Semalam tiga persatuan peniaga di Jalan Masjid India di sini menuntut ganti rugi RM10 juta daripada penganjur perhimpunan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Sabtu lepas.

Persatuan terbabit ialah Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (LTAR).

Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Rosli Sulaiman berkata, ketiga-tiga persatuan peniaga bersetuju untuk mengemukakan tuntutan saman sebanyak RM10 juta yang melibatkan 1,000 orang peniaga. - azm _

3/08/09

Jentera pilihan raya PAS Permatang Pauh telah bersedia

PERMATANG PAUH, 3 Ogos (Hrkh) - Jentera pilihan raya PAS Permatang Pauh telah lama bersiap sedia menghadapi sebarang pilihan raya, kata Setiausaha PAS Permatang Pauh, Ahmad Kamal Ahmad.

Katanya, jentera PAS terutamanya di Unit Peti Undi (UPU) tidak pernah dibubarkan di keseluruhan Parlimen Permatang Pauh iaitu di Permatang Pasir, Penanti dan Seberang Jaya.

Malahan sambungnya, ia sentiasa bergerak sebagai satu pasukan dengan jentera Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan) Cabang Permatang Pauh sejak Pilihan raya Kecil Permatang Pauh dan Penanti.







"Semua jentera kita bersiap sedia untuk berhadapan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) di N11 Permatang Pasir. Banyak isu sedang menanti untuk penceramah kita sebarkan," ujarnya ketika diminta pandangan mengenai persiapan terkini jentera PAS di situ.

Apapun kata beliau, malam ini PAS Kawasan akan berbincang mengenai nama-nama calon untuk dikemukakan kepada negeri bagi proses terakhir pemilihan sebelum diisytiharkan kemudianya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Zakaria Hamzah bertekad mengerakkan semua jentera pemuda untuk memperkasakan Majlis Tindakan Dun (MTD) Permatang Pasir di samping memperbanyakan program kepemudaan di situ.

Tegasnya, bagaimanapun bukan sekarang pergerakan bermula bahkan sebelum ini lagi ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Penanti.

"Yakinlah kita pasti menang lagi di sini namun yang jelas ialah kerjasama dan pergerakan bersepadu dari segenap segi," tambahnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh, Suraiya Mohd Saat berkata, berbagai program kemasyarakatan telah diatur sejak dulu dan disusun mengikut strategi.

Menurutnya lagi, maklumat mengenai Umno dan BN juga dapat di hidu dari masa ke masa dan memudahkan jentera bertindak menangkis tohmahan yang dilemparkan kepada Pakatan Rakyat.

"Menerusi bacaan Yasin di kampung-kampung banyak membantu jentera dekati masyarakat. Keaktifan Ahli Jawatankuasa juga dipuji kerana sanggup memberi masa untuk kepentingan jamaah," jelas beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang.

Sementara itu, Setiausaha Negeri KeADILan Pulau Pinang, Mustaffa Kamal Mohd Yusuf dalam kenyataanya pada Harakahdaily, yakin calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat akan menang namun tidak anggap mudah kali ini kerana setiap pilihan raya kecil pastinya terdapat umpan.

Dari segi kerjasama sambungnya, KeADILan akan memberikan kerjasama maksimum untuk memastikan Dun Permatang Pasir tidak jatuh pada BN setelah Adunnya, Allahyarham Dato' Haji Mohd Hamdan Abdul Rahman berjaya mengekal kemenangan tiga penggal berturut-turut. - mns_

Kes tangkapan Che Amat Hashim: Tindakan polis luar biasa

PULAU PINANG, 3 Ogos (Hrkh) - Unit Ehsan Pulau Pinang kesal terhadap tindakan polis menangkap dan melokap Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Permatang Pauh merangkap Ahli Majlis Perrbandaran Seberang Perai (MPSP), Che Amat Hashim kerana tujuh kesalahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Timbalan Pengerusi Unit Ahsan Pulau Pinang, Amizudin Ahmat dalam kenyataan akhbarnya berkata, selama ini tangkapan dibuat kerana berceramah tanpa permit tetapi kali ini ditahan kerana kononnya penceramah tiada dalam senarai permit semasa pilihan raya Kecil Penanti.

"Tindakan polis dilihat luar biasa kali ini kerana menahan dan melokap kerana penceramah tiada dalam senarai permit semasa pilihan raya kecil Penanti," jelasnya.

Che Amat katanya, terpaka membayar wang ikat jamin maksima RM14 ribu dan bermakna setiap kesalahan di bawah Akta Polis 1967 beliau dikenakan RM2 ribu.

Baru-baru ini beliau dihadapkan ke Mahkamah Bukit Mertajam dan mengaku tidak bersalah pada setiap kesalahan.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan denda antara RM2 ribu sehingga RM10 ribu atau penjara setahun untuk setiap kesalahan.

"Unit Ehsan Pulau Pinang menyeru semua pendokong Pakatan Rakyat beramai-ramai ke Mahkamah Bukit Mertajam di Jalan Betik pada 27 Ogos ini untuk memberi sokongan moral terhadapnya serta berharap semua pimpinan KeADILan dan Pakatan Rakyat menghulurkan bantuan termampu untuk menanggung kos yang dikenakan," tambah beliau selanjutnya. - mns_

Kes Teoh: Saksi dedah soal siasat SPRM - Malaysia News

2/08/09

Keganasan SB (Humanless brutality of Special Branch, SB of Malaysia)

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Jika Takut Pada Risiko Jangan Bicara Soal Perjuangan

Kemaraan rakyat tidak mampu lagi dihalang kerajaan BN

KOTA BHARU, 2 Ogos (Hrkh) - Biar pun lebih setahun gelombang kebangkitan rakyat memuncak, namun belum nampak tanda-tanda ia kembali reda. Sebaliknya momentum itu terus membengkak.

Perhimpunan di jalan raya tidak pernah surut biar pun berdepan dengan ugutan dan tangkapan oleh polis.

Bermula dengan himpunan Bersih, Hindraf dan semalam Mansuhkan ISA tetap mendapat sambutan biar pun risikonya tinggi.





Secara jelas pemerhati politik melihat rakyat semakin berani meluahkan rasa tidak puas hati mereka biar pun terpaksa berdepan dengan tangkapan polis.

Petang semalam sekali lagi puluhan ribu rakyat prihatin tidak patah semangat turun berdemontrasi di jalan raya menuntut dimansuhkan ISA, sebuah akta yang dianggap tidak bertamadun.

Sehingga jam 11 malam tadi polis Kuala Lumpur dilaporkan memberitahu seramai 589 peserta demontrasi aman termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun dan 40 wanita ditangkap di bawah Akta Polis 1967.

Turut ditahan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta pelajar sekolah menengah.

Pengerusi KeADILan Kelantan, Abdul Aziz Kadir berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) kini benar-benar terdesak apabila terpaksa memperalatkan pasukan polis bagi mengekang kebangkitan rakyat.

Bekas guru, Wan Yusof Wan Mustafa berkata, kerajaan BN tidak mampu lagi menghalang kemaraan rakyat biar pun digunakan begitu ramai anggota polis dan semburan gas pemedih mata.

"Teknik terdesak Umno menakutkan rakyat bagi menghalang kebangkitan mereka dengan menahan begitu ramai peserta demontrasi membangkitkan lagi kemarahan masyarakat.

"Rakyat makin bertambah faham dan berani menegak keadilan walaupun diancam dengan penahanan. Umno tiada pilihan lagi melainkan memansuhkan ISA," katanya di sini.

Beliau yang juga Adun Gual Ipoh berkata, memperlambatkan pemansuhan ISA akan mempercepatkan lagi proses kejatuhan kerajaan BN.

Katanya juga apa yang berlaku semalam polis seakan-akan menyediakan Umno tempat jatuh yang lebih tinggi sehingga tidak mampu bangkit lagi.

"Ini kerana perlembagaan tidak pernah menghalang perhimpunan secara aman, manakala tugas polis sepatutnya membantu melancarkan perarakan dan bukannya membuat provokasi dengan menembak gas pemedih mata dan water canon.

"Tanpa menahan rakyat yang berhimpun dan provokasi lain perarakan menyerah memorandum pastinya akan berjalan lancar," ujarnya.

Seorang pegawai pencen yang enggan dikenali berkata, kerajaan BN tidak mampu lagi menyekat kebangkitan rakyat biar pun terpaksa menggunakan ramai anggota keselamatan. - mj _

Kerugian RM200 juta: Umno salahguna polis, FRU?

Menurut kenyataan Kementerian Wilayah Persekutuan Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, bahawa jumlah kerugian akibat demonstrasi memansuhkan ISA baru-baru ini, berada dalam lingkungan RM200 juta.

Jumlah itulah yang terpaksa ditanggung oleh para peniaga termasuk kerosakan harta benda ekoran perhimpunan GMI itu. Beliau menambah bahawa, penilaian jumlah kerosakan dan kerugian itu akan disemak semula untuk mengetahui jumlah sebenarnya.

"Kita akan cuba dapatkan segala taksiran mengenai kerugian yang dialami serta kerosakan dan ia mestilah berjuta-juta, sekurang-kurangnya, anggaran saya dalam RM100 juta ke RM200 juta," katanya dalam suatu kenyataan terbarunya di Bernama.

Tambah beliau lagi, anggaran kerugian itu turut mengambil kira bahawa kejadian terbaru itu merupakan hari cuti hujung minggu, yang membolehkan penduduk bandar raya ini keluar membelibelah sempena jualan mega sebagai persiapan menyambut Hari Raya Puasa yang akan disambut pada September ini.

Analisis biarlah tepat

Ada beberapa perkara yang mungkin dikaji berdasarkan kenyataan menteri berkenaan. Setelah beberapa kali berdemonstrasi, maka baru kali ini heboh angka sehingga disebut oleh menteri, ".. dan ia mestilah berjuta-juta, sekurang-kurangnya, anggaran saya dalam RM100 juta ke RM200 juta."

Bagaimana kalau bukan sampai mencecah ke angka itu jumlah kerugiannya? Seperkara lagi, 'dendam' menteri kepada demonstran itu begitu melebar sehingga seolah-olah memaksa menteri berkenaan membuat kenyataan 'mesti' dalam lingkungan RM200 juta.

Tidak cukup dengan kenyataan itu, menteri berkenaan turut mengaitkan jumlah kerugian itu dengan mengambil kira kerugian para penduduk ibu kota yang keluar membelibelah bersempena persiapan menyambut Hari Raya Puasa yang akan datang.

Jangan-jangan, selepas disemak jumlah taksiran kerugian sebenar tidak mencapai RM200 juta, ada kemungkinan orang-ramai pun akan dipanggil untuk disiasat berhubung berapakah jumlah ela kain yang dibeli untuk dijahit pakaian hari raya.

Bahan-bahan minyak masak, tepung gandum untuk membuat kek pun mungkin dinilai sama untuk mengangkat nilai kerugian itu agar setanding dengan angka kerugian dalam bacaan menteri tadi; RM200 juta!

Nilai angka yang besar ini memberi kesan gambaran dan momokan hitam kepada rakyat, bahawa betapa teruknya jika berdemonstrasi begini. Inilah modal untuk mereka bercakap kepada rakyat, "Lihatlah.. kita rugi dah ratusan juta gara-gara demonstrasi!"

Seseorang perlu dipersalahkan. Dan, dalam hal ini, watak yang perlu dipertanggungjawabkan ialah pembangkang.

Pada sebelah malam 1 Ogos itu, media yang dimiliki kerajaan memutarkan percakapan dan pandangan orang-ramai, khasnya peniaga yang mengeluh mengenai betapa susahnya mereka mahu membela kehidupan sendiri dan mencari sesuap nasi gara-gara premis perniagaan mereka telah dirempuh demonstran.

Jika benar-benar mahu dicari kesalahan siapa dalam hal ini, maka ada beberapa watak utama yang perlu dipertanggungjawab dalam kes kerugian terbaru di ibu kota ini. Pertamanya, pembangkang dan GMI. Kedua, polis dan ketiganya Umno, BN.

Pihak pembangkang, GMI yang mewakili orang awam adalah golongan masyarakat sivil yang tidak bersalah. Mereka ini, sebagai mana yang telah diputuskan perlembagaan, mereka berhak berhimpun.

Sebenarnya, kita tidak perlu lagi khuatir bahawa perhimpunan itu boleh menjadi kacau=bilau dan huru-hara. Sebagai orang awam yang tidak memiliki apa-apa senjata seperti molotov, C4 dan sebagainya, perhimpunan itu sudah tentu aman.

Perhimpunan rakyat awam yang aman itu akan bertukar menjadi ganas apabila munculnya polis, tentera dan FRU yang mengganggu perhimpunan itu. Kalau bukan kerana gangguan polis, nescaya tiadalah kejadian yang tidak diingini itu berlaku.

Kesimpulannya, jumlah kerugian yang ditaksirkan kononnya mencecah sehingga RM200 juta itu sebenarnya muncul gara-gara polis , FRU setelah diarahkan Umno dan Barisan Nasional!

Perlembagaan membenarkan perhimpunan aman

Perlembagaan Persekutuan membenarkan perhimpunan. Adalah satu keganjilan apabila kita mahu menokok tambah kalimat 'aman' pada perhimpunan tersebut.

Cukup dengan kenyataan perhimpunan sahaja. Mereka pergi ke Istana Negara bukan untuk menyeru raja turun takhta. Bukan meminta kerajaan yang ada meletakkan jawatan.

Sebenarnya, orang awam tidak perlu diwajibkan meminta permit polis. Kalau pun mereka meminta permit polis, hal itu hanyalah perkara harus dan sunat sahaja. Tidak jatuh hukum wajib meminta permit daripada pihak polis.

Semaklah perlembagaan; rakyat kita dibenarkan berhimpun. Maka, jika ada pihak yang menghalang perhimpunan itu melalui sesuatu yang diada-adakan seperti permit, maka pihak itulah yang bersalah.

Dalam kes ini, permit itu dikeluarkan oleh pihak polis. Jadi, pihak polislah yang wajar dipersalahkan apabila mereka tidak mengeluarkan permit untuk membenarkan masyarakat awam berhimpun.

Perlembagaan membenarkan masyarakat awam berhimpun kerana mereka bukanlah pihak yang akan mencetuskan huru-hara dengan wujud alat kelengkapan bersenjata seperti mana halnya masyarakat tentera dan polis.

Yang ada stok senjata, molotov cocktail, bom pemedih mata, 'water Canon' dan C4 ini adalah masyarakat tentera dan polis saja dan bukannya orang awam biasa. Maka, di sini pihak polis FRU itulah yang perlu dipersalahkan kerana telah mengundang bahaya kepada para peniaga dan orang-ramai.

BN yang salahgunakan FRU perlu bertanggungjawab

Apabila masyarakat tentera, polis membuat perhimpunan dengan alat kelengkapan bersenjata, maka ada kemungkinan besar sebuah rampasan kuasa berlaku. Tetapi, hal itu sukar dilaksanakan oleh masyarakat awam yang tiada apa-apa senjata di negara kita.

Maka jelas kepada kita bahawa masyarakat awam, GMI, aktivis parti pembangkang tidak wajar dipersalahkan. Yang salah dalam hal ini adalah polis dan FRU yang memiliki senjata, lalu dengan senjata itu, mereka menyembur 'water canon' sehingga menyebabkan premis perniagaan para peniagaan terpaksa ditutup.

Tapi, bukanlah polis semata-mata yang perlu dipersalahkan. Siapakah orang yang bertanggungjawab memberi arahan sehingga wujud huru-hara secara tidak langsung itu kalau bukan BN?

Pihak kerajaan tentunya berterusan menyalahkan seteru politiknya; memperalat media untuk memberi gambaran hitam kepada rakyat agar terus membenci Pakatan Rakyat dalam hal ini.

Maka tidak hairanlah, mutakhir ini sentimen masyarakat awam turut diheret, perasaan mereka diseret lalu dipermainkan BN untuk membenci perhimpunan anjuran GMI tersebut. _

Lagi gambar Mansuhkan ISA 1 ogos 2009





Keberanian mereka harus dipuji


Gerakan mansuhkan ISA 1 ogos 2009 berjaya dengan kebangkitan rakyat. Pujian harus diberikan kepada mereka yang berani menentang kezaliman BN. Kaum wanita yang begitu berani ini amat membanggakan saya. Keberanian mereka 100 kali lebih dari pemuda UMNO yang bacul.. Itu lah standard PEMUDA UMNO... Wa salut lu makcik... berani .. takbirrrrrrrrrrrrrrrr

SPRM tahan ADUN T'ganu disyaki terima rasuah

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

ADUN berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur, lapor Bernama.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Adun berkenaan.

Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

Sidang Akhbar Di Ibu Pejabat Pas

Polis Diperkuda Pertahan Kebejatan UMNO-BN

Semalam, puluhan ribu rakyat berpecah di lima kawasan sekitar Kuala Lumpur berhimpun secara aman dengan hanya satu tujuan, iaitu untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

Puluhan ribu rakyat yang berani ini sekadar berhimpun dan berarak. Sangat mendukacitakan apabila saya dimaklumkan lebih 500 orang ditahan, dan di saat catitan ini dinukilkan, YB Sivarasa Rasiah antara mereka yang masih belum dibebaskan.

Tidak kelihatan pada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut senapang gas pemedih mata, tidak juga penyembur air kimia, apatah lagi untuk sewenang-wenangnya menangkap orang awam yang sedang melaksanakan hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka hanya ada suara serta hanya mampu mengacung tangan menumbuk ke langit luas, tanda protes terhadap kezaliman puluhan dekad lamanya dengan harapan untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang adil untuk semua.

Jelas, tiada apa yang berubah di negara ini; tiap kali ada perhimpunan aman, pihak polis masih terus dijadikan tunggangan olih elit kuasa UMNO-BN dengan menggunakan pendekatan sama sebagaimana lalu untuk menghalang rakyat dari menyatakan pandangan.

Mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah dianggap musuh durjana, ancaman keselamatan dan harus dihukum sekeras-kerasnya. Hari ini, rakyat menyaksikan sekali lagi keangkuhan penguasa UMNO-BN memperalat pihak keselamatan demi mengekalkan kuasa dan mempertahankan kebejatan mereka.

ANWAR IBRAHIM

http://anwaribrahimblog.com/2009/08/02/polis-diperkuda-pertahan-kebejatan-umno-bn/

Gambar Sekitar Perhimpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos 2009













(video ehsan malaysiakini)


antiisa1


Malaysia Opposition Protest


Malaysia Opposition Protest


Malaysia Opposition Protest


Malaysia Opposition Protest

(foto ehsan The Associated Press)

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

BROKER PILIHAN ANDA

Ustaz Azhar Idrus

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Blog List 3

Terdapat ralat dalam alat ini

Live Blog Stats

Suara Rakyat | About |Advertising |Blogger © 2011. modified by 1Rakyat